Ahad, 27 Oktober 2019

Nadiah Yusuf Eastern Europe Solo Trip

EASTERN EUROPE/SOLO TRIP
(20 Sept - 7 Oct 2019) 

Pada awalnya saya hanya merancang untuk menghabiskan cuti rehat tahunan dengan menziarahi keluarga di London pada akhir September lepas namun plan DIY ini end up dengan jelajah 6 negara di Eastern Europe secara solo. Diharap coretan ini dapat memberi sedikit  panduan bagi yang berhajat untuk travel solo ke negara-negara ini. 

Kembara ini bukanlah kembara budget namun saya sedaya upaya cuba untuk meminimumkan perbelanjaan. Anggaran kasar yang saya keluarkan ketika saya bergerak solo, tidak termasuk tiket return KL-London-KL, makan/minum/penginapan sepanjang bersama keluarga di Istanbul dan London 

TRANSPORT 

• Return ticket MAS Airlines (KLIA-London-KLIA) ****
• Ryanair (London Stansted-Budapest) RM98 (termasuk 10kg check in luggage)
• Flixbus (Budapest-Vienna-Prague) Night Bus 40€/RM190
• Regiojet Bus(Prague-Cesky Krumlov) RM35
• Leo Express (Cesky Krumlov- Salzburg) 16€/RM74
• Flixbus (Salzburg-Ljubljana) Night Bus RM112
• Namago Bus (Ljubljana-Venice) 21€/RM97
• Pegasus (Venice-Istanbul Sabiha) RM298
• Turkish Airlines (Istanbul Airport-London Heathrow) RM400

PUBLIC TRANSPORT 

• Victoria Coach Station-Stansted Airport (5£/RM25)
• Budapest Airport-Astoria M (900 HUF/RM12.83)
• Tram Budapest (350 HUF sehalaX2/RM10)
• Metro Prague (24CK (30minutes)/RM4.3)
• Bus return (Salzburg-Hallstat-Salzburg) (29.29€/RM136)
• Shutter bus Salzburg South-center return (RM10)
• Bus Ljubljana - Lake Bled (RM11)
• Shutter bus Mestre - Venezia & Mestre - airport (RM50)
• Top up Oyster Card London (RM50)
• Topup Istanbul Kart (RM20)

TOTAL = RM 1583.13

PENGINAPAN

• Malvick City Lodge Budapest, Hungry RM102(1M)
• Meetme23 Hostel Prague, Czech Republic 53€/RM246(2M)
• Yoho International Youth Hostel Salzburg, Austria RM139(1M)
• Bnb Ljubljana, Slovenia 27€/RM125 (1M)
• Anda Venice, Italy RM292(3M)
• The Impress Theodora, Sultanahmet Istanbul RM160(1M) 
• Corus Hotel London ***

TOTAL = RM 1064

MEAL (ASAS)

Budapest 
Dinner 2910 HUF/RM41.46 

Prague 
Groceries 205.6 CK/RM37.34

Ljubljana, Slovenia
Breakfast 3€/RM14, Dinner 4€/RM18

Vienna/ Salzburg/ Hallstatt, Austria 
Breakfast 5€/RM23, lunch/Dinner 12€/ RM56

Venice, Italy 
Groceries Dinner/ Lunch RM25
Spaghetti 8€

Istanbul, Turkey 
Dinner RM36

London, England 
Brunch RM50

TOTAL = RM312.8

LAIN-LAIN

• Insurance Etika360 Gold RM118
• Sim card/ Internet RM100
• Luggage room CK 3€/RM14
• Sewa basikal/ luggage Lake Bled 7€/RM32

TOTAL = RM264

ANGGARAN KASAR TIDAK TERMASUK FLIGHT RETURN KL-LONDON-KL = RM3223.13

1. CENTRAL LONDON, ENGLAND 

• Arrived London Heathrow jam 5.45 pagi. Tambah nilai oyster card, beli simcard local EE untuk internet 5+10 GB di convenient store (untuk penggunaan internet sepanjang di negara Europe, buka roaming)

• Menaiki underground (Piccadilly line to Arnos Grove) ke Westminster (tukar central line di South Kensington) 

• Sightseeing Big Ben (masih berbungkus), London Eye, London Bridge, Westminster Abby dan sekitar Victoria Street sementara menunggu bus ke London Stansted Airport

• Bertolak ke London Stansted Airport jam 2 petang. Masa perjalanan 1 Jam menaiki National Bus Express di Victoria Coach Station

• Terbang ke Budapest, Hungary jam 5 petang. Perjalanan 3 jam 1/2. Sampai Budapest Ferenc Liszt International Airport jam 9 malam.

2. BUDAPEST, HUNGARY 

• Dari airport saya menaiki shuttle bus No. 100E (Dek Ferenc Ter M) dan berhenti di perhentian bus Astoria M. Jarak ke penginapan lebih kurang 600m. Tiket shuttle bus dibeli di mesin ticket (warna purple) yang terletak di luar pintu keluar airport (sebelah kiri). Bayaran boleh dibuat menggunakan card yang diaktifkan. Sekiranya dah tukar duit ke matawang  HUF, boleh terus beli dengan driver bus (900HUF)

• Jam 5.30 pagi saya terus check out, tumpang bag di luggage room. Make another room reservation melalui booking.com yang boleh cancel before 2 pm (incase nak stay lagi satu malam) memandangkan Itinerary ini DIY, free and easy. 

• Ready for explore Buda and Pest!  Budapest sebenarnya adalah 2  separate towns called “Buda” and “Pest” which are divided by the Danube River. Buda adalah kawasan berbukit dan merupakan bandar lama dimana terletaknya Budapest Castle dan Pest adalah bandar baru yang lebih modern. Mulanya plan untuk spend 2D/2N di Budapest tapi end up sehari sahaja. Setelah 1/2 day di Pest site, saya decide cukuplah satu hari dibandar ini. Saya cancel hotel and beli tiket Flixbus ke Prague. Sebelah petang saya cover Buda site. Ternyata kecantikan Budapest ni terserlah waktu malam! Parliment of Budapest waktu malam persis Angelina Jolie cantik gila! (Perumpamaan tetap taknak kalah)

• Most of the attraction saya cover selama sehari. (Pagi) Market Hall sayangnya tutup Ahad, Farmer market (terjumpa masa jalan), Parliament of Budapest, Hero’s Square (Petang) Budapest Castle, Fisherman’s Bastions, Chain Bridge , Sunset on the bridge

• Saya lebih suka berjalan kaki kerana ia satu kepuasa dan cara terbaik  untuk saya menerokai tempat baru. Letih? Memang. tapi puashati

• Saya menaiki bus malam ke Prague dan transit di Vienna, Austria. Transit ni tak dirancang sebab tersilap pilih itinerary tiket so dapatlah sightseeing sekitar Central Vienna kejap sebelum meneruskan perjalanan ke Prague.

3. PRAGUE, REPUBLIC CZECH 

• Tiba di Prague Main Railway Station jam 11 pagi. Check in hostel. Hostel paling best pernah stay. 5Bed dorm/ private bathroom sangat selesa!

•  Architecture bangunan disini memang cantik. Di Old Town Square terletaknya Astrological Clock, deretan designer outlet dan cafe-cafe desert yang cozy and melting - maka banyak masa dihapiskan dengan melepak sajo pada hari pertama 🤣 

•  Hari ke 2 di Prague,  6 pagi saya dah mula explore pekan lama. Ini masa terbaik  untuk ambil gambar sebab waktu ni belum crowded dengan tourist. Kemudian ke Prague Castle melalui Charle’s Bridge yang famous dengan baroque-style statues. Before making my way up to Prague Castle, I made a quick stop at The Lennon Wall. Pastu on my way back to the Old Town Square, menyusuri sungai untuk shoot the best view of Charle’s Bridge dengan swan yang maha banyak. Kemudian sambung perjalana ke Wenceslas Square in Prague’s New Town. Singgah berootd di Thunovka Street 🥰 dan Wallenstein Garden. Malam relax di Old Town Square lagi, had a dinner at one of the square’s restaurants while listen to street performers. Jangan lupa cuba the best gelato in town and  trdelnik. I really In love dengan architecture dan orang-orang yang saya jumpa di Prague. Bandar ratusan tahun yang tidak terkesan dengan perang maka senibinanya masih terpelihara, cukup unik dan cantik,  rasa macam hidup zaman Cinderella 😇 environment yang tenang ini buat diri rasa positif sepanjang masa.

• Hari ke 3 saya decide untuk ke Cesky Krumlov (CK) satu perkampungan di selatan dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage. Jam 5 pagi ke stesen bus Prague Na Knizeci menaiki Metro. Kemudian menaiki Regiojet Bus ke CK jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Sampai Cesky Krumlov AN jam 8 pagi. Sebuah kampung yang cukup nyaman, bersih, rumah-rumah yang menarik, air sungai yang sangat jernih dan sejuk. Ibarat masuk ke kampung dalam cerita dongeng Disney. Kalau nak avoid tourist pastikan datang awal. Gambar pun menarik. Usai letak bag di Tourist Center saya terus ke castle (view point terbaik  untuk panorama CK). Apabila tour bus mula masuk, saya terus beredar untuk sight seeing sekitar luar castle dan menerokai kawasan kampung. Setelah seharian di CK, saya decide tidak bermalam dan terus ke Salzburg jam 5.30 petang

Nota : Seandainya korang merancang menggunakan public transport untuk explore bandar Prague saya sarankan ambil pas 24hrs/ 110 Czh @ 72Hrs/310 Czk. Pas ini valid untuk semua tram/metro/bus. Tiket blh dibeli di mana2 mesin tiket atau store2 tepi jalan. Memang sangat jimat. 

4. SALZBURG/ HALLSTATT, AUSTRIA

• Tiba di Salzburg South jam 9 malam. Salzburg South terletak di pinggir bandar, jadi perlu ambik bus ke pusat bandar, perjalan 15 minutes.

• Semasa di hostel saya dan rakan sebilik decide ke Hallstatt  bersama-sama. Kami merancang perjalanan jam  6.30 pagi ke Hallstatt menaiki bus.

Cara ke Hallstatt menaiki Bus:

1. Naik Bus No 150 di Platform F, Salzburg Hdf ke Bad Ischl Bus Station. Sampai Bad Ischl (turun dan TUKAR BUS) 

2. Take Bus No 542 ➡️ Gosausee Bus Stop. Sampai Gosausee Bus Stop (turun dan TUKAR BUS)

3. Naik Bus No 543 di Gosausee Bus Stop ➡️ Hallstatt Bus Stop. Bus ni nanti akan turunkan korang betul-betul depan pintu masuk kampung Hallstat. Tak payah nak naik ferry dah. 

Nota: Tiket beli dengan driver bus, bagitahu nak ticket return ke Hallstatt. Korang simpan elok-elok tiket tu nanti nak balik pun guna tiket sama.

• Walaupun cara ini perlu menukar 2 kali bus,  tapi ini sangat senang dan 2x ganda lebih jimat berbanding menaiki train. Paling worth it adalah panorama sepanjang perjalanan.

• Haaaaa..nak balik bandar Salzburg pula macaman? Naik bus nombor sama (reverse no bus). Saranan saya, sampai Hallstat Bus Stop tu, tengok dulu time table bus dari Hallstatt Bus Stop - Salzburg Hdf supaya senang nak rancang pukul berapa korang nak kena ada kat situ balik dan tidak buang masa tunggu bus. 

• Selepas dinner di bandar Salzburg, sekitar 8 malam kami balik ke hostel untuk rehat. Salzburg ni bandar classic, pukul 7 malam dah sunyi sepi semua kedai dah tutup. Jam 10 malam menaiki city bus ke Salzburg South Bus Station yang terletak di luar bandar.  Bus saya ke Ljubljana, Slovenia adalah pada jam 1.30 pagi. Disebabkan salah maklumat dari google map, saya perlu menunggu bus di stesen bus yang sunyi seorang diri, dengan hujan lebat, tiada shelter selama 3 jam .. kerana google map menunjukkan hentian bus itu di pusat bandar yang jaraknya 600m dari hostel. Nasib baikla tergerak hati nak confirmkan dengan receptionist. Walaubagaimanapun saya dilindungi Allah dan selamat sampai di Ljubljana 😉

• Jika korang travel Solo, berhajat ke Salzburg menggunakan bus @ ke negara lain dari Salzburg South ambillah tiket siang ye. Tempat tu tak sesuai untuk bus malam. Melainkan anda berteman

5. LJUBLJANA & LAKE BLED, SLOVENIA

• Sampai Ljubljana Bus Station (LBS) jam 5 pagi dan bertolak ke Bled jam 7 pagi. Sampai Bled bus station jam 8.30 pagi. Terus ke Tourist Information Office untuk charge bateri. Saya decide untuk sewa basikal keliling Lake Bled. Sewa basikal 7€ boleh letak luggage for free dan boleh tumpang guna tandas office lap-lap badan, Ok la kan 😉 Baru rasa semangat,  nak ronda

• Lake Bled ni cantik, dan memang tempat tumpuan pelancong pada musim panas. Untuk view panorama Lake Bled, bagi saya Mala Osojnica view point adalah yang terbaik . Berbaloi hiking 45 minit!Selain Mala Osojnica, Straza view point tidak kurang menariknya. 

• Setelah habis pusing sekitar lake, singgah sekejap di Bled Castle (oldest castle in Slovenia) hanya untuk ambil gambar (tidak masuk ke dalam sebab tiket dia agak mahal harga lupa) selepas itu saya menghabiskan masa cycling sekitar kampung berdekatan dan lepak cafe menikmati desert tempatan 😇 Triglav National Park terkubur begitu saje huhu. Plan nak kesana tapi terleka tambahan pula hujan

• Bertolak balik ke Ljubljana. Malam saya bersama kenalan dari Germany melepak tengok live perfomance di dataran selepas dinner. Center Ljubljana memang “hidup” waktu malam berbanding bandar Salzburg dengan deretan cafe-cafe di sepanjang sungai amat tenang. 

 • Pagi selepas breakfast di penginapan, check out, simpan bag di bnb dan keluar sightseeing castle untuk cari view point bandar Ljubljana. Strolling around city center and macam biasa desert hunting. Jam 4 petang bertolak ke Venice Italy menaiki bus.

6. VENICE, ITALY

• Sampai Venice Mestro Station, jam 6 petang. Check in and decide relax di hostel sebab hostel ni memang cantik, moden. Ada live band, ada taman untuk chill lepak, ada kitchen boleh masak dinner. Nasib ada lagi Asian market buka, saya beli spaghetti, seafood, sayur pakchoi and telur. Rakan sebilik dari Milan tolong masakan spaghetti olio. Pergh sedap gila!

• Next day, jam 5.30 pagi menaiki bus ke Venezia. Waktu ni paling cantik nak kejar sunrise. Gambar pun cantik tak crowded dengan manusia maklumla tourist belum bangun 😊 saya hanya jalan kaki gunakan bantuan google map untuk meneroka pulau cantik ni. 1 hari memang cukup, kalau naik boatbus tak feeling sebab tak sesat. Jangan risau lah, dengan bantuan google map korang takkan buang masa sesat pun!

• Selepas seharian berjalan, balik hostel masak scramble egg, sandwich tuna and salad. Kenyang, masuk bilik dapat 2 orang kawan baru. Muslim dari Morocco. Diorang cakap aku wajib pergi Burano sebelum aku balik Katanya burano ni cantik. Asalnya memang aku plan kesana tapi fikir-fikir aku masih ada hajat untuk ke Italy lagi, jadi aku reserve Burano for next trip.

• Keesokannya aku hanya relax di cafe and pusing pekan Mestre sebelum ke airport. Aku tak sabar sbb nak jumpa anak-anak sedara di Istanbul! 

7. ISTANBUL, TURKEY

• Arrived Sabiha Airport jam 3.30 petang. Naik Havatas bus ke Taksim. Dari Taksim ke Sultanahmet hanya berjalan kaki menyusuri Taksim Square sehingga ke Gelata Tower - Taksim Bridge - Sultanahmed. Seronok dapat kembali lagi ke Istanbul

• Sampai Hotel, check in rest. Keluarga stay di hotel lain. Esoknya baru jumpa diorang. Tempat yang dikawati sepanjang 3 hari di Istanbul: Hagia Sofia, Blue Mosque, Topkopi Palace (tapi Palace tutup), Spice Bazar, Galata Bridge, Bosporus Cruise (sunset) Galata Tower (malam)

• Grand Bazar, Istanbul University, Taksim area. Gelata Tower (siang), Galata Konak Cafe untuk sunset and lihat pemandangan Istanbul (europe site) 

8. LONDON, ENGLAND 

• Kembali ke London Check in hotel,  hang up dengan kawan. Next day berkumpul dan beraktiviti dengan keluarga. Pulang ke Kuala Lumpur pada hari ke 16

Sabtu, 26 Oktober 2019

missdae tour europe

CARA JELAJAH EUROPE MURAH

Hi semua! Harini I nak kongsikan tips yang sangat-sangat berguna, khas untuk siapa yang nak travel ke Europe murah!!

Korang pernah tak plan nak jelajah Europe dengan pergi ke beberapa buah negara sekali gus ketika travel? Antara contoh route yang biasa orang pergi ketika travel ke Europe ialah :

KL - London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris - KL

dan ada banyak lagi route yang best-best korang boleh cuba. Cara nak dari satu tempat ke satu tempat lain of course ada beberapa pilihan, antaranya ialah :

1. Flight

2. Bas

3. Train

Of course travel by flight is by far more convenient la, tapi untuk cheapskate macam I, kalau travel naik flight, perjalanan ambil masa dalam sejam dua jam je, so bila dah sampai sesebuah negara, of course kena check in hotel pula kan?

Haaaa, lebih baik kita naik NIGHT BUS, bertolak malam, esok paginya baru sampai, tiket pun murah, dan jimat pun jimat sebab tidur dalam bas je, haha

So bagi siapa yang nak naik night bus, tapi nak murah, korang boleh cuba INTERFLIX yang diperkenalkan oleh FLIXBUS : naik bas untuk ke 5 negara, dengan harga bernilai €99 sahaja!!

Jadi bersesuaian la dengan route yang kita nak plan tadi :

London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris

Tapi apa beza ambil Interflix dengan ambil tiket one way Flixbus yang biasa je? Jom tengok situasi di bawah :

<-- harga bas ONE WAY tanpa INTERFLIX -->

1. London ---> Amsterdam (night bus)

Bertolak 2130 ---> 0840 (pagi keesokan harinya)

HARGA : €65.99 one way

2. Amsterdam ---> Brussels (night bus)

0015 --> 0430 berharga €16.99

3. Brussels ---> Frankfurt (night bus)

2310 --> 0620 berharga €19.99

4. Frankfurt ---> Paris (night bus)

2205 --> 0635 berharga €49.99

So cuba total kan setiap harga one way tiket bas tadi tu :

€65.99

+ €16.99

+ €19.99

+ €49.99

_______

€152.96

Jadi, mana lebih jimat? €152.96 atau €99???

Haaaaa best kan?

Tapi of course, tiket ini pon ada limit dia. Antaranya ialah :

1. Tidak boleh digunakan untuk return trip (contoh London --> Paris --> London)

So ape yang korang boleh buat ialah, tambah la negara-negara lain, supaya dia takdela nampak macam return trip haha. Macam contoh

London --> Paris --> Amsterdam --> London. Haaaa gituu

2. Tidak boleh digunakan untuk tiket bas yang ada transfers. 

3. Perlu digunakan dalam masa 3 bulan

Tapi yela kita travel pun takde la lama sampai 3 bulan kan. Usually beberapa minggu, paling lama pun 1 bulan.

So amacam, best tak INTERFLIX? Haaa cuba, jangan tak cubaaaa. Selamat travel ke Europe! Adios Di Amigos!

Boleh baca di blog saya untuk penerangan sekali gambar dan step by step :

https://www.missdae.com/2019/10/travel-europe-dengan-murah-menggunakan.html

Boleh follow instagram saya :

www.instagram.com/miszdae

Rabu, 23 Oktober 2019

Merch Peketum X Luknamkem

Open Preorder Raider Reunion

PEKETUM MC MALAYSIA X LUKNAMKEM THAILAND Tour Nusantara.

RM30.00 Lengan Pendek
RM35.00 Lengan Panjang

Maybank muhamad Aduha 162478080348

1. BMRT 2XL SS
2. Pak Eim L LS
3. Pak Eim2 L SS
4. Din Classic L SS DONE
5. Rsa XL LS
6. Acap L 2 LS DONE
7. Abg zack 1L 1S 3XL(1)LS DONE >
8. Bat XL SS
9. A.D.P L SS
10. Man wiring 2xl  SS DONE
11. Azizul M LS
12. Jemer L SS DONE
13. JMYHC L SS DONE
14. Riyad 2XL LS
15. Bg Lan L SS DONE
16. GeE XL SS
17. Manjer M SS DONE
18. Bazly L SS
19. Mat Eman M SS DONE
20. Bob M  LS
21. Ownyaya S SS DONE >DAH AMBIL BAJU
22. Hsceria M SS >
23. KMCxJerung 2XL SS >
24. Fitry S SS
25. Anas L SS
26. Sham Rambo 2XL SS DONE >
27. Aad XL  SS
28. Alip XL LS
29. EMR XL SS
30. Toki M-7, L-2, 3XL-2, 2XL-1 LS
31. Halim L SS DONE
32. Faridzuan 2XL LS DONE
33. Pak Ayie L SS DONE
34. Mat Aliaq M SS
35. Mat Aliaq XL SS
36. Paiz man L SS DONE >
37. Paiz man M SS DONE >
38. Arip M  LS DONE
39. Bg jon XLSS DONE >
40. Bg jon S SS DONE >
41. Yus 2S LS  1M LS (jersi) DONE
42. Insan L SS DONE
43. Shahfadil XXL SS
44. Bard Ejat L LS
45. Fawwaz XL-1, XXL-1 SS DONE
46. Berg M - LS DONE
       Berg L - SS DONE
       Berg XXL - LS DONE
47. JOHN P XL-SS
48. Aliff tpg M-SS
49. Poji bisu 2XL SS
50. Fiezul -M LS DONE
51. Shah D - XL LS
52. Apit Melayu M Done
53. Wan RFS PS 2XL Done
54. Darul-L
55. Sidi Mylamoc L LS
56. Nazri Asru XL LS
57. Anuar Malaykap XL
58. Bang Chaq KTO M
59. AWE DBW M LS
60. IKHWAN L SS DONE
61. ABIED L SS
62. HUZAID L LS
63. WAN XL LS
64. CHEM L LS
65. WAN PAKTAM M 5 SS DONE >
66. BULLET PROOF XL SS
67. RIZAL RMB XS,S,M,L SS
68. GSB XS 1, S 1, M 2, L 5  SS
69. MAMMU 6 XL SS
70. RJKM 2XL SS
71. CHEF 5XL SS DONE
72. ZACKKATSINI M SS
73. AJIM XL SS
74. ASROL XL SS
75. BG JON XL DONE
75. BOB MANJUNG XXL 2 LS
76. SEPET M SS
77.EEECHAM L SS DONE
78. AM XL 1 SS, 1 LS
79. MLNK L 1, XL 3, 2XL 1 SS / L 4 XL 5 2XL 1 LS

Selasa, 22 Oktober 2019

PASAR MALAM DI KEDAH

SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH

SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR

1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan Putra
2 Alor Setar Selasa, Rabu 5.00 Petang - 9.00 malam Pasific
3 Kuala Kedah Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Kuala Kedah
4 Langgar Rabu 5.00 Petang - 9.00 malam Langgar
5 Alor Setar Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Radin (Mergong Jaya)
6 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Nuri
7 Alor Setar Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Aman
8 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Pantai Johor
9 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Kuala Sungai
10 Alor Setar Selasa 5.00 Petang - 9.00 malam Tandop
11 Jabi Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Santap (Jabi)
12 Alor Setar Ahad 5.00 Petang - 9.00 malam Peremba (Hadapan Pasar Besar)
13 Simpang Empat Ahad 5.00 Petang - 9.00 malam Simpang Empat
14 Alor Setar Setiap Hari 5.00 Petang - 9.00 malam Simpang Kuala
15 Pokok Sena Ahad, Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Kedondong
16 Kuala Kedah Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Bersatu
17 Pokok Sena Selasa 5.00 Petang - 9.00 malam Bt. 13, Pokok Sena
18 Alor Setar Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Belakang Sime Tyre
19 Kota Sarang Semut Sabtu 5.00 Petang - 9.00 malam Kota Sarang Semut
20 Alor Setar Sabtu 5.00 Petang - 9.00 malam Uptown Stadium Darulaman

SENARAI PASAR MALAM DAERAH YAN

Pasar Malam Bukit Besar - Isnin, 4.00 Petang-10.00 Malam, Jalan Baru Bukit Besar.
Pasar Malam Sungai Limau - Selasa, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Limau Dalam.
Pasar Malam Simpang Tiga, Singkir - Rabu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Simpan Tiga Singkir.
Pasar Malam Sungai Yan - Khamis, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Yan.
Pasar Malam Guar Chempedak - Sabtu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Guar Chempedak.

SENARAI PASAR MALAM DAERAH KULIM

Ahad
1. Kelang Lama

Isnin
2. Taman LobaK
3. Lunas (desa Makmur)
4. Taman Kenari
5. Taman Sena Labu Besar
6. Selasa Taman Semarak

Rabu
1. Kulim (Market Kulim)
2. Pekan Karangan
3. Pekan Sungai Karangan
4. Padang Serai

Khamis
1. Kelang Lama
2. Jumaat Pakan Junjung
3. Taman Jati
4. Kampung Nagalilit
5. Sidam Kanan
6. Taman Semarak

Sabtu
1. kulim (Market Kulim)
2. Taman Mutiara
3. Merbau Pulas
4. Padang serai

SENARAI PASAR MALAM DAERAH LANGKAWI

1. Isnin Ulu Melaka Jalan Makam Mahsuri Lama
2. Selasa Kedawang
3. Rabu Kuah cari Baron Hotel Paling besar
4. Khamis Temonyong ini di Kampung Temonyong, Cenang
5. Jumaat Ayer Hangat Padang Lalang
6. Sabtu Kuah cari Baron Hotel Paling besar
7. Ahad Padang Mat Sirat dekat Beras Terbakar

Ahad, 13 Oktober 2019

Tour Nusantara 2019

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan Bahasa Jawa kuno, iaitu nusa  (pulau) dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timor dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua.

Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu 

Dan selepas 10 tahun dari kali pertama dengan roda 2 ke Phuket. Kali ini membuat angkara untuk menanda peta Nusantara bersama 10 Renjer Peketum dan 9 Rider Asli 2T Luk Nam Kem Thailand.
Jika ditanya apa sumbangan pada negara sepanjang menjadi peminat 2 roda, dengan rendah diri saya mungkin akan menjawab saya pernah mempromosi industri pelancongan negara pada tahun 2019.
Perjalanan yang dirancang mulanya 6 Hari telah menjadi 8 hari atas Al Sebab yang membahagiakan.
Bermula pada 1/10 dari perbatasan sempadan negara dan tamat pada 8/10 di Hatyai. Lokasi pertama kami berhenti di Restoran Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang. Abang Zack Suzuki Tanjung menunggu menjamu perut lapar kami. Selepas tengah malam kami sampai ke Ibu Kota dan bertemu beramah mesra dengan Malaylakap MC di batu tanda 0KM Kuala Lumpur. Kami berehat di Hentian R&R Seremban.
Perjalanan Hari kedua bermula lewat tengahari dan menunggang hingga Ban Alip Kaizer Kampung Tunggul Hitam, Batu Pahat, Johor.
Hari ke 3 sebuah mesin Thailand rosak sebelum Tol Skudai. Mesin di tunda ke Bengel Rizal RMB (Rizal Memang Boleh) Kulai.
Kami kemudian menerus perjalanan ke Puteri Harbour Nusajaya.
Dari Puteri Harbour kami Ke Karimun Riau.
Hari ke 4 selepas bermain ala pelancong ke sekitar wisata Karimun kami Pulang ke Malaysia. Tambang 2 hala berharga RM127.
Perjalanan pulang sungguh Indah melalui negeri sepanjang pantai timur. Pada saya tempat paling cantik sepanjang 8 hari adalah Pantai Telok Bidara Kuala Dungun Terengganu. Air jernih, pantai bersih, cuma kemudahan asas bilik air 1/10 tidak sempurna. Pantai Telok Bidara mengalahkan Semua Pantai Pulau Karimun.  

Hari ke 6 Kami memasuki Sungai Golok 10 minit sebelum pintu pagar ditutup dan melalui laluan merah pada tengah malam. Kami berehat di rumah Din 2T Luk Nam Kem Pattani. Dijamu perut lapar kami dengan makanan enak.

Malam terakhir kami di sebuah resort Hatyai. Semua ditanggung oleh 2T Luk Nam Kem dari gasoline, bilik, makan malam, hingga sarapan pagi. 

Tukaran Wang Ringgit Malaysia Baht Thailand pada paras terendah 6.9. Suatu perkara yang tidak pernah kita gambarkan 10 tahun lalu. Harapan kita setahun lalu dengan pertukaran kerajaan ,nilai ringgit akan meningkat namun semuanya musnah. 

Bertabahlah Malaysia.

Sabtu, 12 Oktober 2019

By Mi PEKETUM PATTAYA

#Please inscribe the memory _ as long as the earth breaks ❤️
   We are all born to have dreams.  No matter what  We have to dream far and reach.  Some people may have both opportunities and some may not have that opportunity at all.  We are all considered lucky.  To seize this opportunity  Being a two-wheeled agent, 2T Thailand has made that dream come true  The opportunity to ride 2T on two wheels across the country as a group was not easy.  If there is no one in the area leading the army  We can't go  For me  This is the best life award on the two-wheel path of merit.  The most impressive ❤️
  The whole background of all success  Must thank the good friendship abroad "PEKETUM MC.MALAYSIA" and allied brothers in Kuala Lumpur  Who takes care of us  With friends  Like a big family  Since we crossed the border back to 8 days 8 nights  Stay with 24 hours a day. It is wonderful.  Everyone has to sacrifice personal time.  Come to bring us to travel  Guiding us off our heads and ending the procession  Our members got lost in the car. All of you helped us with everything.  What you guys do  It really helps us.  As well as the Malaysian brothers and sisters in the states that helped us along the way  Every picture is a thank you letter from Thailand.  #All of you guys are very handsome _ We will always remember you in your heart ❤️  This story is never finished. 🙏🙏 Thank you for everything. Malaysian brothers and sisters.  Thank you with all my heart. ❤️🙏🙏
     This trip is a perfect trip.  We are confident that the Malaysian brothers and sisters are impressed with us in Thailand by living together, eating, sleeping, learning, heart to heart, laughter, smiles will remain forever in our hearts.  Rest assured, we, Thailand, are truly impressed with the Malaysian brothers and sisters wholeheartedly. 🤝❤️ This memory will be with us forever 👈 Come and come and visit us.  Welcome wholeheartedly .. ❤️ Thank you again.  That helps to make our dreams come true  If you don't have you guys  We didn't reach our destination. 🤝❤️
# 2TLUKNAMKEM_PEKETUMMC_ Friends Forever 🤝❤️

Khamis, 10 Oktober 2019

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...