Ahad, 31 Mei 2020

wanita

Perempuan... 🤣

Kalau takde tudung yg match dgn baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.

Kalau baju yg sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.

Keronsang yg dia beli RM10 dpt 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dgn muka mcm org dah ambil keronsang dia,  dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.

Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet. 

Dia yg buat hal, lepas tu dia yg merajuk.

Kalau org usik tudung yg dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu thn lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je baik². Dah pakai kang kedut gak balik.

Dia boleh pakai tudung dgn pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial org lain, tapi lipat kain dia malas.

Org marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.

Dia tahu sakit bersalin tu mcm nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.

Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.

Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yg kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla... Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam² la... so, jgn silap kaler ok.

Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila org tak paham, dia sedih. Huhuhu.... 

Dia tahu sakitnya dianiaya orang yg dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yg mengerti. 

Dia boleh jadi dragon fly yg comel, boleh jadi dragon fire yg menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yg susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dpt pun boleh terlepas balik ok.

Itulah perempuan, penghibur terbaik yg Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah.

Khamis, 28 Mei 2020

Krisis Pertengahan Umur

Umur 20 lebih nak masuk 30 ni biasanya ramai yang kata dah tua. Aktiviti apa-apa pun dia kata nak slow dah. Tapi tunggulah umur nak cecah 40. Masa tu pasti ada keinginan nak rancak balik. Nak skate balik la, nak pi gig balik la, nak main motor la, nak itu la, nak ini la.

Itu lumrah. 

Sebab umur nak ke 30-an itu umur pencarian. Dia akan gelabah bila ketinggalan dari segi pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya. So apa-apa aktiviti masa muda yang dikira 'lagha' akan sedaya upaya ditinggalkan, untuk menumpukan pada fasa 'pencarian'. Fokus kata orang. 

Tapi umur menghala ke 40-an walaupun kebanyakan orang mungkin hampir stabil hidupnya, ia adalah fasa-fasa kekosongan dan kesunyian. Ketinggalan apa pun dia malas nak peduli dah. Dia akan lebih banyak mengenang dan teringat pada fasa-fasa 'liarnya' yang penuh suka-duka bersama member, bersama hobi dan aktiviti lamanya. Ini fasa-fasa kerinduan yang perlu diisi dengan sesuatu.

Mungkin, lumrahnya manusia disengajakan hidup sebegitu. Menjalaninya sebagai batas-batas ujian.

Cuma, terpulang pada kita untuk hidup bagaimana; mengenang, terus-terusan bernostalgia, menjalaninya semula dengan tidak terlalu hanyut atau mungkin,

dilemaskan terus.

Semoga kita berjaya.
Pitri Skater Guar Chempedak

Rabu, 27 Mei 2020

ANTARA MISKIN DAN MALAS

Dr Maza tegur ttg kemiskinan dan kemalasan....

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒

Hari ini, saya kembali mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dalam kayuhan MAIPs Peduli. Disebabkan PKPB, maka jumlah kami tidak ramai dan in sha ALLAH telah mematuhi SOP yang ditetapkan. Tujuan kayuhan seperti biasa ialah untuk menyantuni asnaf, mengambil tahu perkembangan dan keperluan mereka.

Mohon maaf, saya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama ini dalam coretan kali ini. Dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka. Padahal, untuk mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma perlu sedikit kerajinan. Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama DYTM Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Padahal tubuh masih sihat. Lebih daripada itu, tempoh PKP dan PKPB sekitar 2 bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri sendiri. Ini bukan kes terpencil. Sering kami saksikan.
 
𝗧𝗲𝗿𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶

Satu perkara yang sering saya luah dalam ucapan dan kuliah saya sejak dahulu, bahawa salah satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Orang utara sebut dalam bahasa pasar yang agar kasar balo’. Lebih keras lagi disebut bolo’ liat. Ertinya, pemalas yang amat. Walaupun, kita sedar terdapat mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul. Golongan miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak saya bicara di sini. Harap jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, -in sha ALLAH- jika mereka rajin berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
 
𝗣𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀

Saya kembali ingin membicarakan golongan yang miskin disebabkan kemalasan ini. Sesiapa yang pernah berpengalaman berurusan dengan golongan ini, akan faham apa yang saya coretkan ini. Golongan ini seakan-akan selesa dengan kemiskinan yang membolehkan mereka mendapat bantuan orang lain tanpa perlu bekerja keras. Gambaran kehidupan yang miskin itu seakan mahu mereka jadikan identiti diri bagi membolehkan segala bantuan yang diminta diperolehi dengan mudah. Di Perlis, MAIPs telah membina ribuan rumah untuk golongan miskin. Bukan sedikit, berjuta-juta telah dibelanjakan. Ada yang berusaha ke arah yang lebih baik, namun ada yang mengecewakan. Ada yang menerima rumah yang cantik dan teratur, namun apabila kita datang semula beberapa bulan, rumah bertukar menjadi kotor. Lalang dan rumput di keliling rumah tidak dipotong. Sampah-sarap menghiasi dalam dan luar rumah. Kerjanya hanya bersandar menunggu bantuan. Tubuh masih sihat, tapi mempunyai pelbagai alasan. Demikianlah kemalasan mencengkam kehidupan mereka.
 
𝗗𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗷𝗮

Kediaman kita sekalipun lama dan tidak mewah, jika ada kerajinan boleh dibersih dan dikemaskan. Bahkan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran asas yang sekurang-kurang dapat menjimat sebahagian belanja dapur. Hari ini, dalam pasu dan tin kosong pun boleh diusahakan tanaman. Tapi, kalau pemalas, kerjanya hanya tidur dan duduk saja menunggu bantuan orang menjelma.
 
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁

Bukan sahaja malas berusaha untuk kehidupan dunia, bahkan malas untuk akhirat juga. Pada wajah mereka tidak terlihat tanda dan sinar insan yang bersujud pada Tuhannya. Jika dijemput mereka datang untuk bantuan di masjid, kita meminta bersolat dahulu, mereka datang selepas solat jamaah selesai lantas terus duduk.  Jika kita beri bantuan dan meminta selepas menerima bantuan tunggu solat berjamaah bersama, mereka lari selepas wang diberikan. Kalau diminta datang bantuan di masjid pada Hari Jumaat, ada pula yang mewakilkan isteri, atau anak perempuan untuk ambil bantuan. Si bapa ‘kabur’ dari Solat Jumaat. Walaupun, bukan semuanya begitu, tapi jumlah yang sebegitu juga bukan sedikit.
 
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀

Saya percaya MAIPs akan mengambil langkah memerangi kemalasan sebelum cuba mengatasi kemiskinan. Insan kurang upaya, orang tua yang uzur, orang yang ditimpa bencana, anak-anak yang masih kecil dan seumpama yang hidup dalam lingkungan kemiskinan, mereka mempunyai keuzuran dan alasan. Golongan ini patut diutamakan. Adapun yang berbadan sihat yang meminta-minta atas alasan tiada kerja, golongan ini mesti disemak. Mereka ini sering menjadikan anak-anak kecil mereka alasan kukuh untuk mereka mendapat bantuan. Malangnya, sebahagian mereka mengambil kesempatan untuk bertambah malas dengan bantuan yang diberikan.
MAIPs sebenarnya telah menyediakan terlalu banyak program untuk memajukan asnaf dengan membekalkan mereka kemahiran dan modal. Ratusan juta dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan pendidikan supaya kehidupan asnaf berubah dan mampu berdiri sendiri. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya. Ramai yang sudah tidak miskin lagi, khususnya yang muda. Namun, golongan pemalas juga masih banyak. Peluang pekerjaan dicari dan diberikan. Seminggu dua mereka bekerja, kemudian mereka lari. Saya masih ingat, kami bermesyuarat menghantar sejumlah golongan miskin mengikuti kursus menjadi pemandu lori kontena canggih. Elaun kursus MAIPs berikan, pihak syarikat juga bantu. Selepas itu, akan diserap terus bekerja yang pendapatannya sekitar 4 ribu ringgit sebulan. Malangnya, sebahagian besar lari balik rumah. Atas alasan tak biasa duduk luar lama-lama. Itulah syaitan kemalasan yang menguasai urat nadi sebahagian manusia.
 
𝗔𝗸𝘂𝗿

Hal ini sebenarnya, bukan sahaja di Perlis, tapi di semua tempat dan negeri. Meriwayatkan hal ini memang merobek perasaan kita sendiri. Namun, suka atau tidak suka, kita kena akur bahwa bukan sedikit ‘melayu yang malas’. Dalam masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya. Namun, kita tidak boleh nafikan masih ramai orang kita sangat pemalas. Inilah juga sebabnya, kita gagal dalam bersaing dengan pihak lain. Akhirnya, kita hanya menyalahkan pihak lain semata, lalu melupakan penyakit malas yang ada dalam masyarakat kita.
Kemalasanlah yang menyebabkan ramai orang kita kerja ‘lebih-kurang’. Produknya tidak berkualiti. Sehingga masyarakat kita sendiri kadang-kala terpaksa mengutamakan produk pihak lain di sudut kualiti dan kesungguhan. Natijahnya, peniagaan orang kita tidak berdaya saing di sudut kualiti, ataupun di sudut kesungguhan kerja. Dengan saya akur, ada banyak juga produk orang Melayu-Muslim yang berkualiti dan sangat bagus.

𝗝𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻

Berjihad menentang kemiskinan tidak akan berjaya jika kita tidak berjihad menentang kemalasan. Saya melihat, -dengan izin ALLAH- harta dunia ini dapat diperolehi dengan pemikiran yang bijak walaupun usahanya tidak begitu hebat. Jika akalnya hebat dan usahanya juga hebat, dengan izin ALLAH pasti banyak rezekinya. Kedua, harta dunia diperolehi dengan kesungguhan usaha walaupun kebijaksanaan tidak begitu tinggi. Dengan kerajinan akan membina pengalaman. Dengan pengalaman, orang kurang bijak akan membuat keputusan yang bijak. Akhirnya, dengan kerajinan dan pengalaman, rezeki yang banyak -dengan izin ALLAH- hadir ke dalam kehidupan.
 
Sebenarnya, memerangi kemalasan itu adalah tanggungjawab kita dalam beragama. Sabda Nabi s.a.w:
لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ، فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ الحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ، فَيَبِيعَهَا، فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ
“Jika seseorang kamu mengambil talinya, kemudian membawa satu ikatan kayu api di atas belakangnya lalu menjualnya,  -dengan sebab itu ALLAH memelihara maruahnya- maka itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada manusia, samada mereka memberikannya atau tidak” (Riwayat  al-Bukhari dan Muslim)
Kata Anas bin Malik r.a
فَكُنْتُ أَسْمَعُهُ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Aku mendengar Nabi s.a.w sering berdoa: “Ya ALLAH sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada kerisauan dan dukacita, daripada lemah dan malas, daripada kebakhilan dan kebaculan, daripada bebanan hutang dan daripada ditewaskan oleh orang” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
Maafkan coretan ini. Namun, ia sesuatu yang terpaksa diluahkan demi kepentingan kita semua. Masyarakat muslim kita ramai yang berharta dan suka membantu. Alhamdulillah. Namun, jika kita tidak teliti dalam strategi kita membantu, saya bimbang kita bukan berjaya menghapuskan kemiskinan tapi meramaikan lagi golongan pemalas. Untuk memberikan bantuan dengan gambar yang gah mungkin mudah. Namun, untuk mencabut akar masalah, mungkin tidak semudah sekadar menghulurkan bantuan wang ringgit. Kita perlu gembeling tenaga mengubah mentaliti dan sikap 'malas'. Inilah -in sha ALLAH- usaha yang mesti kami di MAIPs laksanakan.

Semoga ALLAH mengampuni saya..
 
Dr MAZA,
12.30 malam

Selasa, 26 Mei 2020

LAKSA

Teringin nak makan laksa utara tapi tak reti nak buat sendiri? Jangan risau saya akan ceritakan cara-caranya dan anda boleh masak sendiri di rumah.

1. Beli ikan temenung (kembung) atau ikan selayang (sardin). Untuk permulaan cukuplah dalam sekilo. Dan pastikan matanya tidak merah seperti orang hisap ganja. 

2. Jangan lupa juga beli laksa kering cap Eka, bawang kecil (bawang merah, lada kering, belacan dan asam gelugor (asam keping) dan daun kesum tepi telaga orang maksum masuk syurga.

3. Ikan tadi harus dipersiang (siang) dulu, buang isi perutnya dan cuci sebersihnya sebanyak 3 kali. Basuhan kali ketiga pastikan baca selawat nabi bagi memastikan berkat dan suci.

4. Rebus ikan tadi bersama 3 keping asam gelugur hingga masak secukupnya. Toskan dan simpan air rebusan tadi. Rebuskan juga cili kering yang telah dibuang bijinya.

5. Perisi (asingkan isi dari tulang) ikan tadi dan pastikan semua tulang tidak bercampur dengan isi jika tidak mahu tulang tersekat di tekak.

6. Blender adalah satu-satunya alatan elektronik yang diperlukan dalam proses pembuatan kuah laksa, kalau tak ada blender cuba beli kat kedai Seng Heng boleh bayar ansuran. Jika tak mampu boleh pinjam kat rumah jiran, kalau jiran kedekut, tumbuk pakai lesung batu atau giling dengan batu giling.

7. Kisar isi ikan hingga hancur sepenuhnya. Keluarkannya dari blender dan masukkan pula 8/13 bawang kecil (pastikan dibuang kulit nipisnya), lada kering dan belacan, kisar hingga hancur lebur, keluarkannya. Masukkan tulang belulang ikan bersama kepalanya sekali, kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur berkecai. Ambil airnya sahaja, tulang belulang harus dibuang.

8. Hidupkan dapur gas, kalau tak ada dapur gas boleh guna dapur karan, dapur minyak atau cari kayu kering dan bata rumah jiran yang sedang ubahsuai rumahnya itu untuk diy dapur kayu (api).

9. Panaskan periuk dan masukkan air rebusan ikan, isi ikan, cili kering, bawang kecil dan belacan yang telah dikisar tadi.

10. Masukkan 8 keping asam gelugur dan segenggam daun kesum, 1 sudu teh garam dan gula putih. Jika dipasar tadi ada bunga kantan boleh beli dan masukkan sekali kalau tiada tak apa tak yah guna sebab rumah jiran tak ada tanam. Lagipun bunga kantan akan buatkan perut kembung berangin.

11. Tunggu hingga masak. Jika mahu lebih rasa masan tambahkan lagi asam gelugor sehingga secukup masam. Jika dah cukup masamnya keluarkan asam gelugor tadi dari periuk.

12. Panaskan pula air untuk merebus laksa kering, pastikan laksa kering tadi direndam beberapa jam (semalaman lagi ok) bersama beberapa keping asam gelugor (untuk memastikan laksa tadi putih bersih, bukannya kekuningan). Rebus laksa sehingga lemah dan lembut.

13. Cadangan hiasan, beli juga daun cylon, timun, bawang besar dan telur itik. Jika tiada telur itik boleh guna telur ayam dan pastikan jangan guna telur sendiri.

14. Rebus telur tadi hingga masak dan kopek kulitnya. Hiris bawang besar, timun dan daun cylon. 

15. Masukkan laksa ke dalam pinggan, letakkan hirisan bawang besar, timun, daun cylon dan telur yang dibelah dua di atas laksa. Curahkan kuah di atasnya.

16. Untuk menambah rasa boleh juga letakkan limau nipis ataupun kasturi (kalau lupa beli petik kat belakang rumah jiran), kicap atau otak udang. Jika suka pedas tambahkan cabai melaka yang dirincik-rincik.

17. Rasanya itu saja. Selamat mencuba anda tak akan sesal dulu tiada guna-nya.
Kredit Namron

Jumaat, 8 Mei 2020

KUALA LUMPUR

"Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur" 

Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu? Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Al-Marhum Haji Abdullah Hukum/Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.

Nama sebenar beliau Abdullah Rukun. Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam. Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini.  Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh.  Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan. Sutan Puasa dan Raja  Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul).

Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut(kini Batu Lima Gombak). Setiap orang boleh ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan.

Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang)  dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ.

Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai kietua kampong selama 7 tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras.

Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar).

Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi. Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas.

Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar.

Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah. Ramai menyangka Yap ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas kuala lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga yang dilantik dan disokong oleh Tokoh pengasas dan pembesar dari kali kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah. 

Bissirril Al-Fatihah 
Al-Marhum Abdullah Hukum 
Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur

Ambil gambar bulan


How to shoot Moon with Xiaomi phones without Moon mode, or any third party apps.

Follow
2019-07-24 01:51:38  8936 views
Hi Xiaomi users waiting for moon mode :)
You should use MI8/MI8 Pro for this tutorial, it works on these phones, i don't know if it works on any other Xiaomi phones, submit your photos, and your phone type, and i will edit this list below:

Currently working on:
Xiaomi MI 8/MI 8 Pro.
Redmi Note 7
Mi Mix 3
----------------------------------
Xiaomi MI 9 and the other xiaomi phones that got "moon mode", is not getting on the list)

Step #1:
Make sure, it's dark outside, and you can see the moon properly :)
Step #2:
Open your phone's camera, and change mode to Manual/Pro. Make sure every settings in manual mode is set to default.
Step #3:
Change lens to TELEPHOTO lens, if your phone doesn't have that, then you can try with the wide lens, but then your photo is not going to look good.
Step #4:
Set focus to 100, and ISO to 100, and set the timer to 3s, to avoid any vibrations that came from pressing the shutter button.
Step #5:
Get a tripod, or something where your phone can stand.
Step #6:
Find the moon on your phone camera, should be centered. Zoom in 8x times, if you wan't better looking photo, then use 4-5x times zoom.
Step #7:
The last step, set your shutter speed to 1/125, or 1/60 to get the moon look nice. For me, these 2 shutter speed configs given the best looking photo.

The photo taken with my Xiaomi MI 8:
avatar.png


avatar.png


I hope you liked this little tutorial, thanks for reading it :)
Don't forget to post your photos too.
Like
likes
    Favorites
    14
    Share

    Ahad, 3 Mei 2020

    Hukum mati pemabuk penyebab kematian

    PEKETUM MC mencadangkan hukuman mati dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

    “Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta. Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.”

    “Tiada alasan untuk meringankan hukuman. Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh 'kaki mabuk'.”

    Semalam, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di lebuhraya LEKAS maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta disyaki dipandu oleh pemandu di bawah pengaruh alkohol.

    Penguatkuasaan undang-undang paling keras harus dikenakan kepada pemabuk yang memandu hingga menyebabkan kematian manusia lain. 

    PEKETUM MC
    MALAYSIA.

    Jumaat, 1 Mei 2020

    Kandovan

    Kandovan adalah sebuah kampung kuno di Daerah Desa Sahand di Daerah Tengah Osku, Provinsi Azerbaijan Timur, Iran barat laut.  Ia terletak di kaki Gunung Sahand, berhampiran bandar Osku.  Kampung ini memberi contoh tempat tinggal tebing bukit/gunung buatan manusia yang masih didiami sejak lebih 1000 tahun lalu. Bagai kembali ke zaman silam. Ketinggian lebih 100meter. Haiwan ternakan utama adalam kambing yang juga tinggal di kandang dalam bukit bersama penduduk. Dan seluruh kawasan dilitupi salji pada musim sejuk. Pada tahun 2006 dicatatkan terdapat 168 keluarga dengan 601 individu. 



    Topik untuk hangpa pada pertemuan pertama

    Aku direct translate dari 1 artikel inggeris, hangpa mungkin kena prepare dengan soalan2 lagu ni.

    Tetapkan 1


     Memandangkan pilihan siapa sahaja di dunia, siapa yang anda mahukan sebagai tetamu makan malam anda?

     Adakah anda mahu menjadi terkenal?  Dalam cara apa?

     Sebelum memanggil seseorang, adakah anda pernah melatih semula apa yang akan anda katakan?  Kenapa?

     Apa yang akan menjadikan hari 'sempurna' untuk anda?

     Bilakah kali terakhir anda menyanyi untuk diri sendiri atau orang lain?

     Sekiranya anda dapat hidup hingga usia sembilan puluh tahun dan mengekalkan minda atau badan orang berusia tiga puluh tahun selama enam tahun terakhir dalam hidup anda, mana yang anda mahukan?

     Adakah anda mempunyai firasat rahsia mengenai cara anda mati?

     Namakan tiga perkara yang anda dan pasangan anda mempunyai persamaan.

     Apa satu perkara yang membuat anda merasa bersyukur?

     Sekiranya anda dapat mengubah apa-apa mengenai cara anda dibesarkan, apakah itu?

     Luangkan lima minit untuk menceritakan kisah hidup pasangan anda dengan seberapa terperinci yang mungkin.

     Sekiranya anda dapat bangun besok setelah memperoleh kualiti atau kemampuan, apakah itu?


     Tetapkan 2


     Sekiranya bola kristal dapat mengatakan yang sebenarnya tentang anda, kehidupan anda, masa depan atau apa sahaja, apa yang anda ingin ketahui?

     Adakah terdapat sesuatu yang anda impikan untuk sekian lama dan mengapa anda belum melakukannya?

     Apa pencapaian terbaik anda?

     Apa yang paling anda hargai dalam persahabatan anda?

     Apa memori paling berharga anda?

     Apa memori paling dahsyat anda?

     Sekiranya seseorang memberitahu anda bahawa dalam satu tahun dari sekarang anda akan mati secara tiba-tiba, adakah anda akan mengubah sesuatu tentang cara anda sekarang hidup?

     Apa maksud persahabatan bagi anda?

     Seberapa penting cinta dan kasih sayang untuk anda?

     Bagikan lima perkara yang anda anggap sebagai ciri positif pasangan anda.

     Sejauh mana keluarga anda?  Adakah anda percaya bahawa masa kecil anda lebih bahagia daripada kebanyakan orang lain?

     Bagaimana hubungan anda dengan ibu anda?


     Tetapkan 3


     Buat tiga kenyataan 'kita' yang benar.  Contohnya, 'Kami berdua di bilik ini merasa _______.'

     Lengkapkan ayat ini: "Saya harap saya mempunyai seseorang yang dapat saya bagikan _______."

     Sekiranya anda menjadi teman rapat dengan pasangan anda, apa yang penting untuk mereka ketahui?

     Beritahu pasangan anda apa yang anda sukai tentang mereka;  jujurlah kali ini dan katakan perkara yang mungkin tidak anda sampaikan kepada seseorang yang baru anda temui

     Kongsi detik memalukan dalam hidup anda dengan pasangan anda.

     Bilakah kali terakhir anda menangis di hadapan orang lain?  Oleh anda sendiri?

     Beritahu pasangan anda sesuatu yang anda suka tentang mereka sudah.

     Apa, jika ada, yang terlalu serius untuk diguris?

     Sekiranya anda hampir mati malam ini tanpa peluang berkomunikasi dengan sesiapa, apa yang anda akan menyesal kerana tidak memberitahu seseorang?  Mengapa anda belum memberitahu mereka?

     Rumah anda terbakar.  Setelah menyelamatkan orang yang anda sayangi, anda mempunyai masa untuk membuat tanda terakhir untuk menyimpan satu item dengan selamat.  Apa itu dan mengapa?

     Daripada semua orang dalam keluarga anda, kematian siapa yang anda anggap paling mengganggu?  Kenapa?

     Berkongsi masalah peribadi.  Tanya nasihat pasangan anda tentang bagaimana mereka menanganinya.  Juga, minta mereka memikirkan kembali kepada anda bagaimana perasaan anda tentang masalah itu.

    Awak Terlalu Baik Untuk Saya

    Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...