Selasa, 27 November 2018

SYM T2 PART CROSSOVER


Barang2 spare part crossover t2 250i

1. Oil fiter - suzuki belang
2. Disc brake - sym maxsym 400
3. Clutch plate 7pc - Y15 
4. Clutch spring - rxz, Lc 135 racing
5. Clutch cable - rxz, jaguh, vespa
6. Rear absorber - belang (kena modified bracket)
7. Sparks plug - NGK CPR8EA-9, Lc 135
8. Fuel filter - ex5
9. Front fork and oil seal dust cover - ninja 250, size 37x50x11mm.
10. Starter relay - sym scooter 200cc, kriss
11. Rear disc brake piston - y125r

12.O2 sensor


13. Bearing Hub SYM T2 6005ZZ
I
J

Isnin, 26 November 2018

Khaolak 2018

Cuma 4 tunjuk muka. Syukur maseh mampu ride walau dalam musim gawat. Tukaran Wang 784Baht=RM100.
3hari 2malam. Cover over 1000km.
Mini Thousand Corner part 1.

Benelli RFS 150i Part

Crossover part kutip dr FB
plug brisk ar12ys/ar12c dan ngk GPOWER cpr8ea

bateri koyoko ytx7l-bs (btx7)

std rantai O-ring 15-46(428 x 124L)

oil filter (suzuki vs125/belang)

sporket dpn (suzuki gs125/ keeway rkv200)

sporket blkg (suzuki txr panther/gb125)

break pad blkg (suzuki/honda rs150)

break pad depan (demak kros@scrambler/suzuki rg)

bracket clucth lever (nimota)

cabel clutch (fz150/y15)

cable throttle (fz150 2018)

swing arm blkg (y15)

monoshock blkg (y15 =/lc 135-)

spring clutch (rxz)

spring valve (y15)

bearing enjin (koyo/fag)

button start (rs150)

cover guard tyr depan (h.dash/rs150)

tensioner manual (rs150/y15)untuk auto tensioner SYM VTS 200

Thermostat (b. trx 502)

Getah hub suzuki (phanter txr150)

Timing chain
(yamaha lc 135)

Jumaat, 2 November 2018

NORTHERN MOTORCYCLE GATHERING 2018

MENCARI NAFSU BARU

Rasa hilang semangat dalam hidup boleh menjadi tanda bahawa kita telah bangka sebelum usia dan perlu mencari beberapa perkara baru dalam hidop, sesuatu yang baru untuk menjadikan kita lebih bersemangat, tidak kiralah berkenaan persoalan kerjaya kita, atau perasaan kita pada seseorang atau benda yang kita pernah sayang. 
Salah satu cara yang aku jumpa untuk mencari keghairahan pada sesuatu ialah dengan mencari sesuatu hobi yang bemanfaat. Bermanfaat bukan sekadar menambahan pendapatan tetapi juga dalam eratan persahabatan. 
Buat tahun ni Event Himponan Motorsikal Cantik di Star Parade Alor Setar pada aku amat menghiburkan dan penoh keghairahan. Menurut Syakirin selaku organizer ini adalah event mereka kali ke 5. Aku berjaya hadir buat kali ke 3 berturut-turut. Tahun lepas aku bersama Uzainy King Drag. Tahun sebelumnya aku datang berlenggang. Uzainy tidak hadir atas kekangan tugas lain, tahun ini beliau ke event Serlah Kehebatan Johor Bharu. Aku berhubungan dengan Ghani berkenaan Event ni, tetapi beliau kini bersama hobi baru iaitu berKastingan dan berSpinningan di Tepian Pantai dengan Mesin Okuma Trio High Speed dan Rod Abu Garcia Vendeta . Semoga beliau terus ghairah. 
Jadinya aku menghadir seorang diri. Walau seorang diri tetapi ramai Sahabat yang hadir tunjuk muka, aku tulis juga ni Din Langgaq, Am Dabel Disc, Din KCA, Cekgu Pomen, Che Wan Bobber, Danial, Jan Katong MC, Am Adik Din, Lan Koboi dan banyak lagilah.
Acara utama berlangsung di Utara pintu masok dengan stage acara kugiran, lucky draw, demo silat, gadis jual vape belanja pusat, deretan motorsikal cantik dari pintu masok hingga ke dalam shopping mall, dan selebihnya acara bersantai beramas mesra sesama sahabat permotoran dari pagi hingga lewat petang.
Acara motorsikal cantik terbahagi kepada 17 kategori, ya memang banyak  dan diadili oleh Abang Amir Norton. Sesuatu yang amat memenatkan kepala juri. Mungkin untuk tahun akan datang organizer boleh membahagikan pengadilan kategori kepada beberapa orang juri lagi. Jadinya pendaftaran boleh dilakukan sehingga lewat petang. Ini supaya supporter yang datang lewat dari jauh atau yang ditimpa kesusahan dalam perjalan boleh turut bertanding. Pendaftan ditutup seawal 12 tengahari. Jika tidak pasti deretan akan sampai ke tingkat 10 mall. 
Keghairahan pada seni dua roda pada aku tidak akan pernah tamat, kerna setiap kali event pasti akan ada seni baru yang diketengahkan oleh builder dan kemunculan mesin-mesin lama yang hampir mencapai tahap kesempurnaan keluaran kilang. Semoga event ini akan terus memperkenalkan kita pada idea-idea baru dan konsep yang tidak pernah kita lihat. Pada collector dan builder di luar sana harap anda tidak memeram mesin anda seperti di Muzium ayuh keluarkan kita raikan kehidupan, 

*2018 dan aku maseh ghairah beroda dua. 




































Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...