Ahad, 8 September 2024

REVOLUSI IRAN 1979

Hari ini 46 tahun yang lalu, berlaku pembunuhan beramai-ramai di Tehran yang menjadi kemuncak meletusnya Revolusi Iran.

Selepas kudeta 1953, Shah (Raja) Iran, Mohammad Reza Pahlavi bersekutu dengan AS & Barat untuk mengukuhkan kuasanya sebagai pemerintah mutlak negara itu. Beberapa tahun kemudian, dilancarkan Revolusi Putih - sebuah program modenisasi agresif.

Walaupun secara ekonominya berjaya, kekayaan tak diagih seadilnya kepada rakyat. Pada masa sama, rakyat ditekan oleh rejim Pahlavi daripada terlibat dalam politik & protes sering dipatahkan dengan ugutan, penahanan & kekerasan.

Ayatollah Ruhollah Khomeini, bekas profesor falsafah di Qom mengkritik keras rejim Pahlavi, menyebabkannya dibuang negeri pada 1964. Pada Januari 1978 apabila Khomeini difitnah oleh akhbar tempatan 'Eṭṭelāʿāt', ribuan pelajar madrasah turun ke jalanan.

Protes kemudian disertai ribuan lagi anak muda, mengundang tindakan keras pihak berkuasa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan. Untuk mengenang mereka yang gugur, demonstrasi dibuat setiap 40 hari & setiap kali, ada saja yang terbunuh.

Kacau-bilau memuncak pada Jumaat 8 September 1978 apabila rejim Pahlavi menguatkuasakan undang-undang tentera, menyaksikan tentera melepaskan tembakan terhadap ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Jaleh, Tehran.

Media Barat mendakwa sekitar 3,000 nyawa terkorban dalam insiden berdarah itu, namun kerajaan Iran melaporkan hanya 86 orang terbunuh sepanjang hari itu di Tehran. Ada kata 64, ada kata 94, ada kata lebih 100 - tiada angka kematian tepat yang dipersetujui.

Apa pun, insiden yang dipanggil “Jumaat Hitam” itu menjadi pemacu kepada revolusi yang membawa kepada tumbangnya monarki di Iran tidak sampai setahun kemudian. Pada 1 April 1979, Khomeini mengisytiharkan Iran sebagai sebuah republik Islam.

*Dataran Jaleh tempat berlaku tragedi Jumaat Hitam itu, yang kemudian dinamakan Dataran Syuhada oleh kerajaan Islam Iran.

Sumber: Britannica, Left Voice

#PeristiwaHariIni

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...