Isnin, 31 Disember 2018

2019

Selamat tahun baru Gregorian buat empa semua dan Salam Maulud Nabi Isa. Terima kaseh 2018 untuk segala pelajaran, pengajaran, dan segala peluang.

LEGALIZE GANJA




SOKONG

TERBAIK 
Husam tawar diri bentang maklumat, teknologi spesies ganja untuk perubatan



Senator Husam Musa menawarkan diri untuk membantu menyalurkan maklumat kepada mana-mana pihak yang sanggup membuat kajian mendalam berkaitan satu spesies marijuana atau ganja yang sesuai digunakan untuk perubatan.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, spesies tersebut dikatakan bukan sahaja mujarab dalam merawat penyakit kanser, malah didapati tidak menimbulkan ketagihan terhadap individu yang mengambilnya sebagaimana ganja biasa.

Tanpa mendedahkan spesies ganja yang dimaksudkan, katanya, beliau telah berjaya mengumpulkan maklumat lengkap mengenai tumbuhan tersebut termasuk teknologi berkaitan dengannya.



GANJA KETUM

CENDAWAN 

PRODUK ASLI

TANAH MELAYU

AMERIKA LAWAN

KERANA LOBI

SYARIKAT UBAT

LAWAN GANJA

KERANA LOBI

SYARIKAT

ROKOK

DAN

SYARIKAT ALCOHOL

Sabtu, 29 Disember 2018

MIB

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
.
.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
.
.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910          

Peringatan -  kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

Perkongsian : Wan Muhammad Najib

#atokhartanah
#tavaluers

Jumaat, 28 Disember 2018

Selamat Tahun Baru Masihi 2019

Buat tahun ke 3 berturut saya meraie tahun baru dengan Gaya hidop bebas di Gunung Jerai,Malaysia.
#petualangdunia #terastegar #peketum #katongmc #rfs #rfscrewmalaysia

Selasa, 27 November 2018

SYM T2 PART CROSSOVER


Barang2 spare part crossover t2 250i

1. Oil fiter - suzuki belang
2. Disc brake - sym maxsym 400
3. Clutch plate 7pc - Y15 
4. Clutch spring - rxz, Lc 135 racing
5. Clutch cable - rxz, jaguh, vespa
6. Rear absorber - belang (kena modified bracket)
7. Sparks plug - NGK CPR8EA-9, Lc 135
8. Fuel filter - ex5
9. Front fork and oil seal dust cover - ninja 250, size 37x50x11mm.
10. Starter relay - sym scooter 200cc, kriss
11. Rear disc brake piston - y125r

12.O2 sensor


13. Bearing Hub SYM T2 6005ZZ
I
J

Isnin, 26 November 2018

Khaolak 2018

Cuma 4 tunjuk muka. Syukur maseh mampu ride walau dalam musim gawat. Tukaran Wang 784Baht=RM100.
3hari 2malam. Cover over 1000km.
Mini Thousand Corner part 1.

Benelli RFS 150i Part

Crossover part kutip dr FB
plug brisk ar12ys/ar12c dan ngk GPOWER cpr8ea

bateri koyoko ytx7l-bs (btx7)

std rantai O-ring 15-46(428 x 124L)

oil filter (suzuki vs125/belang)

sporket dpn (suzuki gs125/ keeway rkv200)

sporket blkg (suzuki txr panther/gb125)

break pad blkg (suzuki/honda rs150)

break pad depan (demak kros@scrambler/suzuki rg)

bracket clucth lever (nimota)

cabel clutch (fz150/y15)

cable throttle (fz150 2018)

swing arm blkg (y15)

monoshock blkg (y15 =/lc 135-)

spring clutch (rxz)

spring valve (y15)

bearing enjin (koyo/fag)

button start (rs150)

cover guard tyr depan (h.dash/rs150)

tensioner manual (rs150/y15)untuk auto tensioner SYM VTS 200

Thermostat (b. trx 502)

Getah hub suzuki (phanter txr150)

Timing chain
(yamaha lc 135)

Jumaat, 2 November 2018

NORTHERN MOTORCYCLE GATHERING 2018

MENCARI NAFSU BARU

Rasa hilang semangat dalam hidup boleh menjadi tanda bahawa kita telah bangka sebelum usia dan perlu mencari beberapa perkara baru dalam hidop, sesuatu yang baru untuk menjadikan kita lebih bersemangat, tidak kiralah berkenaan persoalan kerjaya kita, atau perasaan kita pada seseorang atau benda yang kita pernah sayang. 
Salah satu cara yang aku jumpa untuk mencari keghairahan pada sesuatu ialah dengan mencari sesuatu hobi yang bemanfaat. Bermanfaat bukan sekadar menambahan pendapatan tetapi juga dalam eratan persahabatan. 
Buat tahun ni Event Himponan Motorsikal Cantik di Star Parade Alor Setar pada aku amat menghiburkan dan penoh keghairahan. Menurut Syakirin selaku organizer ini adalah event mereka kali ke 5. Aku berjaya hadir buat kali ke 3 berturut-turut. Tahun lepas aku bersama Uzainy King Drag. Tahun sebelumnya aku datang berlenggang. Uzainy tidak hadir atas kekangan tugas lain, tahun ini beliau ke event Serlah Kehebatan Johor Bharu. Aku berhubungan dengan Ghani berkenaan Event ni, tetapi beliau kini bersama hobi baru iaitu berKastingan dan berSpinningan di Tepian Pantai dengan Mesin Okuma Trio High Speed dan Rod Abu Garcia Vendeta . Semoga beliau terus ghairah. 
Jadinya aku menghadir seorang diri. Walau seorang diri tetapi ramai Sahabat yang hadir tunjuk muka, aku tulis juga ni Din Langgaq, Am Dabel Disc, Din KCA, Cekgu Pomen, Che Wan Bobber, Danial, Jan Katong MC, Am Adik Din, Lan Koboi dan banyak lagilah.
Acara utama berlangsung di Utara pintu masok dengan stage acara kugiran, lucky draw, demo silat, gadis jual vape belanja pusat, deretan motorsikal cantik dari pintu masok hingga ke dalam shopping mall, dan selebihnya acara bersantai beramas mesra sesama sahabat permotoran dari pagi hingga lewat petang.
Acara motorsikal cantik terbahagi kepada 17 kategori, ya memang banyak  dan diadili oleh Abang Amir Norton. Sesuatu yang amat memenatkan kepala juri. Mungkin untuk tahun akan datang organizer boleh membahagikan pengadilan kategori kepada beberapa orang juri lagi. Jadinya pendaftaran boleh dilakukan sehingga lewat petang. Ini supaya supporter yang datang lewat dari jauh atau yang ditimpa kesusahan dalam perjalan boleh turut bertanding. Pendaftan ditutup seawal 12 tengahari. Jika tidak pasti deretan akan sampai ke tingkat 10 mall. 
Keghairahan pada seni dua roda pada aku tidak akan pernah tamat, kerna setiap kali event pasti akan ada seni baru yang diketengahkan oleh builder dan kemunculan mesin-mesin lama yang hampir mencapai tahap kesempurnaan keluaran kilang. Semoga event ini akan terus memperkenalkan kita pada idea-idea baru dan konsep yang tidak pernah kita lihat. Pada collector dan builder di luar sana harap anda tidak memeram mesin anda seperti di Muzium ayuh keluarkan kita raikan kehidupan, 

*2018 dan aku maseh ghairah beroda dua. 




































Khamis, 11 Oktober 2018

Mega Gathering FZ R15 SeMalaysia

Seingat aku ini event himponan geng motor FZ yang ke3 dalam Malaysia. Mola2 tu di Baling. Tok Ngulu Border Pak Eid Jitra organize. Jinx ajak aku p tapi masa tu, tp sebab event rasis aku tak amik port, lagi pula aku maseh diehard tank bawah zaman tu. Lepas tu 2nd time di Terengganu memang tak pi juga lah, gila kau jauh-jauh nak pi. Tapi Kali ke 3 ni kebetulan sama tarikh dengan Peketum Jamboree di Ulu Slim. Ok ngam,. Areal Ipoh-Batu Gajah-Kampar Tak pernah dok port jadi memang tak taw jalan.
Jadi sebelum p aku riki2 tanya Arip Bond dia asai Ipoh menikah dengan orang Katong. "Owh Saya taw situ, dulu memang pernah main Gig situ" Ujar Arip Bond penoh semangat.
Batu gajah yang Aku taw Neban situ Anchik Motor Speed. Dia pun berjaya dah Lani boleh sewa proper workshop "Good Luck Wan Anchik".
Tiap Kali p event apa yang best pada aku adalah dapat kenal kawan2 baru disamping beramas mesra dengan kawan2 lama. Agama kita tekankan persaudaraan. Sebabtu orang Sunnah depa akan sedaya upaya untuk memenuhi jemputan kenduri. Hikmah bersaudara tidak seibu sebapa hempa semua yang hidup berkawan pasti dah rasa keseronokan,maw idak takkan empa nak p event yang jauh semata-mata nak lepak, antaranya lagi supaya Kita tak "insane". Sebagai makhluk sosial macam kita2 ni, Kita tak boleh hidup sendirian. Kita perlukan orang lain untuk bekerja, berbicara, bermuamalat dan demi kelangsungan hidup normal. Orang yang hidop sendirian pasti orang gila seumpama kera luku hidop dihutan.
Aku sempat berkenalan dengan sebahagian barisan organizer antaranya Amirul, Atok dan Din. Menurut Amirul kali ini Kasta Rider FZ Batu Gajah mengambil tanggungjawab untuk menghidupkan acara ni kerana tiada group FZ lain dalam Malaysia Yang sanggup.
Event memang nais dah seropa kenduri kahwin pun ada, selesa dengan kerusi meja penoh, tempat berbumbung teguh, maw ribut kuat pun belum tentu buleh tumbang. Jadi bila hujan advantage dia acara tetap boleh jalan lancar.
Aku anggarkan kehadiran lebih 700 buah FZ, merka pun ramai, tapi macam biasalah, hat elok semua hat orang.
Aku mola pikiaq tu takmaw tulis bab Bro Lando. Tapi ni aku tulis juga. Untuk makluman empa Bro Lando merupakan penaung event ni. Dan dia mai rasmi. Bro Lando dia memang "Wutoh Satu Kali". "Wutoh Satu Kali" adalah perkataan dari ucapan dia di atas pentas acara. Balik pun dok terngiang-ngiang ditelinga. Dengan Songkok, baju kameja batek, seluaq pandak, haram sungguh hang Lando. Zaman 80an dulu di Kuala Kangsar memang ada seorang gedebe dressup lagutu, tapi Aku dah lupa mana. Dulu Lando memang dia 100% sempoi tapi Lepas dia sendiri bagitaw dari mulut dia, dia la ni dah jadi Ikon SPRM kaki report, Aku rasa kesempoian dia dah kurang sikit dari meta 800 mungkin dah tinggai 786 . Apapun Aku harap Bro Lando terus selamat sehat walafiat dalam menerus agenda perjuangan dia .
Akhir kata Tahniah Kasta Rider FZ Batu Gajah. Terus Istiqomah dengan apa juga pekerjaan empa. Maw dok buat rileks. Kool bukan perkara yang perlu di buat-buat. Kool adalah perkara hebat yang semulajadi.















































































Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...