Ahad, 23 Januari 2022

CINTA DAN SENYUMAN

Cinta tidak mati bersama kematian. Cinta itu seperti air sungai yang mengalir dan umpama air hujan yang mencurah , ia meresap ke dalam kehidupan orang lain. Cinta berubah bentuk dan rupa. Cinta masuk ke dalam segala-galanya. Cinta menang pada setiap masa. Dan cinta menang apabila lebih mencintai.

Khamis, 13 Januari 2022

PINTAR DAN CERDAS

"Menurut Pakar Psikologi, terdapat empat jenis Kecerdasan:
 1) Kecerdasan Aqal (IQ)
 2) Kecekapan Emosi (EQ)
 3) Social Quotient (SQ)
 4) Adversity Quotient (AQ)
 1. Intelligence Quotient (IQ): ini adalah ukuran tahap kefahaman anda. Anda memerlukan IQ untuk menyelesaikan matematik, menghafal sesuatu, dan mengingat pelajaran.
 2. Emotional Quotient (EQ): ini adalah ukuran keupayaan anda untuk mengekalkan keamanan dengan orang lain, menepati masa, bertanggungjawab, jujur, menghormati sempadan, merendah diri, tulen dan bertimbang rasa.
 3. Social Quotient (SQ): ini adalah ukuran keupayaan anda untuk membina rangkaian rakan dan mengekalkannya dalam jangka masa yang panjang.
 Orang yang mempunyai EQ dan SQ yang lebih tinggi cenderung untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan berbanding mereka yang mempunyai IQ tinggi tetapi EQ dan SQ rendah. Kebanyakan sekolah mengambil kesempatan untuk meningkatkan tahap IQ manakala EQ dan SQ diperkecilkan.
 Seorang lelaki yang mempunyai IQ tinggi akhirnya boleh diambil bekerja oleh seorang lelaki yang mempunyai EQ dan SQ yang tinggi walaupun dia mempunyai IQ yang sederhana.
 EQ anda mewakili Perwatakan anda, manakala SQ anda mewakili Karisma anda. Tunduk kepada tabiat yang akan meningkatkan ketiga-tiga Q ini, terutamanya EQ dan SQ anda.
 Kini terdapat yang ke-4, paradigma baharu:
 4. Adversity Quotient (AQ): Ukuran keupayaan anda untuk melalui masa yang sukar dalam hidup, dan keluar daripadanya tanpa hilang akal.
 Apabila menghadapi masalah, AQ menentukan siapa yang akan berputus asa, siapa yang akan meninggalkan keluarga mereka, dan siapa yang akan mempertimbangkan untuk membunuh diri.
 Ibu bapa sila dedahkan anak-anak anda kepada bidang kehidupan yang lain daripada hanya Akademik. Mereka harus memuja buruh kasar (jangan sekali-kali menggunakan kerja sebagai satu bentuk hukuman), Sukan dan Seni.
 Kembangkan IQ mereka, serta EQ, SQ dan AQ mereka. Mereka harus menjadi manusia pelbagai rupa yang boleh melakukan sesuatu secara bebas daripada ibu bapa mereka.
 Akhirnya, jangan sediakan jalan untuk anak-anak anda. Sediakan anak-anak kamu untuk menjalani kehidupan."

Azam Baki

Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki (Jawiعزم بن باكي ; lahir 12 Mei 1963) ialah seorang pegawai penyiasat Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-6 sejak Mac 2020.[1] Azam mengundang kontroversi selepas didedahkan bahawa Azam memiliki jumlah saham yang berlebihan semasa menduduki jawatan tertinggi dalam SPRM.[2][3]

Selasa, 11 Januari 2022

KISAH PERANG

Siapa yang agak2 pening kepala nak cari movie Perang Dunia Kedua, boleh try dengan list di bawah ini.
WWII movie ikut turutan "war facts timeline" 1939-1945 (setakat yang telah ditonton oleh saya) :-

The Pianists
Jerman masuk Poland pada 1939, situasi di Poland pada awal peperangan.
https://www.youtube.com/watch?v=K8DVwuXIx2E
***

Dunkirk
Ni semasa awal2 WWII, tentera British dan Perancis berundur ke Britain dari pantai Dunkirk di Perancis
https://www.youtube.com/watch?v=F-eMt3SrfFU
***

Sink the Bismarck
Kisah Royal Navy mencari dan menenggelamkan battleship Jerman, Bismarck pada 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=e5fTQ9Hjluc

Battle of Britain
Jerman cuba menakluk Britain pada 1940
https://www.youtube.com/watch?v=cNVVoH9-QH0
***

Das Boot (filem Jerman)
Kisah sebuah kapalselam Jerman di Mediterranean dan atlantik pada 1940 ketika era "Atlantic War".
https://www.youtube.com/watch?v=7pzKyeIex2Y
***

The Eagle Has Landed
Kisah komando Jerman yang menyamar sebagai "British paratrooper" memasuki sebuah kampung di England, era sekitar 1941 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=OnFnr356Wxg
***

Tora tora tora
Plan dan strategy angkatan laut Jepun menyerang Pearl Harbor pada 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=2QwaNhalGcQ
***

Schindler's List
Kisah pekerja2 yahudi di bawah taikun kilang Jerman, En,Schindler dari 1941-1945
https://www.youtube.com/watch?v=j1VL-y9JHuI
***

Jacob the Liar
Kisah seorang yahudi bernama Jacob di "Warsaw Ghetto" di Poland dari 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=I33fyj7T67E
***

The Desert Fox
Kisah Fieldmarsyal terkenal Jerman iaitu Erwin Rommel dalam peperangan di afrika utara pada 1941-42.
https://www.youtube.com/watch?v=I3nxbxi0J-8
***

Tobruk
Kisah sekumpulan tentera bersekutu dan Afrika Korps Jerman yang berpaling tadah dan membuat sabotaj di Tobruk, Libya, 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=h3hcxQjfJJc
***

Memphis Belle
Kisah pesawat pengebom USA, B-17 yang bermula pada 1942 sehingga last 25 mission pada 1943.
https://www.youtube.com/watch?v=85CcD6t5cx4
***

Sahara
Kisah beberapa tentera campuran bersekutu dengan satu kereta kebal pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=rEOQiO7kUgk
***

Enemy at the Gate
Jerman sedang menggempur bandar Stalingrad pada awal 1942. Kisah sniper Rusia yang terkenal, Vasily Zaitsev.
https://www.youtube.com/watch?v=4O-sMh_DO6I
***

Stalingrad
Kisah 90 ribu askar Jerman tersepit di bandar Stalingrad, Soviet Union pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=l5q8yiXK69I
***

Three Came Home
Jepun masuk ke Borneo pada permulaan perang pasifik pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=nWAtCCn9ZZI
***

The Big Red One
Kisah satu ketumbukan US mendarat dalam ops "Torch" pada 1942 di afrika utara dan seterusnya masuk ke Itali dan Perancis memburu pihak Jerman.
https://www.youtube.com/watch?v=I_A0ZvUIDfE
***

Battle of Coral Sea
Kisah pertempuran laut terbesar pertama dalam peperangan pasifik antara USA dan Jepun pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=Hi4jBGgVnmw
***

Leftenan Adnan
Kisah keberanian Lt. Adnan dan seterusnya bertahan di Singapura pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=E1f1xWAp7Ho
***

Sarjan Hasan
Lebih kurang citer Lt. Adnan tetapi lebih kepada fiksyen, era sekitar 1942-45.
https://www.youtube.com/watch?v=ry32ma05Jqk
***

Bataan
Pertahanan tentera US terakhir di Filipina sebelum Corrigedor pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=zaq36uZb8zI
***

MacArthur
Kisah jeneral terhebat USA MacArthur mempertahankan Filipina sehinggalah kisahnya di akhir perang, era antara 1942-45.
https://www.youtube.com/watch?v=8sQHicTHlSw
***

Battle of Midway
Sea Battle besar yang berlaku pada 1942 yang menyaksikan kekalahan teruk angkatan laut Jepun.
https://www.youtube.com/watch?v=FMrVTMRbtJg
***

The Battle of River Neretva
Kisah partisan melawan Jerman di Yugoslavia pada 1942 ke atas..
https://www.youtube.com/watch?v=xuX7EPOdh-E
***

The Great Escape
Kisah PoW bersekutu cuba melarikan diri dari Stalag Jerman, 1942 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=r9Q_WESQUVw
***

The Bridge of River Kwai
Kisah PoW engineer British buat jambatan keretapi untuk Jepun, era 1943 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=83bmsluWHZc
***

Windstalkers
Kisah US marine menggunakan bahasa kod Red Indian untuk tujuan komunikasi ketika serangan penaklukan di pulau2 pasifik pada 1943 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=KOmH0_F8_XI
***

Cross of Iron
Kekuatan Jerman di Rusia mula merudum pada 1943. Kisah pengunduran Jerman yang di asak tentera merah.
https://www.youtube.com/watch?v=AonZdAfEQgA
***

The Tuskegee Airmen
Kisah sekumpulan warga kulit hitam US, pilot pejuang pesawat USAF pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=OvYvQcppaU4
***

633 Squadron
British Squadron pesawat kayu 2 kipas terlaju dunia pi attack base Jerman di Norway, scene serangan ada macam kartun sikit. era 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=y09ssRENr9I
***

Mosquito Squadron
British Squadron menggunakan pesawat Mosquito pi attack German military research complex. Era 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=ukodcpf3F5A
***

The Guns of Navarone
5 askar bersekutu cuba untuk mensabotaj meriam besar Jerman di tepi laut besar di Greece pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=suj-YdR_JFw
***

D-Day The Sixth of June
Kisah pendaratan D-Day di pantai Perancis oleh tentera berikat pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=-SNJR4eJ36o
***

The Longest Day
Serupa juga dengan kisah D-Day pada 6 Jun 1944 tapi lebih detail kisahnya.
https://www.youtube.com/watch?v=RW5t1V4xm3M
***

Saving Private Ryan
Latar belakang D-Day pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=hdBEyitJ7Qc
***

A Bridge Too Far
Untuk memendekkan perang, tentera berikat cuba ikut jalan pintas dengan menyerang Holland pada 1944. Misi gagal. The best war film setakat ni...puas tengok!
https://www.youtube.com/watch?v=AWL184ZcSxA
***

Battle of the Bulge
Latar belakang kisah serangan terakhir besar2an Jerman (watch The Rhine). Tentera US merana pada awalnya ketika musim sejuk di Ardennes pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=mdjau_yi5AY
***

The Bridge of Remagen
Kisah jambatan terpenting untuk menembusi Jerman iaitu jambatan Remagen pada 1945.
https://www.youtube.com/watch?v=DWj0EnWyNgk
***

Der Untergang (Downfall)
Kisah hujung2 hayat Hitler dan Eva Braun serta pengikut setia mereka di sebuah bunker di Berlin. Watak dan muka Hitler serta lakunan yang cukup mengkagumkan, rasa macam Hitler sendiri yang berlakon. Oh yaa, ini adalah sebuah filem terbitan Jerman, memang cakap Jerman pun. Banyak parody Hitler dibuat dari scene2 dari filem ini
https://www.youtube.com/watch?v=t7PmzdINGZk
***

Gambar - Salah satu adegan di dalam filem "Dunkirk".

Jadi, kalau sesiapa yang dapat menonton kesemua filem2 di atas dan kemudiannya kita susun filem2 tersebut seperti susunan timeline di atas, kita akan dapat mengetahui serba sedikit gambaran keseluruhan Perang Dunia Kedua ini. Tetapi adalah lebih elok disulamkan dengan pembacaan tambahan mengenai Perang Gila ini. 

Selasa, 4 Januari 2022

Banjir Piung 2021

Gelinciran Tanah dan Aliran Puing Punca Utama Bencana Banjir Puing 2021

Ribuan gelinciran tanah dan aliran puing menjadi punca utama fenomena Banjir Puing di kawasan lembah tanah tinggi di Lembangan Sungai Bentung, Pahang dan Sungai Langat, Selangor yang hulu sungainya mengalir dari Banjaran Titiwangsa. 

Faktor pencetus gelinciran tanah dan aliran puing yang berlaku hampir serentak ialah hujan lampau lebat berpanjangan sejak beberapa hari sebelum kejadian bencana Banjir Puing pada 18 dan 19 Disember 2021. Hujan lampau lebat ini berpunca daripada dua fenomena bergabung iaitu kehadiran Lekukan Tropika yang berlegar di pertengahan Semananjung Malaysia dan Luruan Monsun Timur Laut yang membawa air yang banyak dari Laut China Selatan. 

Tinjauan udara selama lebih 2 jam di sepanjang lembangan Sungai Benus, Sungai Pertak, Sungai Timbul, Sungai Kerau, Sungai Telemung dan Sungai Bentung membuktikan gelinciran tanah dan aliran puing bersaiz sederhana hingga sangat besar tertabur secara meluas. Tanah runtuh yang besar boleh dianggarkan bersaiz panjang 150m, lebar 50m dan tebal 5 hingga 10m. Sementara Aliran Puing yang bergerak dari puncak pergunungan hingga ke kaki lembah tanah tinggi ada yang mencapai sehingga 5 km panjang. Semua ini menjadi sumber puing yang menghasilkan Banjir Puing yang luar biasa besarnya. Kami menganggarkan bahan runtuhan yang membentuk bahan puing boleh mencapai sehingga 10 juta meter padu.

Dalam keadaan curahan hujan yang ekstrem, lapisan tanah menjadi lampau tepu, cerun curam kehilangan kestabilan dan runtuh pada masa yang hampir sama. Faktor tambahan meliputi faktor geologi (jenis tanah dan batuan, bentuk lembangan dan struktur batuan) dan faktor bukan geologi (pembersihan hutan di kawasan bertebing curam; potongan cerun untuk membina prasarana, termasuk jalan raya; dan pembukaan tanah untuk pertanian). Tinjauan udara menunjukkan semua jenis guna tanah di kawasan cerun curam terlibat dengan kejadian gelinciran tanah dan aliran puing. Antaranya ialah hutan tadahan air (perlindungan), hutan sekunder dan kawasan pertanian (getah, kelapa sawit dan buah-buahan).

Aliran Puing adalah fenomena tabii yang sering berlaku di kawasan pergunungan, bermula pada cerun yang curam hingga di kaki pergunungan. Aliran puing mudah di cetus pada keadaan hujan lebat berpanjangan dan lazimnya dikaitkan dengan fenomena banjir.. Apabila terjadi gelinciran tanah (tanah runtuh) di kawasan pergunungan, bahan runtuhan yang tepu air akan bercampur dengan air yang banyak di dalam alur sungai, membentuk bahan puing yang berkelikatan tinggi (berkelakuan seperti cecair). Bahan ini boleh bergerak pada cerun yang landai (5 hingga 15 darjah) dengan kelajuan mencapai 50 km/ jam. Bahan aliran mempunyai kuasa yang tinggi, berupaya menghakis apa sahaja di laluannya, menjadikan bahan puing bertambah banyak dan kuasa pemusnah yang semakin tinggi.

Apa itu puing? Puing ialah bahan runtuh gelinciran tanah terdiri terutamanya bongkah batuan, kerikil, pasir, lodak, lumpur dan tumbuh-tumbuhan (kayu kayan) dan bahan sepanjang tebing sungai termasuk kayu dan daun yang reput dan bahan daripada binaan manusia. Bongkah batuan yang besar lazimnya diendapkan di kaki gunung, beberapa ratus meter sepanjang cerun peralihan lereng pergunungan dan dataran tinggi, sementara kerikil, pasir pula boleh di bawa sehingga puluhan kilometer jauhnya. Kayu kayan terapung di dalam air banjir, lazimnya tersangkut di pesisir sungan dan terdampar di kawasan yang mempunyai sekatan seperti sungai meliku atau jambatan. Lumpur terapung di dalam air banjir, boleh di angkut sehingga ke laut.

Fenomena limpahan air yang luar biasa adalah disebabkan oleh dua faktor utama: a) Jumlah curahan hujan yang banyak dan pada 18 dan 19 Disember curahannya menjadi lampau banyak; b) kehadiran bahan puing yang sangat tinggi masuk ke dalam alur sungai dan meningkatkan lagi isipadu air banjir. Kenaikan air yang mendadak juga lazimnya disebabkan puing membina ‘empangan sementara’ atau tersekat di sepanjang alur, apabila sekatan ini pecah, air dan bahan puing akan meluru dengan pantas dan kenaikan air banjir secara mendadak boleh mencapai sehingga 5 meter dalam masa beberapa minit sahaja.

Bencana yang berlaku kali ini ialah Banjir Puing di cetus oleh Proses Geologi Berangkai iaitu Gelinciran Tanah, Aliran Puing, Banjir Puing, Banjir Lumpur dan Banjir Sungai. Banjir Puing berbeza dengan banjir sungai biasa kerana kehadiran bahan puing yang lampau banyak. Semasa banjir biasa, air boleh naik sehingga beberapa meter di atas tebing sungai. Begitupun, kenaikanya secara beransur, tidak banyak bahan ampaian kecuali kandungan lumpur dan kurang kerosakan. Banjir puing melibatkan kenaikan air secara mendadak dengan jumlah kandungan puing yang sangat banyak, serta mempunyai kuasa pemusnah yang sangat tinggi di luar jangkaan manusia. 

Kami amat bersempati kepada mangsa yang kehilangan nyawa, keluarga tempat bergantung, kemusnahan dan kerosakan harta benda, truma dan kesejahteraan kehidupan. Inilah bencana alam yang perlu dihadapi dengan redha. Mari kita bersatu berhadapan dengan bencana luar biasa ini. Jangan menuding jari, sebaliknya belajar dan carilah jalan penyelesaian terbaik untuk kehidupan yang lebih bahagia.

Profesor Emeritus Dato Dr Ibrahim Komoo
Ketua Klustar, Alam Sekitar & Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM); dan Felo Utama, UKM.
4 Januari 2022

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...