Jumaat, 21 Mei 2010

MY SON


"Hai anakku, sesungguhnya Allah telah
memberi untukmu agama dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam."
:-MUHAMMAD AQEEL HULAIF BIN MUHAMAD ADUHA

Khamis, 20 Mei 2010

bebas dan statik




MENEMBAK KUMBANG TANDUK



Apa sukan sekalipun akan menguntungkan manusia bila di sertai, bukan setakat sihat tubuh badan sahaja namun akan mengeratkan ikatan persaudaraan serta persahabatan.Namun bila semangat kesukanan di ekploitasi untuk kepentingan pihak KAPITALIS itu yang masalah.







Dalil pengharaman judi adalah;


i. Surah al-Baqarah : 219“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.


ii. Surah al-Maidah : 90-91“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”


iii. Hadis ;“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah..

Isnin, 10 Mei 2010

Mainan Budak Besar










BASIKAL JENIS DJ ATAU DIRT JUMP TELAH AKU MILIKI. TERMASUK SEBUAH LAGI BASIKAL XC UNTUK MERENTAS DESA. KINI SATU LAGI BASIKAL IAITU FIXIE.

BMX? DAH TAK SESUAI KAYUH LUTUT DAH SANGKUT HANDLE.





























INI IALAH BASIKAL FIXIE. AKU SEDANG MENCARI MATERIAL UNTUK FIXIE AKU.

Khamis, 6 Mei 2010

SURAT DARI KAMPONG HUTAN CHELONG

















Aku bergerun dan takut. Lebih takut dari membuang hantu saka pada 3 hari sebelum kematian Tok Ayah Ali,yang lebih 3 tahun terbaring uzur sakit tua, badan dia dah tinggal tulang dan kulit,kurus kering, mata ke dalam, tidurnya mengiring mengadap dinding.


Aku sangat takut tentang perkara yang berkaitan dengan nuklear. Bila disebut nuklear Aku teringat malapetaka letupan Chernobyll di Ukraine pada tahun 1980an. Punca letupan tidak dapat disahkan tetapi dikatakan berpunca dari kecacatan rekabentuk.Mungkin ada di antara kamu yang langsung tidak tahu tentang letupan reaktor Chenorbyll ini.
Dalam tragedi itu ramai yang mati dan beribu-ribu lagi rakyatnya yang menderita akibat kanser dari pencemaran radiasi.





Itu di Ukraine, Russia di mana teknologinya sudah berkembang maju pada waktu itu. Cuba kaji balik teknoloji kita sekarang. Kita ditahap mana kalau dibuat perbandingan dengan Ukraine? Bagaimana pula dengan tahap mentaliti penyelenggaraan kita? Kamu ingat pakar kita boleh bina reaktor itu dengan sempurna tanpa cacat celanya? Aku takut. Terus terang Aku katakan yang Aku langsung tidak yakin dengan keupayaan pakar kita. Aku pun tidak tahu yang kita ada pakar dalam bidang ini sebelum membaca kenyataan dalam Media Massa akhir-akhir ni. Naik bulu roma dan luruh 7 urat bulu ari-ari bila difikirkan.

Cuba tanya diri sendiri? adakah mentaliti penyelenggaraan kita sudah mantap? Tidak, Aku rasa ada yang masih kuno. Mentaliti rakyatnya pula bagaimana? Adakah sudah professional? Tidak, Aku rasa ada banyak otak-otak yang masih tersangkut di zaman batu. Jadi bagaimana? Bolehkah kita bina reaktor nuklear kalau bina bangunan, silingnya runtuh. Kalau bina jalan, jalan merekah. Kalau bina stadium, stadium ranap?Aspek penyelenggaraan adalah suatu yang sangat serius dan harus dikendalikan secara professional.

Masalahnya di negara ini, bila berlaku salah laku, semua kepincangan akan dirahsiakan. Bila berhadapan dengan masalah, pihak pengurusan akan lepas tangan atau menuding jari kepada pihak lain. Jarang sekali ada pihak yang akan terima tanggungjawab dengan hati yang terbuka untuk mencari penyelesaian.

Kalau reaktor meletup?, siapa yang lari dulu? Pakar bukan?Takut Aku. Jadi, macam mana Aku hendak terima reaktor nuklear? Siapa boleh menyakinkan Aku? Siapa boleh jamin keselamatan Aku,Anak Aku, Bini Aku, Mak Ayah Aku, Tok,Tok Wan Aku?Kamu ada jawapan? Aku ada. Janganlah bina reaktor selagi minda masih belum bersedia!Kalau 52 tahun masih di tokok lama, tahun 2021 di mana kita?

Takut dak woih?
DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI T.T

Ahad, 2 Mei 2010

TERANG MALAM DI KULIM BERCEMPERA LARI KERA DAN LUTUNG DI HUTAN

Perghh...aku bagi 9/10 untuk event KAYUH MALAM KULIM 2010.
Teringat zaman kanak-kanak main selut.. dulu orang tua marah bila balik rumah kain baju berlemoih (blur moist= palitan lembut)
Kayuh malam pada aku satu sukan baru yang amat mencabar fizikal dan mental..kalau ada lagi aku akan masuk lagi.. sasaran bukan nak menang..cuma nak bersosial bersama teman sehobi..
Orang pekan baru nak naik mungkin akan ke pusat hiburan untuk meregangkan urat sendi tetapi bagi pengayuh tegar bermain di dalam hutan dikala malam hari,adalah suatu peluang yang gampang untuk dilepaskan.
Kalau seorang senyawa nak pi masuk hutan kayuh gerek nih bukan kerja la.. tapi nih lain beb.. sesiapa yang dah terkena rasukan dia taw apa penangan.
apapun aku ucap tahniah pada penganjur yang bertungkus lumus dan kepada semua pengayuh tegar yang menghabiskan wang, masa dan tenaga serta meninggalkan anak isteri demi bersosial bersama-sama.
Akhir kata jumpa pula di Jamboree Hadyai woit!!!!!!

Cyling In Iran

http://thekindnessofstrangers.co/cycling-tehran-to-the-south-coast-of-iran/