Khamis, 27 September 2018

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)



****************************************************************************

v  KOD 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
.
SOALAN: Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.

JAWAPAN


SOALAN: Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.

JAWAPAN

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah


****************************************************************************

v  KOD 02 RUKUN ISLAM.

SOALAN: Sebutkan Rukun Islam satu persatu.

JAWAPAN

Rukun Islam lima perkara:
a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
b. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
c. Mengeluarkan Zakat.
d. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
e. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.


****************************************************************************

v  KOD 03 RUKUN IMAN.

SOALAN: Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

JAWAPAN

Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN: Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

JAWAPAN
Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.


****************************************************************************

v  KOD 04 BERISTINJAK.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.

JAWAPAN
Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.

JAWAPAN
Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.


****************************************************************************

v  KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.

SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN
Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.

SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN
1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.

SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN
1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.


****************************************************************************

v  KOD 06 CARA BERWUDUK.

SOALAN: Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN
1.         Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2.         Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.
3.         Berkumur-kumur 3X.
4.         Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.
5.         Menyebut lafaz niat wuduk :
Sambil membasuh seluruh muka 3X.
6.         Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.
7.         Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.
8.         Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.
9.         Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.
10.      
Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.
11.       Menghadap kiblat dan berdoa:


****************************************************************************

v  KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).

SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:
1.
Keluar mani.
2. Haid.
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah.
5. Nifas.
6. Mati, selain mati syahid.







SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

JAWAPAN

Cara-cara mandi wajib :
1.
Bersihkan badan dari segala kekotoran.
2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit   
    anggota badan
3.
Ambil wuduk.
4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
5.


6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.
7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu
    supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan
    celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak,
    pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah
    ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa
    meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul
    dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.


****************************************************************************






















v  KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.

SOALAN: (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN
 

SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.

JAWAPAN

1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)
2. Berdiri menghadap Qiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Mengalunkan lafaz azan.





















SOALAN: Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN


 













SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN


SOALAN: Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN

Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama seperti menjawab azan kecuali pada kalimah:










SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah

JAWAPAN



****************************************************************************
v  KOD 10 SOLAT FARDU

SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:

JAWAPAN
Lafaz niat solat fardu

Lafaz niat solat subuh:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat zuhur:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala"






Lafaz niat solat asar:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat maghrib:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat Isya':

Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isya' empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

Bacaan Takbiratul ihram ialah:





















Bacaan Doa Iftitah ialah:


Bacaan Surah al Fatihah ialah:







Bacaan surah (contoh):




Bacaan Ruku':


Bacaan I'tidal:





Bacaan Sujud:


Bacaan duduk antara dua sujud:


Bacaan Tahiyat:
Tahiyat Awal ialah





Tahiyat akhir; seperti bacaan di atas dan disambung dengan bacaan berikut:


Bacaan salam:


Bacaan Doa Qunut:




SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna (soalan ini hanya layak dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab soalan 10.1 di atas)

JAWAPAN
Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan sempurna.


****************************************************************************

v  KOD 12 PUASA

SOALAN: Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

JAWAPAN

Lafaz niat puasa Ramadhan:


( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)

SOALAN: Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

JAWAPAN
Perkara yang membatalkan puasa ialah:
1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
10. Murtad

SOALAN: Nyatakan hikmat puasa.

JAWAPAN
Antara hikmat puasa:
1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,
3. Dan bersyukur.
4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.


****************************************************************************

v  KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.

SOALAN: Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak

JAWAPAN
Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:
a. mengandung
b. melahirkan
c. menyusukan
d. mengasuh
e. mendidik
f. memberi nafkah
g. mengasihi

SOALAN: Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa

JAWAPAN
Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang

SOALAN: Bagaimana cara menghormati ibu bapa

JAWAPAN
Cara menghormati ibu bapa :
a. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan   
    sentiasa
b. menjaga perasaan mereka.
c. mendoakan mereka
d. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan
e. menghormati sahabat-sahabat mereka

SOALAN: Bagaimana cara mentaati ibu bapa.

JAWAPAN
Cara mentaati ibu bapa
a. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran I
    Islam
b. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa


****************************************************************************

v  KOD 15 IHSAN

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan.

JAWAPAN
Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
o Allah melihat apa yang anda lakukan
o Allah mendengar apa yang anda perkatakan
o Allah mengetahui apa yang anda fikirkan

SOALAN: Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.

JAWAPAN
Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah.

SOALAN: Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan.

JAWAPAN
Kebaikan yang diperolehinya ialah:
1. Allah sentiasa mengasihinya
2. Jaminan masuk syurga
3. Allah mengampuni disanya
4. Dapat pahala
5. Mendapat rahmatNya
6. Dapat pertolongan Allah


PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...