Jumaat, 29 April 2022

NILAI MATAWANG

Untuk bagi Bang Mat paham. Nilai matawang ni lagu mana. Dia boleh kata dia beli bawang harga sama juga dari dulu sampai la.

Apa signifikan atau kesan matawang LEMAH?
Kuasa pembelian berkurangan kerana kita kurang mampu untuk membeli barang mahal. 

Zaman 1970 masa Singapura keluar Malaysia, 1 Ringgit = 1 Singapore Dollar
Kita sekarang kena 317 Ringgit = 100 Singapore Dollar.




 

Jumaat, 22 April 2022

RAMADHAN 1443

Assalamualaikum. Seperti tahun2 berlalu. Persatuan buka 1 tabung hadiah untuk Asnaf sempena Ramadhan 1443/2022. Semoga Allah SWT terima amalan kita semua. 

Maybank Muhamad Aduha 162478080348

BELANJA

1. Kawan Petekum Bisu RM100
2.Pertubuhan Rumah Anak Yatim Prajurit, Kulim RM100
3.Rumah Anak Yatim Permata Kasih,Alma RM100
4.Rumah Permata Kasih,Mengkuang RM100
5.OKU Mental Pauh RM50
6.OKU Lembam Pauh RM50
7. 40 orang OKU Masalah Pembelajarab. Majlis IFTAR di Kangar. 40 X RM10 = RM400
8. Warga Emas RSK 28 X RM10 = RM280
9. Muallaf1 RM50

=RM1230
TABUNG
=RM1735

1. BMRT RM5.00
2. TM RM100.00
3. JJ RM10.00
4. DK RM15.00
5. ABAU RM10.00
6. JMYHC RM20.00
7. ACP RM20.00
8. GEE RM 20.00
9. ABU RM10.00 
10. PakLah RM10.00
11. Gemok RM20.00
12. Zaleha Hmd RM50.00
13. Jemer RM10
14. Aad RM10
15.LO9 RM100
16.DarulOne RM50
17.RSA RM50
18.AZT RM20
19.SPB RM10
20.Ikhwan RM 20
21.Manjer RM15
22.INK RM20
23.FIR RM20
24.BSF RM50
25.PP RM20
26.MDJ RM50
27.JP RM20
28.Mammu RM20
29.MIR RM10
30.AIZU RM20
31.ADP RM50
32.BE RM20
33.ABD RM10
34.Nazri RM50
35.FRDSBKHR RM50
36.Ney Malaylakap RM50
37.KAAMRN RM50
38.KRNSB RM100
39.HNFGM RM30
40.SYMM RM20
41.SEPET RM10
42.SKYFIELD RM30
43.JCJ500 RM20
44.KET RM30
45.ISWN RM10
46.ABP RM20
47. APIS USC RM10
48.RJKM RM10
49.CIP ECR RM50
50. MAX ECR RM50
51. ODY RM100
53.PSA RM10
54. ARS RM50
55. MLGND FZ RM50
56. KRL RM20
57.BJG RM30
58.PSD RM10

Ahad, 17 April 2022

DEBAT ANWAR NAJIB

DEBAT ANWAR DAN NAJIB: JANGAN PULA BATALKAN?

• Apabila wakil DS Najib dan DS Anwar mengumumkan tarikh debat antara keduanya telah ditetapkan pada 12 Mei, ada yang kata perlukah debat tersebut? Debat untuk apa dan rakyat dapat apa? Debat seperti ini membazirkan masa.

• Apapun sikap mereka yang pesimis tentang debat ini, saya bersetuju ia diadakan untuk mencari jawapan kepada tiga pertanyaan berikut tentang Sapura Energy. 

• Pertama, perlukah kerajaan menyelamatkan Sapura Energy? Najib menyatakan ia perlu demi menjaga kepentingan institusi awam melalui PNB dan KWAP yang menjadi pemegang saham syarikat tersebut. 

• Kedua, apakah wajar CEOnya mendapat gaji yang begitu lumayan? Mengikut Rafizi, “… meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.”

• Ketiga, sebagai institusi awam kenapa Sapura Energy bermasalah? Apakah kerana rasuah, campur tangan politik, atau salah urus?

• Bagi saya hal ini perlu didebatkan. Saya hendak menilai siapa yang lebih mempunyai isi dan fakta, dan menilai kehebatan pemimpin mengemukakan hujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

• Cumanya bagi membolehkan debat ini berjalan dengan lebih berkesan, susunkan dahulu syarat dengan kemas dan baik. Moderatornya perlu cekap dan menguasai ilmu tentang masalah Sapura Energy ini. Jangan pula tergelincir tajuk.

• Cumanya lagi, jangan pula debat ini dibatalkan di saat akhir atas alasan panel kena kuarantin, tidak sesuai atas alasan keselamatan, dan lainnya. Debat ini perlu jadi dan In Shaa Allah, 12 Mei ini, rakyat yang akan menunggu siaran langsung.

• Ingat, debat ini mencari kebenaran bukannya populariti. Rakyat menilai.

Tazkirah dan Talkin

[Kenapa Saya Memberi Tazkirah Di Kubur Ayah Dr Maza?]

1. Beberapa hari lalu, saya ada memberikan tazkirah setelah ayah kepada sahabat saya Dr Maza dikebumikan. Kemudian ada yang bertanya apa perbezaan di antara tazkirah dan talkin. Apa dalil berkaitan tazkirah ini. 

2. Tazkirah dan talkin mempunyai perbezaan. Talkin terbahagi kedua dua:

i. Talkin: Mengajar orang yang sedang nazak mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini sunnah.
ii. Talkin: Mengajar mayat setelah dikebumikan tentang soalan kubur. Ini adalah masalah khilafiah dan saya cenderung kepada pandangan yang mengatakan ia tidak sahih iaitu sebahagian Hanbali dan satu pandangan dalam mazhab Maliki.

Walau bagaimanapun, saya menghormati orang yang mengamalkannya kerana ini adalah isu khilafiah.

Talkin setelah kematian adalah untuk mengajar mayat dalam kubur menjawab soalan malaikat. Hal ini kerana mayat di dalam kubur mendengar apa yang diberitahu oleh orang yang berbicara di atas. 

Talkin bukanlah mengajar kepada orang yang hidup semata-mata seperti yang kita fahami. Para ulamak membezakan antara masalah talkin mayat  (تلقين الميت) dan masalah memberikan nasihat (الموعظة) di perkuburan setelah pengebumian. 

Sebab itu ia disebutkan sebagai تلقين الميت (mentalkin mayat), bukan talkin kepada hadirin yang hadir di sekeliling walaupun orang yang hadir juga mendengar dan mengambil manfaat daripada ucapan pembaca talkin.

3. Adapun berkaitan tazkirah, ia untuk peringatan kepada orang yang masih hidup. Rasulullah pernah memberi peringatan kepada sahabat sewaktu majlis pengebumian di tanah perkuburan. 

Imam Bukhari ada meletakkan satu bab dalam sahihnya:

باب موعظة المحدث عند القبر، وقعود أصحابه حوله

"Bab seseorang muhaddith memberi peringatan nasihat di kubur dan rakan-rakannya duduk di sekelilingnya" 

Setelah itu Imam Bukhari meletakkan sebuah hadis yang panjang. Hadis tersebut juga ada diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

Lafaz di bawah adalah lafaz Muslim yang lebih ringkas. 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ جَالِسًا وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: مَا مِنْكُمْ مِنْ نَفْسٍ إِلاَّ وَقَدْ عُلِمَ مَنْزِلُهَا مِنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ .‏ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَلِمَ نَعْمَلُ أَفَلاَ نَتَّكِلُ قَالَ: لاَ اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لهَ  ‏

Pada suatu hari Rasulullah pernah duduk dan pada tangannya terdapat sebatang kayu lalu baginda mencucuknya (di tanah). Kemudian baginda mengangkat kepalanya lalu berbicara. 

Rasulullah berkata: 

‘’Tidak ada seorangpun daripada kalangan kamu iaitu daripada jiwa yang bernyawa, melainkan telah ditulis akan kedudukannya di syurga atau neraka"

Mereka (sahabat) bertanya: 

“Wahai Rasulullah, jika begitu mengapa kita perlu beramal dan mengapa kita tunggu menunggu berserah saja? 

Rasulullah bersabda:

‘’ Tidak, beramallah kerana semua orang akan dipermudahkan untuk melakukan seperti mana tempat yang telah ditetapkan untuknya"

[Riwayat Muslim 6903] 

Dalam lafaz yang lain disebutkan peristiwa ini berlaku ketika pengebumian jenazah di Baqi' al-Gharqad. Teks hadis ini dalam Sahih Bukhari nasihat Rasulullah lebih panjang daripada matan di atas. 

4. Ramai para ahli ilmu mensyarahkan hadis tersebut. Antaranya adalah Imam Ibn Battal dalam Syarahnya kepada Sahih al-Bukhari. 

Ibn Battal (449H) berkata:

فيه جواز القعود عند القبور، والتحدث عندها بالعلم والمواعظ

"Pada hadith ini menunjukkan keharusan duduk di kubur dan keharusan untuk berbicara di sisinya berkaitan ilmu atau nasihat"

Tidak ada masalah untuk memberi peringatan dan tazkirah ketika mana setelah majlis pengebumian. 

5. Seterusnya, terdapat juga riwayat yang lain bahawa baginda pernah memberi peringatan kepada sahabat. Antaranya adalah:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ

Rasulullah apabila selesai  dari pengebumian jenazah, baginda berdiri kemudian bersabda:

"Mintalah pengampunan untuk saudara kamu, dan mintalah kepada Allah supaya dia mendapat ketetapan, sesungguhnya dia (jenazah) sekarang ini sedang disoal" 

[Riwayat Abu Daud] 

6. Memberi tazkirah peringatan setelah pengebumian memang terdapat daripada amalan Rasulullah dan terdapat para ahli ilmu yang mensyarahkan hadis berkaitan bab ini membenarkannya. 

Cuma, terdapat sedikit perbahasan adakah ia boleh dilakukan secara berterusan ataupun sebaliknya. 

7. Kematian itu mengejar insan dalam kehidupan ini. Kita tidak tahu bila dan di mana ia akan menemui kita. Perkara yang perlu kita lakukan adalah mengingati akan kematian dan bersedia untuk melakukannya. Setiap kali kita menunaikan solat, anggaplah seperti itu solat terakhir yang kita lakukan sebelum ditarik nyawa oleh malaikat maut sejurus setelah memberi salam. 

Pada suatu hari, Rasulullah ditanya:

قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا
وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ

Mukmin manakah yang paling cerdas?”

Baginda bersabda: 

“Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka orang yang paling cerdas.” 

[Riwayat Ibnu Majah, Hasan]

Dr Rozaimi Ramle

Sabtu, 16 April 2022

POK YA

Pok Ya Cong Codei memburu Siti telah melabuhkan tirainya semalam.

Apa dapatan kita dari drama yang sangat 'marhaen' ini?

💙 Telah menafikan wajah KPop atau jutaan follower IG sebagai syarat kejayaan sesebuah drama.

💙 Sangat dekat dihati kita kerana ceritanya sangat 'masyarakat' yang realistik.

💙 Sarat dengan dialog falsafah tetapi kita masih mampu memahaminya. Perumpamaan atau anologi yang diguna pakai diambil dari persekitaran bersifat 'kekampungan' sahaja.

💙 Pengarah bijak membina watak dan perwatakan kepada pelakon membuat kita mampu mengingati kesemua nama pelakonnya. Malah kita dapat membayangkan tanpa kelibat pelakon cuma pada nama seperti Salina dan Kalsom Rabik.

💙 Doa adalah senjata bagi orang Mukmin.

💙 Seorang yang gedebe 'mendengar' nasihat dari seorang anak saudara yang cacat penglihatan, Zahar supaya berdoa untuk dapat kembali isterinya. Episod terakhir adalah jawapan bagi episod pertama.

💙 Terus menyayangi Halim walau ramai mencurigai akan ketaatan Halim terhadap Pok Ya dan team.
Itulah 'instinct' seorang Ayah terhadap anaknya.

💙 Pengorbanan seorang anak terhadap sang Ayah.

💙 Taat kepada pemimpin dan hormat akan persahabatan.
 
💙 Boleh dikatakan PYCC adalah sebuah cerita yang sangat 'enjoy' ditonton bersama keluarga selepas era filem² P Ramlee.

💙 Membuat ramai sang suami terikat dirumah pada setiap malam Isnin-Khamis. 

Bessttttt.....!!!
Two Thumbs Up!

#pokyacongcodeimemburusiti

PAKISTANI

One of the most photogenic and under rated destinations of Pakistan, Qaqlasht Meadow. Located 20 minutes drive from booni it is 84000 acres pf pure magical land sourrpunded by 5000m and 6000m peaks all around. 
Booni is located at some 3 hour drive from chitral, which take aroun 8 hours from Islamabad.
Booni 
Upper chitral 🇵🇰

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...