Khamis, 29 September 2016

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Thoracolumbar_fascia

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Thoracolumbar_fascia

Berada di jabatan XRay HTF, dah 4 hari sakit pinggang. Tadi dah buat Xray lepas doc check nak tgk sekali lagi sbb dia sebut Thocolumbar apa tah.

Harapnya tiada yang terok2.

Selasa, 20 September 2016

Tak Try Tak Taw

Noah hujan dalam satu slot motivasi :
"saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian.. rezeki iku musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam " berpuasa" .. pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..kemudian niat dalam hati."ya Allah aku x kutip harta yg haram,aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal,aku tidak buat benda² haram,mudahkanlah urusan aku"..kemudian Allah bukak pintu rezeki..masih merangkak.. kemudian saya berjumpak misz nina,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat,anak org hebat..dalam poket hanya ada 8ribu genap.sya ulang, 8ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..saya katakan pada Nina,
"girl,if u want to marry me, I'm a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take cara of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I'm able to do it" .. dan Nina terima..
sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..

semuanya, LILLAHITA'ALAA.. so ladies,if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise islam,do not let him go,marry him

Noh hujan-

Isnin, 19 September 2016

Tadbir Urus Kemalangan

*MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

B A W A
K E R E T A  A N D A
K E  B A L A I  P O L I S  D U L U

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). *Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..!* Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat *komisen 10%* dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

*"Saya nak towing saje.."*

Biasanya kena caj dalam *RM200-RM300*. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk *claim 10%* dari tokey bengkel.

*Caranya..?* Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

*Contoh*, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam *RM100,000*. Jadi anda boleh *claim RM10K* dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim *'lost of use'* pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) *RM30 satu hari.*

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat *RM30* setiap hari selama sebulan.

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

*Kedua !* Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je.

M E N G E L A K K A N
K E Z A L I M A N  S E M A S A
D A L A M  K E M A L A N G A N
...
Semoga bermanfaat..😊😊😊

Ahad, 18 September 2016

Di Kota Bandung

Ada 10juta umat penetap di sini. Pelbagai kerja. Pengamin, Tukang tahan kereta jalan, Tukang payung di kala hujan, Tukang eskot, Tukang masaj

Jumaat, 16 September 2016

Jumpa di Syurga

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi roji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....
Al-Fatihah...
بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Jumaat, 9 September 2016

Gymkhana Hari Sukan Negara di Perlis

SYARAT DAN PERATURAN
GYMKHANA CHALLENGE – HARI SUKAN NEGARA

1. Tarikh : 08 Oktober 2016
2. Tempat : Institut Perguruan Perlis –
     Kordinat  (6.428351, 100.219895)
3. Anjuran : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
4. Kerjasama : Kelab Sukan Bermotor Perlis
5. Promoter:  P-ONE EVENT
6. Kategori :  Club Event
7. Pegawai bertugas

1. Clerk of The Course En Zulkarnain Abd Aziz
2. Chief Time Keeper TBA
3. Secretary of The Meeting TBA
4. Chief Judge         TBA
5. Chief Marshal TBA
6. Chief Safety  TBA
7. Chief Technichal         TBA
8. Chief Starter  TBA

9. Keselamatan Penonton :- Public Liability Insurance telah di sediakan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Insuran peserta adalah tanggungan peserta itu sendiri.
10. Kecemasan: Permohonan telah dibuat untuk mendapatkan sebuah ambulan dan petugas dari JPA M.
11. Klasifikasi: Terbuka FF (Front wheel drive) dan Terbuka FR (Rear Wheel Drive)
12. Perjalanan Pertandingan
a) Free Practice
Semua peserta yang telah membuat pembayaran dan telah mendapat comp. no boleh masuk ke free practice. Masa yang dibenarkan untuk free practice adalah 30 minit sahaja untuk semua peserta. Namun begitu peserta perlu mengikut segala arahan marshal bertugas. Keputusan menjalankan Free Practice adalah bergantung kepada Clerk of The Course
b) Stage Run
Setiap peserta akan membuat stage run sebanyak 4 kali. 1 mengikut pusingan jam dan ke 2 laluan berlawanan jam. Ke dua dua stage ini akan dijalankan secara berturutan. Sementara menunggu giliran peserta dibenarkan membuat servis minor dan tidak dibenarkan masuk ke paddock. Selepas selesai stage 1 dan 2 semua peserta dibenarkan masuk ke paddock untuk membuat service selama 30 minit. Stage 3 dan 4 akan berjalan seperti juga stage 1 dan 2
c) Pengiraan Masa
Setiap stage run akan dikira masa secara digital. Semua 4 masa yang dicatat akan dicampurkan dan Total time terpantas dikira sebagai pemenang 1, 2 dan 3.
Jika  peserta gagal membuat pusingan lengkap ia dianggap DNF dan dikenakan penalty time maksimum, begitu juga peserta yang DNS. Stage yang lengkap akan dikira masa yang diambil walau hanya satu stage sahaja.
Keputusan Pengadil adalah muktamad.

12. Hadiah untuk Setiap Kategori

Tempat Pertama  Trophi, Cenderahati
Tempat Kedua Trophi, Cenderahati
Tempat Ketiga Trophi , Cenderahati

13. Penalti
Penalti akan dikenakan kepada setiap peserta yang melakukan perkara berikut.

Bil Kesalahan Jumlah Penalti (+)    Dibatalkan penyertaan
1 Tidak menghadirkan diri + masa maksimum
2 Tidak hadir taklimat pertandingan + 1 minit 
3 Tidak mengikut arahan had laju + 30 saat
4 Tidak Tamat Stage + masa maksimum
5 Lewat di garisan permulaan + 20 saat
6 Tidak memakai Helmet                             X
7 Tidak memakai tali keledar                     X
8 Gagal mengikut arahan marshal + 1 minit
9

14. Keselamatan Peserta
Setiap peserta PERLU
a) Memakai Helmet  sepanjang test
b) Memakai Tali keledar sepanjang test
c) Sebaiknya keluarkan barangan yang tidak diperlukan didalam kereta anda
d) Pastikan semua pengikat bateri, tayar spare, dan jek dikunci dengan kemas
e) Tayar kenderaan yang digunakan hendaklah dalam keadaan baik
f) Hanya servis di tempat yang dibenarkan
g) Sandal, Selipar adalah tidak dibenarkan semasa test
h) Jika membawa servis crew, mereka adalah tanggungjawab peserta.
i) Di larang merokok dalam kawasan servis.
j) Keputusan setiap test akan dilekatkan di papan kenyataan. Sila lihat sendiri.
k) Menepati masa adalah keutamaan.
l) Beri perhatian kepada setiap pengumuman.

15. Yuran Penyertaan
RM 100.00 / kategori

16.  Jadual Gymkhana

Sabtu 8 Oktober 2016

0800 hrs          Registration
0900 hrs Track Testing
0930 hrs Competitors Briefing
0945 hrs Track Inspection
1000 hrs Start of Stage 1
1130 hrs Start of Stage 2 (Reverse Track)
1300 hrs BREAK AND SERVICE
1400 hrs Start of Stage 3
1530 hrs Start of Stage 4
1700 hrs          Final Result Publish
1715 hrs Prize Giving Ceremony by JBS Perlis
1800 hrs          Dismiss

GYMKHANA ADALAH UNTUK KESERONOKAN MEMANDU

Jumaat, 2 September 2016

cinta termanis

الحب لا يزيد بالعطاء ولا ينقص بالجفاء

# والألف واللام إذا دخلتا على الجنس فالمراد كمال الجنس: أي الحب الكامل الحقيقي لا يزيد بالعطاء ولا ينقص بالجفاء

Cinta yang sebenarnya cinta tidak akan bertambah kerana pemberian dan tidak akan berkurang kerana tidak dipedulikan.

Ia hanya cinta yang manis. Cinta yang manis yang gula pun akan malu sendiri jika ia tahu manisnya tidak seberapa.
Via Ustaz Nasaie

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...