Jumaat, 19 Mac 2010

ARUS JAHILIYAH KEMBALI MENGGANAS!






Perbuatan membunuh dan membuang bayi yang kembali menghantui masyarakat Malaysia hari ini menunjukkan budaya Malaysia telah dijajah dengan arus Jahiliyah dan tidak mampu ditangani dengan sessi kaunseling dan iklan media massa semata. Hanya penekanan dan pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang mampu menangani permasalahan ini.

Adalah amat menyedihkan melihat dan mendengar perbuatan ini, dan kita sebagai umat manusia yang bertanggungjawab seharusnya mengembeling usaha untuk menghindari perbuatan hina ini dari terus terjadi.
-Mad Duha

Rabu, 17 Mac 2010

AKU DAN KENDERAAN MEKANIKAL BERODA DUA

Basikal pertama kepunyaanku bewarna merah jenis BMX, yang dibeli oleh ibuku kepadaku, Basikal BMX merah tersebut lama aku gunakan dari darjah 1 hingga aku naik tingkatan 1 (terima kasih ibuku, pengorbanan ibu sampai mati pun takkan bisa di balas) Kemudian masa tingaktan 1, aku dapat bantuan basikal dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, basikal jenis mini juga berwarna merah,rim juga bewarna merah, aku ingat lagi, mak aku balik naik teksi, dan aku balik kayuh dari Kangar ke Pauh. Aku tak ingat jauh dah waktu tu, dalam hati aku seronok amat.
Aku naik lama juga basikal mini merah sampai aku tingakatan 3, tapi disebabkan aku yang semakin membesar dan mak aku ada rezeki lebih sikit mak aku belikan aku basikal Lerun, aku ingat lagi basikal tu warna hitam campur pink. Aku naik sekejap ja basikal tu sebab hujung tahun masa keputusan peperiksaan PMR aku keluar, hari tu basikal lerun tu hilang, dan aku kembali menunggang basikal mini merah. Setahun lebih aku mengayuh basikal mini merah tu kesekolah.
Bila dah masuk tingakatan 5 mak aku belikan aku motosikal yamaha ss 110. Lepas tu aku dah tak main kenderaan mekanikal dah hinggalah bulan April 2008 aku membeli sebuah basikal bersaiz 15'' jenama Montana.
Jodoh aku dengan Montana ni tak lama dalam 1 bulan ja, ini kerana aku jadi obses dengan basikal, waktu tu aku belum berkahwin dan ada sedikit wang, aku membeli sebuah Merida TFS 500 saiz 16'' kala putih. Beberapa bulan kemudian Bulan Oktober aku beli pula sebuah basikal Jamis saiz 17'' warna biru gelap, basikal ni adalah hantaran kahwin untuk Isteri aku. Indah ketika itu aku dan isteri berbulan madu berteman basikal, merata la tempat dikayuh. Beberapa bulan kemudian aku dapat lagi berita gembira isteri aku mengandung, kemudian aku jual basikal Jamis tu dan aku belikan barangan lain untuk isteri aku. Selang beberapa hari kemudian ada seorang kawan datang melihat basikal Merida aku dan beliau amat berkenan, tidak tahan dengan pujukan beliau aku menjual basikal Merida tersebut.
Hampir sebulan aku tidak mempunyai basikal, kemudian ada seorang kawan menelefon dari Singapore mengatakan beliau mempunyai sebuah basikal Kona DJ untuk dijual, aku dengan kaki mengeletar terus menyetujui untuk membeli basikal Kona DJ tersebut, selang seminggu... nah.. Basikal Kona Stuff saiz 14'' depan mata. lama juga aku dengan basikal kona tersebut. Dalam aku bersama dengan Kona aku meneliti di laman web http://www.bicyclebuysell.com/ dan aku telah membeli 2 buah lagi basikal iaitu basikal Proton T-Bolt dan basikal Diamond Back namun jodoh tidak bertahan lama ini kerana gelora nafsu aku dah tak dapat dibendung.
Aku kemudiannya mejual kedua basikal tersebut dan dengan rezeki dari Allah s.w.t, aku membina sebuah basikal lagi dari jenama KHS alite 1000. Selang beberapa minggu frame basikal KHS alite 1000 tersebut telah aku jual kepada seorang sahabat dari Pulau Langkawi dan aku membeli sebuah frame jenama KHS alite 3000. Ketika itu aku bersama dengan 2 buah basikal iaitu KHS dan Kona, isteri aku semakin sarat mengandungkan anak sulung aku. Hampir kepada tarikh kelahiran anak sulung aku, aku telah menjual Kona Stuff kepada seorang sahabat dari Alor Setar, dan Frame KHS alite 3000 telah aku jual kepada seorang kawan dari Melaka. Aku kemudiannya membeli sebuah basikal jenis ampaian penuh depan belakang Jenama Kona King Kikapu,dan baki alat ganti dari basikal KHS aku telah menyiapkan sebuah basikal ekor keras jenama Gary Fisher Wahoo. Sehingga entri ini ditulis aku masih berjodoh dengan kedua basikal tersebut, dan Isteri kembali mengayuh basikal bersama aku.

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...