Selasa, 23 Februari 2016

Tokyo Guide Map: CMWC 2015 MELBOURN

Tokyo Guide Map: CMWC 2015 MELBOURN: ...

KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH 2015


Berkenaan event ni aku dapat tahu dari e-flyers yang bertebaran di dalam whatsapp grup motor yang aku ada. Aku jadi teruja setiap kali ada event macm ni. Bila dapat taw aku pun contact Ghani sebagai kepala kuasa Kapcai/Chopperrockers/Gila2 Rider. Ghani kata ON cuma kata aku jangan buat kelucahan melampau macam di Siam. Aku pun pesan pula kt John Aqilz siap2 jangan dok buat TopLess macam Event2 belah Siam, ni Malaysia sakni kut polish tangkap kena denda buat kerja kemasyarakatan macam Faizal Tahir dulu nun payah3 (haram sedap jugak lagu baru dia dengan Elizabeh Tan, ohhh Lil Z I Love U). Pastu aku contact Uzainy dia odw balik dari Krabi bawa Family jalan2.
Lokasi event buleh bagi A sebabnya parking luas, banyak pokok besaq kurang panas, terletak di tengah2 bandaraya Alor Star ( aku pn declare bandaraya, sebabnya nak banding dengan Perlis jauh banyak, mamak 24jam ada 2 sj dlm Perlis, jd maw empa pi lepak mamak pilih lah, sakni dok stim2 sembang Ali ka Hussain mai "abang, kadai mau tutup" empa pun jemmm). 
Pendapat peribadi aku. Dari segi persembahan organizer, susun atur acara maseh pada kategori B. Mungkin itu nasib pada semua acara keramaian yang diurus oleh pihak kerajaan. Dana banyak tetapi perancangan  dan penyertaan peserta adalah sedikit gagal. Ok aku buat perbandingan event ni dengan event Santai Anak Utara 3.0 yang diurus oleh pihak perseorangan/private. Event ni cuma menerima kehadiran sekitar 1000-2000 rider/driver. S.A.U 3.0 lebih 30000 rider. Event ni bagi baju T free pada rider big bike, event S.A.U 3.0 sebanyak 5700 helai baju official terjual dan 20000 keping tiket cabutan bertuah terjual. Tidak termasuk baju T yang dijual saudagar. Info S.A.U ni aku dapat direct dari sumber pertama. Pada yang tidak percaya sila google "Santai Anak Utara 3.0" dan lihat pada gambar acara. 
Apakah nasib yang menimpa event kerajaan aku tidak dapat memberi rumusan yang tepat. Adakah perancangan yang tergesa2, apakah kesilapan promosi. Atau sikap spectator sendiri yang tidak merasa kool untuk hadir event sebegini. Empa sebagai peminat buleh cari jawaban sendiri.Wallahualam. 
Bang Mad Kg.Katong,Malaysia.































































GAMBAR DI BAWAH SEKADAR HIASAN. SANTAI ANAK UTARA 3.0 STUDIUM BATU KAWAN 2015. PARA ORGANIZER SELURUH NEGARA SILA AMBIL MAKLUM.

Cyling In Iran

http://thekindnessofstrangers.co/cycling-tehran-to-the-south-coast-of-iran/