Selasa, 31 Mac 2020

Tangguh Loan

Kebanyakan bank dah respon arahan BNM.

Summary MORATORIUM 6 bulan
_(1 April 2020 hingga 30 Sept 2020)_

*CIMB* _- Automatik_
*Ambank* _- Automatik_
*Bank Rakyat* _- Automatik_
*MBB* _- Automatik_
*Public Bank* _- Automatik_
*MBSB* - _Automatik_
*Agro Bank* - _Automatik_
*BSN* _- Automatik_
*Bank Islam* _- Automatik_
*Bank Mualamat* _- Automatik_
*Affin Bank* _- Automatik_
*UOB* _- Automatik_
*Hong Leong Bank* _- Automatik_
*OCBC* _- Automatik_
*RHB* _- Automatik_
*AKPK* _- Automatik_
*HSBC* _- Automatik_
*KFH* _- Automatik_
*Citibank* _- Automatik_
*Alliance Bank* _- Automatik_
*Al Rajhi Bank* _- Automatik_
*Public Bank* _- Automatik_

*Toyota Capital* _- Automatik_
*Tan Chong Capital* _- Automatik_
*LPPSA* _- No Info_
*Aeon Credit* _- Bukan Institusi Kewangan_
*Angkasa* _- Masih Dalam Perbincangan_
*Parkson Credit* _- Bayar Seperti Biasa_
*Sabah Credit* _- No Info_
*Chailease Berjaya Credit* _- No Info_
*Yayasan Ihsan Rakyat* _- No Info_
*Kowaja* _- No Info_
*Kowamas* _- No Info_
*Petronas* _- No Info_

*Amanah Ikhtiar* _- Tangguh 6 Bulan_
*Tekun* _- Automatik Tangguh 6 Bulan Bermula 1 Mac 2020_
*KOOP* _- Tangguh 6 Bulan_

*Coway* _- No Info_
*Singer* _- No Info_

📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

*1. Bila ianya bermula?*
_- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan)._

*2. Jenis loan yang dapat moratorium?*
_- Pinjaman Perumahan._
_- Pinjaman Kenderaan._
_- Pinjaman Peribadi._
_- Pinjaman Perniagaan._
_- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari._

*3. Macam mana nak mohon?*
_- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya._

*4. Siapa yang layak?*
_- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta._
_- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak._

*5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?*
_- Tidak._
_- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap._
_- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18% sebelum ini._

*6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?*
_- Tidak akan bertambah._
_- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan)._
_- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan._
_- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun *DAN* 6 bulan._

*7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?*
_- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan._

*8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?*
_- Tiada, ia tidak terkesan langsung._

*9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?*
_- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman._

*10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?*
_- Hubungi bank dan beritahu mereka._

*11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?*
_- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan._

*12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?*
_- Bayar pinjaman seperti biasa._

*13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?*
_- Tidak termasuk dalam Moratorium._
_- Kalau tak bayar, takde perlindungan._

So tak payah dah nak pening2 kepala, kerajaan dah bagi kelonggaran tu. Ambil sahaja, pasal kita x tahu di kemudian hari, disebabkan itulah kerajaan buat kelonggaran begini.

Kemungkinan kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan, simpan duit cash, berjimat cermat mulai sekarang.

Harap ni boleh membantu semua, semoga dapat memberi pencerahan, kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

#silaambiltahu
#sharingiscaring
#kerajaanprihatin
Check balik klu salah☝🏼

Rabu, 25 Mac 2020

Cinta Terhalang

NAK MINTA TOLONG KAT AMPA SAT

Ni xtau la nak habag lagu mana. Baqu sat2 ni lalu jln blkg nak p kedai beli beqaih. Lalu kot qumah ika janda muda. Dia tahan dia bagi gulai termenung sebungkuih. Nak buat lagu mana ni. Nak bok balik nak pelepaih dgn org rumah buleh ka dak xtau la. Mau dia cemuqu kalu... habih la. Mau marathon kelilin kpg dah qeni.

Yg ika ni pon satu... yg hg p bg bnda ni buat apa. Ih ih.. td serba salah dah kata xmau ambik. Dia dok buat muka com bibiag muncung panjang. Siap warning kalau xmau ambik jgn dok lalu kot ni dah. Jln lain berlambak lg awat nak lalu kot ni jugak. Sehaqi lalu sampai 3 4 kali. Hamboi.. Tudia punya maqah. Mmg la kami dok lalu kot tu sejak 2 tahun lepaih la. Sejak2 dia jd janda la kami lalu kot tu. Hahaha

Dulu dia menikah umog 18 kot.  Lepaih 2 tahun dia bercerai xdak anak. Laki dia kaki dadah.
Besa dia balun ika sampai lebam sebelah muka. Kami qitu punya angin sampai kami pi warning laki dia.. siap kata sekali lg hg buat mcm ni aku letup kepala hg. Laki dia kata pulak yg hg kalut pasaipa hg ada skandal dgn bini aku ka. Bila dia kata mcm tu kami pon xlalu dah kot jalan rumah ika. Kami bkn apa kesian kat dia saja

Teringat masa ika kecik2 slalu kayuh geqek mai main kat laman qumah kami. Masa tu skolah qendah lagi. Dok panggey kami cik li..ok la qamai panggey kami cik li. Hat yg muda setahun dua pon panggey cik li juga kat kami. Kalau hat sebaya panggey cik li mmg kena sekeh la. Ika kecik2 comey. Tggi lampai.. putih melepak.. kalau nmpak kami selalu quntun tgn kami dok panggey cik li cik li. Selalu kalau p kedai beli apa2 bg kat dia. Kdg2 cekelat eskrem roti keqin asam ko.. mcm2 la.

Masa dia dok di tingkatan 3 tup2 dia xpanggey cik li dia panggey abg. Hadoi kalut sungguhla budak ni. Yg kami masa tu dah bertunang nak menikah xlama dah. Bila dia tau kami bertunang.. ni mulut ni.. muncung.. siap kata awat yg xsabag nak kawen sgt. Masa tu kami tgk dia mmg dah jd pompuan yg sempurna dah.. bkn bdk2 lg. Tp xkan la nak p menikah dgn bdk 15 tahun kot agak2 la. Nak tggu dia lepaih habih skolah lagi naya. Lambat lg tu..

Yg mak dia pon lg satu. Dulu aku panggey dia kak jah laki dia abg man pencen askar. Aruah dah laki dia. Bila si ika ni panggey kami abg yg kak jah ni tup2 pulak sebut diqi dia cik jah. Eh ampa dua org ni dok pakat apa sebenagnya ni. Yg kami ni buat bodo saja la. Cik ja pon cik jah la. Sampai la ni dok panggey cik jah. Tp kdg2 dia terkantoi jugak bila dia cerita pasai aruah laki dia.. dia sebut dulu aruah abg man hg..lagu nu lagu ni.. nmpak dak dia sebut abg man. Patut sebut pakcik man la. Hahaha cik jah.. cik jahh..

Ingat lagi masa ika dekat2 nak menikah dia mai habag kat kami yg dia xberkenan sgt dgn bakai menantu tu. Tp dah abg man hg nak pelapaih sgt2 dah. Kalau ikut cik jah biag la kawen org sekampung.. xkeqa la jd bini no brp pon. Kami seeenngaapp... hek pon dak.. hok pon dak. Ish dok beqasa sgt2 dlm hati dia ni nak aku menikah dgn ank dia ka.. hai ika ika awat la hg beranak lambat sgt. 

Kami pon sebenagnya minat kat ika. Cantikkkk... lebih sikit la dgn org qumah kami. Satg kami habag lebih byk ampa pakat lutu kepala kami pulak. Kulit putih nak merah ori punya bkan pasai makan produk ku putih ka gluthathione ka. Ni putih melayu yg ori punya. Badan kurus cantikk. Bukan kuquih kedekiang. Tang patut ada isi ada isi la. Tang tak patut ada isi xdak isi. Dari tgkatan 3 sampai la ni bodi dia lebih kuqang saja. Xdak la melebeh tang mana2.

PAYAHNYA JD ORG HENSEM. Ni ayat ni xdak kena mngena dgn kami. Ayat ni bdk kpg tulih kat jambatan jalan nak masuk qumah ika. Kalau ampa nampak tulisan ni kat jambatan jln kpg. Ampa masuk tequihh ikut jln tu sampai nampak qumah 2 tingkat paqag kunin maih. Tu la qumah ika

Kami haqi2 lalu kot tu pasai nak tgk ika. Dia pulak mcm tau2 kami nak lalu. Mesti nmpak dia. Sidai baju la.. sapu sampah la... jemog ikan.. mcm2 dia buat. Selalu singgah jugak sembang2 sat. Kalau joging singgah lama la. Siap pekena ayag kopi o.. sedap.. hey kalau kami menikah dgn dia bg alasan kopi o dia sedap kompom kena tabuh dgn sapa yg dengag. Macam xlogik sgt alasan tu. Peqenah jugak cik jah merungut.. li kalau hg nak dok sini tequih pon xpa aih kita kiqa elok2.. kami pon tinggai berdua saja.. Hehe.. kami buat mcm biasa gelak saja. Yg si ika dok jelin2 senyum. Macam aishwaria rai jelin kat shah rukh khan aih..

Tudiaaa punya panjang dok mengaqut. Hampa tulung sat bagi idea nak pelepaih gulai termenung ni. Xkan nak langgah gulai sorang2 tang ni. Esok ciqit mampuih la. Nak antag masjid pon masjid katup..

KAIH HABAG SAT NAK BUAT GENA NI..

Selasa, 24 Mac 2020

ITALY COVID 19

5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas.

Tak ada tanda surut, kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan - Italy sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.

In case kita lupa siapa Italy, mari aku ingatkan;

Italy merupakan Juara World Cup sebanyak 4 kali.

Italy adalah pusat rujukan fesysn dari seluruh dunia.

Italy - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

Italy lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah eropah dan dunia amnya.

Italy secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.

Pada era modern, sebagai salah sebuah negara maju di eropah kita terkejut dengan situasi Covid yang tidak terkawal di Italy.

Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Italy lambat bertindak dan rakyat Italy degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

Tapi takkan sebab itu saja?

Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Italy, fasih berbahasa Italy, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.

Covid ibarat time bomb, final blow yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana.

Terdapat 6 key point tentang masyarakat Italy yang kita perlu faham.

Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.

Italy merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Italy berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh adhoc walaupun hal tu maha penting. Contohnya, bila outbreaks start di Wuhan kerajaan Italy ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekatan hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya in place - then stop penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah unprecedented lagi lah tak boleh order sesuka hati.

Sebab itu even since last few days, partly public transport masih terus beroperasi di sekitar Italy - keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, so tak boleh stop itu ini sampai lah everything in place - walaupun tengah dalam disaster mode.

Kedua,
Inefficient.

Yang ini melibatkan lifestyle. Rakyat Italy ni nothing more important pada mereka bila datang masa lunch dan masa untuk family. Personal space adalah hal paling priority. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab culture mereka dah dididik untuk utamakan personal space. Tengok filem Godfather, macam mana mafia mafia ni walau jahat macam mana pun, masa untuk family mesti diutamakan. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu.

Oleh yang demikian, responsive mereka kepada emergency adalah sangat perlahan, kerana tiada emergency melainkan setelah selesai hal hal personal mereka.

Ketiga
Centralization.

Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Italy ni berpusat cuma di 2 bandar, Rome dan Milan.

Selain daripada 2 bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung kampung. Insignificant dalam menyumbang peningkatan ekonomi keseluruhan.

Rome dan Milan ni macam engine yang jana ekonomi seluruh Italy. Segala galanya di sana. Tempat lain selain tu tak dapat nak fully self sustained. 

Kepada mereka yang tinggal di tempat lain ie Florence, Venice itu merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu. 

Ya Italy pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotive, heavy industries, trains, shippings. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan eropah.

Oleh sebab kekayaan disebar ke kebanyakan rakyat, atok nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil prosperity Magical Era puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung. 

Bila mereka tinggal di suburban, udara segar, makan makanan fresh sayuran dan ternakan dan healthy lifestyle, kesannya mereka ni sihat, bila sihat panjanglah umur. 

Statistic dari Italy Research Department bgtau warga tua di Italy (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22% over all population.

Jadi perkara ini menjurus kepada point ke 4.

Keempat,
Aging Society

Kita tahu Covid lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena attack merupakan warga tua. Italy dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dikalangan warga tua. 

Bila Lombardy dan Lazio lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka selesailah Covid dapat jumpa semua orang tua tua di kampung, jadi makanan dia.

Kelima,
Isolation.

Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Italy merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai filsuf pemimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era Renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.

Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Italy lahirkan sepajang dunia ini berputar?

Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh sekadar memetik beberapa nama.

Ini belum kita kira Valentino Rossi, Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza. 

Ok so apa kaitan sejarah hebat Italy dengan isu isolation?

Mudah.

Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat. 

From the descendants of the great empire of Rome! 

Oleh sebab itu mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, they couldnt care less. Tak berapa penting. 

Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Italy sahaja. 

Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu. 

Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.

Italy punya welfare kepada rakyat sangat power. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.

Memang manja. 

****
Atas semua yang semacam itu lah berlakunya apa yang dunia saksikan di Italy sekarang.

Sikap pemerintah dan rakyat mereka lah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.

Bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.

Setakat tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.

Anggaran dari pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli RMO. 

Ya 3 juta yang dok merayau tak semena mena berkumpul, bersembang, melepak

Tuan puan,

Di Malaysia,
nature masyarakat kita mungkin berbeza dengan Italy.

Tapi satu benda yang pasti sama, 

kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata,

Maka tunggu lah lagi besar bencana tiba.

🙏 tolong dengar kata.

Aku ambil kata kata seorang netizen Italy;

"We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky"

Jumaat, 20 Mac 2020

PEDANG SETIAWAN

Senarai komik yang boleh dibaca time COVID 19 outbreak di page ni 🙂

Pedang Setiawan (Ep 1-668)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/767521893429340:0

Pendekar Sakti 1 & 2 (Ep 1-76)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/695818453933018

Lingkaran Terkunci (Ep 1-99)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/695787100602820

Juara-Juara Kembar (Ep 1-177)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/695780797270117

Pahlawan Naga Kembar (Ep 1-252)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/695779010603629

Jejak Wira (Ep 1-163)
https://www.facebook.com/komikhongkong/posts/695777193937144

 Jejak Wira Versi Baru (Ep 1 - 400)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1579818848716923:0

Jejak Wira Versi Baru (Ep 401 - 562)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1586459298052878:0

Wira Golok (Ep 1 - 180)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1535304703168338:0

JUARA WIRA (Ep 1 - 121)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1387038284661648:0

JENGKING MERAH (Jilid 1 - 16)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1387390624626414:0

DEWATA RAYA (Ep1 - 189)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1385869884778488:0

WIRA TUNGGAL (Ep 1 - 300)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1386109884754488:0

WIRA TUNGGAL PHOENIX (Ep 301 - 438)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1413101032055373

WIRA TUNGGAL INFINITI (Ep 439 - 498)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1413266218705521

WIRA TUNGGAL PENDEKAR LAUT (Ep 499 - 548)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1415573348474808

WIRA TUNGGAL FINAL (Ep 1 - 88)
https://www.facebook.com/komikhongkong2/posts/1446856355346507:0

 Wong Siu Long (Ep 1-20)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1355595204525388:0

Wong Feng Lei (Ep 1-60)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1330532203698355:0

Wong Feng Lei 2 (Ep 1-48)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1348016128616629:0

Cakar Sakti (Ep 1-72)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1330598810358361:0

Legenda Sempadan Gersang (Ep 1-52)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1330604300357812:0

Guruh Badai 1 & 2
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1249955248422718:0

Juara Jalanan (Ep 1-115)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1226692377415672:0

Wira-Wira Keinderaan (Ep 1-100)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1226696114081965:0

Golok Keramat (Ep 1-100)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1226874534064123

Lagenda Tok Pedang (Ep 1-32)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1227406964010880

Tornado 13 (Ep 1-12)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1227408814010695

Petir Tunggal 1 & 2
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1228219310596312

Raja Wira (Ep 1-33)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1228247617260148

Legenda Dewata Awan Berapi (Ep 1-100)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1229277580490485

Dewata Awan Berapi (Ep 1-16)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1229294310488812

4 Panglima Jagoan (Ep 1-60)
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1229343930483850

Parang Gila 1 & 2
https://www.facebook.com/hongkongkomik/posts/1178173435600900

💝Kenangan indah zaman rajin membaca💐😉

Rabu, 18 Mac 2020

TERIMA KASIH

Hero tak didendang. Semoga Allah Azzawajalla teruih bagi nikmat kesihatan pada hangpa dan Kita semua. 

Isnin, 16 Mac 2020

Titah Raja Perlis Wabak 2020

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA 
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PENGURUSAN MASJID EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19 BERMULA 16 MAC 2020

Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19 semasa pada 15 Mac 2020, serta mendapat panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, sebagai lanjutan Titah Perutusan Beta selaku Yang DiPertua melalui edaran MAIPs 100 – 6 Jld 7 (77) bertarikh 13 Mac 2020, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan ini mengambil keputusan berkaitan pengurusan masjid seperti berikut:

1. Bersetuju supaya segala aktiviti berkumpulan di masjid termasuk Solat Jamaah dan Solat Jumaat dihentikan seketika. Umat Islam diseru untuk menunaikan solat jemaah di rumah dalam tempoh 14 hari bermula waktu maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga waktu isyak 29 Mac 2020. 

2. Laungan azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantian seruan ungkapan   hay’alatain  (حى على الصلاة،  حى على الفلاح)  kepada (صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ) (Solatlah di rumah kamu), berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan Muslim (699) daripada Ibn 'Abbas RA. Inilah salah satu pandangan yang dibolehkan seperti yang dinyatakan oleh al-Imam alNawawi RH di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim 5/207.

Lafaz azan yang dilaungkan adalah seperti berikut:

 الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
 أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله، 
أشهد أن محمدًا رسولُ الله، أشهد أن محمدًا رسولُ الله،
 صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ، صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ،
الله أكبر، الله أكبر، 
لا إله إلا الله

3. Hanya Pegawai Masjid yang bertugas sahaja (Seorang Imam, seorang Bilal dan seorang siak) hadir solat jamaah  setelah benar-benar dipastikan kebersihan dan kesihatan dengan menjaga ketetapan seperti berikut:

a) Hadir ke masjid apabila azan dilaungkan. Hanya muazzin perlu hadir awal bagi tujuan melaungkan azan;

b) Memendekkan tempoh keberadaan di masjid;

c) Mengambil wudhuk di rumah;

d) Tidak bersalaman;

e) Membawa sejadah sendiri;

f) Memastikan diri benar-benar bersih dan sihat sebelum hadir ke masjid.

4. Masjid-masjid hendaklah melaksanakan proses cucian / nyahkuman / disinfection dalam tempoh 14 hari yang ditentukan, bahkan dilaksanakan setiap kali solat oleh setiap Pegawai / Jawatankuasa Masjid yang hadir bertugas.

5. Menangguhkan semua aktiviti masjid sama ada kelas, kuliah dan pengajian dalam tempoh 14 hari. Pengajaran secara atas talian boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan dari rumah sebagai alternatif.

6. Dinasihatkan semua masyarakat untuk mengelakkan sebarang perkara dan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah penularan wabak COVID-19 berkenaan.


Oleh hal yang demikian, Pengurusan Masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis hendaklah melaksanakan tindakan-tindakan seperti yang telah ditetapkan bermula Solat Maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga 29 Mac 2020 dan memberikan perhatian penuh dalam aspek pembersihan masjid. Tempoh pelanjutan akan dipertimbangkan setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH



SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 16 Mac 2020 bersamaan 21 Rajab 1441H

Ahad, 15 Mac 2020

Seronok

Kerana lumrahnya manusia itu tidak pernah bersedia, maka terjadilah seperti apa yang berlaku semasa peristiwa pendaratan Jepun 1941,

'Tidak seorang pun di kalangan penduduk awam yang menyedari betapa seriusnya keadaan ketika itu. Mereka cenderung menganggapnya sebagai satu keseronokan'. 

Kini sejarah berulang. Tetapi melalui reaksi menerima berita wabak. Ada yang masih tidak menganggap COVID-19 sebagai sesuatu yang serius. Masih ada yang galak melancong ke negara-negara berisiko tinggi. Masih ada yang gemar berhimpun dalam skala yang besar. Masih ada yang pentingkan diri. 

Mungkin kerana, ya, 'mereka cenderung menganggapnya sebagai satu keseronokan'.

Sumber : Kedah Zaman Silam, Dato' James F. Augustine (1996).

Selasa, 3 Mac 2020

PERDANA MENTERI KE 8

TAATI PEMERINTAH SELAGI TIDAK MEMBAWA KEPADA DOSA DAN ZALIM

1. Setelah seorang pemimpin itu memperolehi kuasa, dia ditaati dan dipatuhi sehinggalah terbukti dia menyuruh kepada perkara dosa atau zalim. Selagi tidak berlaku, kita wajib mentaati pemerintah sekalipun kita tidak suka. Sabda Nabi s.a.w:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Pemerintah yang baru dilantik yang belum melakukan apa-apa tindakan yang dosa dalam urus tadbir dan pemerintahannya adalah tidak wajar ditentang sehinggalah hal sebaliknya berlaku. Hanya orang yang buruk jiwanya mengandaikan dosa yang belum berlaku. Juga hanya orang yang tamak kuasa ingin meruntuhkan sebuah pemerintahan yang belum atau tidak menzalimi umat atau rakyat atau bersekongkol dengan kaum yang memusuhi agama ALLAH. 

3. Kita baharu sahaja mendapat PM yang baharu setelah satu tempoh krisis yang meresahkan sekelian rakyat. Berilah ruang untuk beliau menguruskan negara terlebih dahulu. Pandanglah masa depan. Jika beliau berbuat zalim maka kita akan berperanan membantah kezaliman. Jika tidak, kewajipan kita mentaati dan menyokong usaha-usaha beliau. 

4. Marilah kita mengingati hadis Nabi s.a.w:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih).

5. Harapan kita kepada YAB PM yang baharu lantiklah anggota kabinet yang berwibawa, amanah dan bersih dari korupsi serta salahguna kuasa. Jauhi kepimpinan negara dari anggota yang tercemar dengan rasuah dan salahguna kuasa. Dengan demikian, dengan izin ALLAH keadilan dan kemakmuran akan dapat dibina.

Semoga ALLAH merahmati negara kita.
DrMAZA 

Ahad, 1 Mac 2020

Mad Echam Peketum Tour Barat Siam

FULL ITINERARY//PEKETUM®  

THROTTLE TO WESTERN THAILAND & 23rd BURAPA BIKE WEEK 

 

Date: 09th–18th February 2020 (10 days)  

Lock mileage: +-5 000 Km  

Compulsory Insurance: KSK Insurance RM17 for 1 month @Petronas Changlun.  

Voluntary Insurance: AIG RM 76 for 2 weeks cover Southeast Asia.  

Total expenses: 9 000 Bath all in included massage and gas. 

 

___________________________________________________ 

 

Day 1//09 February 

Petron RNR Sg. Buloh-PTT Nasan [800 Km]  

 

>Pit Stop Sadao Route 4 

>Daging Bakar Sadao (6.639037, 100.425308) 

>Pit Stop Hatyai Route AH2  

>Bingna Café Phatthalung  

>The Best Ozone in Thai, Nakhon Si Thammarat  

>Check In PTT Nasan 500 Bath. 

=Day 1 kami just lepak2 dan chill2 di area border. End up di restroom PTT Nasan setelah ride dari pagi Ahad 1:00 am sampailah ahad malam. So PTT ni ada sediakan restroom dengan kadar berpatutan. 500 bath sumbat 3 orang no problem. Motor parking depan pintu takde hal bro. Area PTT adalah patung2 dari Transformer. Tapi rasa biasa je dah selalu nampak. Hahahaha. Cuma daging bakaq yang aku mentioned hangpa patot try. Itu salah 1 sebab utama day 1 sampai Nakhon je. Di tambah dengan kedai Abi bagi makan cucur dengan kerusi hantu dia... hahhh terus lena beb. 

 

 

Day 2//10 February  

PTT Nasan-Kanchanaburi [700 Km]  

 

>Halal Surathani @Sugarre 24 hours  

>An-Ansar Mosque for Jamak and Dinner.  

>Check In Nurul Islam Mosque, Kanchanaburi.  

=Route biasa, Masjid Hijau Prachuap destinasi wajib untuk singgah dan refresh. Lagipun kami kena hujan. Hangpa kena dak? Huhhh dugaan ooo dengan takda raincoat. Sidai lah makan choki2 tara nak sampai Kanchanaburi. Tapi jalan cantekkkk baby. 

 

Day 3//11 February 

Kanchanaburi-Thong Pha Phum, Pilok [260 Km]  

 

>River Kwai Bridge  

>Halal River Kwai Bridge (14.042662, 99.504970)  

>Tham Krasae Bridge  

>Experience the Death Railway Kanchanburi  

>Al-Ameen mosque for Jamak  

>Noen Chang Suek Viewpoint  

>Check In บ้านมหัตกีรติ. 1000 bath per night included light breakfirst and extra bed and pillow. 

=PILOK, jadi dekat Pilok sedia maklum tiada restoran halal. Tambah derita 7E pon takda dalam Pilok. Jadi kami tapau siap2 dekat PTT area Masjid Al-Ameen. So lokasi dia sebelum masuk simpang antara Pilok dan Sangklaburi. Tara tu pon ada 7E lagi, tapi alang2 dan singgah PTT kami tapau siap. Jalan ke Pilok nit fully tar. Tara nak sampai tu memang jalan lobang2 perang dunia ke 2. So be prepare lah bila dah start mendaki ke Pilok tu. Area Vajiralongkorn Dam still okey dan nice. Ohhh lagi satu dekat Pilok ni famous dengan 2 viewpoint. Tapi kalau hangpa nak tengok sunset, just go straight pi Neon Chang Suek Viewpoint. Sbb ada view. Kalau hangpa pi Nern Sao Thong dia just militay base and border crossing Myanmmar. Bukan view ya. So Nern Sao Thong kami repeat esok paginya. Next day ! 

 

 

Day 4//12 February 

Pilok-Sangklaburi-Kanchanaburi [250 Km]  

 
>Nern Sao Thong Viepoint Thai-Myanmmar  

>Thai Military Base  

>Myanmar post guard  

>Vajiralongkorn Dam  

>Three Pagoda Pass  

>Mon Bridge  

>Masjid Zia ul Islam 

>Halal food Sangklaburi-Near the night market.  

15.156219, 98.450843  

>Guest house near to junction 323(Sangklaburi)-3272 (Pilok)  

=Layan route one way ni penat lah sikit. Patah balik lalu jalan sama. Harini keluar Pilok then terus hala ke Sangklaburi. Hari yang sama jugak keluar Sangklaburi. Okey sempat complete setengah hari. Sampai guest house terlajak malam sikit je. Guest house lupa brapa duit tapi kami stay area sama, simpang 323 dengan 3272. Senang dah keluar jalan ni esok boleh terus tembak BURIRAM. 

 
 
Day 5//13 February  

Kanchanaburi-Sahakorn Nikom Mine Tunnel-Sinakharin Dam-Buriram [660 Km]  

 

>Nearnsawan Viewpoint  

>Sahakorn Nikom Mine Tunnel  

>Srinakarin Dam  

>Erawan Waterfall (Skip)  

>Halal food and Beverage Kanchanaburi, Roti Ong  

>Terminal 21  

>Buriram  

=Hari ke-5, target utama nak terjah Sahakorn Nikom Mine Tunnels. Inspirasi dari Mr. Goran kita di dalam Thai Rider Paradise. Sangat berpuas hati dengan terowong ni. New adventured unlock ! Syokkk ooo dalam terowong ada air sungai. Siap daki Everest of Thailand. Tapi paling best sebenarnya nak sampai ke Srinakirin Dam. Sorry. Patut Srinakirin Damn. Hahaha bukan apa jalan dia terukkkkk bakhang. Hang nak tengok road condition hang mintak gmbaq dengan mamat. Dia rajin record aku dah tak lalu tengok jalan tu. Habis skru aku gugur ! Tapi yayaya itulah experience dan nikmat bila kau dapat complete route tu. Jalan start okey lepas hangpa cross 2nd ferry. 2nd ferry keluar dekat 3199 hahhh situ baru azab dia tamat. Then kami terus hala Buriram. Tapi singgah makan dekat Halal Kanchanaburi. Dekat situ ada dalam 3-4 kedai muslim. Betul2 tepi jalan ja...   

 

 

Day 6//14 February 
Buriram-Chonburi Pattaya [440 Km]  

 

>Full service at Surat Teddy Bike Shop  

>Chang Arena  

>Chang International Circuit  

>Masjid Anuarussalam  

>Aman Halal food 14.992516, 103.107779  

>Pattaya, Chonburi  

=So after a journey of thousand miles, kami memang akan singgah bengkel kawan kami ni area Buriram. Nama dia Surat Teddy and paling penting dia boleh berbahasa English dan rajin nak layan motor2 modi and pelik2. Sebab dia pomen cubprix. Jadi senang nak mengadu itu dan ini. Fork bocor dari Tapah..hahh dekat Buriram kita buat. 55555. Aku ni mai kedai dia jauh2 nak cari skru Monorack ja. HAHAHA so pape hangpa boleh singgah sini. 30 Km dari Chang International Circuit. Nyambil2 tu boleh minum coffee. Sodappppp bini dia yang buat. 

 

Day 7//15 February  

23rd BURAPA BIKE WEEK 

 

>Underwater World Pattaya 

>Mini Siam 

>Pattaya View Point 

>Jomtien Night Market 

>Enjoy the Event 

 
Day 8//16 February  

Pattaya-Hatyai [1 073 Km ,19 hours] 

 
Day 9//17 February  

Hatyai-KL [483 Km] 

 

Day 10//18 February  

REST !

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...