Khamis, 15 Ogos 2024

BOMOH

ANTARA SEBAB MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN NUJUM DAN TUKANG TILIK

TIDAK MENGETAHUI BAHAWA TILIK ITU SEBAHAGIAN ILMU HITAM, PENIPUAN SYAITAN, SYIRIK DAN DOSA.

TERPESONA DENGAN KETEPATAN RAMALAN BOMOH DAN TERPEDAYA DENGAN PUTAR BELIT HADIS FIRASAT ORANG SOLEH LALU MENYANGKA TILIKAN BOMOH ITU MERUPAKAN FIRASAT ORANG SOLEH.  

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” [Hadis riwayat Muslim].

“Tukang tilik ini tak kiralah kita panggil dia Tok Bomoh ke? Kita panggil dia Tok Dukun ke? Kita panggil dia Pak Cik ke? Kita panggil dia Uncle ke? Ustaz ke? Tapi kalau dia tilik orang?! (Maka) Itu tukang tilik!

Apa maksud tukang tilik? Dia mendakwa dia tahu benda yang akan berlaku, tilik! Dia mendakwa dia mengetahui barang yang hilang, buktinya takda, dia tahu barang yang hilang itu dekat mana, tilik! Atau pun benda yang telah berlaku tapi dia takda bukti pun, dia boleh cerita ikut pandangan dia, itu tilik! Atau pun orang hilang dihanyutkan arus deras dalam sungai ke? Jeram ke? Air terjun ke? Laut ke? Nak cari mayat, tok bomoh ini, ustaz ini kata dia tahu mayat ini timbul dekat mana. Dia takda bukti tapi dia kata dia tahu, dia boleh tengok! Itu tukang tilik! - Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, Penguam Syarie & pendakwah bebas,
27/7/2024, Masjid al-Mursyid, Pauh.

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Bomoh
#Tilik

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...