klik banner support pakcik

Rabu, 29 Mei 2013

TUMPAH

“Anakku Biarkan orang lain menjalani kehidupan yang kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain memperdebatkan soal-soal kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain menangisi kepedihan-kepedihan kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain menyerahkan masa depan mereka kepada orang lain, tetapi kamu jangan!”
 

Selasa, 28 Mei 2013

Working Class

          Adiwira kehidupan sebenar.

Keliling Dunia Harungi Cuaca Ektrem, Dg Motosikal ...


Ed March, mengarungi arktik dengan honda lawasnya
MENJELAJAH dunia dengan motosikal tentu banyak diimpikan para rider. Hal itu dilakukan seorang elaki Inggeris, Ed March, lelaki ini memilih melakukan perjalanan ekstrem, dengan tujuan mengelilingi daratan sangat dingin yang memiliki iklim salji terpanjang iaitu lingkar Artik.

Perjalanan tersebut tentu mendapat cabaran dan dianggap pilihan yang gila. Pasalnya, dilaporkan Motorcycle.com, Jumaat 24 Mei 2013, untuk perjalanannya tersebut March hanya menunggangi motosikal Honda C90. “Untuk menunjukkan kepada dunia, Anda tidak perlu hanya melakukan perjalanan dengan menggunakan BMW R1200GS,” kata lelaki tersebut.

Di cuaca yang sangat dingin, dia hanya membawa peralatan seadanya seperti kamera, peralatan berkemah, serta bendera negaranya, Inggeris. Sebelum ke lingkar Artik, dia juga sempat melakukan perjalanan jarak jauh selama lapan bulan, dengan menempuh jarak 14,500 mil, dari Malaysia ke Inggeris. Dan perjalanan tersebut hanya menggunakan Honda C90.

Dalam perjalanan itu, dia tidak hanya menikmati indahnya alam dan budaya di setiap negara, melainkan membuat sebuah filem dokumenter tentang perjalanannya untuk kempen yang diberi nama Kickstartes. Rencananya, March juga akan melakukan perjalanan yang sama, namun akan membawa beberapa kru filem, dan mengajak 10 rider untuk melakukan perjalanan yang disebut “Chinese Honda”.(IH)

Khamis, 23 Mei 2013

CUKUP

PTPTN bukan berkenaan hutang. Tetapi bagaimana pendidikan itu di perdagangkan. Dan kenapa Sebelum wujud PTPTN, boleh saja anak semua bangsa Malaysia lulus dari universiti tanpa PTPTN.

Selasa, 21 Mei 2013

Beda

Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkatan yang cukup untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif – memanjat pokok kelapa – untuk membuat modal berniaga. Ilusi tidak memiliki asas. Justeru, lebih tepat kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.
Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah saperti kesah Pak Lebai yang heboh berlabon hendak ke Mekah tapi bukan sahaja paspot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.
T.T

Isnin, 20 Mei 2013

Kebaikan Suatu Keadaan Jiwa Damai

Amal Baik Menghapus Dosa
Riwayat: at-Tirmizi

Hadith:
Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”

Huraian Hadith:
Amalan kebajikan menghapuskan amalan kejahatan sebelumnya, jika kejahatan itu termasuk dosa kecil, dan tidak berkaitan dengan orang lain.

Antara akhlak mulia ialah manis muka, tidak mengganggu atau menyakiti orang lain, melakukan perkara maaruf dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang kita mahu orang lain berinteraksi dengan kita.

Kita dikehendaki bertaqwa kepada Allah walau di mana kita berada.

Allah sentiasa mengawasi segala perbuatan hambanya secara terang atau secara tersembunyi.

Sesungguhnya amal kebajikan dapat menghapuskan kesalahan dengan syarat dosa itu tidak diulangi lagi.

Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam termasuklah mengenai hubungan sesama manusia.WA.


Ahad, 19 Mei 2013

BUAT BAIK LAGU MANA PUN TAKPA

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari







yang baik-baik lagi cantik-cantik.


DIAM


Dari pengalaman,aku menakrif beberapa jenis Senyap. Yang satu adalah kerana seseorang memilih untuk menjadi senyap, sama ada tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan, atau memilih untuk menikmati ketenangan dengan cara aman. Jenis yang lain lagi ialah Senyap boleh diterangkan dengan kata-kata- Senyap terkedu;apabila diri telah teruk di bantai hingga kering air liur. Tetapi senyap yang paling senyap pada aku ialah-Senyap Mati;seperti apabila telah teruk dipukul, dibelasah, yang mengegarkan dalam jiwa, dan ditinggalkan di dalam sebuah bilik selepas peristiwa itu - dan semuanya berjalan mati senyap. Ia seperti selepas pertempuran dalam zon perang, apabila meriam telah berhenti, batang tubuh telah terselamat dan melihat sekeliling yang ada hanyalah tubuh kaku, serpihan, runtuhan bangunan dan diri keliru sama ada masih hidup atau mati. Tidak seperti kesunyian tanah perkuburan, ia suatu-Senyap yang Damai;(pergi ke tanah perkuburan dan kamu akan temui itu).

Dan aku suka memilih untuk berdiam yang juga suatu nasihat.







APA HARAM JADAH?




WAHAI BANI MELAYU
wahai bani melayu
ingatlah apa yang terjadi kepada orang terdahulu dari kamu
tidak kah kamu melihat bulan dan bintang
tidak kah kamu dapat mengambil iktibar
tentang orang orang dungu
orang orang bengap yang dahulu dari kamu
apakah kamu lupa apa yang terjadi kepada mereka
wahai bani melayu hendaklah kamu jangan jadi bodoh
dibodoh dan terus dibodohkan
wahai bani melayu berubahlah kamu
sebelum kamu rebah.
T.T.

CHIANG MAI-AYUTHAYA

Hari ke Lapan(8) 8 februari 2013

Pengembara itu meneruskan lagi, hari ini bermula dengan Bersarapan di hotel dan terus mengikuti lebuhraya 1(AH 1). Mengikuti jalan ke Phatsunolok hingga ke persimpangan INDOCHINA tuan-tuan pilih terus pukul 12(bypass).akan lihat papan tanda KUALA LUMPUR 1840KM di kiri jalan (sampai hari ini sedikit penulis sedikit ralat kerana tidak berhenti bergambar di situ)-ada umur akan ke situ lagi kerana lagipun utara Thai tidaklah terlalu jauh seperti yang di sangka.
Tuan-tuan hanya perlu sedikit teliti menuruti laluan. Andai tersesat laluan, pilih yang akan terus membawa ke selatan, pada petang hari cuma pastikan matahari di kanan, dan anda pastikan jumpa jalan pulang.
Perjalanan hari ini adalah yang paling memenatkan dan amat mengantuk beberapa kali penulis terlelap ketika sedang menunggang. Jadi ingatan panulis kepada diri sendiri dan tuan-tuan rehatlah secukupnya pada malam hari jangan bermain dengan gajet-gajet canggih tuan-tuan seperti yang telah penulis lakukan.

perbelanjaan hari ini.(Ringgit Malaysia)
Minyak 13+8+12+5+14+7+8
Air 1.5+10
Pisang 3.5
Tukaq minyak 4
Hotel 30
Dinner 5









































semut

|| Haram membunuh semut ||

Haram membunuh semut, kecuali yang membawa bahaya, itupun mestilah tidak dengan api (tak boleh dibakar).

Ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud, dari Ibn Abbas, katanya: maksudnya- "Rasulullah SAW melarang membunuh 4 haiwan iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrad" (Hadith Sahih, riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Dan juga berdasarkan ayat al-Qur'an, surah al-Naml (18), kata Allah maksudnya: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari".

Juga berdasarkan dalil hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda - maksudnya: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" (Dikeluarkan al-Bukhari dan Muslim)

Zahir hadith menunjukkan haram membunuh semua semut, kerana Nabi menyebut semut secara umum, namun para fuqaha membincangkan hadith ini dengan mengambil kira hal-hal lain termasuk maqasid syarak, antaranya menjaga nyawa dan lainnya, maka disimpulkan bahawa asal hukum membunuh semut adalah haram, kecuali spesis yang membawa bahaya kepada diri manusia maka boleh dibunuh, dengan syarat tidak digunakan api iaitu tidak dibakar. WA

*komen penulis:- pepijat adakah termasuk dalam kumpulan semut, menatang pijat ni memang bawa mudarat dan payah nak mampuih kecuali dgn api.WA.


Sabtu, 18 Mei 2013

SELAMAT HARI BURUH


Apabila sekali kau mulai kawan,
Pohon kau jalankan hingga selesai.




Antara Mencintai Tanahair Dan Mencintai Penguasanya




Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Hadis ‘Cintakan tanahair itu daripada Iman’ tidak sahih. Bahkan ia hadis maudu’ (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam karyanya al-Maudu‘aat. Ini dipersetujui oleh para huffaz (para ilmuwan ulung hadis) seperti yang disebut oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’. Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad s.a.w, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar. Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi s.a.w, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman.
Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da’ifah wa al-Maudu’ah beliau menyebut:
“Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanahair sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut?! Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir” (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma’arif).
Fitrah
Pendapat al-Albani ini benar dari satu sudut bahawa ia sesuatu yang termasuk dalam gharizah iaitu tabiat semulajadi insan ataupun fitrah. Namun menyatakan ia tidak terpuji adalah sesuatu yang kurang tepat. Islam memuji manusia yang hidup berpegang kepada fitrah. Sayang harta yang mengelakkan pembaziran dipuji dalam Islam. Sayang nyawa yang menghalang kemusnahan diri diperintahkan oleh al-Quran. Pembaziran dan pemusnahan jiwa diharamkan. Sudah pasti cinta tanahair yang menghalang kerosakannya sesuatu yang dipuji.
Sesuatu yang sama antara muslim dan non-muslim bukan bererti tidak dipuji dalam Islam. Menyayangi anak-anak dan ibubapa sesuatu yang dikongsi oleh muslim dan bukan muslim. Ia terpuji. Menghilangkan bahaya di jalanan, termasuk dalam cabang iman. Orang bukan muslim juga melakukannya. Walaupun untuk mereka ia tidak termasuk dalam iman tetapi mereka juga melakukannya. Ia sesuatu yang terpuji. Persamaan tidak menafikan kebaikan. Pandangan al-Albani di sini kurang kemas untuk diterima.
Kasih Nabi Muhammad
Apa yang saya hendak sampaikan, betapa kecintaan kepada tanahair adalah sesuatu yang terpuji. Ia termasuk dalam fitrah insan untuk mencintai tanahairnya. Nabi Muhammad s.a.w pun cintakan tanahairnya iaitu Mekah. Apabila dihalau oleh penduduk Mekah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terpaksa berhijrah ke Madinah. Para sahabat termasuk Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba abdi ketika di Mekah, demam merindui Mekah. Apatah lagi Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan bangsawan Mekah. Apabila baginda Nabi s.a.w mengetahui keadaan itu, baginda berdoa
“Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, ataupun lebih dari itu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah mengucapkan untuk Mekah:
“Alangkah indah engkau (Mekah) sebuah negara . Alangkah sayangnya daku kepadamu. Jikalau tidak kerana kaumku menghalau daku keluar darimu, aku tidak akan menetap selain darimu”(Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Sekalipun Nabi s.a.w terpaksa bertempur dengan pasukan tentera Mekah yang dikuasai oleh rejim Quraish yang zalim, itu tidak pernah mematikan rasa kasih dan sayang kepada tanahair baginda iaitu Mekah. Demikianlah juga perasaan para sahabah yang terpaksa berhijrah meninggalkan Mekah yang mereka kasihi.Fath al-Makkah ataupun Pembukaan Mekah di mana Nabi s.a.w kembali mengambil alih Mekah dengan kuasa tentera bersama orang lain dari luar, adalah kemuncak kecintaan kepada Mekah. Mereka membersihkan Mekah dari kesyirikan, kezaliman, penindasan dan selainnya. Itu tanda kasih mereka kepada Mekah.
Patriotik
Kasihkan watan adalah sesuatu yang fitrah. Orang melayu bermadah ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’. Tanahair ialah tempat kelahiran kita dan keluarga. Membesar dalam persekitarannya. Mencium udaranya. Meminum airnya. Memakan makanannya. Melihat budaya, warna dan rupa saban masa dalamnya. Lebaran kenangan diari kehidupan yang tersimpan tentangnya. Jiwa yang normal pasti akan menghargai dan mengasihi. Sayang dan ingin membelanya dari kerosakan. Itu makna patriotik yang sebenar.
Perlu diingat, semangat sayang dan kasih kepada tanahair tidak berkaitan dengan kecintaan kepada kuasa politik yang menguasainya. Orang Pulau Pinang yang sayangkan Pulau Pinang tidak semestinya sayangkan pemerintahannya, demikian Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain. Orang Malaysia sayangkan watan ini, cintakan tanah tumpah darah ini tidak semestinya bersetuju ataupun mencintai kuasa politik yang memerintah di dalamnya. Perlu dibezakan antara semangat patriotism dan nationalism. Dalam The Blackwell Encyclopedia of Political Thought, disebut:
Patriotism: a love of one’s homeland, implying a readiness to act in its defense and to favour it in other dealings. It is often confused with nationalism, but is a far older idea, and carries with a less theoretical baggage. Nationalism presupposes that nations exist as real and distinct entities; patriotism, on the other hand, may simply involve attachment to a physical locality or a way of life, and need not involve any abstract idea of ‘country’.
Jangan Nafikan
Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotism. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti. Sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.
Justeru, penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu semua tidak menafikan cinta Nabi s.a.w kepada Mekah.
Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Penang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.
Demikian orang Johor yang tidak sukakan Sultan Johor bukan bererti membenci Johor. Orang Pahang yang tidak sukakan Sultan Pahang bukan bererti membenci Pahang. Begitulah seterusnya. Mungkin yang rakyat tidak suka itu penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat yang dibuat oleh mereka yang memegang tampok-tampok tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.
Mereka di istana-istana, parti-parti politik yang bersaing, juga macai-macai yang mengampu, jangan cuba mendajalkan rakyat dengan menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.
Sesiapa yang sayangkan tanahairnya lalu enggan watannya dirosakkan. Rela mempertahankan kebaikan dan kebenaran yang menjadi hak buminya, maka dia seorang yang cintakan tanahairnya, dia seorang yang patriotik! Cara kecintaan itu diterjemahkan mungkin berbeza, tapi cinta tetap di jiwa.

Lelaki Bersemangat Bebas.

Kejadian berlaku di Darulaman Bike Park,Kedah, Malaysia nama tempat. Tuan-tuan adalah di jemput memeriahkan trail ini yang direka khusus untuk menaikkan adrenalin tuan-tuan.












Selasa, 14 Mei 2013

MALU


Lakaran kartun yang di siarkan The New York Time - Global Edition bertarikh 11 May 2013, adalah secara jelas menghina Perdana Menteri Malaysia. Saya sebagai warga negara Malaysia yang baru berusia 34 tahun memohon  Perdana Menteri Malaysia menyaman " THE NEW YORK TIMES" di atas perlakuan biadap tersebut.

 :- Muhamad Aduha Bin Rosli dari Arau, Perlis, Malaysia.
14 May 2013.

Ahad, 12 Mei 2013

SUKAN TERJUN BUKIT NAIK GEREK

Tahniah kepada pihak penganjur KeDH. Para pemenang dan penyokong tegar.
Lokasi: Darul Aman Bike Park Jitra,Kedah
Tarikh: 11 Mei 2013








Isnin, 6 Mei 2013

505 MALAYSIA 13




PARLIMEN
BNPRLAIN-LAIN
133890
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds
DEWAN UNDANGAN NEGERI
BNPRLAIN-LAIN
Johor (56)38180
Kedah (36)21150
Kelantan (45)12330
Melaka (28)2170
N. Sembilan (36)22140
Pahang (42)30120
Penang (40)10300
Perak (59)31280
Perlis (15)1320
Sabah (60)42120
Selangor (56)12440
Terengganu (32)17150
Nombor dalam kurungan menunjukkan jumlah keseluruhan kerusi

Khamis, 2 Mei 2013

KLIK BANNER SUPPORT PAKCIK

BANJIR BESAR

2015. LOKASI TEMERLOH. KAMI HADIR ATAS SEMANGAT BERSETIA KAWAN. SEBUAH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DAN 2 BUAH RUMAH YANG TIDAK K...