Selasa, 24 Ogos 2021

TALIBAN

Taliban

 Penerangan

 Taliban, yang menyebut dirinya sebagai Emirat Islam Afghanistan, adalah gerakan agama-politik Deobandi dan organisasi ketenteraan di Afghanistan, yang dianggap oleh banyak pemerintah dan organisasi sebagai pengganas. Wikipedia

 Ditubuhkan: September 1994, Kandahar, Afghanistan Trending

 Kumpulan: Terutama Pashtun; sebilangan orang Tajik di utara Afghanistan

 Ibu pejabat: Kandahar, Afghanistan (1994–2001)

 Pertempuran dan perang: Perang Saudara Afghanistan (1992-1996); Perang Saudara Tajikistani (1992-1997); Perang Saudara Afghanistan (1996–2001);

 Pengasas: Mohammed Omar, Abdul Ghani Baradar

Khamis, 19 Ogos 2021

Salam Sayang Abah Din

Siang tadi saya beli daging salai dari mak cik pasar. Dia rekemen suruh masak lemak cili api Nogori Sembilan. Siap bagi belimbing buluh lagi. “Tak yah letak asam keping dah” dia pesan.

Balik rumah, saya minta isteri masakkan. Saya pesan jangan tambah asam keping. Dia senyap. Saya tak pasti dia dengar atau tak tapi dalam hati saya kata, dia tahu lah tu.

Masa nak makan saya buka periuk dan saya nampak ada dua keping sebesar dua jari asam keping. Dalam hati, saya mula mencemuh isteri saya. Saya dah pesan tapi dia letak juga bersama belimbing buluh. Mesti terlebih masam masak lemak ni.

Saya kaut dua keping asam tu dan buang dalam tong sampah. Saya kacau kuah dan saya nampak ada beberapa keping lagi. Pelik saya kenapa banyak sangat asam keping dia letak. Nak tunjuk perasaan ke?

Saya kacau lagi, saya nampak semuanya asam keping tak ada satupun daging salai.

Bila saya tengok betul-betul asam keping tu, yang saya nampak adalah hirisan hirisan daging salai. Dua hirisan lagi saya dah buang dalam bakul sampah.

Ada masanya kita terkeliru dalam membuat penilaian dengan membuang sesuatu yang bernilai hanya kerana kita tidak betul betul melihatnya. 

Kita terlalu asyik mahu mencari kesalahan hingga kita tidak nampak lagi kebaikan yang ada di depan mata.

Selasa, 17 Ogos 2021

Kerajaan Bantuan Rakyat

Terima kasih bos untuk 15 bulan yang berinsipirasi. Semua pun boleh kurus. Cuma perlu usaha. Yakin Toat Sabar #slaveshallserve #socialwork #welfarelife 

Ahad, 8 Ogos 2021

Permintaan Terakhir Perampok

Alkesah….
Konon pada suatu masa tiga perompak telah di tembak mati dalam satu kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah kosong yang juga dalam daerah kediaman mereka.. 

Setelah selesai drama itu maka dibaringkan tiga mayat tersebut ..Sementara itu keluarga mereka datang untuk melihat mayat tersebut..
Maka setiap mayat itu di kerumuni oleh anggota keluarga masing masing.. esak tangis kedengaran dikalangan mereka.. 

Maka di alam yang lagi satu datangkan malaikat dan bertanya pada jasad tersebut.. 
“Apakah harapan terakhir kau pada keluarga kau sebelum aku angkat roh kau ke tempat lain?”

Jawab mayat 1.
Aku harap semua keluarga maafkan aku.. aku tahu aku sangat jahat dan bukan ketua keluarga yang baik.. aku reda dengan takdir aku..

Jawab mayat 2.
Aku harap mereka tahu bahawa aku lah hero mereka.. aku buat ni pun untuk mereka.. mereka perlu makan dan pakai .. ini lah pilihan aku untuk kebahagian mereka.. aku tak pernah curang dgn sesiapa.. aku harap mereka doakan aku disana.

Mayat 3 diam tak jawab apa apa.. maka di ulang soal untuk mayat ke 3 itu
“ apa harapan terakhir kau?”

Maka jawab lah mayat ke 3 dengan perlahan…
“ aku harap ada diantara mereka( kaum keluarga) yang tiba tiba berkata.. ehhh tengok.. jari nya bergerak.. ya .. bergerak.. en polis.. bergerak lagi tu.. Alhamdulillah “

Begitulah adanya …

**** jadi tak heranlah kalau ada yang dah mati dalam kerjaya politik pun masih mengharapkan untuk dihidupkan kembali.. sedang mayat pun harap ada peluang untuk kembali hidup..
Tok Ayah.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...