Khamis, 20 April 2023

WAHABI PERLIS

Umat Islam di ARAB SAUDI kena cop wahabi sebab:

1. Pengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

_______________________________________________

Umat Islam di MALAYSIA kena cop wahabi sebab:

1. Tak usolli/lafaz niat.

2. Angkat takbir paras dada.

3. Bismillah sir.

4. Tak qunut.

5. Tak sapu muka lepas salam.

6. Wirid perlahan.

7. Tak wirid & doa berjemaah.

8. Tak doa lepas iqamah.

9. Tak selawat antara tarawih.

10. Tak sambut maulid.

11. Tak buat kenduri arwah.

12. Tak baca Fatihah selangkah, kemudian baca lagi sampai tiga kali ketika usung jenazah.

13. Tak amal bacaan talqin.

14. Bantah amalan tunggu kubur.

15. Bantah orang bayar untuk ganti solat si-mati atau Solat Hadiah.

16. Tak sedekah Al-Fatihah bila dengar berita kematian tetapi ucap Istirja.

17. Tak bayar & ambik upah solat jenazah.

18. Tak buat Nisfu Syaaban.

19. Tak ganggu orang awam dalam atau luar masjid. Seperti guna mic untuk wirid, doa, baca Al-Quran, qasidah atau kejut sahur.

20. Bantah amalan ‘batal wuduk’ selepas nikah.

21. Bantah tanam uri dengan kepercayaan karut.

22. Tak angkat tangan doa semasa khutbah kedua Solat Jumaat.

23. Tak azan dua kali solat Jumaat.

24. Tak azan sebelum keluar rumah nak pergi haji.

25. Tak amal doa khusus awal dan akhir tahun.

26. Tak amal selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. 

27. Tak amal mengkhususkan baca Yaasin malam Jumaat.

28. Baca Al-Kahfi hari Jumaat.

29. Baca Bismillah sahaja ketika makan & berbuka puasa.

30. Tak peluk atau salam orang baru balik dari Mekah untuk ambil ‘berkat’.

31. Tak amal zikir ‘Allah’ sahaja. Nabi saw tak zikir lafaz ‘Allah’ sahaja, tapi ada lagi lafaz lain yang disebut. Contoh: Alhamdulillah, Allahu akbar.

32. Tak ziarah kubur khusus hari raya sahaja.

33. Tak sokong tariqat naqsyabandiah atau tariqat sesat lain.

34. Tak buat binaan pada kubur.

35. Bantah doa khusus dalam wuduk seperti doa semasa berkumur, basuh muka, basuh tangan. 

36. Tak baca Yassin kepada mereka yang sudah meninggal tetapi baca ketika sedang nazak.

37. Beriktikad Allah beristiwa di atas arasy.

38. Mengharamkan muzik/muzik melalaikan.

39. Keras melawan bidaah, khurafat dan syirik.

40. Mengharamkan mencukur janggut.

41. Tak batal wuduk sentuh isteri tanpa syahwat.

42. Tak percaya karamah wali-wali sesat.

43. Mengatakan Abu Hassan Asy'ari kembali kepada mazhab salaf di akhir usia.

Ahad, 9 April 2023

ISTERI YANG MENOLAK AJAKAN SUAMI

MALAIKAT MELAKNAT ISTERI YANG MENOLAK AJAKAN SUAMI.

 عن أبي هريرة، قال قال النبي صلى الله عليه وسلم " إذا بائتِ المرأة مهاجرة فراش زوجها لعنتها الْمَلائِكَةُ حَتى ترجع

 Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila seorang wanita tidur di waktu malam dalam keadaan dia meninggalkan katil suaminya, malaikat akan melaknatnya sehingga dia kembali. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5194]

Dalam riwayat yang sebelumnya disebutkan:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأنت أن تجيء لعنتها الملائكة " حتى تضبخ

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila seorang suami mengajak isteri ke tempat tidurnya, lalu si isteri enggan datang. Malaikat akan melaknatnya sehingga Subuh. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5193]

Yang dimaksudkan 'tempat tidur ialah jima'. Oleh itu isteri wajib melayani suami apabila diminta kecuali apabila isteri tidak mampu melakukannya kerana sakit atau jika hubungan seksual akan memudharatkan.

la menjadi berdosa apabila si suami itu tidak redha. Jika isteri menolak ajakan suami, lalu si suami redha atau tidak kisah, maka tidaklah berdosa. Ini berdasarkan riwayat berikut;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” [Riwayat al-Bukhari (3237)(5193)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...