Sabtu, 3 Ogos 2024

IMAM

SIAPA YANG AFDAL MENJADI IMAM?

Diriwayatkan oleh Abu Mas’ud beliau berkata bahawa Nabi SAW berkata kepada kami:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلاَ تَؤُمَّنَّ الرَّجُلَ فِي أَهْلِهِ وَلاَ فِي سُلْطَانِهِ وَلاَ تَجْلِسْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَكَ أَوْ بِإِذْنِهِ

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.” Riwayat Muslim (613)
 
Berdasarkan hadith ini para ulama mazhab al-Syafie telah pun menulis hal ini di dalam kitab-kitab mereka. Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam ketika ketiadaan imam khusus yang dilantik masjid menurut Ibn Naqib al-Masri di dalam kitabnya Umdah al-Salik (128):

• Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.

• Yang paling baik bacaan al-Quran

• Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah)

• Yang paling awal berhijrah ke kerajaan Islam Madinah dan anak cucunya

• Yang paling awal memeluk Islam

• Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani Hashim, bani Muthalib, kemudian diikuti Quraish, kemudian bangsa Arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab

• Yang paling baik keperibadian

• Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian

• Yang paling lunak suara

• Yang paling baik penampilan

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Imam

Tiada ulasan:

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...