Isnin, 24 Ogos 2015

Maha Suci Tuhan Alam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِ                                
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah jadikanlah aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan janganlah aku risau dengan apa yang bukan milikku.

Ya Allah berilah aku umur yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri aku dan  lalaikan aku dengan dunia dan segala isinya sehinggakan aku melupakan dosa dan kesalahan aku kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah berikanku jalan petunjuk kepada kebenaran mudah-mudahan aku menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupanku, nafasku dan rezeki yang Engkau limpahkan kepadaku hari ini.

Ya Allah semoga Engkau merahmati dan melindungi sahabat-sahabatku serta semoga hubungan saliturrahim kami senantiasa teguh.

Ya Allak aku memohon  pertolongan dan petunjukMu untuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
.
Ya Allah ampunkanlah dosa dosaku, samada yang aku sedari atau tidak, berkatilah aku, rahmatilah keluargaku, berilah aku hidayahMu agar aku sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah mudahkan segala urusanku, dan kurniakanlah aku keluarga yang bahagia.

Ya Allah Engkau lapangkanlah aku,  sebaliknya janganlah Engkau menyempitkanku.  Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui  keperluanku.

Ya Allah janganlah aku tidak sabar dalam mendapatkan rezekiMu.

Ya Allah berilah aku ketakwaan dalam mencari rezekiMu.

َYa Allah aku memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapaku, keempat datuk dan nenekku, tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa ku, dosa kedua ibubapaku, pasangan hidupku, anak2ku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatNya.
,

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Amin.

Khamis, 20 Ogos 2015

Cinta

Rendahkan hatimu dan buktikan CINTAMU. Mereka yang tidak setia dan membencimu tidak layak mendapat tempat dalam perhatianmu.

Isnin, 17 Ogos 2015

PASAR MALAM DAN PASAR SEHARI DI PERLIS

JADUAL NAT(Baca Pasar Sehari) , PASAR MALAM DAN PASAR TANI di PERLIS.

Ahad

Nat pokok getah (pauh)
Nat mata Air
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Up Town Simpang 4 Syed Kassim
Pasar Malam Balai Baru
Pasar Malam Kaki Bukit

Isnin

Pasar Malam Abi
Nat Tambun Tulang
Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam jejawi
Pasar Malam Guar Sanji
Pasar Malam Kuala Sanglang

Selasa

Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit
Pasar Malam Kuala Perlis
Pasar Malam Lubuk Sireh
Pasar Malam Bukit Keteri

Rabu

Nat Balai Baru
Nat Arau
Pasar Malam Stadium Kangar ( telah berpindah ke bukit sami / sebelah Mini Putrajaya Perlis, bangunan pentadbiran negeri)
Pasar Tani Seriab
Pasar Malam Kok Mak
Pasar Malam Tambun Tulang

Khamis

Pasar Malam Anjung Keli
Pasar Malam Pauh
Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Pasar Malam Taman Melati Indah
Pasar Malam Batu Bertangkup

Jumaat

Pasar malam Arau
Pasar malam Titi Tinggi
Nat behor Lateh
Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Pokok Getah Pauh
Pasar Malam Ngulang

Sabtu

Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Semadong

* Sekian Makluman.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Tips Luar Biasa Cara Kurus Paling Berkesan Dari Jepun

Tips Luar Biasa Cara Kurus Paling Berkesan Dari Jepun

ips Luar Biasa Cara Kurus Paling Berkesan Dari Jepun | Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.
0,,16406307_303,00
Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.
1. Sediakan sebatang straw
cara kurus luar biasa berkesan 1
2. Potong straw 5 cm
cara kurus luar biasa berkesan 2
3. Ratakan salah satu hujung straw
cara kurus luar biasa berkesan 3
4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape
cara kurus luar biasa berkesan 4
5. Mulut straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian
cara kurus luar biasa berkesan 5
6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat
cara kurus luar biasa berkesan 6
7. Lakukan selama 3 minit setiap hari
cara kurus luar biasa berkesan 7
8. Caranya, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat
cara kurus luar biasa berkesan 8
9. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat.
cara kurus luar biasa berkesan 9

Khamis, 6 Ogos 2015

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI CAKAP-CAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI

Aku terpanggil mensuaipadan tulisan mengenai 1MDB di dalam blog aku ini untuk rujukan anak cucu aku nanti. Kamu jangan tersilap apabila membaca politik Malaysia. Malaysia negara kita  ini adalah negara dan Dunia Ketiga. Memang betul ketika tulisan aku ini digarap (2015) kita telah ada LRT, memang betul kita ada KLIA, memang betul kita ada KLCC - semua betul. Tetapi semua ini hanylah infrastruktur - semua ini bangunan. Bangunan-bangunan ini bukan lembaga yang melahirkan nilai tamadun - budi bahasa.

Nilai tamadun yang aku maksudkan ini adalah nilai menghayati salah  benar. Nilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Dalam  agama nilai ini diistilahkan kepada apa yang halal dan apa yang haram atau dilarang.

Kes dana 1MDB ini membukakan pekong kita semua. 1MDB ini adalah pekong  yang terpampang dimata. Pekong ini  sedang memaksa kita menilai diri kita sendiri. 1MDB sedang memaksa rakyat Malaysia memilih antara kejujuran dan  pembohongan. Antara kebenaran dan kekufuran. Antara yang hak dengan yang batil.

Memang betul sebelum kes  1MDB meledak terbuka ada kes Bank Bumiputera Hong Kong (1983), kes Perwaja (2002), kes PKFZ (1999). Tetapi 1MBD ini bukan Bank Bumi, bukan PKFZ . Hakikatnya Bank Bumi, PKFZ, PEWAJA - semua  adalah rompakan harta negara. Tetapi amat berbeza dengan rompakan  1MDB.

1MDB ini kes penyundalan yang maha besar. Kes penyundalan duit orang ramai yang maha hebat.  Jumlah yang amat amat memeranjatkan. Sebanyak 42 bilion ringgit lesap gelap. Ini  satu rompakan sundal  yang dikatakan oleh media ianya  dirancang oleh dua makhlok laki bini  - Rosmah dan Najib (baca Rosmah 1st Lady dan Najib Perdana Menteri).

Dua makhlok ini bersekongkol dengan seorang jantan Cayanun bernama  Jho Low. Dua makhlok ini dibantu juga oleh pelbagai jenis manusia - ada yang berDatuk, ada berTan Seri, berijazah dan berdiploma - berbijak dan berpandai dalam hal jual beli.

Jantan Jho Low ini dibantu pula oleh jaringan ahli perniagaan yang ‘luar dari biasa’  untuk mengendalikan  satu rompakan yang teratur dan tersusun. Licik dan resmi -  siap dengan surat bersurat yang legit. Termasuk nama Bank dan Syarikat Guaman yang gah. Memang bukan kecik anak punya kerja. Ini rompakan bergenre global yang sering dilakukan oleh ‘perompak suci’ keatas negara Dunia Ketiga.

Hasilnya - bukan Bang Chaq King C9 Katong saja yang tidak faham salasilah dan susur galur perjalanan berjuta bilion duit 1MDB ini. Aku sendiri pun tidak memahami secara tuntas. 

Ini kerana rompakan ini berjalan dalam  bentuk perniagaan yang licik. Diatas kertas perniagaan ini dilihat resmi. Ia bermula  dari  Terangganu - ke Kuala Lumpur ke Dubai, ke Saudi, ke Swizerland, ke London, ke New York dan akhirnya  ke dalam bank akaun AmBank no : 211-202-201-1880 dan 211-202-201-1906. 

Akuan di AmBank ini telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan dengan nilai 2.6 bilion ringgit Malaysia. Akaun ini mengikut laporan media dimiliki oleh seorang lelaki bernama Najib Razak. Berapa kali aku baca tapi aku masih tidak percaya.

Lelaki bernama Najib bin Razak diatas kertas disahkan sebagai suami kepada  Rosmah Mansor. Lelaki yang bernama Najib Razak ini juga sah bekerja sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keewangan Malaysia. Najib Razak ini juga sah bertugas sebagai Pengerusi  Lembaga Penasehat 1MDB.  


Dari sini aku mula faham dan jelas. Aku harap pembaca juga akan mula faham. Tetapi aku tidak mahu percaya bulat-bulat.

Number akaun pribadi di AMBank itu sah dimiliki oleh Najib bin Razak. Berapa kali aku baca di media sosial lain. Dan aku masih tidak percaya.

Ada dua pekara yang wajib aku suaikan disini. Pertama: Membuka bank akaun di AmBank atau di mana-mana bank bukan satu jenayah. Kedua: Menerima masuk duit dalam bank akaun peribadi BUKAN satu jenayah. 

Kalau semua bukan jenayah - apa yang menjadi kesalahan Najib Razak? Sabar dulu nanti aku jelaskan dari sumber media sosial.

Apa yang memeranjat ialah pada 4 Julai 2015 MalaysianInsider telah melaporkan berita  satu serbuan yang telah dijalankan atas arahan  Peguam Negara keatas anak syarikat 1MDB. Anak syarikat ini ialah - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. 

Peguam Negara bersama SPRM, PDRM dan Bank Negara adalah badan resmi yang ditubuh sebagai Badan Petugas Khas untuk menyiasat  kes 1MDB termasuk kes duit masuk ke dalam akaun  pribadi Najib Razak.


Bila Badan Pertugas Khas ini diwujudkan aku tak tahu. Tetapi apa yang aku tahu badan ini mula mendapat liputan media tempatan apabila sebuah  akhbar - The Wall Street Journal (WSJ) yang  berpusat di New York membuat laporan tentang Malaysia. Laporan ini antara lain telah menunjukkan duit sebanyak 700 juta dolar  telah masuk ke dalam bank akaun Najib Razak.

Rupa-rupanya Najib Razak yang dimaksudkan oleh WSJ itu ialah Perdana Menteri Malaysia. Maka Najib Razak meledak marah. Najib mahu menyaman akhbar WSJ ini. Heboh satu Malaysia. Lebih heboh dari Jom Heboh. Tapi nampaknya  heboh Najib ini hanya ‘ hot hot chicken shit’ - hangat hangat tahi ayam. Sampai hari ini (6 Ogos 2015)  Najib Razak TIDAK menyaman akhbar Wall Street Journal. 

Jika TIDAK disaman maknanya apa yang ditulis oleh WSJ adalah betul, tepat dan bukan fitnah atau tohmah. Jika fitnah atau tohmah pasti Najib Razak yang dibogelkan oleh WSJ sebagai penyamun dan perompak dimata dunia akan  menyaman.

Itu pasal aku hairan kenapa ramai kena tangkap, masa hari demonstrasi menuntut Najib Razak didakwa di Kolumpo hari minggu lepas (aku ke Siam bersosial). Duit berbilion bilion masuk ke akaun Najib Razak - kenapa ramai kena masuk lokap Jinjang? Aku tidak faham?

Membuka bank akaun tak salah. Masuk duit dalam bank akuan tak salah. Jadi apa sebenarnya  yang salah. Apa kesalahan Najib Razak yang bagitu besar hinggakan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diterajang keluar. Muhyiddin diterajang keluar kerana mahu  bertanya secara terbuka - tentang duit  1MDB 2.6 bilion ringgit yang hilang lesap.

Kesalahan Najib Razak ialah PECAH AMANAH. Kes 1MDB ialah kes pecah amanah. Aku tidak faham.

Bukti kesalahan ini telah ditemui dan dikumpulkan  oleh Badan Pertugas Khas. Duit 700 juta dolar atau 2.6 bilion ringgit  yang masuk ke dalam akaun Najib ini berpunca  dari anak syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini milik kerajaan maka anak syarikat 1MDB juga pastilah milik kerajaan. Syarikat milik kerajaan bermakna  duit modal menubuhkan syarikat 1MDB ini  datang dari kita semua - dari duit cukai rakyat.  

Adalah satu kesalahan pecah amanah jika duit syarikat -  milik kerajaan atau milik swasta  - masuk ke dalam akuan pribadi kita - selain dari gaji atau menerima upah. 

Mustahil 2.6 bilion ringgit ini duit gaji Najib Razak yang bertugas sebagai sebagai  Pengerusi  Lembaga Penasehat 1MDB.  Lalu aku bertanya berbilion masuk ke dalam akaun Najib kenapa ramai pulak masuk lokap?
Pada ketika aku mensuaipadan tulisan ini Najib Razak untuk sementara waktu telah selamat. Najib telah menendang Muhyiddin Yassin dan melantik Zahid Hamidi sebagai ganti. Badan Penyiasat Parlimen - PAC -  juga telah ‘ dirosakkan ‘ oleh Najib. Empat ahlinya telah dilantik  masuk  menjadi Menteri. Peguam Negara telah diberhentikan secara tetiba. 

Tetapi yakinlah kes 1MDB ini tidak akan hilang dari tajuk perbincangan  orang ramai. Semua orang akan terus bertanya duit sebanyak 2.6 bilion ringgit itu ke mana hilangnya? 

Eh kemana lagi RM39.4Billion.
:Dipetik dan diubahsuai dari sumber Google.

Ahad, 2 Ogos 2015

Gipsi Laut

#seagypsy #zenphonegraphy #satun #instaplace #instaplaceapp #android #tambonpaknam #thailand #day #th #livinbarua

Sabtu, 1 Ogos 2015

Lambat tinggal

#zenphonegraphy #satun #pakbara #instaplace #instaplaceapp #android #tambonpaknam #thailand #day #th #peketum


Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...