Isnin, 27 Julai 2015

Au Revoir Legend

Selepas 75 tahun. Che Nayan Debok berpindah ke alam abadi. 26 Julai 2015. Pukul 2130.
Untuk ingatan anak cucu masa hadapan
Che Nayan berkahwin dengan Liha Pa pada Usia 18 tahun dan Liha 12 tahun.
Hasil perkongsian 57 tahun hidup mereka di kurnia 4 orang anak. 11 cucu. 14 cicit. Pada hari aku menulis ini itulah bilangan keluarga kecil sebelah ibu aku. Bilangan cucu dan cicit mungkin akan terus bertambah pada hari mendatang.
Selamat Tinggal Lejen. Kita akan bertemu di Syurga.

Ahad, 26 Julai 2015

Pesanan

#DUBSMASH
#PANGGILAN HANGIT
#DAN SEMUA YG SEMISAL
“Cukuplah seorang itu dinilai jahat jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim” (HR Muslim)
“Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa, lantas dia berdusta, celakalah dia, celakalah dia!!..”
HR Abu Dawud
لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)
Ternyata kata nabi s.a.w tepat bahawasanya orang islam akan ikuti yahudi nasrani sehasta demi sehasta hatta sampai ke lubang biawak pun mereka akan ikuti.
:-Via Abg Aji ZanKX

Khamis, 23 Julai 2015

Islam adalah Islam Tiada Yang Lain

Apabila disebut Islam tamadun, sudah pasti akan wujud Islam yang tidak ada tamadun. Apabila disebut islam liberal, sudah pasti wujud islam jumud. Apabila disebut islam amerika, sudah pasti wujud islam tidak amerika.
Walaupun menolak Islam versi liberal, menolak islam versi tamadun dan menolak islam versi amerika, yang pasti secara tidak langsung telah menerima kewujudan Islam sebaliknya, iaitu islam jumud, islam tidak ada tamadun dan Islam yang tidak amerika.
Jika mengakui kewujudan Islam liberal, sudah pasti kena akui juga wujud islam jumud. Persoalannya, kalau Islam liberal menolak al-Quran dan al-Hadis, sudah pasti ia tidak layak digelar sebagai Islam. Kerana, Islam semestinya merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak, maka ia bukan islam. Apabila Islam liberal dianggap sebagai wujud, sudah pasti kena akui juga kewujudan islam jumud. persoalannya pula, apakah islam jumud juga merujuk kepada al-Quran dan al-hadis, dan apakah dua sumber islam ini mengajar manusia menjadi jumud?
Begitujuga dengan label islam tamadun. Menggambarkan, bahawa di sana wujud Islam tidak ada tamadun. Persoalannya, apakah sumber rujukan islam tiada tamadun itu? jika al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan islam tidak ada tamadun, persoalannya, apakah dua sumber utama Islam ini menyeru kepada ketiadaan tamadun? Begitu juga islam versi Amerika. Ketika itu, wajah islam akan tercemar.
Ekoran itu, secara peribadi, saya menolak label Islam liberal, islam tamadun atau Islam amerika. ini kerana, Islam adalah Islam. Islam itu bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak ikut al-Quran dan al-Hadis, maka itu bukan islam.
Adapun soal keterbukaan, lalu dilabel sebagai Islam liberal dan islam liberal ini adalah sesat. Sudah pasti terpaksa akui bahawa Islam mengajar kepada kejumudan dan ketutupan. Sudah pasti, ia adalah satu perkara yang mustahil bagi islam. begitujuga persoalan pada label islam Tamadun dan Islam amerika.
Sewajarnya kita tidak terlibat dengan label-label yang dikaitkan dengan Islam. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kandungan islam liberal, islam tamadun dan islam amerika itu, tindakan kita setuju dengan label2 itu, akan memberi implikasi kita telah akui kewujudan islam versi tersebut disamping akui juga wujud Islam versi sebaliknya. Dengan itu, sudah pasti akan melahirkan kekeliruan manusia terhadap maksud islam yang sebenar.
Wallahu ‘Alam.
Via Ustaz Wan Ji

Sabtu, 18 Julai 2015

HARAPAN BARU

Manusia memerlukan harapan baru jika terbukti yang lama sudah tidak boleh memberikan harapan lagi. Apatahlagi jika yang lama itu tempat bersarang kegelapan harapan. Kehidupan diteruskan dengan harapan dan jangan seseorang membiarkan dirinya hangus kerana berharap kepada yang tiada harapan. Harapan yang baru boleh menjadi cahaya bagi penerusan sesebuah kehidupan jika memenuhi maksud sesebuah harapan yang boleh diharapkan. Perjuangan menunaikan makna harapan itu adalah sesuatu yang besar dan berat.
Via DrMaza.

Selasa, 14 Julai 2015

Selamat Hari Raya

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG RIDE JAUH.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang menunggang, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan halangan di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terlepas pegangan throtle tangan kanan anda? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, menungang jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah fly di jalan yang lurus highway 4 siam.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang menungang, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja pada sukan touring jarak jauh ke untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk menungang. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

Dipetik dan dibahsuai dari pelbagai sumber google.

*Selamat Hari Raya.
*Selamat BerTouring.

Sabtu, 11 Julai 2015

BERBUKA DI SONGKHLA DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI SELLA SHAHBUDIN BLOG

2 minggu lepas kami berpergian ke Haadyai..  Saja dah lama tak ke sana.. Hajat hati nak tambah persalinan raya dua beradik tu... tapi last2 mak depa yg soping kasut raya.. ala.. kat jelly bunny ja.. ada sales.. hehee.... tukaran wang Malaysia ke Baht pun sangatlah memeritkan... tukar rm500 dapat dalam 440 camtu.. mula2 tukar kat changloon, RM200 dpt 1760baht.. yg lagi 300 tukar kat dannok.. ok sikit rate dia.. but still jatuh teruk nilai duit kita... huhuu...

1st stop kat hadyai, kami ke Central Festival.  Okeh la kat sini... ada mcm2 brand... tapi cam kesuntukan masa.  beli kalut2, dan terus ke songkhla lak untuk berbuka puasa...

Kami parking kat sini.  sekerat level ni dikhaskan untuk ladies parking.  paksa mr.hasben turun dulu, aku drive bawak anak2.. hehee... kalo ada org lelaki, dia tak kasih masuk.. bagus depa jaga wanita2 depa.. hehehe

 
ada pesta local product atau depa panggil OTOP
 
Untuk berbuka pulak, kami ke songkhla.. ni kiranya tempat makan rahsia la.. dah pesan kat mr.hasben, jgn bagitau kawan2 dia kat mana..bukan apa, kang dah tak best nak makan situ... bila dah meramai org luar, mula la harga mahal, makanan dah tak sesedap dulu....ada dua tiga tempat dah kat sini, bila dah terlebih org kenai, terus out service depa... so yg ni, biarla jd rahsia kat mana.. hehehee...

menu paling spesel kat sini, ikan bakar nih la.. tatau ikan apa.. adik beradik ikan air tawar rasanya nih.. dia bakar disalut dgn garam.. so kulit dia mmg takleh makan la..kat dlm perut dia sumbat la daun limau perut, serai bagi.. mmg completely takdak bau hanyir ikan...isi dia pun amat sedap... sekor 150 baht..yg ni mai skali dgn condiment dia.. ada ulam, bihun dgn dua jenis sos.... mmg berbaloi...

 
kat sini takleh expect nak makan kengsom ka tomyam bagai... yg berkuah pun sup daging ja... yg lain2 adalah aneka jenis kerabu...menu dalam bahasa siam.. yg buleh cakap melayu pun agak terbatas.. so, main order ja la... tengok2 mai 4 jenis somtam.. hahaha... terus bagi dia bungkus lagi 2.. hahaha....mau terkejut makan masam banyak2 time berbuka nih.. hehee...

ni menu wajib, ikan bakar, ayam bakar, somtam + telur masin & somtam goreng... yg somtam goreng tu sblm nih tengok org lain order.. kali nih kami try.. mmg sedap... betik muda tu garing.. dompot yg tak makan sayur/buah pun buleh makan.. hehee... sup mintak dia buat lain sbb yg sup daging tu pedas, budak2 takleh makan....yg dua lagi bungkus tu, somtam udang dgn somtam ayam... 
 
 
Total makan untuk hari tu 450 baht.. dalam 50 inggit duit kita la.... masih berbaloi.. dan yg penting.. sedap... 

Misi baju raya gagal untuk hari tu.. balik singgah tesco sadao.. shopping penuh troli.. hahaha...... 

Jumaat, 10 Julai 2015

TUTUP FACEBOOK


Kerajaan sedia kaji 

kewajaran 

tutup Facebook

 - Ahmad Shabery


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.


Rabu, 8 Julai 2015

Yang Benar

Tadikan masa saya baru sampai umah balik dari kerja...saya terpandang seorang lelaki ni..Subhanallah..indahnya ciptaan Tuhan, saya cakap dlm hati..Pada saya semuanya perfect tentang lelaki itu..mata dia..hidung dia..mulut dia..sangat menawan ..rupa dia..kalau perempuan melihatnya..pasti mahu menghampirinya..last last dlm 10.minit ..saya tenung lelaki tu..betul betul ..barulah perasan..rupanya saya yg berdiri depan cermin....
Subhanallah....
#bestrongpmnajib
#harihariakhirseorangpm
#tangkapdakwapenjara

Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...