Kalau tanya saya, saya akan cakap Dr Zakir Naik adalah Wali Allah.
Kenapa?
Sebab bicaranya telah menarik ratusan ribu bahkan mungkin jutaan umat manusia kembali kepada fitrah Islam.
Beliau telah mengIslamkan ratusan ribu bahkan mungkin jutaan umat manusia sehingga ke hari ini. Malah asbab beliau juga berapa ramai umat Islam hari ini makin bertambah keimanan mereka.
Ini juga adalah karamah.
Pada mereka, karamah ini hanya bila awak boleh berjalan atas air, boleh bagi singa makan pisang, boleh terbang.
Nooo...
Tidak ada sejarah ulama-ulama muktabar dulu boleh terbang atau boleh berjalan atas air sebagaimana diwar-warkan oleh sebahagian "Aswaja" tentang kisah-kisah wali.
Imam Nawawi, hidupnya tidak panjang. Tetapi kitab dan namanya masih hidup sampai ke hari ini.
Itu adalah karamah dan beliau adalah Wali Allah.
Dan karamah adalah sesuatu perkara yang diberi Allah Ta'ala. Bukan sesuatu yang boleh diperolehi hanya dengan amalan-amalan yang direka.
Kalau awak tanya lagi, saya akan kata Maulana Asri adalah Wali Allah.
Tidak ada orang di Malaysia yang berjaya syarah Sahih Bukhari secara lengkap melainkan dia. Tidak ada orang yang Allah beri kekuatan dalam hidupnya mengabdikan diri dengan ilmu-ilmu hadis di Malaysia ini.
Itu juga karamah.
Almarhum TG Nik Aziz. Mereka juga gelar beliau sebagai Wahabi.
Tapi keilmuannya memberi pengaruh besar dalam dunia politik di Malaysia dan berjaya mencipta revolusi dalam pentadbiran negara. Bahkan walaupun selepas beliau telah meninggal dunia, ilmu masih subur dan Tafsir Tok Guru yang disyarah olehnya telah berjaya dicetak dan disebarkan.
Itu juga karamah dan kalau tanya saya, beliau juga adalah Wali Allah.
Pelik mereka ini.
Orang yang bersenang lenang atas katil membawa fatwa-fatwa aneh, mereka angkat sebagai Wali Allah. Tetapi orang yang berada di medan dakwah dan menabur banyak jasa pada agama, mereka tuduh sesat dan sebagainya.
Aneh betul cara mereka mengambil agama.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita tentang agamaNya.
By : Imam Pagar Alam Peketum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan