Isnin, 30 Mei 2022

ENJOIH HINGAQ

Setiap kali motor ekzos bising lalu, orang sekeliling mendoakan kecelakaan terhadap kamu.

Hidup kamu susah. Duit asyik tak cukup. Kerja asyik kena marah bos. Asyik jatuh motor siat kulit kat jalan. Nak pergi klinik tak cukup duit nak bayar. Semua kerana doa orang sekeliling anda.

Berpuluh tahun hidup macam tu tanpa sedar apa punca kesusahan kamu. Begitulah hidup golongan ekzos bising.

Perkara Mudah Nak Beza Muslimin Dengan Capalun



Tempat suci bagi kaum Muslimin ada tiga iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Manakala tempat suci bagi kaum capal juga ada tiga iaitu Hadramaut, Gunung Jerai dan perkuburan Tok Guru keramat mereka.

Isnin, 9 Mei 2022

PONDOK TAQWA KAMPUNG KATONG PERLIS MALAYSIA

Tuan Guru Pak Long Zahir, Pondok Katong ( 1969 - Kini )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zahir Bin Abdul Halim dan beliau dilahirkan di Kampung Raja, Mukim Jeram, Tunjang, Kedah pada tanggal 2 September 1969. Ayahnya bernama Abdul Halim Bin Ahmad. Ibunya pula bernama Robiah Binti Umar. Beliau merupakan anak sulung dari 7 orang adik beradik.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Rendah dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Kedah dalam peringkat menengah juga berguru dengan Tuan Guru Haji Othman Bin Ibrahim. Setelah itu beliau terus memasuki Pondok Alor Janggus, Kubang Siam berguru dengan Tuan Guru Haji Zakaria Bin Haji Muhammad Saman @ Pak Lang Kria sehingga tahun 2010.

Dalam pada itu, beliau juga turut berguru dengan beberapa ulama' tempatan seperti :

1. Tuan Guru Haji Ariffin, Kampung Raja (lepasan Pondok Bunut Payong)
2. Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad, Kodiang
3. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin, Ayer Hitam

Pada tahun 2009, beliau pergi menunaikan ibadat Haji dan sempat berguru dengan Syeikh al-Makki yang berasal dari Pakistan di Mekah.

Pada tahun 2011, beliau diminta oleh Ustaz Haji Yussaine Yahya mengajar dj Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN), Arau Perlis selama setahun. Pada tahun 2012, beliau mengasaskan sebuah pondok di tanah milik keluarga isterinya di Kampung Katong, Pauh, Arau, Perlis dengan nama Pondok Darul Taqwa.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan Tuan Guru pada 07 Mei 2022

#KenaliUlamak

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...