Isnin, 29 Ogos 2011

Khamis, 25 Ogos 2011

SAFIAN MENUNGGU RAWATAN




MEMINTA BANTUAN PEMBACA

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319 

Isnin, 22 Ogos 2011

SALAM 22 RAMADHAN


SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE 22 1432H


aku tidak mahu menjadi sombong 
aku tidak mahu menjadi angkuh 
dalam perjalanan aku bersama kamu ke sana;
Muslimin.
 Majusi , Nasrani ; Atheis ; Hindu ; Buddha. 
dunia ini milik bersama 
dunia ini bukan hanya milik seorang senyawa dan suku sakat kita saja
perkongsian kita dengan

semut, nyamuk, lembu, lipas, ayam, puyu, mentarang, semalu, hempedu bumi, tongkat ali , waima kiambang kangkung jua;
dunia ini milik anak semua bangsa 
dunia ini milik anak semua agama 
dunia ini pinjaman sahaja
yang kita pinjam dari anak kita 
yang meminjam dari cucu kita 
yang meminjam dari piut kita 
yang meminjam dari biut kita 
kita hanya bertransit di sini 
sama seperti bertransit di pudu raya balik kampung
sama seperti bertransit di KLIA ke negeri atas bawah angin
sama seperti bertransit di Hatyai ketika ke Bangkok



Namun! 


pernah ketika transit itu 
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk parking  dan surau sekali? 

pernah ketika transit itu 
kau mahu miliki semua Stesen Hatyai
termasuk rel keretapi dan jambatan besi sekali?

jadi jangan anggkuh 
jadi jangan sombong 
kita kau  dan aku singgah sebentar disini 
kita kau dan aku hanya duduk sebentar 
aku; 
aku pun macam kau juga 
petang ini aku ke Kodiang. 


-kredit tukartiub


Isnin, 15 Ogos 2011

PUNYA ANAK BARU BERUSIA 2 TAHUN


"Wahai anakku! Janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar".
"Wahai anakku! Sungguh, jika ada amalan engkau(baik atau buruk) seberat biji sawi yang tersembunyi di dalam batu atau di langit atau di  bumi, niscaya didatangkan(dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah MahaHalus (MahaTeliti) lagi Maha Mengetahui".
"Wahai anakku! Laksanakanlah salat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap dugaan yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita-citakan".

Surat Luqman: 13,16, dan 17.

Kini aku sudah punya anak yang hari ini melewati 2 tahun, aku mahu mendidiknya seperti Luqman mendidik anaknya. Aku mahu menasihatinya seperti Luqman menasihati anaknya. Aku mahu bersikap bijaksana padanya seperti Luqman bersikap bijaksana pada anaknya. Ya Allah, kabulkan.

madduha arau,perlis 15 ogos 2011








Jumaat, 12 Ogos 2011

PELEMBUT HATI

“Ya Allah, saat siang-Mu datang menjelang, dan saat malam-Mu telah berlalu, dan inilah suara dari  penyeru-Mu maka ampunilah aku.”


Selasa, 9 Ogos 2011

BILA KENA TIPU APA NAK BUAT



Apabila pembohong  mengatakan dia adalah pembohong yang baik,pada aku tentu sekali tidak, kerana mana-mana pembohong yang tulen sentiasa akan mendesak bahawa dia jujur ​​dalam segala segi.












TEMUJANJI







PASAR JUADAH KODIANG MACAM BIASA.
5pm-7pm









Isnin, 8 Ogos 2011

SALAM 8 RAMADHAN









Jumaat, 5 Ogos 2011

BUMI


Kita semua tinggal di Bumi yang akan musnah suatu hari nanti.Pada hari itu semua manusia akan mati,dan segala isi menjadi abu. Apa saja pekerjaan yang ultra hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun. Jadi sebelum semua mati buat baik sama ahli keluarga,kawan-kawan dan seluruh isi bumi. Madduha Ramadhan 1432H.













PENDUDUK MALAYSIA 29 JULAI 2011



PUTRAJAYA, 29 Ju 11: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki -14.56 juta orang dan wanita -13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.
“Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci,” katanya dipetik Bernama Online.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).
Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.
Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.
Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).
Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu merupakan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. (IH/The Malaysian Insider).


Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadan


Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...