Rabu, 27 Julai 2011

GALAK

        Segala perbuatan bermaksud walaupun untuk setiap sesuatu yang tidak jelas,jadi kamu perlu diam sahaja kawan!



BUAH HATI



selalu saja kurindu
hari-hari terus berlalu
berpuluh kali berganti baju
nun jauh di sana mata bening menatapku haru
penuh rindu
mata anakku
yang selalu kurindu 







Selasa, 26 Julai 2011

TIDAK DIBUNUH DAN BUKAN BUNUH DIRI

jatuh bangunan ketika disiasat

PENEMBAK SEBENAR AMINURASHID TAK DAPAT DIKENAL PASTI – Utusan Mesia

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa individu yang menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, gagal dikenal pasti kerana terdapat dua anggota polis yang melepaskan tembakan pada hari kejadian.Pakar forensik, Amidon Anan yang merupakan bekas Ketua Unit Siasatan Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, Jabatan Kimia juga gagal mengenal pasti senjata yang digunakan untuk menembak mangsa.“Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kimia yang membuat analisis ke atas dua senjata api yang menyatakan anak peluru itu tidak dapat digandingkan dari mana-mana senjata tersebut."Saya berpendapat apabila pemprosesan GSR (sisa tembakan) tidak dilakukan semasa di tempat kejadian, ia merupakan salah satu aspek yang telah menggagalkan siasatan CSI.“Dalam kes ini, Mazli (Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob yang mengetuai pasukan forensik) juga jelas tidak ikut SOP (prosedur operasi standard) kerana jika ikut SOP, saya percaya anak peluru dalam kepala (mangsa) dapat diganding dengan mana-mana senjata yang telah dikemuka pada pihak Jabatan Kimia dan akan menghasilkan keputusan yang sempurna,” katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi hari ini.Jenain, 48, diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010. Bernama

Jumaat, 22 Julai 2011

DARI LENSA NOKIA MADDOHA DAN SONY ERICSON KHEROL BUKIT KETERI



















16 julai hingga 18 julai






  

Khamis, 21 Julai 2011

PERLIS ADVENTURE 2011

SEKUMPULAN LELAKI GEMBIRA LAGI SEKALI MENGEMBARA MELINTAS GARIS NEGARA

Alhamdulilah selamat sampai pintu rumah pada 18 julai 2011 pukul 11.00 malam.
Perjalanan 16 Julai 2011 bermula dari sempadan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Konvoi terus ke Songkhla, dari Songkhla melalui Nakhon Sithammarat perjalanan ke Don Sak Pier,melalui Raja Ferry terus ke Koh Samui perjalalanan melebihi 400KM dalam sehari dengan menaiki motosikal tulang bawah jenis kapchai. Untuk ke Koh Samui bayaran sebanyak THB200 untuk penungang dan motosikal, menaiki feri selama 1 jam 50 minit.
Koh Samui suatu tempat yang sedikit tenang berbanding Phuket, amat sesuai untuk aktiviti bulan madu dan berehat bersama keluarga. Terletak di pantai timur mengadap Laut China Selatan.
Dari Raja Pier Koh Samui kami ke Pantai Lamai dan menginap di Sukasem Resort,tempat yang berbaloi untuk THB 600.
17 Julai 2011 kami keluar dari Koh Samui dan terus ke bandar Surat Thani, dan bermalam di Thai Rung Ruang Hotel dengan kadar THB500. 
18 Julai 2011 konvoi terus bergerak pulang ke sempadan. 


Hadyai


Lamai Beach











Seatran Ferry dari Koh Samui ke tanah besar


 






TIDAK AKAN MENUKAR NAMA


I am Muhamad Aduha, nama sebenar aku ...aku  anak bongsu dari satu emak dan satu ayah, dari satu ayah dan tiga emak aku anak ke dua dari enam beradik ... Aduha... dalam bahasa Arab, ia bermakna "pagi/rezeki" ..Muhamad ..  " yang terpuji "... Aku hidup dan nama aku adalah Muhamad Aduha... Aku suka nama aku ... aku benar-benar suka nama aku ..walaupun beberapa hari  lalu, aku melepasi sempadan tanpa mengishtihar nama aku kepada penjaga pagar negara... namun aku tetap suka nama aku.....Aku mengangguk kepala aku ... kepada mereka yang menjadi tuan penjaga pagar... Tuan kejiranan aku, semua berpakaian putih,biru gelap dan hijau rumput ...Dan sahabat-sahabat aku.. Mereka semua di belakang aku - 
Mad Duha - orang yang hidup, lagi dan lagi. 
Aku pasti Tuhan tidak membenci aku...
Aku pasti Tuhan tidak membenci aku.. 
Aku pasti Tuhan tidak membenci aku..



KEMBALI BERBASIKAL


RUGGED!

Isnin, 18 Julai 2011

Rabu, 13 Julai 2011

KENA SIKIT KECOH REBAN AYAM


KECOH LA AMPA NI, BARU KENA PENERAJANG, BERDARAH SIKIT, PEDIH MATA, KERING KERONGKONG, KENA IKAT TANGAN, NAIK TRAK, MAIN ACI LIGAN.
PERIHAL ARWAH YANG MENINGGAL TU ASBAB KURANG FIT,BUKAN KENA TEMBAK PELURU, NAK TURUN DAPAT  SAKIT GET READY LA, PI JOGGING,PANJAT BUKIT,KAYUH GEREK,SWIMMING. SEMBANG BAGAI NAK RAK NAK UBAH DUNIA APA BAGAI. BLAH LA AMPA!

ULANG TAHUN





Berapa banyak masa yang diperlukan untuk bermetamorfosis kejahatan menjadi kebenaran? Seseorang tidak boleh MENZALIMI apalagi  membunuh seorang yang lain. Jika ya,perbuatan itu adalah penganiayaan kejam pada umat manusia .... Tapi sebuah negara atau bangsa dapat membunuh sebanyak yang mereka kehendaki ,rujuk Hitler dan juga yahudi zionis lahanat, rujuk juga kata-kata Hitler “Aku boleh bunuh semua yahudi ketika aku masih berkuasa,tetapi sahaja aku tinggalkan untuk kamu kenal siapa yahudi, dan cari jawapan kenapa aku bunuh mereka!” .
 Tetapi persoalannya berapa banyak batang tubuh yang diperlukan?




Ahad, 10 Julai 2011





Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. PENZALIM pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya.








Rabu, 6 Julai 2011

KANDAS UNIVERSITI



SEJAK KEJATUHAN KOTA MELAKA



Dari 10 hingga 24 Ogos 1511 kota melaka diserang dan akhirnya tertewas, itu kata buku sejarah.Dan selepas dari itu bangsa aku jatuh berulangkali lagi hingga ke hari ini,tiada daya,terpedaya,teraniaya,
tertawan. Aku tidak akan tahu itu jika aku tidak membaca , yang aku ingat aku hanya bersandar di kerusi ini dan membaca sejarah bangsa aku.












MANGKUK BUAT MAKAN MEE MEGGI


RASUAH MATA WANG: BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DICAJ TERIMA RM100,000 - minsider

Bekas penolong gabenor Bank Negara Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.
NOTA:Haram jadah bisnes duit gila makan taik masyuk,besaq haram jadah lagi. Kita punya susah nak buleh duit haram jadah ni, pangkah semua modai ayaq liuq buleh berkarung, tak cukup karung buh dalam pikup buat launcher ngan reciever 6 kaki pun cukup maw timbun duit siling haram jadah ni,duit kertas jangan kata buat bantai tiduq, buat kucai ayaq kopi pun buleh.
Ambil upah tabur baja  sekampit buleh RM5.00. 








Selasa, 5 Julai 2011

SUATU KESEDIHAN KHUSUS KEPADA KANAK-KANAK IRAQ



Ini bukan suatu propaganda, ini bukan tajuk saya, ini adalah tajuk laporan UNICEF yang menyatakan: "Dekad peperangan dan sekatan antarabangsa telah bertukar Iraq menjadi salah satu tempat terburuk untuk kanak-kanak di Timur Tengah dan Afrika Utara, dengan sekitar 3.500.000 hidup dalam kemiskinan, 1.5 juta di bawah umur lima tahun kekurangan zat dan 100 bayi mati setiap hari"(ingat bahawa data PBB adalah berdasarkan kepada anggaran konservatif, juga politik)




Laporan itu kemudiannya berkata: "Bagi mencapai MDG (matlamat pembangunan milenium) lebih 400,000 kanak-kanak Iraq zat perlu menerima makanan yang mencukupi, manakala hampir 700,000 akan perlu mendaftar di sekolah-sekolah. Kematian bayi juga perlu dikurangkan dari 100, manakala kira-kira 3000000 kanak-kanak lain memerlukan tahap kebersihan yang lebih baik ...."


"Ini bukan hanya statistik, di sebalik angka, setiap angka itu ada kanak-kanak yang menderita dalam senyap. Mencapai matlamat ini tidak mustahil jika Iraq menguruskan untuk memberi tumpuan kepada empat juta  kanak-kanak yang telah dinafikan hak. "


Dalam pada itu, eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan peperangan amat mendukacitakan dan laporan itu memberikan contoh berikut:
"Tentera Mahdi (Syiah) telah mengambil dan menggunakan kanak-kanak sebagai askar sejak awal konflik Pada tahun 2008, sesetengah kanak-kanak adalah 376. terbunuh dan 1594 cedera, manakala pada 2009, 362 kanak-kanak terbunuh dan 1044 cedera. Pada tahun 2010, sekurang-kurangnya 194 kanak-kanak terbunuh dan 232 cedera dalam konflik, terutamanya di Baghdad, Diyala dan governorates Ninewa. "


Dan jika perkara di atas tidak mencukupi, laporan itu memberi amaran "ancaman lain kepada kanak-kanak yang dikenal pasti meletup-sisa-sisa perang, yang mendakwa nyawa dan menyebabkan kecederaan lama selepas operasi pertempuran. Satu kelompok dianggarkan bomblets 2660000 dan 20 juta periuk api kekal di bumi Iraq, mencemarkan 1700 km persegi. "


Laporan itu bagaimanapun TIDAK menyebut - kesan dari US / UK akibat sisa Uranium pada kanak-kanak, juga tidak membuat laporan itu menyebut apa-apa pencemaran Perindustrian dan Nuklear yang dihasilkan oleh sisa toksik - pembuangan sisa Iran di Selatan dan di Anbar itu. Juga tidak menyebut laporan, 500'000 benar-benar yatim kanak-kanak yang tinggal di jalan-jalan di Baghdad sahaja. Ia juga tidak menyebut peningkatan kadar buruh kanak-kanak ... atau pengedaran dan penjualan kanak-kanak Iraq, penculikan mereka setiap hari, ataupun pantang besar - pengedaran seksual, eksploitasi, dan perhambaan kanak-kanak Iraq ...


Paling penting, laporan itu tidak menyatakan bahawa pada 1980, bahawa PBB yang sama menegaskan bahawa Iraq telah membuat lonjakan pembangunan, dan dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan (melalui pembasmian buta huruf dan menyediakan pendidikan percuma sehingga jawatan peringkat siswazah) ia berjaya untuk mencapai indeks negara maju.


Akhir sekali, laporan ditinggalkan menyimpulkan bahawa Kanak-kanak Iraq menderita dalam diam.


khusus kepada kanak-kanak Iraq.


-(sumber pelbagai google)
 





Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...