Selasa, 26 November 2024

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar?

Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan isteri atau suami dan anak-anak Si Mati. 

TAK perlu nak bayar untuk kos mandi, kapan sampai 1 ribu ringgit. TAK perlu nak bayar kos van jenazah sampai 2 ribu ringgit.

Mandi, kapan PERCUMA ada.
Van jenazah PERCUMA ada.

Untuk penghantaran jenazah, kami dan gabungan van jenazah PERCUMA, cover seluruh Semenanjung Malaysia. TIADA caj tersembunyi.

Di bawah ini, saya senaraikan team pengurusan jenazah PERCUMA para sahabat kami di seluruh Malaysia. Untuk penghantaran jenazah jarak jauh, kami akan bekerja sama dan transit (pertukaran van jenazah) di lokasi pilihan kami.

TERENGGANU
0139721200
Mohd Azizul Jojo
Team JNZA Gaung Global base di Besut.

0142122454
Shahrul Kamil
Base di Kuala Terengganu.

KELANTAN
0164215453
Tengku Harith
Base di Pasir Puteh.

KEDAH
0175335600
Muhammad Ridzuan Osman
DikWan Team MADAD base di Sungai Petani.

0194210115
Team Van Jenazah Jerai
Base di Gurun.

0175589242
Pertubuhan Amal Warisan
Base di Kuala Ketil.

0134671222
Mohd Rashid Mohammad
VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani
Base di Sungai Petani.

PERLIS
0109003230
Hairi Perlis
Team Afiz Ayub Foundation
Base di Kangar.

PERAK
0146628093
Mior Firdaus 
Skuad Amal Cahaya Kasih
Base di Kuala Kangsar.

0143620104
Shuk Kama 
Team Van Jenazah percuma Perak
Base di Manjung.

0134909392
Ainul Mukries Hasan
Team Kami Infaq
Base di Kg Gajah.

0189539774
Pak Njang Mak Njang 
Team Pengurusan Jenazah Percuma
Base di Beruas.

0165217036
Saiful Yusra 
Base di Ipoh.

JOHOR
0147758630
Mohamad Hamimi 
Team Pemburu Pahala
Base di Kluang.

0197979797
Nadim Al Haj
Base Di Johor Bharu.

0127782211
Ahmad Shah
Team van jenazah percuma Johor
Base di Iskandar Puteri Nusajaya.

0137815699
Team Afiz Ayub Foundation
Cawangan Johor.

0187878985
Muhammad Syahrul Nizam Afiz Ayub
Foundation Cawangan Mersing.

0187694736
FikribAfiq Marjuki
Pertubuhan Jalinan Kasih Simpang Renggam. 
Base di Simpang Renggam.

0197221223
Akhi Zoul.
Team Yusra Care Centre,
Johor Bharu.

KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

0136737514
Lim Chong Mok
Base di Lembah Klang.

01165235959
Achik Shah Putera
Sentuhan Setia Kasih
Base di Petaling Jaya.

0197477852
Mohd Mirzaffar Abu Bakar
By Nur Khiriah
Base di Lembah Klang.

0122493378
Zuhairi Zainol
Amal Team
Base di Bangi.

0179175336
Mr Wan Cai 
Official UKVJ
Cawangan Klang.

NEGERI SEMBILAN

0122543835
Ibrahim Hamzah
Skuad Amal Rembau
Base di Rembau.

MELAKA

0123336930
Wan Sirap 
Pertubuhan Amal
Team Melaka

PAHANG

0168579042
Megat 
UKVJ Cawangan Pekan

0199452444
Shah Adun
Amal Team
Base di Raub.

KOTA KINABALU 
0109307183 - Masrul MG
0128043241 - Hasan Sulaiman Amal 
0178397300 - Aweng Teori Domino
0108148484 - Haji Ikhsan Helzy
0102091481 - Awang Saiful
0146554255 - Sukmanirwan Ansar
0169247102 - Akbar Nusah
0168024632 - Din Awang

TUARAN
0135867708
- Masjid Daerah Tuaran 

BEAUFORT
01116815656
- Piya Gasau MPV jenazah percuma warga Beaufort 
0145558665
- Hairee Akmar

SANDAKAN
0148333310
- Yunizam Yusop

LAHAD DATU
01131450605
- Ustaz Joy Born Neo
0138683253
- Darmawan Asaad Palanchoi
0138999511
- Jry Ancheta

SEMPORNA
0178024282
- Perkuasa Ukvj Sabah

TAWAU
0169247102
- Kembara AMAL

KUDAT
01131818616 - Muhajir Nz

KENINGAU
0143505035
Ustz Mohammad
Kenderaan Amal Khairat

LABUAN 
0178636071
01126853494
Wan Afnan

Untuk Khidmat Jurumandi Jenazah Lelaki dan Perempuan. 

Hospital Queen Elizabeth 
0128231518 - Ustaz Masaidil Guding
0168483882 - Ustaz Jamil

Hospital Queen Elizabeth 2
0128030905 - Ustaz Herman
0146508357 - Ustazah Sofea

Hospital Likas
0143694939 - Ustaz Azmil Juma'a
0138648241 - Zulkifli Muntak

Masjid Negeri Sabah
0168442544 - Ustaz Kun

Masjid Bandaraya
0195831541 - Ustaz Haji Mohd Idrus Ahmad

Lahad Datu
0142004498 - Suriyani Sue

Sarawak 
0198557806 AMAL Kuching 
Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak

Simpan nombor-nombor ni.
Esok-esok sudah pasti akan memerlukannya

Kongsikanlah...
Moga Allah SWT kurniakan pahala berpanjangan buat insan-insan yang menguruskan jenazah.
Aamiin ...

Ahad, 17 November 2024

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah 'azzawajalla dan insan tidaklah menanggung dosa insan yang lain.
Bin Duha

Rabu, 6 November 2024

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi isteri dan anak-anak. Apa nasihat pihak tuan agar saya dapat bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini dan tidak merungut? 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt. 

1. Semoga Allah rahmati saudara yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Berkerja mencari nafkah merupakan ibadah yang berpahala. Ia mulia di sisi Allah. 

2. Dalam bekerja, ada tempat kerja yang gajinya bagus namun persekitarannya pula bermasalah. Ada pula tempat yang gajinya tidaklah seberapa, tapi persekitarannya bagus. Tiada tempat kerja yang "perfect" segala-galanya. 

3. Saudara meminta nasihat bagaimana cara untuk bersyukur nikmat Allah. Al-Qadhi Iyad menukilkan perkataan Al-Tabari bahawa manusia apabila melihat orang di bawahnya dalam urusan dunia, dia akan lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada dirinya. 

Rasulullah bersabda:

انظروا إلى من هو أسفل منكم، ولا تنظروا إلى من هو فوقكم، فإنه أجدر أن لا تزدروا نعمة الله

"Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kalian, jangan kamu lihat kepada orang yang berada di atas kalian. Sesungguhnya ia lebih utama supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah" 
[HR Muslim, 5172]

Dalam hidup ini kita akan rasa mensyukuri nikmat Allah dan tidak menyalahkan takdir sekiranya melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam urusan keduniaan. Maksudnya apabila kita melihat orang yang nasibnya lebih malang dan musibahnya lebih besar, kita akan berasa:

"Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada aku selama ini. Tuhan tidak menguji aku sebegitu rupa seperti ujian ditimpakan kepada fulan dan fulan tersebut"

Sebelum ini kita berasa seolah-olah kita lah telah teruk dasyat diuji, hakikatnya masih ramai di luar sana lebih dasyat diuji berbanding kita. 

4. Apabila kita menyebutkan tentang syukur dan qanaah, bukan bermakna kita duduk sahaja tidak berusaha dan bermalas-malasan. Tidak sama sekali. Agama mengajar kita agar berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan perbuatan yang terbaik dalam tindakan yang kita kerjakan. 

5. Dalam urusan keduniaan, lihatlah orang di bawah kita agar kita bersyukur atas segala nikmat Allah dan tidak merungut menyalahkan takdir. Adapun dalam urusan akhirat, kita lihat orang berada di atas kita dalam ibadah agar kita bersegera bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan. 

Jadikan urusan duniawi kita juga sebagai saham untuk akhirat dengan meniatkan segalanya kerana Allah. Ingatlah, mencari rezeki dengan kerja yang halal merupakan ibadah yang bermakna di sisi Allah.

Rabu, 16 Oktober 2024

CUKUP ALLAH BAGIKU

SEGALA KETENTUAN TUHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGIKU

Daripada Shuhaib, dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999)

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Takdir
#Redha
#Syukur
#Sabar

Ahad, 8 September 2024

REVOLUSI IRAN 1979

Hari ini 46 tahun yang lalu, berlaku pembunuhan beramai-ramai di Tehran yang menjadi kemuncak meletusnya Revolusi Iran.

Selepas kudeta 1953, Shah (Raja) Iran, Mohammad Reza Pahlavi bersekutu dengan AS & Barat untuk mengukuhkan kuasanya sebagai pemerintah mutlak negara itu. Beberapa tahun kemudian, dilancarkan Revolusi Putih - sebuah program modenisasi agresif.

Walaupun secara ekonominya berjaya, kekayaan tak diagih seadilnya kepada rakyat. Pada masa sama, rakyat ditekan oleh rejim Pahlavi daripada terlibat dalam politik & protes sering dipatahkan dengan ugutan, penahanan & kekerasan.

Ayatollah Ruhollah Khomeini, bekas profesor falsafah di Qom mengkritik keras rejim Pahlavi, menyebabkannya dibuang negeri pada 1964. Pada Januari 1978 apabila Khomeini difitnah oleh akhbar tempatan 'Eṭṭelāʿāt', ribuan pelajar madrasah turun ke jalanan.

Protes kemudian disertai ribuan lagi anak muda, mengundang tindakan keras pihak berkuasa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan. Untuk mengenang mereka yang gugur, demonstrasi dibuat setiap 40 hari & setiap kali, ada saja yang terbunuh.

Kacau-bilau memuncak pada Jumaat 8 September 1978 apabila rejim Pahlavi menguatkuasakan undang-undang tentera, menyaksikan tentera melepaskan tembakan terhadap ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Jaleh, Tehran.

Media Barat mendakwa sekitar 3,000 nyawa terkorban dalam insiden berdarah itu, namun kerajaan Iran melaporkan hanya 86 orang terbunuh sepanjang hari itu di Tehran. Ada kata 64, ada kata 94, ada kata lebih 100 - tiada angka kematian tepat yang dipersetujui.

Apa pun, insiden yang dipanggil “Jumaat Hitam” itu menjadi pemacu kepada revolusi yang membawa kepada tumbangnya monarki di Iran tidak sampai setahun kemudian. Pada 1 April 1979, Khomeini mengisytiharkan Iran sebagai sebuah republik Islam.

*Dataran Jaleh tempat berlaku tragedi Jumaat Hitam itu, yang kemudian dinamakan Dataran Syuhada oleh kerajaan Islam Iran.

Sumber: Britannica, Left Voice

#PeristiwaHariIni

Khamis, 15 Ogos 2024

BOMOH

ANTARA SEBAB MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN NUJUM DAN TUKANG TILIK

TIDAK MENGETAHUI BAHAWA TILIK ITU SEBAHAGIAN ILMU HITAM, PENIPUAN SYAITAN, SYIRIK DAN DOSA.

TERPESONA DENGAN KETEPATAN RAMALAN BOMOH DAN TERPEDAYA DENGAN PUTAR BELIT HADIS FIRASAT ORANG SOLEH LALU MENYANGKA TILIKAN BOMOH ITU MERUPAKAN FIRASAT ORANG SOLEH.  

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” [Hadis riwayat Muslim].

“Tukang tilik ini tak kiralah kita panggil dia Tok Bomoh ke? Kita panggil dia Tok Dukun ke? Kita panggil dia Pak Cik ke? Kita panggil dia Uncle ke? Ustaz ke? Tapi kalau dia tilik orang?! (Maka) Itu tukang tilik!

Apa maksud tukang tilik? Dia mendakwa dia tahu benda yang akan berlaku, tilik! Dia mendakwa dia mengetahui barang yang hilang, buktinya takda, dia tahu barang yang hilang itu dekat mana, tilik! Atau pun benda yang telah berlaku tapi dia takda bukti pun, dia boleh cerita ikut pandangan dia, itu tilik! Atau pun orang hilang dihanyutkan arus deras dalam sungai ke? Jeram ke? Air terjun ke? Laut ke? Nak cari mayat, tok bomoh ini, ustaz ini kata dia tahu mayat ini timbul dekat mana. Dia takda bukti tapi dia kata dia tahu, dia boleh tengok! Itu tukang tilik! - Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, Penguam Syarie & pendakwah bebas,
27/7/2024, Masjid al-Mursyid, Pauh.

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Bomoh
#Tilik

Jumaat, 9 Ogos 2024

JESUS

Jesus bercakap bahasa Aramaic
 Dalam bahasa Aramaic, perkataan untuk Tuhan dieja "אלוהא" (disebut "Alaha" atau "Elaha"). Dalam bahasa Arab ia adalah Allah yang bermaksud Satu-satunya Tuhan Yang Benar. Jadi siapa yang Jesus sembah.

Sabtu, 3 Ogos 2024

IMAM

SIAPA YANG AFDAL MENJADI IMAM?

Diriwayatkan oleh Abu Mas’ud beliau berkata bahawa Nabi SAW berkata kepada kami:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلاَ تَؤُمَّنَّ الرَّجُلَ فِي أَهْلِهِ وَلاَ فِي سُلْطَانِهِ وَلاَ تَجْلِسْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَكَ أَوْ بِإِذْنِهِ

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.” Riwayat Muslim (613)
 
Berdasarkan hadith ini para ulama mazhab al-Syafie telah pun menulis hal ini di dalam kitab-kitab mereka. Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam ketika ketiadaan imam khusus yang dilantik masjid menurut Ibn Naqib al-Masri di dalam kitabnya Umdah al-Salik (128):

• Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.

• Yang paling baik bacaan al-Quran

• Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah)

• Yang paling awal berhijrah ke kerajaan Islam Madinah dan anak cucunya

• Yang paling awal memeluk Islam

• Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani Hashim, bani Muthalib, kemudian diikuti Quraish, kemudian bangsa Arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab

• Yang paling baik keperibadian

• Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian

• Yang paling lunak suara

• Yang paling baik penampilan

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Imam

Selasa, 4 Jun 2024

NADIA NADIM

Dia ialah Nadia Nadim. Dia dilahirkan di Afghanistan. Bapanya dibunuh oleh Taliban ketika dia berusia 11 tahun dan keluarganya melarikan diri ke Denmark dengan menaiki trak.
 Nadia telah menjaringkan hampir 200 gol dalam bola sepak profesional dan mewakili pasukan kebangsaan Denmark sebanyak 98 kali.
 Dia telah menamatkan sekolah perubatan dan sedang belajar untuk menjadi pakar bedah rekonstruktif apabila hari bermainnya telah tamat.
 Dia bertutur dalam 11 bahasa dengan fasih dan berada dalam senarai Forbes wanita paling berkuasa dalam sukan antarabangsa.
 Kalau nak tunjuk suri teladan kepada anak perempuan, tunjukkan Nadia Nadim.

Rabu, 29 Mei 2024

Who is Greg Dyer

The Equalizer 3 introduces a new character, Greg Dyer, who has a history with Robert McCall, connecting to the events of The Equalizer 2. The pension guy, Greg Dyer, played by Marco Giuliani, is a new character introduced in The Equalizer 3 and was not present in the previous movies of the franchise
.                  The CIA. Dakota Fanning 

Jumaat, 24 Mei 2024

UMRAH DIY

UMRAH DIY RM 4k seorang

Semua dah tak sabar2 nak I share bajet umrah DIY, so mehla I share ye dan simpan sini utk kenangan

Reason utama I buat umrah DIY ialah sebab 
✅ Jimat lagi2 sekarang pakej semua mahal
✅ Flexible sebab ikut tentatif kita sendiri
✅ bawa baby kembar I sekali, sebab yela kalau tinggal kat Malaysia siapa nak jaga kan 😂😂

I dah banyak survey pakej umrah, mostly kalau bawa baby kena bayar dalam RM 2-3k utk sorang baby. Ada juga pakej yg harga separuh dewasa.. Kalau nak bawa kembar, kena kali dua 😂 So kami pun decide utk pergi sendiri.. 

So kat sini I share flow dia la supaya korang boleh rujuk dan ikut. Moga bermanfaat.. 

📌 Beli tiket penerbangan ✈️

Kebetulan pula Sri Lankan Airline tengah buat promo, tiket harga RM 2435 seorang dan baby pula FREE. Biasanya tiket penerbangan kalau baby on lap ada juga airline yg cas 10% dari harga tiket dewasa, so contoh harga tiket RM 3000, baby kena bayar RM 300. But surprisingly Sri Lankan Airlines free je! Alhamdulillah

So sesiapa yg ada anak bawah 2 tahun tu gunakan la kesempatan ini utk travel bawa baby sebab masih free & kalau kena bayar pun, sikit je😂

Kami tawakkal je beli tiket Sri Lankan Airlines tu sebab jarang Malaysian naik flight ni so kami tak tahu review ok tak.. Kebiasaannya flight kalau ke Jeddah mmg akan announce di tempat miqat untuk niat umrah, so kami pun risau kot2 Sri Lankan Airlines takde buat announcement ke apa kan. So kami pun decide utk buat itinerary dengan pergi Madinah dulu, just to be safe 

Naik Sri Lankan Airlines ada transit 24 jam di Colombo. Mmg kami saje pilih yg ada transit sebab bawa baby so takde la penat sgt. Yg bestnya, hotel, makan dan transport pergi balik dari hotel ke airport semua Sri Lankan Airlines yg sediakan. Alhamdulillah rezeki kami dapat jalan2 dan bermalam di Colombo secara percuma. 

📌 Apply transit visa Sri Lanka

Nak masuk Sri Lanka kena apply transit visa di sini ⤵️
https://eta.gov.lk/etaslvisa/etaNavServ?payType=1 

Transit visa di Sri Lanka percuma je utk Malaysia. Alhamdulillah. Kami dah siap2 apply sebelum terbang..

📌 Apply tourist visa Saudi

Dulu harga tourist visa RM 650, tapi rezeki kami, saudi masa tu baru launch website dalam versi beta, so kami dpt apply tourist visa dengan harga RM 507 je alhamdulillah. Tourist visa valid 1 tahun..

Korang boleh apply di website ni ⤵️
http://ksavisa.sa/visa/tourism/apply

📌 Book hotel di Madinah

I book hotel Mirage As Salam di agoda utk 4 hari 3 malam. Sorang dalam RM 575 je kena bayar..  

- Bilik twin bedroom 
- Hotel dekat dengan gate 315 & 316
- Boleh jalan kaki je ke Masjid Nabawi

Ini je hotel yg paling murah I survey, sebab harga hotel di Madinah untuk bulan Februari mmg melambung2 tinggi.. Itupun nasib baik laaa I book awal la juga even masa tu belum beli tiket flight lagi. Tawakkal je 🤣 At least lepas beli tiket anytime kita boleh je setting ikut kesesuaian itinerari. A few days sebelum pergi I check harga kat agoda, dah tak dapat dh harga yg murmur.. 

📌 Book hotel di Mekah

Kat Mekah I book Kiswah Towers Hotel. Harga bagi I jackpot sebab murah sgtttt. RM 264 seorang utk 5 hari 4 malam. Yang ni I book dengan Muqmeen Travels & Tours. 

Cumanya hotel ni a bit jauh dlm 900m - 1km so around 15 mins berjalan. Tapi dia ada sediakan bus ke Masjidil haram 24 jam secara percuma.. Since kami bawa stroller so most of the time kami jalan kaki je ke masjidil haram. Bagi org muda I rasa ok la takde la jauh sgt dan dalam perjalanan bila kita tengok kira dan kanan, semuanya jauh lebih tua malah ada yg bongkok yg sama2 turut berjalan. Masya Allah, bila tengok dorang masih lagi kuat dan bersungguh2, terus kita pun jadi lebih semangat untuk meneruskan langkah.. 🥹🥹 

- Twin bedroom
- 900 m / 1km ke Masjidil haram
- ada bus yg disediakan percuma utk ke masjid, bas ada setiap masa tanpa perlu tunggu lama
- yang best hotel ni sebab banyak kedai2 murah di sekitar hotel untuk beli souvenir, dan kedai makan yg murah, jauh lebih murah dari area clock tower

 
📌 Book transport dari Jeddah airport ke hotel Madinah 

I book HIACE 10 seater walaupun total org yg pergi 4 org 2 baby je 🤣 Tapi lepas survey, average rate dari Jeddah ke Madinah dalam 600 SAR utk 1 kereta GMC (mcm ala ala Hilux / Pajero tapi lagi besar kot) 

Kebetulan ada kenalan yg buat pakej transport di sana, so kami dapat harga 550 SAR utk 1 van. Sebenarnya kalau buat umrah DIY ni, lagi ramai lagi murah sebab boleh tong2.. So utk transport ke Madinah ni sorang bayar dlm 137.50 SAR 

Contact number : http://wa.me/+60194220810 (Mursyid) 

📌 Beli tiket haramaian speed train 

I beli tiket haramain speed train dengan harga 172.50 sar one way per person utk kelas ekonomi (dalam RM 220) dari Madinah - Mekah. Cam wondering juga kenapa kalau beli dari travel agency harga tiket jadi sampai RM 400 utk ekonomi? 🙏🏻 

Tiket Haramain speed train ni konsep dia sama mcm harga tiket penerbangan, kalau beli lambat, or beli walk in / on the spot, harga dia jadi 2-3 x mahal. 

Haaa dah tahu ni korang boleh la beli sendiri je siap2 di website, tak susah pun.. Beli awal tak kalut.. Korang boleh beli di website ni ⤵️

https://sar.hhr.sa

I bayar guna wise je. Siapa takde wise lagi sila la apply di sini ⤵️

https://wise.com/invite/ihpc/nurulhudabintim2

📌 Book transport Mekah ke Jeddah airport

Yang ni I try book transport orang lain pula. I book dari Fiyaz.. Naik kereta GMC. 

Contact Number : +966 55 397 1211 (Fiyaz) 

Untuk first timers, korang boleh juga hire mutawwif di sana. Pergi secara umrah diy, tp kat sana boleh hire mutawif utk bimbing umrah, takde masalah. Jimat pun jimattttt.. 

Banyak je mutawwif Malaysia yg tinggal di Mekah dan Madinah. Rate dlm RM 300 sehari so boleh bahagi2 ikut berapa ramai orang. Ada juga org share yg kita boleh je join travel agent dari Malaysia  sbb kadang2 ada jemaah yg taknak join & prefer nak buat sendiri. So kita boleh la join utk memenuhi ruang 😂 Tapi kita bayar la ikut yg bersesuaian.

Kami ni kebetulan rezeki sebab ada dua sepupu dari Juara travel & Alam Shah travel yg kebetulan dtg sini tarikh yg sama. So dapat la kami menumpang sekali sekala 🤭 

Total umrah DIY (harga untuk SEORANG)
1. Flight RM 2435
2. Transport Jeddah - Madinah 137.50 sar ~ RM 175
3. Hotel Mirage Al-salam Madinah RM 575 (4H 3M)
4. Haramain speed train Madinah - Mekah 172.50 SAR ~ RM 220
5. Kiswah Towers Hotel RM 264 (5H 4M)
_________________________
RM 3669 

+ RM 507 visa pelancong saudi
_________________________
RM 4176

Visa pelancong valid setahun, so lepas ni kalau nk buat umrah (atau sesiapa yg mmg dh ada visa pelancong) boleh la buat umrah dgn bajet RM 3.6k jeeeeeee. Dan rasanya boleh dpt lagi murah kalau pergi selain bulan 2 & bulan ramadhan. In sha allah lepas ni semua org boleh buat umrah 🥹❤️

Ini I state utk harga basic je. Dan harga pula masa rate at the time. Tak termasuk makan / shopping dan lain2 sbb kami tak shopping sgt dan kami bawa bekal dari Malaysia yg dah siap retort. Jimat banyak sebab makanan kat sini mahal juga 😂 Bayangkan sekali makan 20 rial, makan 3 kali sehari dah 60 rial, darab 10 hari dah 600 rial, dlm RM 760 cmtuu.. Maka kami pun bawa bekal je dari Malaysia yg dah siap2 retort.. Senanggg

Ni video retort kami : https://vt.tiktok.com/ZSFS3y1r5/

Jemputla tengok dkt Tiktok dan follow kamii, ada yg I dah buat video, so senang sikit la nak faham dan proses satu per satu 😂

Tiktok :
https://www.tiktok.com/@nurulmukhtarr

Instagram :
www.instagram.com/nurulmukhtarr 

"Allah tak panggil orang yang mampu, tapi Allah memampukan kita."  Peganglah kata-kata hikmah ini.. Moga bermanfaat 🤲🏻🤍

Ahad, 19 Mei 2024

IMAM PERANG ANI NONIANG

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan pula tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan pula menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan pulang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci. 

Begitulah. 

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- Imam Perang Ani Noning-

Rabu, 17 April 2024

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Perempuan sebelah itu pula nama dia Caroline Celico, janda Kaka.

Dia bagitahu sebab apa dia minta cerai daripada Kaka.

“Kaka tak pernah khianati saya, dia selalu layan saya dengan baik, bagi sebuah keluarga yang bagus, tapi saya tak rasa gembira.”

“Masalahnya, dia terlalu sempurna untuk saya.”

Ini cerita tahun 2015 yang didedahkan sendiri oleh Caroline.

Kaka sejak itu sudah berkahwin baru dengan seorang model Brazil yang bernama Carolina Dias.

Sabtu, 6 April 2024

TEMBIKAI AYAQ BELACAN


Resepi Kerabu Tembikai atau ada di Utara menggelarnya Tembikai Ayaq Belacan.. haaa.. rare kan..

Resepi ni dahulunya kerap dibuat oleh golongan di Utara yang kebanyakkannya Melayu yang berketurunan Melayu Siam.

(boleh juga digantikan dengan timun, buah gajus, atau nenas.. nenas separuh masak paling ngammm)

HOMESTAY PERLIS

Salam.. siapa yang nak cari homestay di Perlis boleh telefon nombor di bawah ni. Semoga dipermudahkan segala urusan 👍👍 

SENARAI HOMESTAY PERLIS

➡️Kangar
1. Homestay SRI PULAI Kangar(0139224219,0139215065 )
2. DAN HOMESTAY KANGAR  
( 0184618807 )
3. AMANA HOMESTAY ( 01114587008 )
4. ARIE'S HOMESTAY, Taman Kemajuan. (0174297970)
5. NaLaN Homestay Taman Hijrah
(0194433005)
6. Abisabi Homestay
Jalan AbiTok Hashim
(0194548457)
7. Rose Homestay
Taman Utama Kangar
(0124401567)
8. SERAMBI HOMESTAY
Kampung Pondok Kangar
(0194104725)
9. HAJJAH NORMA HOMESTAY
Jalan Padang Katong,Kangar
(01116987726)
10. Sufiza Residence
Taman Sepadu Kangar
(0124919914)
11. MyHomestay Perlis
Kangar, Perlis
(0125605496)
12. Saleim Homestay
Taman Seri Pulai Kangar
(0132229761)
13. Inapan Desa Permai Homestay
Kampung Jarak Bintong 
(0194116213)
14. Homestay AAO
Utan Aji Kangar
(0194548016)
15. TMS Homestay
Taman Medan Sepakat
(0175077478)
16. Homestay d'Pinggiran
Desa Pinggiran Sentua
( 0177127060)
17. Anis Homestay 
Pdg Melangit
( 0195698338)
18. Aziz Homestay
Kangar Jaya
(012 5455400
19.AURA QASEH HOMESTAY
(0174846215)
20.KAYANGAN HOMESTAY
Taman Bukit Kayangan
(01124143563)
21. ABAH WAN HOMESTAY 
Taman Medan Sepakat
(0189664804)
22. De' Indah Homestay
Taman Sena Indah
(0194457459)
23. Homestay Nineteen Kg Surau Utan Aji (0124674525)
24 Homestay Inapan D'Kolam, jln Kelab Golf Putra (01132692173)

➡️Kuala Perlis
1. Wan'S homestay 0124277229
2. Cikgu Shirah Homestay
 (016-4000136)
3. D' Kuala Perlis hstay. Husmadi
(0194643438)
4. Inapan Desa Bukit Papan
(0125873143) - Pn sehal
5. Kgstay utan ibus (0124616404)

➡️Arau
1.Wan (I-Daman Homestay)
( 010-3844553 )
2. D'Rz Homestay 
(012560483 ) zaridah
3.AF homestay (ummi Arina)
( 0134499101)
4. Wood Valley Lodge
( 60172150196)
5. HSTAY SOfEA Di Tepi Sawah. 
( 012-544 9586 )
6. SRI WANG HOMESTAY ( 01114587008 )
7. D' Arau homestay
( 0194643438)
8. Mahabbah Homestay Arau
( 0195702973 )
(0195772973l
9. Adani Homestay 
(0125076005)chah
(0124563943)
10. D'Teratak Rindu Homestay
Kampung Gial
( 0165317476)
11. Rashid Homestay
Taman Putera Height
( 0125513236)
12. D' Nur Homestay
Taman Seri Wang 
( 0125969993 )
( 0124748658)
13. Norfa Homestay
Taman Tengku Budriah
( 01113235243 )
14. My Homestay 
Taman Seri Arau
( 0194341310 )
15. Izz Homestay Arau FullyAircond & Unifi 0195266897
16.Melor Homestay 
(Fully Furnish+Aircond Room) 
 0124299023 atau 0194490564 

➡️ Pauh
1. Zaridah (Rz homestay)
(0125604873)
2. Putri Homestay, Teratak Amjad & Azim Cottage 
(0125166679)
3. Homestay Kak Lin Pauh Perlis (0195966718) 
4. Mawardi ( Cikgu Shidee Homestay arau 1&2) 
( 0139828280 )
5. NURINDINI'S HOME ( zulkifli )
( 0195115244 )
6. Lia (norfa homestay) ( 01113235243)
7. Aboon Homestay
Jalan Padang Siding
(0195738459)
8.Syaz homestay K.Ela
(017 43622221)
9. Homestay Izzahrah
Taman Ria
(0195266897)
10. Homestay Inap Singgah
Taman Seri Pauh
( O175701000)
11. Mawarni Homestay
Taman Pauh Indah
(0125969993)
(0124748658)
12.Baitulmuhibbin Muslim Homestay Perlis
(019-4545418)
13. Ckgu badri- SRI PAUH HOMESTAY, Tmn Sri Pauh.
(012 5813044)

➡️ Jejawi
1. SueHaz Homestay
Taman Saujana
(0125640948)
2. RZ Impian Homestay
Taman Saujana
( 0124849459 )
3. PJ Homestay
Pekan Jejawi
( 0194341320 )
4. BaitulAufaa Homestay
Taman Seri Lanchang
( 0194445115 / 0195115629 )

➡️Simpang Empat
1. D'Olah Homestay
Tambun Tulang
( 0124803331 )
( 0195569282 )
2. Inap Desa Chantik Bangun Jln Tok Pulau
Spg 4
(0125449609)
3. Lot 1000 Homes, Jln Tambun Tulang/Jln Kg Surau
(0115206 9770) 
4. Pink Homestay D'Perlis ( 0124696472)

➡️ SANGLANG
FF SEJATI ( 0173083431)

➡️Padang Besar
1.Rimbun Qaseh Homestay
( 0134260955 )
2.Rosehomestay
Padang Besar
( 0124401567)
3. Agro Homestay & Nursery
Titi Tinggi
( 0195272620)

➡️ Santan
1. G'Deen Homestay (Kak Gee - 0194498655)
2. Mirnaz Homestay/Roomstay
Padang Pauh Selatan
(0165625224)

➡️ Beseri
1. Homestay Harumanis
Taman Haz Melati
(01127023508)
2.Homestay Medina
Taman Haz Melati
(0135334281)
3.Panggas Vintage Homestay
   (0192754212)

➡️ Chuping
1. Laila Sari Homestay
 Kg Guar Medang Gatal
(0147572835)
2. Panggas Vintage Homestay
 (0192754212)

➡️ Mata Air / Mata Ayer
1. Homestay Sofea Tepi Sawah
(0125449586) guy
2. Bonda Homestay
Lorong Pokok Sena
(0125748643)
3. Kejora Homestay
Kampung Belukar
(0124661408)

Rabu, 3 April 2024

RED INDIAN AMAREKA DAN DAYAK BORNEO

KEJADIAN DNA DAYAK DAN RED INDIAN

 Ujian DNA terhadap fosil tulang manusia di rantau Amazona mendapati bahawa suku red Indian mempunyai DNA yang sama dengan bangsa Polynesia. Dayak juga mempunyai DNA Polinesia, di samping persamaan budaya lain. Antaranya daripada penggunaan bulu burung besar yang mereka sarungkan di kepala, menghias muka dengan contengan di muka dan sebagainya ketika menjalankan persembahan tradisional dan seni.

 Penemuan ini menjadi persoalan besar, bagaimanakah suku red Indian Amerika mempunyai DNA yang sama dengan kaum polynesia yang terletak sangat jauh, bagaimana mereka berhijrah? Adakah mereka benar-benar berhijrah atau mereka berdua mendiami benua yang besar yang tenggelam?

 Rujukan:
 DNA Polinesia ditemui dalam tulang asli Amerika lama

Jumaat, 29 Mac 2024

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, mereka akn sentiasa merasakan anda mengambil kesempatan ke atas mereka. Mereka tetap tidak akn menghargainya." Mereka tidak peduli tentang masa & kos yg anda belanjakan. 

Mereka lebih suka membiarkan org lain menipu mereka, biarkan org lain mendapat manfaat drp mereka dr menyokong seseorg yg mereka kenal.
Kerana dlm hati mereka akn sentiasa berfikir, 
"Berapa byk keuntungan yg diperoleh drp saya?"  
Drp "Berapa byk yg dia simpan buat saya?" 

Ini adalah contoh klasik mentaliti org miskin!

Bagaimana org kaya menjadi lebih kaya?
Salah satu sebab utama, mereka sanggup SUPPORT bisnes rakan sejawat, menjaga kepentingan masing2 supaya mereka secara semulajadi mendapat lebih.

Kawan2 akn menyokong. Jadi bulatan kekayaan terus berkembang & berkembang! Logik Mudah, anda akn mula menjadi kaya apb anda memahaminya.

Jack Ma tentang Jualan: 
       “Apabila membuat jualan, org per1 yg akn mempercayai anda adalah #Stranger _

Kawan rapat akan block anda, kawan lepak akan menjauhi anda. Keluarga akn memandang rendah kpd anda.

" Pada hari anda meraikan kejayaan, setiap pertemuan, makan malam, anda akan sedar:* Semua orang hadir kecuali #Stranger_

Khamis, 21 Mac 2024

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA

Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pernah melihat Nabi salallahu ‘alaihi wassalam pada hari Saif menyiram air ke atas kepala baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan bagida berpuasa”.

[Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud]

Rabu, 20 Mac 2024

Bukan Semua

Bukan semua berdiam diri itu baik. Ada keadaan berdiam diri itu tercela. Jangan diam dan menyepi ketika agama dihina.

Selasa, 19 Mac 2024

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksima jentera namun pada hari perlumbaan, jentera BMW ternyata sukar untuk digugat.

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #ARRC #Buriram #BMW #Ducati #Honda #Yamaha

Rabu, 6 Mac 2024

Peristiwa Hari ini

Hari ini 122 tahun yang lalu, berakhirnya Kerajaan Melayu Patani. 

Kesultanan Patani merupakan antara kerajaan Melayu yang tertua berpusat di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ia terbentuk sebagai kesinambungan kerajaan Langkasuka pada sekitar 1350~1450 & berada di kemuncaknya antara tahun 1585 ke 1649. 

Kerajaan Melayu itu bagaimanapun tumpas kepada Kerajaan Rattanakosin Siam pada 1786, lalu dipecahkan kepada 7 negeri kecil dengan setiapnya mempunyai raja tersendiri. Ia melemahkan Patani & menjadikan sebarang kebangkitan menentang Siam hampir mustahil.

Di awal pemerintahan Siam di Patani, para pemerintah tempatan setiap negeri dibenarkan untuk meneruskan pemerintahan cara tradisi Melayu. Pada masa sama, mereka perlu menghantar ufti bunga emas sebagai tanda kesetiaan kepada Rattanakosin di Bangkok. 

Ia menjadi amalan sehinggalah pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Syarifuddin (1890-1898), Raja Chulalongkorn memerintahkan supaya pentadbiran negeri-negeri Melayu Patani disusun semula mengikut sistem Thesaphiban pada 1897.

Mengikut sistem pentadbiran ini, jawatan raja-raja tempatan tidak lagi diwarisi tetapi tertakluk kepada lantikan Raja Siam. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menerima hasil cukai & menjalankan perniagaan, manakala pendapatan mereka diberi terus oleh Siam. 

Kuasa Patani makin terhakis & anak Sultan Sulaiman, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin yang menggantikan bapanya sebagai Sultan Patani yang baharu tidak diiktiraf Siam. Kerana enggan menandatangani dokumen melepaskan Patani, Sultan Abdul Kadir ditahan pada 21 Februari 1902. 

Atas kesalahan ingkar perintah Raja Siam, Sultan Abdul Kadir dipenjarakan di Phitsanulok. Pada 6 Mac 1902, Raja Patani terakhir itu secara rasmi dilucutkan jawatan, sekaligus mengakhiri Dinasti Tuan Besar yang memerintah Patani selama 60 tahun. 

Sumber: Nik Anuar Nik Mahmud, (1982) Sistem Thesaphiban dan kesannya keatas Kedaulatan dan Kewibawaan Raja-Raja Melayu Patani. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies

Gambar: Sultan Patani terakhir, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Thailands Historia).

#PeristiwaHariIni

Selasa, 30 Januari 2024

SUKA DAN DUKA

SUKA DAN DUKA KEHIDUPAN

Ikrimah –rahimahullah– pernah mengatakan,

ليس أحد إلا وهو يفرح ويحزن، ولكن اجعلوا الفرح شكراً والحزن صبر

“Setiap insan pasti pernah merasakan kebahagiaan dan kedukaan. Oleh kerana itu, jadikanlah kebahagiaanmu itu syukur dan kedukaanmu itu sabar.” [Umdatul Tasfir 3/640]

#SuaraSunnah #Ashujaa #Ikrimah

Jumaat, 19 Januari 2024

Wali

Kalau tanya saya, saya akan cakap Dr Zakir Naik adalah Wali Allah.

Kenapa?

Sebab bicaranya telah menarik ratusan ribu bahkan mungkin jutaan umat manusia kembali kepada fitrah Islam.

Beliau telah mengIslamkan ratusan ribu bahkan mungkin jutaan umat manusia sehingga ke hari ini. Malah asbab beliau juga berapa ramai umat Islam hari ini makin bertambah keimanan mereka.

Ini juga adalah karamah.

Pada mereka, karamah ini hanya bila awak boleh berjalan atas air, boleh bagi singa makan pisang, boleh terbang.

Nooo...

Tidak ada sejarah ulama-ulama muktabar dulu boleh terbang atau boleh berjalan atas air sebagaimana diwar-warkan oleh sebahagian "Aswaja" tentang kisah-kisah wali.

Imam Nawawi, hidupnya tidak panjang. Tetapi kitab dan namanya masih hidup sampai ke hari ini.

Itu adalah karamah dan beliau adalah Wali Allah.

Dan karamah adalah sesuatu perkara yang diberi Allah Ta'ala. Bukan sesuatu yang boleh diperolehi hanya dengan amalan-amalan yang direka.

Kalau awak tanya lagi, saya akan kata Maulana Asri adalah Wali Allah.

Tidak ada orang di Malaysia yang berjaya syarah Sahih Bukhari secara lengkap melainkan dia. Tidak ada orang yang Allah beri kekuatan dalam hidupnya mengabdikan diri dengan ilmu-ilmu hadis di Malaysia ini.

Itu juga karamah.

Almarhum TG Nik Aziz. Mereka juga gelar beliau sebagai Wahabi.

Tapi keilmuannya memberi pengaruh besar dalam dunia politik di Malaysia dan berjaya mencipta revolusi dalam pentadbiran negara. Bahkan walaupun selepas beliau telah meninggal dunia, ilmu masih subur dan Tafsir Tok Guru yang disyarah olehnya telah berjaya dicetak dan disebarkan.

Itu juga karamah dan kalau tanya saya, beliau juga adalah Wali Allah.

Pelik mereka ini.

Orang yang bersenang lenang atas katil membawa fatwa-fatwa aneh, mereka angkat sebagai Wali Allah. Tetapi orang yang berada di medan dakwah dan menabur banyak jasa pada agama, mereka tuduh sesat dan sebagainya.

Aneh betul cara mereka mengambil agama.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita tentang agamaNya.

By : Imam Pagar Alam Peketum

Khamis, 11 Januari 2024

JANGAN MENGUMPAT ULAMAK

1. Gedung ilmu pada zaman ini iaitu Syaikh Yusuf al-Qaradawi. Beliau mengarang ratusan jilid kitab kitab dan karyanya digunakan hampir di seluruh dunia Islam pada zaman ini. Fatwa dan pandangannya digunakan dalam institusi agama di negara Islam. Pandangan berkaitan Zakat Pendapatan yang digunakan dalam negara kita ini adalah hasil fatwa al-Qaradawi. 

2. Gempar dalam negara kita ada tok guru pondok menghina beliau dengan gelaran "Sewel" dan bermacam perkataan memperlekeh beliau, yang mempertahankan Syaikh al-Qaradawi tidaklah ramai walaupun ada. Solidariti di laman sosial, tiktok tidaklah sebanyak mana. 

Namun apabila agamawan atau ustaz tempatan yang diminati disentuh dan dikritik, ketika itu barulah ramai yang bangun mempertahankan. Sesiapa yang berbeza dengan mana-mana agamawan selebriti dianggap menghina ulamak. Walaupun hakikatnya kita juga bersama pandangan ulamak silam. 

Berdasarkan hal ini, seseorang itu dianggap sebagai alim ataupun tidak dalam konteks negara kita berdasarkan pengaruh dan populariti. 

3. Kita menghormati ahli ilmu yang sebenarnya. Rasulullah bersabda:

لَيْسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا حَقَّهُ

“Tidak termasuk daripada umatku, sesiapa yang tidak menghormati orang yang lebih tua, menyayangi yang lebih muda dan mengetahui (menghormati) hak-hak para ulama”

Maksud hadith ini bukanlah menjadi kafir atau terkeluar daripada umat baginda, kata al-Mubarakfuri adalah tidak termasuk orang yang mengikut jalan petunjuk baginda. Oleh sebab itu, kita perlu menghormati ahli ilmu. Hak mereka perlu dijaga. 

Namun, menjadi perselisihan pada zaman ini adalah kerana kita menganggap guru kita sebagai ahli ilmu sedangkan orang lain tidak. Lantaran itu kita membuat kesimpulan barangsiapa yang berbeza dengan guru kita dia dianggap menghina ulamak, manakala sesiapa yang bersama guru kita dianggap pencinta ulamak sebenar. Ini yang berlaku dalam masyarakat kita sehingga kita bermudah-mudahan menuduh seseorang itu membenci dan menghina ulamak hanya kerana dia tidak bersama guru kita.

Ahad, 7 Januari 2024

Perang Palestine Sudah Merebak

Hizbullah lepaskan lebih 60 roket ke pangkalan tentera Israel
KUMPULAN Hizbullah di Lubnan semalam melepaskan lebih 60 roket ke arah pangkalan tentera Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan timbalan ketua Hamas di Beirut.

“Ia sebahagian daripada tindak balas awal terhadap jenayah membunuh pemimpin besar Sheikh Saleh al-Aruri. 

“Hizbullah menyasarkan pangkalan kawalan udara Meron dengan 62 pelbagai jenis peluru berpandu,” kata kumpulan yang disokong Iran itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pihak, terutamanya antara tentera Israel dan Hizbullah yang merupakan sekutu Hamas saling berbalas tembakan sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober.

Pembunuhan Aruri pada Selasa di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut, yang menurut seorang pegawai pertahanan AS dilakukan oleh Israel, telah menimbulkan kebimbangan yang berlarutan.

Siren berbunyi di udara di pekan-pekan dan bandar-bandar di seluruh utara Israel semalam, termasuk Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Tentera Israel mendakwa pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 40 roket dilancar dari wilayah Lubnan pagi semalam. – AFP, 7 Januari, 2024.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...