Jumaat, 26 November 2021

TERKENA

Scammer terhormat alaf baru yang akan diagung agung, disanjungi dan tidak salah secara zahir oleh pihak berkuasa

Sifu/Business Coach

Paling famous sekarang ialah kelas Business Coaching, Marketing, How To Reach RM1juta Pertama. Ni semua kelas paling ramai orang nak masuk, sebab apa? Sebab semua nak kaya

Sembang mentor kalau nak berniaga mesti ada ilmu baru boleh berniaga. Antara tarikan memancing ramai untuk masuk kelas:

1) Mereka ni akan guna teknik sejak zaman MLM dahulu kala, first dia akan kondem apa kita buat

"Sampai bila nak kerja ni?"

"Tak teringin ke pakai Vellfire?, takkan kau nak anak bini kau duduk dalam Waja convert Evo kau ni balik Kokdiang bila raya"

Lepas kondem, disusuli dengan soalan perangkap

"Kau nak jadi jutawan? Jom kelas ni dari Sifu Bidin. Kelas sepatutnya RM300 tapi untuk first 100 orang RM50 jer. Nak meniaga kena ada ilmu baru boleh"

Dan kau pun daftar tanpa belah bahagi dengan harapan boleh jadi jutawan lepas balik kelas

2) Big Why - adalah soalan paling famous semua sifu coaching haram jadah ni akan tanya. Sambil menjerit dalam dewan 

"Apa big why kamu?"
"Apa yang kamu hendak dalam hidup?"
"Kenapa kita kena kaya? Kenapa kita nak sangat jadi kaya?"

Dan kau dalam dewan tu mulalah terpekik terlolong sambil bersemangat bercakap kenapa aku kena kaya, kenapa aku nak kaya. Si malaun ni pulak terus main slide show, main sentimen agama. Keluarlah gambar anak murid dia dulu naik kapcai, buat lah cerita konon beli kapcai Aeon Kredit downpayment singgit, tapi sekarang lepas jual gelang ajaib dah pakai Lambo Urus.

Nak lagi syok, dia main kan pula gambar entah sapa sapa punya family pergi umrah, sambil backround music nasyid dan ucapan ucapan syukur dapat bawa mak bapak ke tanah suci (bab ni memang ramai melayu lemah bila main sentimen nak pergi Mekah)

Sambung lagi, keluar gambar dah pakai kereta besar, dah ada rumah besar. Lagi syok dah ada Ducati sebijik parking

Masa ni, emosi kau orang dah 50% para scammer sifu ni dah tangkap. Dia dah main emosi, kau orang dalam dewan tu dan mula berangan angan, dah bercakap dengan kawan sebelah dan jangan lupa, sifu sifu kau ni dia ada orang orang dia dalam ramai ramai tu yang duduk sebelah kau orang dan mereka ni kerjanya akan cakap "saya kenal si polan dalam slide show tu, dulu dia beli burger tak cukup duit saya bayarkan sekarang tengok dia dah kaya" Kau pula bila dengar macam tu makin membuak buak semangat

3) Emosi - Bila kau dan majoriti dalam dewan tu dah terpengaruh dengan emosi, mereka bagi sikit tips. Sikit jer jangan kau harap semua. Dia ajar lah FB Ads sikit, macam mana nak narrow target segmet, dia akan mula lah keluar kan terma terma ciptaan sendiri, robot ads lah, robocop marketing, gorilla market dan berbagai bagai.

Kemudian, dia tunjuk testimoni anak murid yang dah berjaya. Dari jual sabun 1 ketul sehari sekarang nak jual 5000 ketul sehari dan benda yang akan ditunjuk adalah gambar sambil baring sebelah parcel yang berlambak lambak konon hasil dari apa yang diajar. Tak lupa juga dalam testimoni ada video ucapan terima kasih dari anak murid yang dapat jual sabun 5000 ketul diakhiri dengan "kalau saya tak masuk kelas, saya tak tau lah saya boleh capai tahap sekarang atau tidak"

Kau dah mula kagum masa ni, dah mula terfikir nak jual berus gigi, dah mula berangan nak jual tudung.....

4) Testimoni Real - tak cukup dengan testimoni dari video, dia panggil naik beberapa orang bekas anak murid naik. Mereka ni ceritalah yang dulu susah, dulu naik kapcai, makan meggi belah empat, anak minum susu cair campur nescafe kemudian cerita sekarang business juta juta

Ingat, juta juta tau tak main ratus ribu puluh ribu. Dah beli kereta idaman, dah beli rumah idaman, dah hantar mak bapak pergi Mekah. Nampak tak skrip sama yang diulang ulang.

Mula mula dari penyampaian vokal, kemudian audio visual dan last sekali secara real. Masa ni kau yang dalam dewan tu dah lupa patut datang nak belajar marketing, belajar business tapi dah mula khayal nak jadi kaya sebab garam, tomato sos, cili sos dah kena tambah cerita jadi makin aedap

5- Motif Utama - sifu kau ni sebenarnya nak kau masuk kelas dia RM40,000. Kelas yang mula kau masuk ni celah gigi dia jer. Macam mana nak kaya dengan RM50 satu orang

Dia ulang balik macam skrip no. 1 dengan tambahan "Semua yang tuan tuan lihat tadi, yang dah berjaya tadi adalah alumni kelas Platinum Titanium saya"

"Saya tak perlu ramai, jika tuan tuan nak ubah hidup, nak jadikan RM1 ke RM1juta, marilah bersama sama dengan saya dan rakan rakan ini hanya RM40,000 sahaja. Jika tidak mahu keluar RM40,000 dari mana ilmu satu juta pertama tuan tuan akan datang?"

"Apalah sangat RM40,000 dengan RM1juta yang tuan tuan akan rasai. Saya yakin bila tuan tuan dah pegang satu juta, RM40,000 yang tuan tuan laburkan hari ini ibarat RM400 yang tuan tuan guna untuk beli barangan dapur sahaja"
 
"Modal RM40,000 dan pulangan RM1juta? Ini bukan skim cepat kaya tuan tuan, ini pelaburan tuan tuan untuk ilmu yang akan gandakan bukan saja 1 juta tapi ke 2 dan 3 juta"

So ramai yang dah kelabu mata dengar RM1juta terus sign up tanpa berfikir panjang

Dalam dewan hari tersebut ada 300 orang, dia hanya perlukan 10% bersamaan 30 orang yang dahaga dan lapar nak pegang duit RM1juta untuk dia collect RM1.2juta secara terang dan tanpa bersalah (30 orang × RM40,000)

So dalam hari yang sama, sifu kau tu buat RM1.2juta bukan kau 😆

Lepas kau dah belajar, duit habis, RM40,000 dah terbang, kau pun melingkup. Apa business pun tak start 😂

So proses ini akan terus berulang sampai sifu kau tu kaya raya dan dia guna skrip yang sama sebab rakyat Malaysia ada 32 juta orang, banyak lagi yang dia boleh tipu 😝

Ceritanya sama dengan coaching nak kurus. Pejadah nak kurus belajar dengan coach online siap bayar, selagi kau tak boleh jaga tombolok tu tak payah nak berangan boleh kurus

Meh saya ajar, tak payah bayar kalau bab nak kurus 😆

Kesimpulannya, ini lah cara yang paling legit untuk jadi kaya raya zaman moden ni tanpa menyalahi undang undang

Jutawan sebenar? TS Syed, TS Tony, Dato Din diaorang takda masa nak buat buat kelas ni. Mereka nak hadap real business kadang 24 jam pun tak cukup

Tapi takpa, kalau rindu dengan sifu sifu coaching, muka mereka banyak di billboard billboard highway, senang kau orang ingat dan tak lupa 😝

Tak percaya apa saya cakap ni? Ada Netflix? Buka dokumentari "Money Explained" dan tengok macam mana money game scammer satu dunia guna untuk manipulate ramai dan ambil kesempatan.

Kredit: Mohd Khairul MK
.
.

Rabu, 17 November 2021

Mengajar Anak

Kata guru kami Fadhilatus Syeikh Khalil Ismail Ilyas ;

"Antara hikmah lahirnya anak ke dunia adalah untuk memperbaiki keadaan hidup orang tuanya. Jadi beruntunglah jika orang tua sedar bahawa bila sudah ada anak, mereka perlu berubah dari cara hidup dan ibadah mereka yang sebelum ini jauh dari Allaah Taala.

Dan merugilah jika ibubapa mengabaikan nikmat besar ini, hingga beranggapan tanggungjawab mereka pada anak cuma melahirkan, menjaga dan membesarkannya. Lebih menyedihkan, keadaan mereka berada jauh lebih buruk dan teruk jika dibandingkan dengan sebelum mereka mempunyai anak."

Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Sabtu, 13 November 2021

Jiwa Pencinta


Jiwa Pencinta

Kahlil Gibran
CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh


WAKTU
Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu?….
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai, diatas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesadaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahwa kemarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.


Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, senantiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.


Setiap di antara kalian yang tidak merasa bahwa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahwa cinta sejati, walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari pikiran cinta ke pikiran cinta, pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?

Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang?Tapi jika di dalam pikiranmu haru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.


AKU bicara perihal Cinta ????…

Apabila cinta memberi isyarat kepadamu, ikutilah dia,
Walau jalannya sukar dan curam.
Dan pabila sayapnva memelukmu menyerahlah kepadanya.
Walau pedang tersembunyi di antara ujung-ujung sayapnya bisa melukaimu.
Dan kalau dia bicara padamu percayalah padanya.
Walau suaranya bisa membuyarkan mimpi-mimpimu bagai angin utara mengobrak-abrik taman.
Karena sebagaimana cinta memahkotai engkau, demikian pula dia
kan menyalibmu.

Sebagaimana dia ada untuk pertumbuhanmu, demikian pula dia ada untuk pemanakasanmu.

Sebagaimana dia mendaki kepuncakmu dan membelai mesra ranting-rantingmu nan paling lembut yang bergetar dalam cahaya matahari.
Demikian pula dia akan menghunjam ke akarmu dan mengguncang-guncangnya di dalam cengkeraman mereka kepada kami.
Laksana ikatan-ikatan dia menghimpun engkau pada dirinya sendiri.

Dia menebah engkau hingga engkau telanjang.
Dia mengetam engkau demi membebaskan engkau dari kulit arimu.
Dia menggosok-gosokkan engkau sampai putih bersih.
Dia merembas engkau hingga kau menjadi liar;
Dan kemudian dia mengangkat engkau ke api sucinya.

Sehingga engkau bisa menjadi roti suci untuk pesta kudus Tuhan.

Semua ini akan ditunaikan padamu oleh Sang Cinta, supaya bisa kaupahami rahasia hatimu, dan di dalam pemahaman dia menjadi sekeping hati Kehidupan.

Namun pabila dalam ketakutanmu kau hanya akan mencari kedamaian dan kenikmatan cinta.Maka lebih baiklah bagimu kalau kaututupi ketelanjanganmu dan menyingkir dari lantai-penebah cinta.

Memasuki dunia tanpa musim tempat kaudapat tertawa, tapi tak seluruh gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua airmatamu.

Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki; Karena cinta telah cukup bagi cinta.

Pabila kau mencintai kau takkan berkata, “Tuhan ada di dalam hatiku,” tapi sebaliknya, “Aku berada di dalam hati Tuhan”.

Dan jangan mengira kaudapat mengarahkan jalannya Cinta, sebab cinta, pabila dia menilaimu memang pantas, mengarahkan jalanmu.

Cinta tak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya. Namun pabila kau mencintai dan terpaksa memiliki berbagai keinginan, biarlah ini menjadi aneka keinginanmu: Meluluhkan diri dan mengalir bagaikan kali, yang menyanyikan melodinya bagai sang malam.

Mengenali penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh.
Merasa dilukai akibat pemahamanmu sendiri tenung cinta;
Dan meneteskan darah dengan ikhlas dan gembira.
Terjaga di kala fajar dengan hati seringan awan dan mensyukuri hari haru penuh cahaya kasih;

Istirah di kala siang dan merenungkan kegembiraan cinta yang meluap-luap;Kembali ke rumah di kala senja dengan rasa syukur;

Dan lalu tertidur dengan doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sebuah gita puji pada bibirmu. 



PERSAHABATAN

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


TEMAN SEJATI...

mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa..
'Menunggu selamanya ketika kamu berkata
'Tunggu sebentar'Tetap tinggal ketika kamu berkata
'Tinggalkan aku sendiri'
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata
'Bolehkah saya masuk?


'MENCINTAI...

BUKANlah bagaimana kamu melupakan..
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan..
melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
BUKANlah apa yang kamu lihat..
melainkan apa yang kamu RASAKAN..
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
dibandingkan menangis tersedu2...
Air mata yang keluar dapat dihapus..
sementara air mata yang tersembunyimenggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..
Akan tiba saatnyadi mana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKANkarena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKANkarena kita menyadaribahwa orang itu akan lebih berbahagia,
apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang,
jangan lepaskan dia..
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamubenar2 mencintaiMELAINKAN...
BERJUANGLAH demi cintamu
Itulah CINTA SEJATILebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADAberjalan bersama orang 'yang tersedia'Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai DARIPADAorang yang berada di sekelilingmuLebih baik menunggu orang yang tepat
karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuanghanya dengan 'seseorang'


KEHIDUPAN
Engkau dibisiki bahwa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamupenuh kebimbangan
Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapanjika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosongbila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaankecuali disertai cinta
Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu,
wujud manusia lainDan wujud Tuhan.
 
 
PERJAMUAN JIWA
BANGUNLAH, Cintaku.
Bangun!
Kerana jiwaku mengalu-alumu dari dasar laut,
dan menawarkan padamu sayap-sayap di atas gelombang yang mengamukBangunlah,
kerana sunyi telah menghentikan derap kaki kuda dan langkah para pejalan kaki.
Rasa kantuk telah memeluk roh setiap laki-laki, sementara aku terbangun sendiri,
rasa rindu membukakan kertas surat tidurku.
Cinta membawaku dekat denganmu, namun kebimbangan melemparkan diriku menjauh darimu.
Aku telah membuang bukuku,
kerana keluhku mengunci kata-kata dan desah nafasku meninggalkan tempat tidurku,
Cintaku,
kerana takut pada hantu lupa yang berada di balik selimut.
Aku telah membuang bukuku,
kerana keluhku mengunci kata-kata dan desah nafasku meninggalkan halaman buku yang kosong di depan mataku!Bangun,
bangunlah,
Cintaku dan dengar diriku!
Aku mendengarkanmu,
Cintaku!
Aku mendengar panggilanmu dari lautan lepas dan merasakan lembutnya sentuhan sayapmu. Aku telah jauh dari ranjangku,
beranjak ke tanah lapang, hingga embun membasahi kaki dan bajuku.
Di sinilah aku berdiri,
dibawah bunga-bunga pohon badam,
memenuhi panggilan jiwamu.
Bicaralah padaku,
Cintaku,
dan biarkan nafasmu menghirup angin gunung yang datang padaku dari lembah-lembah Lebanon.
Bicaralah.
Tak ada yang akan mendengar selain diriku.
Malam telah melarutkan semua manusia ditempat tidurnya.
Syurga telah menyulam cahaya rembulan dan menghamparkannya ke seluruh daratan Lebanon,
Cintaku.
Syurga telah meriasnya dengan bayangan malam,
jubah tebal membentang dihembus asap dari cerobong kain,
dihembus nafas kemari, dan mengelarnya di telapak kota,
Cintaku.
Para penduduk telah pulas menganyam mimpi di ubun-ubunnya di tengah pohon-pohon kenari. Jiwa mereka mempercepatkan langkah mengejar negeri mimpi,
Cintaku.
Lelaki-lelaki longlai menggendong emas,
dan tebing curam yang akan dilalui melemaskan lutut mereka.
Mata mereka mengantuk kerana dililit kesulitan dan ketakutan.
Mereka melemparkan tubuh ke tempat tidur sebagai tempat berlindung dari hantu-hantu yang menakutkan dan mengerikan,
Cintaku.
Hantu-hantu dari masa lalu berkeliaran di lembah-lembah.
Jiwa para raja melintasi bukit-bukit.
Fikiranku yang berhias kenangan menyingkap kekuatan bangsa Chaldea,
kemegahan Arab.
Di lorong-lorong gelap,
jiwa-jiwa pencuri yang tegap berjalan,
muncung-muncung nafsu ular berbisa muncul dari celah-celah benteng,
dan rasa sakit berdengung kematian,
muntah-muntah sepanjang jalan.
Kenangan menyingkap tabir kelupaan dari mataku dan nampaklah Sodom yang menjijikkan, serta dosa-dosa Gomorah.
Ranting-ranting berayun-ayun,
Cintaku,
dan desirnya bertemu dengan alunan anak sungai di lembah.
Syair-syair Sulaiman,
nada kecapi Daud dan lagu Ishak Al-Mausaili terngiang-ngiang di telinga kami.
Jiwa anak-anak yang lapar di penginapan menggelupur,
ibunya mengeluh di atas kamar kesedihan,
dan kekecewaan telah jatuh dari langit.
Mimpi-mimpi kebimbangan melanda hati yang lemah.
Aku mendengar rintihan pahitnya.
Semerbak bunga melambai seiring nafas pohon-pohon cedar.
Terbawa angin sepoi-sepoi menuju perbukitan,
harum itu mengisi jiwa dengan kasih sayang dan meniupkan kerinduan untuk terbang.
Tetapi racun dari rawa-rawa jug berkelana mengepul bersama penyakit.
Seperti panah rahsia yang tajam,
racun itu telah menembusi perasaan dan meracuni udara.
Tanpa kusedari matahari telah mengilaukan cahaya pagi,
Cintaku,
dan jari-jari timur yang lentik menimang mata-mata orang yang terlelap.
Cahaya itu memaksa mereka untuk membuka daun jendela dan menyelak hati dan kemenangan.
Desa-desa,
yang sedang tertidur dalam damai dan tenang di pundak-pundak lembah,
bangun,
loceng-loceng berdenting memenuhi angkasa sebagai panggilan untuk mula berdoa.
Dan dari gua-gua,
gema-gema juga berdengung,
seolah-olah seluruh alam sedang berdoa bersama-sama dengan khusyuknya.
Anak-anak sapi telah keluar dari kandangnya,
biri-biri dan kambing meninggalkan bangsalnya untuk menuai rumput yang berembun dan berkilatan cahaya.
Penggembalanya mengikuti dari belakang sambil mengamatinya di balik lelalang.
Di belakangnya lagi gadis-gadis bernyanyi seperti burung menyambut pagi.
Kini tangan siang hari yang perkasa terbaring di atas kota.
Tirai telah diselak dari jendela dan pintu pun terbuka.
Mata yang penat dan wajah lesu para penjahit telah siap di tempat kerjanya.
Mereka merasakan kematian telah melanggar batas kehidupan mereka,
dan riak muka yang layu mempamerkan ketakutan dan kekecewaan.
Di jalanan padat dengan jiwa-jiwa yang tamak dan tergesa-gesa,
dan di mana-mana terdengar desingan besi,
pusingan roda dan siulan angin.
Kota telah menjadi arena pertempuran di mana yang kuat menindas yang lemah dan si kaya mengeksploitasi dan menguasai si miskin.
Betapa indah hidup ini,
Cintaku,
seperti hati penyair yang penuh dengan cahaya dan kelembutan hati.
Dan betapa kerasnya hidup ini,
Cintaku,
seperti dada penjahat, yang berdebar-debar kerana selalu merasa bimbang dan takut
 
 
SETITIS AIRMATA DAN SEULAS SENYUMAN

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak.
Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa.
Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi.
Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.
Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati;
Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.
Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang.
Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.
Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya.
tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan.
Setitis airmata dan seulas senyuman.
Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega.
Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan.
Bagai setitis airmata seulas senyuman.
Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.
Menuju samudera cinta dan keindahan - kepada Tuhan.
BAGI SAHABATKU YANG TERTINDAS
Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan,
diberi makan pada dada penurunan nilai,
yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani,
engkau yang memakan roti basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan airmata yang getir.
Wahai askar yang diperintah oleh hukum yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya,
anak-anaknya yang masih kecil,
sahabat-sahabatnya,
dan memasuki gelanggang kematian demi kepentingan cita-cita, yang mereka sebut 'keperluan'.
Wahai penyair yang hidup sebagai orang asing di kampung halamannya, tak dikenali di antara mereka yang mengenalinya,
yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah masyarakat dan dari tinggalan atas permintaan dunia yang hanya tinta dan kertas.
Wahai tawanan yang dilemparkan ke dalam kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat seumpama kejahatan besar oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan,
dibuang dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak melalui cara-cara yang keliru.
Dan engkau, Wahai wanita yang malang,
yang kepadanya Tuhan menganugerahkan kecantikan.
Masa muda yang tidak setia memandangnya dan mengekorimu,
memperdayakan engkau,
menanggung kemiskinanmu dengan emas.
Ketika kau menyerah padanya, dia meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam cakar-cakar penurunan nilai dan keadaan yang menyedihkan.
Dan kalian, teman-temanku yang rendah hati,
para martir bagi hukum buatan manusia.
Kau bersedih, dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat,
dari ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya,
dan dari keegoisan hamba demi hawa nafsunya Jangan putus asa,
kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini,
di balik persoalan, di balik awan gemawan,
di balik bumi, di balik semua hal ada suatu kekuatan yang tak lain adalah seluruh kadilan, segenap kelembutan, semua kesopanan, segenap cinta kasih.
Engkau laksana bunga yang tumbuh dalam bayangan.
Segera angin yang lembut akan bertiup dan membawa bijianmu memasuki cahaya matahari tempat mereka yang akan menjalani suatu kehidupan indah.Engkau laksana pepohonan telanjang yang rendah kerana berat dan bersama salju musim dingin. Lalu musim bunga akan tiba menyelimutimu dengan dedaunan hijau dan berair banyak.Kebenaran akan mengoyak tabir airmata yang menyembunyikan senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang padamu dan kuanggap hina para penindasmu.
 
 
SYUKUR

Bangun di fajar subuh dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan
Istirahat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta
Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada
Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat di bibir senyuman
 
 
Nyanyian Sukma

Di dasar relung jiwakuBergema nyanyian tanpa kata;
sebuah laguyang bernafas di dalam benih hatiku,
Yang tiada dicairkan oleh tinta di atas lembar kulit ;
ia meneguk rasa kasihkudalam jubah yg nipis kainnya,
dan mengalirkan sayang,Namun bukan menyentuh bibirku.
Betapa dapat aku mendesahkannya?
Aku bimbang dia mungkin berbaur dengan kerajaan fana
Kepada siapa aku akan menyanyikannya?
Dia tersimpan dalam relung sukmaku
Kerna aku risau, dia akan terhempas
Di telinga pendengaran yang keras.
Pabila kutatap penglihatan batinku
Nampak di dalamnya bayangan dari bayangannya,
Dan pabila kusentuh hujung jemariku
Terasa getaran kehadirannya.
Perilaku tanganku saksi bisu kehadirannya,
Bagai danau tenang yang memantulkan cahayabintang-bintang bergemerlapan.
Air mataku menandai sendu
Bagai titik-titik embun syahduYang membongkarkan rahsia mawar layu.
Lagu itu digubah oleh renungan,
Dan dikumandangkan oleh kesunyian,
Dan disingkiri oleh kebisingan,Dan dilipat oleh kebenaran,
Dan diulang-ulang oleh mimpi dan bayangan,
Dan difahami oleh cinta,
Dan disembunyikan oleh kesedaran siang
Dan dinyanyikan oleh sukma malam.
Lagu itu lagu kasih-sayang,
Gerangan 'Cain' atau 'Esau' manakahYang mampu membawakannya berkumandang?
Nyanyian itu lebih semerbak wangi daripada melati:
Suara manakah yang dapat menangkapnya?
Kidung itu tersembunyi bagai rahsia perawan suci,
Getar nada mana yang mampu menggoyahnya?
Siapa berani menyatukan debur ombak samudra dengan kicau bening burung malam?
Siapa yang berani membandingkan deru alam,Dengan desah bayi yang nyenyak di buaian?
Siapa berani memecah sunyiDan lantang menuturkan bisikan sanubari
Yang hanya terungkap oleh hati?
Insan mana yang beranimelagukan kidung suci Tuhan?
 

Ad Dhuha

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang 
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالضُّحَى Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى dan demi malam apabila telah sunyi,
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

Buka suka-suka

Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan...
Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan suami yang panas baran...
Bukan suka-suka الله ﷻ berikan kita anak yang degil dan nakal...
Bukan suka-suka الله ﷻ letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita anak ramai...
Bukan suka-suka الله ﷻ langsung tidak beri anak pada kita...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita pelbagai sakit...
.
Bukan suka-suka الله ﷻ aturkan kisah silam kita..
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat...
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". 
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripada NYA. 
.
Bukan saja-saja kita seorang je yang dapat Hidayah.. 
Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.
.
Hidup kita الله ﷻ yang atur. 
Isteri kita الله ﷻ yang punya. 
Suami kita juga milik الله ﷻ...
Anak² kita الله ﷻ yang punya... 
Duit kita الله ﷻ yang punya...
Kesihatan kita الله ﷻ yang punya...
.
Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. 
Kerana semua itu bukan kita punya. 
Punya الله ﷻ. 
DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja...
.
Namun usah lupa.الله ﷻ itu MAHA PENYAYANG. 
DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. 
Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. 
.
Cuma الله ﷻ yang tahu. 
Bersangka baik dengan الله ﷻ perlu kita aplikasikan. 
.
Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan الله ﷻ, kita akan sentiasa Redha.
.
Jadi, usah kecewa. 
Kita ada الله ﷻ. 
Kita minta pada الله ﷻ. 
Kita minta kekuatan pada الله ﷻ. 
Kita yakin dengan الله ﷻ. 
Kita redha dengan ketentuan الله ﷻ.
In Shaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. 
.

Rabu, 3 November 2021

Sahabat

Siapa itu sahabat? Sahabat ialah seseorang yang bersama-sama dengan kita dalam merangka ketaatan kepada Allah S.W.T.

Sahabat juga ialah seseorang yang akan mendorong sahabatnya ke arah ketaqwaan dan kebersamaan dengan Allah S.W.T. Islam begitu mementingkan umatnya untuk menjalinkan persahabatan dengan sahabat yang baik.

Sahabat yang baik akan memimpin sahabatnya ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya jika sahabat itu buruk maka dia juga akan memimpin kita ke arah kecelakaan dan kebinasaan. Dari Abu Musa R.A, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Perumpamaan bersahabat dengan orang baik atau orang jahat itu seperti berkawan dengan seorang yang membawa wangian kasturi atau berkawan dengan seorang tukang besi. Pembawa wangian kasturi sama ada ia memberikannya kepadamu atau kamu membeli wangian tersebut darinya atau paling tidak kamu akan dapat menghidu wangian harum tersebut. Manakala tukang besi pula, sama ada ia membakar pakaianmu, atau kamu hanya akan mendapat bau yang busuk darinya”

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa jika kita berkawan dengan orang yang baik maka kita akan mendapat segala sumber kebaikan daripadanya.

Sahabat yang baik akan mendorong kita ke arah perkara-perkara yang memberi manfaat positif ke dalam diri.

Manakala jika kita bersahabat dengan sahabat yang buruk maka walaupun kita tidak melakukan perbuatan buruk tersebut namun kita tetap juga akan mendapat tempiasnya.

Setiap dari kita sudah punya sahabat, lalu bagaimana kita mahu mengarahkan persahabatan kita ke arah ketaqwaan kepada Allah, persis persahabatan baginda Nabi Muhammad S.A.W dengan para sahabatnya? Maka dikongsikan 6 tips ke arah membina tali persahabatan yang utuh;

#1- Persahabatan Atas Dasar Taqwa Dan Iman
Tiada persahabatan yang lebih baik kecuali apabila persahabatan tersebut didasari oleh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.

Persahabatan di atas dasar taqwa dan iman akan sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan menegur dari segala kemaksiatan.

Sudah berapa ramai yang mengenali kita? Sudah berapa ramai yang melihat salah dan kesilapan kita? Namun sudah berapa banyak yang berani untuk menegur?

Sahabat yang baik ialah sahabat yang berani menegur kesilapan sahabatnya. Sahabat yang membawa sahabatnya ke arah kebaikan dengan menegur dan menasihati kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya.

Jika benar sayang, mengapa tidak membawanya ke syurga bersama? Dan ingatlah ketika Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)” Surah al Zukhruf : 67

#2- Saling Memberi Pertolongan Dan Bantuan
Sebagai manusia yang lemah, kita sentiasa memerlukan pertolongan mahupun bantuan daripada orang lain. Maka sahabat adalah seseorang yang seharusnya sentiasa memberikan pertolongan dan bantuan.

Saidina Abu Bakar A.S Siddiq adalah seorang sahabat yang sentiasa berada di sisi baginda, ketika susah mahupun senang dan juga seseorang yang rela memberikan sepenuh pertolongan dan bantuan kepada Rasulullah S.A.W pada bila-bila masa.

Beliau bahkan menginfakkan seluruh harta dan kekayaannya untuk memberikan khidmat di dalam perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W.

Sekiranya kita mempunyai sahabat yang memerlukan bantuan dan pertolongan, maka berikanlah bantuan dan pertolongan tersebut seikhlas mungkin mengikut kemampuan dan keterbatasan kita. Rasulullah S.A.W bersabda di dalam hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya suka menolong saudaranya”Riwayat al Tirmizi

#3- Menerima Segala Kelebihan Sahabat
Sahabat yang ikhlas di dalam persahabatan akan sentiasa meraikan segala kelebihan dan kejayaan yang diterima oleh sahabatnya.

Tunjukkanlah rasa kegembiraan di atas pencapaian yang diterimanya. Jangan didik hati kita untuk timbul rasa hasad dengki di atas kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya kerana setiap seseorang hamba di muka bumi ini telah pun ditetapkan rezekinya masing-masing oleh Allah secara adil dan saksama.

Rasulullah S.A.W turut memberi peringatan tentang bahaya hasad dengki di dalam sabda baginda yang bermaksud:

“Waspadalah kamu terhadap hasad. Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan kalian sebagaimana api memakan kamu”Abu Dawud.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...