klik banner support pakcik

Selasa, 26 Mei 2015

MIRI BIKE WEEK #4 2015

Orang Sarawak Ni Kami Mai!
Sejarah Miri Bike Week bermula pada 2010.  Acara para Bikers terbesar selepas Sibu Bike Week di Pulau Borneo. Sebelum aku pergi lebih jauh biarlah aku kisahkan sedikit untuk acara kali ini. Acara kali ini di anjur oleh Kelab Motorsikal Jaguh Miri di Kepalai oleh Abang Amjee. Dengan sokongan Kerajaan Negeri, Pihak Keselamatan Berwajib, Wild Wolf Miri Gypsy, Head Hunter Borneo MG, Permy Mall dan LCCS. 
Sebelum ini Miri Bike Week di anjur oleh Head Hunter MG, akan tetapi selepas kematian Abang Ah Lai (Al Fatihah, Doa beliau ke Syurga) pada 2014, jadinya perjalanan Miri Bike Week tertangguh selama dua tahun. Lokasi acara kali ini di Permy Jaya. Betul-betul berhadapan Permy Mall. Mudah untuk beli barang basah tetapi kami tidak berBBQ. baru teringat buat rugi.
Untuk makluman empa lokasi sebelum ini adalah di Taman Bulatan Piasau, kawasan berlatar belakang tasik. Yang aku pun tak taw kat mana. Ini kali pertama aku di Miri, jadinya memang aku tak buleh nak bayang lagu mana Miri ni. Last aku jejak kaki ke Borneo usia remaja tahun 2003, Tour Teater "Jangan Bunuh Sam". Aku jalan sebulan Borneo mula dari Kuching,Kota Kinabalu , &  Labuan. Aku memang taktaw langsung pasal Miri ni sebab dari Kuching flght teruih K.K. Tapi sebagai Adrenalin Junki guy never say no, apa mai kita hadap. Buleh tarra tu Ghani nohhh!
Perjalanan aku ke Miri ni, aku naik bas dari border Siam 14hb pagi. Aku cop passport keluaq negara 13hb lepas balik beli beras,kopi,gula,susu habuan nak tinggal di rumah banyak hari. Aku sampai Kolumpo merelop(lewat) petang. Malam lepas Isyaq aku dah set TTS Peketum Sentral Bawa Duit Syiling Bagi Lebih.  Aku berjumpa dengan Uzainy masa TTS Dia bagi aku 8 keping Chopperrocker, "Nah ni hang jual, buat belanja di Miri.". OK. Ngam!
Esok siang kami (sebut kami sebab dah jadi 4 orang, Aku, Sofyan Kg. Malaysia, Daddy Insan Kamil . Mael LCCPK Kampar Division) janji jumpa di Stesen ERL BTS. Naik lah ERL kami 4 orang,  Pukul 9.00 pagi sampai KLIA2. 
Ikut tiket flight pukul 1135 pagi. sampai awal tak kalut, Aku dapat confirmation dari laison officer kami di Miri iaitu Mr. Joy LCCS X E.E Garage dia dah whatsap untuk confirm nak ambil kami di Airport Miri lagipula harini Jumaat sampai pula time orang sembahyang memang elok. 
Walau ni kali yang keberopa kali aku pun tak ingat naik kapal terebang tapi aku maseh perak jakun  gelabah, aku akui memang ada klaustrophobia iaitu kelemahan ketakutan tempat sempit, tapi abang buat2 rilek sebab yang patut lagi takut Mael sebab ni kali pertama dia naik flight. Dalam 1 jam 30 minit kami pun sampai Miri. Lepas on hp aku dapat mesej dari Mr.Joy dia dah tunggu kami. Aku pun buka profile dia nak konfirm orang mana satu ok muka macam abang2 belah Keramat, semnper abang botak pasang janggut sejemput. Kami jumpa bersalam, dia kata ni kereta Ain Azrin Presiden LCCS. Kereta dia tak boleh bawa orang sebab lowered. Dari airport kami ke rumah dia ambil barang. Memang betul  kereta dia 2 bijik tak boleh bawa 5 orang lowered kotak rokok.
Dari bandar miri ke tapak event lebih kurang 15 minit. Sesampai tapak event orang dah ramai. Ini hari pertama tetapi suasana dah rasa meriah, motor dah bersusun berderet, selang seminit ada yang sampai, grup-grup LC dari seluruh Borneo, grup-grup biker menderu menderam. 
Aku jumpa Atan Loqlaq dia dah banyak hari sampai, dia ada buat artwork dan gantung di stage. Kiranya ada sentuhan Pattaya Bike Week jugalah di Miri Bike Week 2015 kali ni. Aku bagi 4 majalah Chopperocker 1 bagi free dan lagi 3 untuk jual, balance lagi 4 kat aku. 
Perkara pertama patut aku buat tapi aku tak buat sampai balik adalah aku tak p register untuk media dengan organizer. Memang aku tak tahu benda tu, lagipula takdak booth untuk chopperrocker. Aku tanya Atan dia pun tumpang khemah orang. Mujur Ain Azrin Presiden LCCS bermurah hati untuk bagi kami share lagipula dia ada gantung banner Majalah Kapcai,kiranya memang betullah perkara share tu.
Lepas setup booth lebih kurang, pusing tapak event, ambil gambar, cari motor-motor rare ada 4,5 bijik yang aku berkenan.Kami masuk ke dalam Permy Mall untuk cari makan. Elok ada Uncle Jack Chicken dalam Giant. Tibai 8 pinggan nasi ayam morah untuk RM35.00 beserta 8 gelas air pelbagai perisa. 6 pinggan kami makan 4 orang dan lagi 2 bungkus. 
Perkara paling ketara pada mata aku untuk event ni adalah dari segi sub kulture bikers. Ini aku respect, bikers memang follow rules MC,MG dengan jaket lengkap backpatches,logo club,pangkat,nama di jacket,prospect (baru masuk belum lagi ahli) yang aku tahu biasanya kena pakai untuk 2 tahun, Burapa kena 20 tahun, Atan dah 15 tahun pun belum dapat Backpatches Burapa, juga jaga attire dari atas sampai bawah, tak pakai seluar lembut pelik-pelik (macam seluar kain pelikat si Tokie pakai balik dari Phuket Bike Week aritu, haram jammed), Pakai kasut tutup, ada pakai boots,pakai vans atau converse, tak pakai selipar (ni haram masok tapak event bike week), tema kaler hitam. Memang Biker Borneo get ready untuk semua tu. Aku ingat lagi dulu zaman gigs black metal 90an-awal 2000 ada Fashion Police, depa  fuck sesiapa yang mai gigs pakai tak semenggah (tak kena pada tempat), depa jenis boikot dan akan kutuk secara berdepan, tapi nak jadi cerita depa Fashion Police ni haram takdak band, depa memang semata layan gigs saja, lepak mamak pun pakai spike apa bagai DEMN!!. Sekarang bila dah melalui beberapa fasa dalam hidup baru aku sedar. Imej adalah perkara unik yang turut bergerak seiring dengan budaya masyarakat. Imej is everything untuk mereka yang follow sesuatu budaya. Juga fesyen tabligh dengan pakai kurta walau kurta tu bukan islam tetapi budaya yang membuatkan si pemakai kelihatan islam. Ghani pernah rambut panjang kaler merah dengan pakaian cosplay empa buleh tgk kat Youtube, Uzainy pernah rambut panjang Ramli Sarip dengan selipar flip flop seluar baggy, Sofyan pernah dredlock dengan kasut skate Etnies,walau dia tak isap ganja tapi dapat awek amoi cun time tu. Aku cuba untuk tidak taip hahahahha. 
Hari ke2 bermula dengan amat bingit.Pukul 10.00 pagi telah di aturkan 100 buah MESIN KAPCAI berlainan meka Yamaha LC135, Yamaha 12Z,Honda Wave,Honda EX5 ni telah REM-IT serentak untuk gimik pelancaran. Aku dok rasa bunyi mungkin cecah 140desibel yang tidak sesuai untuk kesihatan pendengaran boleh jadi orang Brunei pun dengaq. Untuk pengetahuan empa, Brunei cuma lagi 15 minit dari tapak event. Usai acara gimik pelancaran keadaan sedikit reda. Namun bunyi motorsikal lalu lalang seperti tidak mahu berhenti. Ada saja yang masok, dan ada saja yang keluar dari tapak event.
Sesuatu yang ketara sepanjang hari adalah lambakan mesin jenis Harley Davidson dengan enjoih pom-pom sedap ditelinga. Sofyan kata sebab Harley orang tak marah caaa yang dok bromm-bromm tu X5 ka LC musti orang marah. Aku sendiri terima bunyi dia menatang Harley ni memang sedap tak buleh buat apa lah. Dan aku buleh layan untuk berapa hari pun lagi.Sepanjang hari pelbagai acara di atur oleh organizer ada Miss Beauty, ada Mister Sado, ada pertandingan motor cantik ada pelbagai lah. 
Mungkin sebab dengan kedudukan tapak event yang strategik di Parking Shopping Kompleks orang memang tak berhenti masok. Motorsikal pula bersusun melekat dari siang hinggalah ke malam. Memang kami RESPEK geng Borneo nohhh.
Tiba malam seperti biasa ada acara para bikers lah sessi penyerahan cenderahati. PEKETUM dah lantik Insan untuk naik stage untuk tukar hadiah. Lagi 2 krew sofyan dengan mael ada kawan2 depa culik p mana taktaw. Tinggallah aku sorang di booth. Dalam aku keseorangan dok pikir sepanjang tahun 2015 apa event yang aku dah sampai, apa event yang PEKETUM dah support. Hari ni dok ada di Borneo sibuk layan cerita motorsikal,hari tulat(hari selepas lusa) dah balik tidur rumah dah.
Usai acara malam tu kami semua pun balik hotel sambil rembat troli Giant bawa barang.
Siang pagi memang tahu ada lelong barang oleh Saudagar Bikers tapi sebab sedap tidor punya pasal pukul 11 baru keluar hotel, pukul 12 baru buka booth. Pukul 3 petang wrap kemudian Ain Azrin bawa kami ronda miri. Baru lah tahu Miri ni besaq. Sebuah kawasan cari gali minyak, memula tu Ain bawa kami ke stesen bas ekspress untuk beli tiket. Untuk makluman empa semua dari Miri kami naik bas ke Kuching. Flight balik dari Kuching. Lepas stesen bas kami ber TTS dengan LCCS ramai jugak yang turun. Aku tak ingat apa kedai makan tapi Mee Kolok paling sedap sepanjang 5 hari di Borneo.Sepanjang 5 hari di Borneo setiap hari aku makan Mee Kolok. Saja nak cari yang paling sedap. 
Hari 4 kami di Borneo sampai Kuching selepas 15 jam bas dari Miri. Wow ni best untuk adrenalin junki empa kena try. Memang orang dok cerita macam-macam kata terok lah, tapi tak rasa pun. Dari pukul 6.00 petang sampai pukul 9 pagi esok memang best. Macam2 kejadian juga jumpa. Di Bintulu bas berhenti di sebuah kawasan kampung kelapa sawit. Penuh orang menunggu yang naik cuma 4 orang. Rupanya imigran Indonesia. Dah jadi kebiasaan barangan yang di bawa beropa TV plasma,DVD Player,ayam sabung, dan pelbagai lagilah, buruh Indo ini kebiasaannya menetap selama 6 tahun iaitu 3 tahun visa pertama dan 3 tahun lagi visa sambung dah jadi serupa kampung mereka di ladang kelapa sawit dan barangan yang di bawa balik ke Indonesia adalah barang himponan 6 tahun jugalah. Mereka turun bas di Serian dan Transit ke Pontianak. 
Di Kuching kami transit di rumah adik ipar Abang Mad, di perumahan polis, save duit tempat tidor semalam dan save duit makan.
Di Kuching adik ipar Abang Mad bawa kami meronda di sekitar Bandar Kuching beli Kek Lapis Mira, beli gambir serawak 100gram, dan beli terubuk masin.
Hari 5 kami pulang ke Kuala Lumpur. Sekian.

















































































KLIK BANNER SUPPORT PAKCIK

BANJIR BESAR

2015. LOKASI TEMERLOH. KAMI HADIR ATAS SEMANGAT BERSETIA KAWAN. SEBUAH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DAN 2 BUAH RUMAH YANG TIDAK K...