Jumaat, 26 Februari 2021

Cita dan Cinta

Sekurang-kurangnya dua hal menyatukan golongan yang ingin mengangkat Islam sebagai dasar kehidupan. Pertama, cita. Kedua, cinta. Cita dan cinta kita semua kembali kepada Islam. 

Dua hal tersebut menjadikan semua gerakan Islam dan tokoh-tokoh pro Islam sama dalam impian dan jiwa kasih mereka. Kedua-duanya hal itu adalah pegangan dan falsafah hidup mereka. Jika hilang dua perkara tersebut, hilanglah identiti mereka. 

Dua perkara itu sentiasa menyatukan golongan pembela Islam di mana sahaja mereka berada. Malangnya, mereka sering lupa persamaan itu kerana kadangkala disibukkan dengan perbezaan antara mereka. Padahal yang membedakan itu hanya 'tafsiran dan cara' dalam menunaikan 'Cita dan Cinta' tadi. Cita dan cinta adalah ghayah (matlamat) yang hendak dicapai. Tafsiran dan cara hanyalah wasilah.

Kita boleh berbeza pada tafsiran dan cara dengan adab-adabnya. Kita boleh membahaskan itu semua dengan ilmiah dan hujah. Namun jangan lupa, itu semua adalah wasilah bukan ghayah. Justeru, jikapun kita berbeda pada tafsiran dan cara, janganlah kita lupa kita masih bersama dalam hal yang lebih utama dan besar iaitu cita dan cinta. Di samping, perbedaan cara dan tafsiran itu pun kadangkala tidaklah begitu besar.

Apabila disingkap, seringkali juga kita akhirnya melihat perbezaan kita hanyalah pada bahasa, pemilihan istilah dan kata-kata, atau berbeza dalam menafsirkan sesuatu realiti yang dihadapi. Apabila semua kekaburan hilang, apa yang kita dapat lihat ialah cita dan cinta yang sama. Itupun jika kita semua ikhlas kerana Allah dalam perjuangan ini.

Maka, apabila sampai saat yang diperlukan, kita semua boleh bertasamuh dalam cara dan tafsiran demi mempertahankan cita dan cinta kita bersama. 


Khamis, 25 Februari 2021

JKM bantuan kewangan kepada OKU


Seperti yang kita tahu, terdapat banyak bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak untuk memudahkan urus rakyat ketika pandemik Covid-19 ini. Kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau penjaga kepada individu OKU, sekiranya layak, anda boleh buat permohonan bantuan OKU pada tahun 2021 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau melalui laman web rasmi JKM.

Senarai Bantuan OKU Daripada JKM

Terdapat 5 jenis bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh dimohon oleh mereka yang layak iaitu:

Elaun Pekerja Cacat


Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja


Bantuan Penjagaan OKU Telantar / Pesakit Kronik Telantar


Bantuan Alat tiruan / Alat Sokongan (BAT)


Geran Pelancaran (GP)

1. Elaun Pekerja Cacat 

Kadar: RM450 sebulan seorang.

Tujuan:

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Kriteria Kelayakkan Lulus

Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia


Berumur 16 tahun dan ke atas


Pemegang kad OKU JKM


Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar: RM300 seorang sebulan.

Tujuan

Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.


Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.


Kriteria Kelayakan Khusus

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;


Berumur 16 tahun dan ke atas;


Pemegang Kad OKU JKM;


Tidak berupaya bekerja.


Pemohon bukan penghuni/ pelatih:


Institusi kendalian JKM; atau


Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau


Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);


Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU


Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


Nota:Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Kadar: RM500 sebulan seorang.

Tujuan

Meringankan bebanan keluarga/ penjaga


Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.


Kriteria Kelayakan Khusus

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;


Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;


Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU


Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


4. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Kadar: Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;


Kumpulan sasar JKM;


Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;


Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU


Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

Jenis Peralatan Tiruan / Alat Sokongan

Anggota Palsu


Kerusi Roda


Alat Bantu Pendengaran


Alat-alat Keperluan Lain


Penggantian / Baik Pulih Alat


Jenis Peralatan yang berkaitan


5. Geran Pelancaran (GP)

Kadar: Maksimum RM2,700 sekaligus.

Tujuan

Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.


Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.


Kriteria Kelayakan Khusus

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;


Kumpulan sasar JKM;


Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU


Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


Persediaan Sebelum Permohonan Bantuan OKU JKM

Kepada yang layak, anda dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan status anda dan mendapatkan kad OKU. Berikut adalah cara untuk mohon bantuan OKU:

Permohonan Bantuan OKU JKM Melalui Borang

1. Layari laman web http://www.jkm.gov.my/.

2. Klik Perkhidmatan.

3. Kemudian Klik Skim Bantuan Kebajikan.

4. Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.

5. Sila muat turun Borang Permohonan Bantuan

6. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan tepat.

7. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan

8. Kemudian sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.

Permohonan Bantuan OKU JKM Online

1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.

3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.

4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.

5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

6. Antara dokumen yang diperlukan:

Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon


Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama


Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)


Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)


Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU


Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta


7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.

8. Pilih Negeri.

9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.

10. Klik Daftar.

11. Sila lengkapkan permohonan anda dengan betul dan tepat.

12. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan

13. Sila Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.

Dapatkan Maklumat Lebih Lanjut Melalui JKM

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian

Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Macamana Nak Tukar Nama Pemilek Kenderaan di JPJ? | Interview Ekslusif B...

Afaf Cactus

Meet Afaf Abu Alkhair, 24, a Palestinian from #Gaza who wanted to make her way. As she loves cactus, she started to plant various kinds of it and sell them to make a living.
Afaf now owns a greenhouse in Jabalia Camp where she planted more than 250 cactus seedlings and sold them.

Selasa, 16 Februari 2021

pulang

Ayah-ayah semua, tolong cek dan baiki semula jika berlaku perkara ini.

Sewaktu anda pulang ke rumah, jika anak anda tidak berlari ke arah anda, atau tidak gembira untuk peluk anda, maka perhati semula akhlak dan pergaulan anda terhadap mereka, kerana itu menandakan pergaulan dan didikan yang anda berikan ada masalah.

Kepulangan anda sepatutnya sangat menggembirakan mereka apabila anda buka pintu, bukannya mereka gembira apabila anda akan keluar!

• Kredit : Dr Ratib Al-Nabulsi via Kun Anta
• Lukisan oleh : Galeri Sentuhan ArifSan

Isnin, 15 Februari 2021

Mainan Baru

Wood Stove/Dapur Kayu
Dalam kerangka untuk menjelajah saya memasukkan mainan baru. Sebuah dapur kayu yang pastinya membantu menjimat perbelanjaan. Harapan saya misi perbelanjaan USD5 sehari tercapai. 
USD5 X 30Hari=USD150
USD150XRM4.20=RM630/Bulan
RM630X12Bulan=RM7560
Berbasikal+Berhemah+Memasak.

Impian saya selain berwakaf pada jalanNya, berpasangan lebih dari satu,  yang lainnya saya mahu mengembara. Ya saya pernah mengembara jauh dari Malaya, dalam perjalanan itu saya belajar beberapa perkara. Kita perlu cari jalan untuk jimat dolar Kita pada pengangkutan, tempat berteduh, dan mengisi perut. 

Khamis, 11 Februari 2021

Apa benar wanita cuma mainan

 


MAHASISWA CARI 'SUGAR DADDY' MENINGKAT DALAM PLATFORM SUGARBOOK

PLATFORM aplikasi temu janji ‘sugar daddy’ terbesar di Asia, Sugarbook, mendedahkan kenaikan pendaftaran keahlian sebanyak 40% di platformnya dalam kalangan mahasiswa demi menanggung kos yuran pengajian, rumah dan sara hidup.

Sugarbook dalam satu kenyataan berkata bahawa trend tersebut disaksikan meningkat sepanjang pandemik Covid-19 dan pelaksanaan prosedur operasi standard yang ketat (SOP) sejak beberapa bulan lalu.

Universiti Sunway mengungguli tempat teratas dengan 3,105 keahlian dalam aplikasi Sugarbook, diikuti Universiti INTI International dan Universiti Taylor masing-masing dengan 2,624 dan 1,696 ahli.

“Sejak pelaksanaan PKP pada bulan Mac tahun lalu, semua universiti awam dan swasta terpaksa ditutup, semua aktiviti pengajian dilaksanakan secara dalam talian.

“Walaupun beberapa kajian semula dijalankan, yuran pengajian universiti tetap sama, hal ini terbukti ia menjadi salah satu perbelanjaan paling mencabar bagi kebanyakan keluarga,” kata Darren Chan yang merupakan pengasas dan ketua pengarah eksekutif Sugarbook

Sugarbook adalah laman web dan platform aplikasi yang dibentuk berdasarkan konsep ‘sugar dating’.

Istilah sugar daddy sering digunakan untuk menggambarkan hubungan di mana sokongan kewangan ditukar untuk sebuah persahabatan romantik, yang mungkin melibatkan hubungan seksual atau tidak.

Dalam dunia temu janji itu, individu yang lebih mampu dari sudut kewangan akan memberikan hadiah berupa wang tunai, atau sokongan dana gaya hidup untuk teman romantik yang akan bergantung dengan mereka. Teman romantik yang didana itu kemudian akan membalas ‘jasa’ mereka dengan meluangkan masa dan kasih sayang mereka.

‘Sugar dating’ yang biasanya dilihat melibatkan wanita muda dan lelaki berusia, konsep ini sering dianggap sama seperti pelacuran dan mereka yang terlibat berisiko dengan jenayah lain dalam transaksi itu termasuk  pembunuhan, penipuan kewangan, rogol, dan penderaan.

Statistik daripada aplikasi itu juga menunjukkan bahawa purata usia seorang teman romantik ‘sugar baby’ berusia 23 tahun, sementara purata usia seorang ‘sugar daddy’ adalah 35 tahun.

Seorang sugar baby boleh mendapat elaun sekitar RM2,500 sebulan. Dengan jumlah tersebut ia mungkin tidak cukup bagi membayar yuran pengajian universiti.

Walaupun institusi terpaksa ditutup, di samping pensyarah dan pelajar terpaksa menjalankan aktiviti pengajian dalam talian, yuran pengajian universiti tetap sama seperti sebelum pandemik .

“Sekarang ini waktu sukar. Platform kami beri peluang untuk cari penyelesaian ekonomi pada masa-masa yang tidak menentu ini.

“Dating dengan seseorang yang lebih berjaya atau berpengalaman boleh beri faedah, dan insentif kewangan adalah salah satu daripadanya.

“Mereka boleh berhubung dengan individu berpendapatan tinggi selain boleh mengejar kemajuan dalam kerjaya.

“Hari Valentine yang semakin hampir, sugar baby rata-rata mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500. Ini sangat membantu pelajar universiti yang sedang berjuang terutama pada masa-masa sukar ini,” kata Chan.

Sugarbook mendapat kecaman pada tahun 2019 ketika iklannya dipamerkan di beberapa papan iklan elektronik di Kuala Lumpur. Majlis Bandaran turut menganggapnya sebagai lucah dan menyinggung perasaan.

Walau bagaimanapun, Chan mempertahankan aplikasi tersebut dan berkata bahawa laman web itu dibina bagi menyediakan platform temu janji untuk individu, yang boleh memilih untuk melakukan apa yang mereka mahu daripada hubungan yang ideal tanpa dipandang serong.  – 10 Februari, 2021.

Mana persatuan hak para wanita



Patch Nama

Patches nama PKTM
1. Bard Ejat
2. Ramy
3. Hafifi
4. CP
5. Jimmy 
6.gemok 
7. FAUZI 
8.Megat 
9. Yus
10. MD JAIS
11.Sharizman
12. Apit Azman
13. Faridzuan
14. Faizul
15. Pak Ayea
16. Echam
17. Sepet
18. Abau
19. Shah D
20. MK
21. Ajim 
22. Veronzo
23. Boi Jagger
24. R'RYP
25. Asrol
26. FAZROL
27. PakLan
28. FATHULLAH
29. MADDUHA
30. Noon
31. ULAK
32. SHIRZ BTOSAI
33. ABIED
34. NIZAM
35. DINO
36. Abg Zack
37. ACAP LGK
38. TOK JANGGUT
39.MAN SIK
40. BAGAN
41. JAJA
42. Abu yazid (2 unit)
43. NazriAsru
44.MAHATHIR
45. SID SHAM
46.BunTex
47. AZAM
48. suhaimi
49. Dekwan
50. Khairul
51. K-®️ūL
52. Nurani
53. RizGt 
54.Pak Ayea
55.rizal
56. Wanie
57. Am
58. RAFLEE
59. Ket
60. Chemp

Isnin, 8 Februari 2021

KING OF MOUNTAIN WANG KELIAN

King Of Mountain Wang Kelian
 160 Rider


Women Open <40 Tahun
1.Aznurlida M
2.Sis Sutai Tie Khonthai Cycling Team M
3.Sis Wandy Khonthai Cycling Team M
4.Sis Ee Vin Khonthai Cycling Team M
5.Sis Izzah Izzati XL ( GORILLA CYCLING TEAM)
6.Siti Nur Hidayah XL (GORILLA CYCLING TEAM)
7.Sis Jerry LM BIKERS S
8.Sis Nilsara RUAM THAI CYCLING TEAM S
9.Sis Sombun RUAM THAI CYCLING TEAM S
10.Sis Azean S. ND CYCLIST TEAM 
11. Sis Marilyn XS


Women Master >41Tahun
1. Sis Aree RUAM THAI CYCLING TEAM XS
2.Sis Norizan L 
3.Sis Ong Bee Thuan Tokai Team M
4. Sis mazni L. ND CYCLIST TEAM 
5.Sis Ramdarni XL ( GORILLA CYCLING TEAM)
6. Sis Sabihah M
7. Sis Masyirah L


Men Open <40Tahun
1. Farizol L
2. Izzairie Mansor L
3. Syed Muaz S
4. Luqman MEP21 Team M
5. Bro Lim Tokai Team M
6. JAB PEKETUM RACING TEAM L 
7. Faizal Jamil M
8. Zuhair L TTIS Jitra Cycling Team
9. Muhd rizam S 
10. Qalel Putra PBCC S
11. Saddam L
12. Fauzi Ramli M
13. Razif Salleh L
14. Bro Chan Han Kuan Tokai Team L
15. Bro Lim Boon Tat Tokai Team L
16. Bro Tang Hai Chui Tokai Team L
17. Al Bukhari S
18.Yazid M
19.Noraiman Marie M
20.Safiyrul M. ND CYCLIST TEAM 
21. Nasrul Putih S
22.Kamil Hassan S
23 Aminuddin XS
24. Aiman Hassan M
25. Hafiz Mansor S
26. Sanusi Saad S
27. Hamdi XS ( GORILLA CYCLING TEAM)
28. Mursiq Loqman S
29. Ong Tokai Team L
30. Azyad S
31. Lim See Tokai Team L
32. Faizul Nayan M
33. Shakir L
34. Hazwan M
35. Amirul Azmy S
36. Khairul Qahhar M
37. Cipon PEKETUM RACING TEAM M
38. Caon Pabera S 
39. Bro Pravist RUAM THAI CYCLING TEAM L
40. Bro Virud RUAM THAI CYCLING TEAM L
41. Bro Loh Han Boon LM BIKERS M
42. Bro Chan Shao Teng LM BIKERS M
43. Khairul Ikhwan S
44. Faris Ragas Cycling Team S
45. Syahmi S
46. Muaz M
47. Bro Seerechai M
48. Zairi Badderul CFOO TEAM M
49. Fauzan Lutfi CFOO TEAM M


Men Junior Master 41Tahun>45Tahun
1.Roslan L
2. Rohaizad L
3. Nazrin Barin M
4. Wanda L
5. Bro Tee Ka Hock Tokai Team 2XL
6. Hasnazar  XL. ND CYCLIST TEAM 
7.Bro Ewe Chuan Ghee Tokai Team L
8. Bro Lai Chet Chia Tokai Team L
9. Mohd Sami M
10.Zaini Khalid XL
11.Sharibuddin S
12. Khaiful XL
13 Abdul Halim Che Aat Team 3G Penang M 
14. Rahidin M
15. Azran Barin L
16. Supian Mustafa M
17. Bro Sombon L
18. Nazrin M
19. Ady S
20. Suhairi L
21. Roslan Zainol L
22. Baharudin S
23.Rizuan Abdullah M
24. Bro Lim Yang Cheng S
25. Syahrul Nizam CFOO TEAM XL



Men Master 46Tahun>50Tahun
1. Hasbullah Pit L - TTIS Jitra Cycling Team
2. Muslim S
3.Bro Chong Chin Hong Tokai Team L
4.Bro Khir Eng Huat Tokai Team L
5.Ibrahim Ismail 2XL
6.Ali L. ND CYCLIST TEAM 
7. Sobri Rashid L
8. Fazil M
9. Dato' John Sabri M
10. Wan Shahiran M
11. Bro Chang Koon Her L
12. Shaqowi L
13. Khairul Ilhami M
14. Hashim XL
15. Bro Stephen Ong CFOO TEAM M
16. Saifol Khomar CFOO TEAM L
17. Bro Tan Aik Guan L

Men Senior Master >51tahun
1.Abang Ismail L 
2. Abang Zainol L 
3. Abang Asmadi XS (GORILLA CYCLING TEAM)
4. Abang Idris Cyclista Northern Pro Team L
5. Bro Elap RUAM THAI CYCLING TEAM M
6. Abang Halim M 
7.Abang Hashim L
8.Bro Gooi Mooi Kwang Tokai Team XL
9.Bro Lee Chew Hooi Tokai Team M
10.Bro Yap Peng Hock L Tokai Team (67 tahun)
11.Bro Lim Ah Lek L Tokai Team (73 tahun)
12.Bro Ng Wooi Chai Tokai Team M
13. Bro Airin RUAM THAI CYCLING TEAM L
14. Abang Nasir S
15. Rosli Ya XL
16. Pak Wan Giant L
17. Abang Yusof L
18. Bro Eric LM BIKERS S
19. Bro Bro Set Praset S
20.Abang Azlan Ahmad M
21. Abang Fauzi Shafini CFOO TEAM S
22. Abang Saharan CFOO TEAM M
23.Bro Ng Lai Hee L
24. Bro Soh Chan SENG M

Men Heavyweight >85Kg
1.Azahari 3G Penang Team 2XL
2.Taqril PEKETUM RACING TEAM 2XL
3. Firdaus Jamil 3XL (GORILLA CYCLING TEAM)
4. Bro Avee RUAM THAI CYCLING TEAM XL
5. Bro Amnast RUAM THAI CYCLING TEAM   XL
6.Fazdli Ridzal CHAINGANG 2XL
7.Hildi 2XL
8.Bro Guan Huat LM BIKERS L
9. Faizal Azuall 2XL
10. Bro Surin RUAM THAI CYCLING TEAM L
11. Bro Lee Kee Siang Tokai Team XXL
12. Manun RUAM THAI CYCLING TEAM XXL
13.Bro Choong Meng Lun Tokai Team XXL
14. Faizal Abu Hanifah XL
15. Faizal Abdullah 2XL
16. Faizal Awang 3XL
17.Hilal Marwan XL
18. Bro Thawin RUAM THAI CYCLING TEAM 2XL
19. Sorhaizad 2XL
20. Afiq Nabin L
21. Abdul Halim 3XL

OSBMX/CLASSIC/20 INCH
1.PSD L 
2.Krol Northern Tribe Team M 
3.Au Northern Tribe Team M 
4.Amin Arawi Bigfield Oldskool Team M 
5. Fahrul Tokli BBC S
6. Ali Imran L

Sabtu, 6 Februari 2021

Snap Back Cap PEKETUM

2021 New Design
Item: PEKETUM JAWI KUFI BLACK WHITE
Bandung Distro
OPEN PreOrder.
RM40
www.wasap.my/60123060911


Isnin, 1 Februari 2021

Harimau Menangis

Beef Sirloin / Tenderloin / Eye Fillet / Fillet / Fillet Mignon / Cut From Loin = Harimau Menangis

Jangan duk bising Harimau menangis Mak Nelopa.
Benda ni senang je nak buat. Orang laki boleh buat untuk isteri jarang-jarang ambik hati. Kenala kita masak untuk mereka jugak.

Tips nak dapatkan Harimau Menangis padu.
Pilih bahagian Sirloin. Cari dekat tesco atau dekat kedai butcher Muslim berdekatan. Biasanya saya beli di tesco. Sirloin Australia. Dalam 12-17 ringgit je sekeping. Boleh makan 2 orang.

Masa basuh daging jangan basuh kuat sangat. Nanti hilang rasa manis dia. Lepastu perap dengan perapan ni(lada hitam+sos tiram+sos cili+kicap). Perap sehari semalam lagi bagus.

Pastu masakla ikut citarasa kita. Nak masak penuh ke masak medium ke terpulang. Saya suka masak penuh well done.

Air asam boleh buat dengan asam jawa kedai acheh je. Campur hirisan bawang merah dan lada yang rm40 sekilo harga sekarang mahai cekik darah.
Lepastu hidang. Panggil la isteri makan sama-sama. InshaAllah lepas makan isteri makin sayang.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...