Jumaat, 29 Mac 2024

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, mereka akn sentiasa merasakan anda mengambil kesempatan ke atas mereka. Mereka tetap tidak akn menghargainya." Mereka tidak peduli tentang masa & kos yg anda belanjakan. 

Mereka lebih suka membiarkan org lain menipu mereka, biarkan org lain mendapat manfaat drp mereka dr menyokong seseorg yg mereka kenal.
Kerana dlm hati mereka akn sentiasa berfikir, 
"Berapa byk keuntungan yg diperoleh drp saya?"  
Drp "Berapa byk yg dia simpan buat saya?" 

Ini adalah contoh klasik mentaliti org miskin!

Bagaimana org kaya menjadi lebih kaya?
Salah satu sebab utama, mereka sanggup SUPPORT bisnes rakan sejawat, menjaga kepentingan masing2 supaya mereka secara semulajadi mendapat lebih.

Kawan2 akn menyokong. Jadi bulatan kekayaan terus berkembang & berkembang! Logik Mudah, anda akn mula menjadi kaya apb anda memahaminya.

Jack Ma tentang Jualan: 
       “Apabila membuat jualan, org per1 yg akn mempercayai anda adalah #Stranger _

Kawan rapat akan block anda, kawan lepak akan menjauhi anda. Keluarga akn memandang rendah kpd anda.

" Pada hari anda meraikan kejayaan, setiap pertemuan, makan malam, anda akan sedar:* Semua orang hadir kecuali #Stranger_

Khamis, 21 Mac 2024

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA

Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pernah melihat Nabi salallahu ‘alaihi wassalam pada hari Saif menyiram air ke atas kepala baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan bagida berpuasa”.

[Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud]

Rabu, 20 Mac 2024

Bukan Semua

Bukan semua berdiam diri itu baik. Ada keadaan berdiam diri itu tercela. Jangan diam dan menyepi ketika agama dihina.

Selasa, 19 Mac 2024

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksima jentera namun pada hari perlumbaan, jentera BMW ternyata sukar untuk digugat.

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #ARRC #Buriram #BMW #Ducati #Honda #Yamaha

Rabu, 6 Mac 2024

Peristiwa Hari ini

Hari ini 122 tahun yang lalu, berakhirnya Kerajaan Melayu Patani. 

Kesultanan Patani merupakan antara kerajaan Melayu yang tertua berpusat di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ia terbentuk sebagai kesinambungan kerajaan Langkasuka pada sekitar 1350~1450 & berada di kemuncaknya antara tahun 1585 ke 1649. 

Kerajaan Melayu itu bagaimanapun tumpas kepada Kerajaan Rattanakosin Siam pada 1786, lalu dipecahkan kepada 7 negeri kecil dengan setiapnya mempunyai raja tersendiri. Ia melemahkan Patani & menjadikan sebarang kebangkitan menentang Siam hampir mustahil.

Di awal pemerintahan Siam di Patani, para pemerintah tempatan setiap negeri dibenarkan untuk meneruskan pemerintahan cara tradisi Melayu. Pada masa sama, mereka perlu menghantar ufti bunga emas sebagai tanda kesetiaan kepada Rattanakosin di Bangkok. 

Ia menjadi amalan sehinggalah pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Syarifuddin (1890-1898), Raja Chulalongkorn memerintahkan supaya pentadbiran negeri-negeri Melayu Patani disusun semula mengikut sistem Thesaphiban pada 1897.

Mengikut sistem pentadbiran ini, jawatan raja-raja tempatan tidak lagi diwarisi tetapi tertakluk kepada lantikan Raja Siam. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menerima hasil cukai & menjalankan perniagaan, manakala pendapatan mereka diberi terus oleh Siam. 

Kuasa Patani makin terhakis & anak Sultan Sulaiman, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin yang menggantikan bapanya sebagai Sultan Patani yang baharu tidak diiktiraf Siam. Kerana enggan menandatangani dokumen melepaskan Patani, Sultan Abdul Kadir ditahan pada 21 Februari 1902. 

Atas kesalahan ingkar perintah Raja Siam, Sultan Abdul Kadir dipenjarakan di Phitsanulok. Pada 6 Mac 1902, Raja Patani terakhir itu secara rasmi dilucutkan jawatan, sekaligus mengakhiri Dinasti Tuan Besar yang memerintah Patani selama 60 tahun. 

Sumber: Nik Anuar Nik Mahmud, (1982) Sistem Thesaphiban dan kesannya keatas Kedaulatan dan Kewibawaan Raja-Raja Melayu Patani. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies

Gambar: Sultan Patani terakhir, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Thailands Historia).

#PeristiwaHariIni

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...