Isnin, 31 Mac 2014

Hari Akhir Epik Ride 5555KM

CHUMPON KE MALAYSIA
Chumpon merupakan persinggahan terakhir kami di bumi siam pada kembara kali ini. Kami sampai ke Chumpon dari Ayuthaya, telah beralih hari ke malam sekitar pukul 2000.Menginap di Hotel Nana Buri dengan kos lumayan 800baht termasuk sarapan pagi. Kali pertama siam bellboy ambil barang dengan troli dari motorsikal kecil kami.
Jarak dari Malaysia cuma lagi 650KM.  Tiada apa yang terlalu istimewa untuk di khabarkan kerana jalan ini telah dilalui buat kali ke 2 dlm sepuluh hari ini. Jalannya lurus, tuan-tuan cuma perlu ikut jalan besar yang bergaris tepi kanan kuning yang tidak putus-putus tuan-tuan akan sampai ke tanah air kita.
Beberapa ilmu baru saya pelajari sepanjang jelajah ini. Yang paling istimewa Aqiqah Kambing buat Muhammad Umar Aydeen Ibnu Muhamad Aduha di Chiangmai sebagai pelengkap jelajah  ini.
 Tiada apa yang baharu dalam kehidupan  ini, semuanya bakal musnah, semuanya telah di lalui oleh mereka yang terdahulu, kita cuma mengulanginya sahaja dengan cara yang lain pula.
*makluman saya hilang 11Kg untuk 10 hari menunggang, teori ride lemak di bawa angin lalu ada benarnya. :-)



 















Ketika Turing, saudara saya berkata, "Gambaq kita ni semua mahai,jadi kita jangan bagi semua, kita pilih yang kita nak bagi saja, yang kita sayang kita simpan".Saat melihat kembali baru saya faham.






Ahad, 30 Mac 2014

Terima Cinta

Dengan ada anak, saya punya peluang besar untuk gembira.








Santai Mega CUBCHAI 2014

Santai Mega Cub Chai.Tasik Darul Aman, Jitra, Malaysia. Solidariti Untuk Ikhwan Muslimin Mesir & RIP MH370.

Blah lah Djin. Ada pulak aku  invite dia kata "Sorry eja Kapcai lagu lain tak maw sapot". Damn, Cuis, lepas ni hang nak masuk siam jangan harap buleh lepas Dannok, Aku dah maklum Neban Lom Thanom Lui Lui Lab Sebai. Jangan bagi kun badan besaq Kola Nerang jaket jeans patches saja berat natang 2kilo lintaih. Hang nk p ride siam lepas ni ikut Golok nohhh. Lagipula dengan jadi rider Mutu Hunda Rabbit, yang hang pakai La tak melayakkan hang untuk main kapcai lagi. Buleh Blah. 
Event petang tu mola suam-suam kuku. Aku dengan Pidowt sebagai organizer Bidan Terejun memang duk buat rileks sebab kami taw Rider Kedah Musti Sapot sebab depa biaq jasa jadi kenangan. Grup yang mola sampai HWC division Ipoh takdan sembang panjang. Lepaih tu Geng Retro sampai, demn ada Norton sebijik bunyi sampai dalam dada. Elok lepaih Asaq, tak ingat dah, sungguh melimpah mesin masuk nak parking. Nih bukan aku saja nak cerita tapi sesapa yang mai petang tu taw. Namun di sangka panaih hingga Megrib tapi hujan lebat pukui 6. Semua bungkuih balik.
Ikut dari bilangan sticker Event yang keluaq 400keping, jadinya anggaran lebih 500 Rider #acilawan tunjuk muka yang mai sapot event. Terima Kasih pada semua.
Sorry aku takdan nak ingat semua. Tuan Tanah, Polis Di Raja Malaysia, COE Utara, HWC Utara, HWC Ipoh, Bandit 76 Perlis, GRAS Geng Retro Alor Setar, Katong MC, Geng Klasik Kedah Perlis, Free Rider, Geng Tak Dak Grup (selepas ini disebut GTG), Kedah LC Crew, Cikgu Amin Crew, Bulat Crew, Dash Northern, HWCP, MatDi Pam Crew, Mad Kri Bang Om Crew, Padang Keria Rider (PKR) dan Banyak lagi lah. 
Satu lagi Djin Hang di gantung dari PEKETUM serta merta. Tunggu sampai pungutan suara AGM 2015 baru buleh cerita lain. Ada pulak duk buat kata Phuket Bike Week 2014 taktaw lagi nak p ka dak.




Rabu, 26 Mac 2014

Medan lagi tapi berkenaan selera

Bab makan di Medan saya bagi A kena dengan selera saya. Ada pedas ada goreng ada bakar. Saya mencari ayam penyet dari hari 1 tiba Alhamdulilah mendapat pada hari 2.

Medan Indonesia

Saya berkesempatan melawat kota Medan pada suatu hari itu. Tidak Jujur saya katakan saya lebih menyukai Kota Bandung berbanding Kota Medan. Mungkin sebab utamanya saya adalah Truely Asian Traveler( selepas ini disebut TAT). Ciri-ciri utama pada TAT ialah menyukai aktiviti shoping merchandise. Saya menyukai fesyen jalanan (sebut street wear) malangnya di Kota ini tidak saya temui perkara itu. 
Tambahan pula sewaktu saya menjejak kaki,  Gunung Berapi Sinabung baru meletus abunya hingga ke Kota Medan amat menganggu pernafasan.Jadinya saya dan keluarga cuma membunuh masa di Hotel dan kompleks beli belah. Saya juga ke pajak ikan suatu tempat yang khabarnya menyediakan pelbagai pilihan fabrika tetapi jujur saya katakan semuanya ada di Nagoya dan Kamdar Malaysia. 
 Apa yang menambat hati saya cuma dapat bertemu saudara rider sepeda motor Medan anak YJSC (Yamaha Jupiter Series Club). 
 Untuk bersiar-siar di Kota Medan cukup dengan tuan2 menggunakan teksi, tidak perlu upah supir (pemandu) ini kerana menggunakan teksi kosnya adalah sungguh demokrasi. 
ini adik saya, banyak orang kata adik saya lebih cerah dari saya, saya pernah tanya ayah kenapa, ayah jawab " Semua kuasa Allah sayang ". 
ini saya dan adik saya Muhammad Umar Aydeen. Adik saya ketika ini baru dapat akal berjalan, penat saya mengejar ke sana ke mari. Ayah dan ibu saya lebih gemar bersengangan dengan telefon, apa yang di belek mereka di telefon saya tidak tahu.
ini pengalaman pertama saya menaiki aircraft, hati saya berdebar, mujur ayah saya seorang yang cool sentiasa menenangkan saya. 
sekejap saja saya dah sampai ke Airport Kualanamu Medan. Saya tidak sempat menghabiskan Mee Goreng saya pun.
sesampai di airport kenderaan hotel telah menunggu kami. kenderaannya kelihatan seperti toyota avanza tetapi meka kijang di sini. Sepanjang perjalanan kiri kanan ada banyak bendera di pacak, saya dengar supir bagitahu itu bendera partai politik. owhhhhh.
sesampai di hotel terus saya meronta untuk mandi,pula lagi saya belum mandi pagi hari tadi.Kami bertolak dari Alor Setar ke Pulau Pinang pada jam 3 pagi, Penerbangan kami pukul 7 pagi.
ini di kompleks beli belah pertama bapa saya bawa.
dari mall tadi saya melalui jalan ini
ini di muzium haiwan, semua haiwan di sini telah di awet, saya sedikit takut di tambah pula ada bau yang tidak enak, tetapi saya buat cool,tak mahu alah dengan ayah saya.
buku pelawat


ini di jalan lengkung mesjid, ini tempat ayah saya jalan, saya tidak turun meronda, saya biarkan ayah dan kawan ayah saya pakcik ryza meronda lagi pula saya sedikit letih mata sungguh berat mahu tidur.
ayah saya duk cari pasai dengan Sultan Melaka (demn lah ayah saya ni). ini di Istana Maimon. Buleh tahan murah kos sewa baju sekitar RM2.75 sahaja. Kami sekeluarga bergambar dengan baju songket ini.
ini bukan di Central Festival Hatyai taw, ini masih di Mall Medan, walau mainan keretapi boleh naik kelihatan sama (tuan2 dah pergi Mall Hatyai tu ka, ayah saya dah bawa saya pergi 3 kali, baru2 ni mak saya beli bajuuuu, kat Uniqlo, untuk saya dan adik, ayah saya tak layan baju Mall dia pakai baju DIY dia saja, tah apa mimpi,baju bundle ayah saya banyak dia nak buat apa taktaw dlm plastik pun ada lagi tak buka).
ini dah hari lain layan akak main piano kt hotel. 
ni bilik hotel yang kami sekeluarga memalas untuk 4hari 3 malan, walau ayah saya cuma cokia kuli cuci najis di Malaysia tetapi bab jalan2 mengembara, kadang2 ayah saya memang plan paling best untuk kami (tapi saya duk nampak emak saya duk garis kad dia), 10 kali best dari hotel budget kt Khao San Road masa backpacker pergi Bangkok tahun lepas. Dah la naik bas 2 tingkat 16 jam, saya tahan ja tak berak taw.
 Ok tu nak tunjuk swiming pool hotel kt Medan ni, tapi kami tak mandi lama sangat adalah dalam 1 jam sehari, kalo tak sebab abu gunung berapi yg pedas2, lama lagi mandi . Tu pun balik Malaysia, saya, adik, emak semua demam. Alhamdulilah Ayah ja steady.
view dari bilik hotel. Tengok apa best? 





Isnin, 24 Mac 2014

Ahli Turing





Pesta Wau Kampung Katong di Perlis

Sekumpulan anak muda yang berani itu membuat acara pertama tahun ini. Sempena musim angin timur tahun 2014. Tahniah dari saya pada semua yang berusaha.

Lokasi: Kampung Katong Perlis Malaysia
Tarikh: 21/3/2014-23/3/2014
Jumlah peserta:Lebih 100orang
Jumlah wau: 300 ekor.
Yuran: RM5.00/ekor wau.
Jenis wau: Helang, Kucing, Jalabudi,Bulan, Barat.
Syarat tali: Jenis tangsi sahaja.
Panjang tali: 110m.























Cyling In Iran

http://thekindnessofstrangers.co/cycling-tehran-to-the-south-coast-of-iran/