klik banner support pakcik

Ahad, 30 November 2014

TABUNG KUTU RIDE HO CHI MINH(VIETNAM)-PHNOM PENH(CAMBODIA)-PATTAYA BIKE WEEK(CHONBURI THAILAND).

TABUNG KUTU RIDE HO CHI MINH(VIETNAM)-PHNOM PENH(CAMBODIA)-PATTAYA BIKE WEEK(CHONBURI THAILAND).
TANDA KOMITMEN KEPADA PERIDER YANG BELUM MENJELASKAN SILA JELASKAN BAKI TERTUNGGAK. SEBELUM 29HB SETIAP BULAN.
SEPTEMBER 2014(RM100.00)
1)https://www.facebook.com/mzr.asrol?fref=ts ASROL MOTARD IPOH 
2)https://www.facebook.com/saenalsaidi?fref=ts ENAL BEBEK LC GOMBAK
3)https://www.facebook.com/wavefiezul FAIZUL WAVE JOHOR
4)https://www.facebook.com/rashimyabdrashid?fref=ts Rashimy Futurerian
OKTOBER 2014(RM100.00)
1)https://www.facebook.com/saenalsaidi?fref=ts ENAL BEBEK LC GOMBAK
2)https://www.facebook.com/mzr.asrol?fref=ts ASROL MOTARD IPOH
3)https://www.facebook.com/wavefiezul FAIZUL WAVE JOHOR
NOVEMBER 2014(RM100.00)
1)https://www.facebook.com/saenalsaidi?fref=ts ENAL BEBEK LC GOMBAK
2)https://www.facebook.com/mzr.asrol?fref=ts ASROL MOTARD IPOH
3)https://www.facebook.com/wavefiezul FAIZUL WAVE JOHOR
DISEMBER 2014(RM100.00)
1)https://www.facebook.com/wavefiezul FAIZUL WAVE JOHOR
JANUARI 2014(RM100.00)
1)https://www.facebook.com/wavefiezul FAIZUL WAVE JOHOR
JUMLAH TERKUMPUL RM500.00/RIDER
UNTUK COVER PENGINAPAN,MAKAN-MINUM,LINTAS BORDER,MERCHANDISE EVENT.
*HARI EVENT CARI DUIT MINYAK SAHAJA,GERAK SAMA-SAMA, MAKAN SAMA-SAMA, TIDOQ SAMA-SAMA.
*PERIHAL DUIT KUTU NI, BINI AKU TELAH SEDIA MAKLUM, INCASE APA2 JADI PADA AKU, EMPA BULEH TUNTUT DENGAN DIA.


Khamis, 27 November 2014

PERANAN ISIS DAN GEOPOLITIK

Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografisejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula muculnya ISIS?

ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankanEMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan NATO – NorthAltantic Treaty Organisation – pada tahun 1949.
Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.

Justeru,  apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.

Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alatuntuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam'sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu kita  wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.

Saya ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Ingin saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negarapengekspot belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas perempuan.

Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.

Dari salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda.Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union diakhir 70'an.

Dalam geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.

Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.

Dalam masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.

Dalam strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu'untuk menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolahpersetujuan orangmanufacturing consent.Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.

Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan WTC.

Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yangTIDAK disedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.

Kini Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi perananWashington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek bantal bersama soldadu. IniTIDAK pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.

Dimana peranan ISIS sekarang?

Ingat atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas 5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.

Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAKdiyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa - boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampoh.

Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah denganh ISIS?

Al-Maunah ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.

Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media duniaTIDAK pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.

Dengan menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA– maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu dunia baru yang lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.

Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masihTIDAK faham apa itu ISIS biar saya terangkan.Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.

Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesirtelah membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?

Pada Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)

:-Sumber Lebai Google.

JIWA ISLAM DI ITALI

Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Umat muslim di TrevisoItali menggunakan tanah letak sebagai tempatibadahPerlembagaan di Itali telah melindungi hak rakyat untuk beribadahtanpa diskriminasiNamunumat Islam di Itali yang jumlahnya sekitar 1.5juta jiwa dengan tempat ibadah yang hanya ada 8 masjid rasmi, merekaperlu berupaya keras menjalankan ibadahnya di tempat-tempat yang kurangsesuai.1.5 Juta Muslim di Itali.  Terdapat hanya 8 Masjid, bagaimana merekaibadah? Mereka beribadah di parkiranpasar rayagarajgimnasiumkedai hinggagudang.

Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang. Mereka terpaksa menggunakan ruang awam sebagai tempat sembahyangberjamaah seperti parkiranpasar rayagarajgimnasiumkedai hinggagudang yang mereka bangun apa adanya menjadi masjid kecemasan.  Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang. Tempat ibadah yang mereka bangun diruang awam itu mereka dibina sendirisecara swadaya. Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang. Fenomena ini merupakan mendokumentasikan dari seorang jurugambar Itali,Nicolo Degiorgisdan kemudian dia muat ke dalam sebuah buku berjudul'Hidden Islam'.Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Umat muslim Itali menjalankan ibadah di sebuah gudang yang mereka ubahmenjadi masjid sementara di Wilayah Verona. Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Kekhusyukan umat muslim di Itali menjalankan ibadah di sebuah pasar rayadi Wilayah Udine. Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Kekhusyukan umat muslim di Itali menjalankan ibadah di sebuah pasar rayadi Wilayah Trento. Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Kekhusyukan umat muslim di Itali menjalankan ibadah di laman luar sebuahpasar raya di Wilayah Trento.Mereka beribadah di parkiran, supermarket, garasi, ruang senam, toko hingga gudang.Kekhusyukan umat muslim di Italia menjalankan ibadah di sebuah gudang di Provinsi Venesia.sumber pelbagai. Lebai Google.

Utusan Negara Siam

 Selepas menghantar 3 keping kaset ke Phatthalung dengan harga RM21.00 dari Pejabat Pos Malaysia. Pengurus Faithcraft Production En. Ahmad Raimi mendapat ilham untuk menghantar dari Negara Siam kepada Pemilik Distro di Bangkok.
Kami berdua telah ke Pejabat Pos Khlong Ngae yang terletak kira-kira 24.1KM dari Sempadan Padang Besar (mengikut jalan kampung yang selalu kami guna,jika jalan besar 32.7KM).
Hasilnya untuk 39 keping kaset, upah penghantaran ke Bangkok cuma 160Baht. Lumayan.
Tatacara penghantaran barangan di Pejabat Pos Thailand,amat mudah.Tuan-tuan tidak perlu mengisi apa-apa borang, segala yang berkaitan di urus kerani pos. Letak barangan di kaunter dan bayar jumlah di minta sahaja.
Ok selesai bab penghantaran. Biarlah saya surahkan perihal pengurus merangkap pemilik Faithcraft Production ini. Beliau seingat saya adalah pemain gitar bass generasi ke 3  dalam sejarah Band Black Metal Blackfire. Beliau menganggotai Blackfire pada tahun 2000. Blackfire adalah band Ikon Black Metal Malaysia,juga yang pertama di Asia Tenggara, di mana sejarahnya bermula seawal 1982 (ok saya masih tidak ambil port), jika saya salah perihal fakta muzik ini, jangan tanya saya lebih, muzik bukan bidang saya.
  Pada saya musik sekadar untuk membunuh masa senggang sahaja. Saya tidak punya mini kompo, tidak punya speaker dum-dum, saya tidak pernah punya komputer peribadi untuk memuat turun lagu dari internet. Menaip ini cuma dari HP android, yang juga tiada lagu-lagu. Malahan speaker kereta saya cuma berbunyi sebelah kanan sahaja, sebelah kiri wayar telah tercabut oleh tukang pemasang tinted kira-kira 4 tahun lalu. Di tempat kerja pula, saya selesa dengan pendakap bunyi telinga berharga RM20.00 yang di beli lebih 3 tahun lalu ketika saya masih bertugas di pejabat lama (saya tidak gemar menganggu orang lain, dan biarlah halwa telinga saya hal peribadi saya sahaja).
En. Ahmad Raimi pada saya seorang Idealis pentaksub musik aliran keras bawah tanah yang gigih, tabah dan punya prinsip kehidupan yang jelas. Saya sebut Idealis pentaksub musik  kerana tempat berlindung beliau merupakan sebuah studio musik yang dipanggil Cave oleh beliau, dan saya memanggilnya gua sang pertapa . Hampir 24 jam beliau memadan sarung ke badan yang berkaitan musik sahaja (kecuali hari bekerja, itupun masih dengan  jaket berpatches band musik).
Beliau juga merupakan pengasas gerakan kayuhan basikal bawah tanah "Pedal To The Metal Malaysia" suatu aktiviti sihat berasas misi muzik, mengayuh basikal sambil beramal. PEKËTUM mendapat inspirasi dari misi PTTMM pada acara "Tour Anak Tanah Malaya 2014". Saya juga pernah bersama beliau pada May 2014 yang lalu berkayuh dari utara ke Pulau Pinang, pada kayuhan itu kami mempromosi tabung untuk Teratak Rahmat sebuah rumah anak yatim di Perlis, juga mahu menonton band metal JASAD dari Bandung,Indonesia. Oke, itu kali pertama saya menjejak kaki ke Gigs sejak kali terakhir di Paul Palace tahun 2005, pada peristiwa malam tahun baru itu, saya, Patto Atomic Death serta berpuluh lagi remaja berbaju hitam di tangkap dan di bawa ke Balai Polis Brickfield, kononnya kami pendokong ajaran sesat Black Metal. Dajei Sungguh!

Saya telah membeli 4 Album Musik beliau, Band Wreckar,Band Au Revoir, Elektro Qalbu Pendosa Ahmad Ra1m1, dan satu kaset kompilasi "Death Of Analog Psiko". 
Elektro Qalbu Pendosa pada saya biasa-biasa sahaja, kerana saya sebagai pengiat teater (dahulu) persembahan sebegitu biasa di halwa telinga.
Buat makluman tuan-tuan, cuma itu album musik yang ada di dalam kereta saya.
Saya belum mendengar kaset beliau lagi. Ini kerana pemain kaset adalah sesuatu yang asing sejak 20 tahun lalu bagi saya.
Saya baru mendapat hadiah harijadi ke 35 dari isteri,berupa sebuah walkman meka/jenis Aiwa, terlalu berharga  hadiah tersebut hendak di guna terasa sayang. Lagipula kedatangannya dengan pakej istimewa mengubat jiwa.
Titik!.
MadDuha 2014.














Isnin, 24 November 2014

PATTAYA BIKE WEEK 2014

"Lagi tak jejak Pattaya Bike Week lagi tu taktaw Bike Week tu apa".:-Djin Kapcai.
Aku setuju dengan statement kawan aku tu, dan aku sarankan mana-mana Organizer Malaysia yang memang pengatur acara berkaitan 2 roda supaya hadir melihat sendiri bagaimana rupa keadaannya. Nak hadir ke Daytona atau Sturgis terlalu jauh. Lagipula budaya dah lain sangat, memang tak logiklah.

Ini merupakan kali ke 2 aku masuk Thailand lebih 1000KM tungang mesin hitam kecil aku. Kali pertama februari 2013 dah jadi sejarah, aku ke utara Thailand.

Dari sempadan ke tapak acara, kami sebut aku, Uzainy My, dan Mohd Insan Nul Kamil. Telah mengorban masa selama 26 jam. Pukul 10 malam di Bukit Kayu Hitam dan tiba di tapak event hari ke dua berikutnya pukul 1 pagi. 
Perjalanan buleh buat mudah dengan mengikut arah papan tanda ke Bangkok melalui lebuhraya 4 Thailand.
Memasuki jalan ke  Bangkok terus hingga habis jalan ke Samut Prakan, ambil simpang kanan kemudian ikut trafik sehingga pekan ke dua. Jumpa papan tanda Phra Pradeng. Ikut trafik ke kiri. Tak tahu tanya orang bagaimana mahu melintas sungai ChaoPraya ke Chonburi.Di stesen tongkang Phra Pradeng ikut naik ke seberang sungai sana dengan harga 10baht, lumayan. Teruskan ke Chonburi kemudian ikut papan tanda ke Pattaya. Sungguh mudah bukan. Hahahaha

Sampai tapak acara, hari rabu awal pagi lepas tengah malam selasa, acara bermula hari jumaat jadinya kami ada lagi 2 hari sebelum acara. Para petugas sibuk dengan tugas masing-masing. Yang memanjat,yang memotong, yang macam-macamlah. Yang best kami disambut meriah, dan memang mereka menunggu kami, Tokey acara sendiri dan semua krew menyambut kami dengan muzik dan ucapan cakap siam di pembesar suara, kami tidak faham apa cuma ketawa bersama. hahahhaah. Ini semua sebab Uzainy MY dah telefon atan loq laq sebelum kami sampai. Elok duduk saja kami dijamu nasi goreng ayam ada kuah sup, aku memang pelahap dan aku habiskan semua, yang lagi dua orang kawan aku tu makan sedikit buat tak lapar alasan baru sampai. cuihhh!.

Tiba hari acara, kebetulan dan memang setiap tahun Team Majalah Kapcai, Chopperrocker dan Gila-Gila Rider akan turun support sejak 7 tahun lalu, aku kebetulan bersama meraka pun, maka aku jadi lah krew. Memang aku suka berkawan dan suka belajar perkara-perkara baru. Aku terima sebagai pelajaran luar kelas aku.

Takdak apa yang maha best, cuma suatu sub budaya dalam dunia 2 roda, banyak yang di lihat, banyak yang di dengar. Sungguh aku boleh layan sampai tengah malam sorang2 pi buat kawan . Ada rider siam yang dah jadi friend di FB. Harap kami berjumpa lagi tahun depan Pattaya Bike Week 2015.
"Saya itu, silakan kepada anak-anak muda itu berfikir, (walaupun) sampai tahap gila-gila kali.. tetapi satu, jangan berhenti belajar" - Kiai Mustafa Bisri.









































































































































































































































KLIK BANNER SUPPORT PAKCIK

Sedikit-sedikit

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan s...