Ahad, 28 Julai 2019

Cinta Kamu 24/7

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua.. semuga Redha dan Rahmat Allah atas semua rakan2 dan saudara mara.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa ahli keluarga kami, dosa rakan2 kami, dosa jiran2 kami, dosa guru2 kami dan dosa2 kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup atau yang telah neninggal dunia.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga Mu bersama iman.

Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahi lah kami rahmat Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dan ahli keluarga kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami dari azab neraka.

Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk.

Berikanlah kesihatan kepada kami dan ahli keluarga kami sebagaimana orang yang Engkau telah beri kesihatan.

Dan peliharalah kami sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan kepada kami dalam setiap perkara yang Engkau berikan.

Ya Allah Murahkanlah rezeki kami dan ahli keluarga kami. Dan kuatkanlah kami untuk menginfaqkan rezeki yang Engkau kurniakan ke jalan yang Engkau Redhai.

Ya Allah jadikanlah kami dan anak2 kami anak yang soleh dan soleha. Anak yang dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, keluarga, bangsa dan agama.

Ya Allah jauhkanlah dan lindungi kami eerta ahli keluarga kami dari ganguan Syaitan, bahaya  dan musibah yang telah Engkau tentukan.

Ya Allah berkhahi dan redhailah kehidupan kami dan ahli keluarga kami

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan.

Aku memohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepadaMu.

Rabu, 24 Julai 2019

AQIQAH

AQIQAH ANAK.. WAJIB BUAT KE?

Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.. Banyak persoalan yg tak terjawab.. Contoh:

1/Bolehkah Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu?

2/ Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?

3/ Bolehkah daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri?

4/ Bolehkah sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah?

5/ Apakah hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke?

6/ Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?

7/Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke?
Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor haiwan niatnya dua sekaligus?

Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan. Kalau tak buat, tak berdosa. Kalau buat, dapatlah pahala. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB... Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebelum zaman RasuluLLaH lagi.. Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu, org Arab jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi.. Selepas RasuluLLaH SAW ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.. Tapi amalan Aqiqah dikekalkan..

Biasanya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.. Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.. Tapi tak semua org mampu.. Yelah, kambing bukan murah.. Kalau baby boy, 2 ekor kena tumbang.. Kat situ je dah nak dekat RM2,000... Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc.. Menurut Mazhab Syafi'e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu Baligh.. Akan tetapi, ada gak yg tak buat sampai la dia Baligh.. Maka tuntutan Aqiqah tu pun gugur.. Takyah buat dah.. Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum sempat buat Aqiqah.. Tak perlu buat Aqiqah utk arwah..

Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam makan daging tu.. Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan daging itu utk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan utk sedekah.. Kita jamu tetamu yg hadir..

Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi takde dalil yg mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah..
Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia Baligh.. Kalau dah terlepas, takyah dah buat Aqiqah tu.. Ada antara kita sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.. Kan dah membebankan tu namanya.. Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.. Nak tanam boleh, nak buang pun boleh cuma buang kat tempat yg betul la.. Kalau nak simpan kulit dan tanduk haiwan Aqiqah, pun boleh..

Hukumnya harus je.. Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.. Kena asing-asing.. tak boleh kongsi.. Sebab dua amalan ni tujuannya berbeza.. Daging korban sunat disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.. Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yg tak dibuatkan Aqiqah akan hidup susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya, tu semua kepercayaan orang dulu-dulu je.. Dalam Islam takde kepercayaan mcm ni.. Boleh faham eh?

WaLLaHu'alam...

So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya; Dah buat Aqiqah dah?

Jawab je; InshaALLAH kalau ada rezeki lebih nanti.. Doakan rezeki kami sekeluarga 😊

#share

Khamis, 18 Julai 2019

Laknat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

❤️❤️❤️❤️❤️💚💚💚💚💚
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
💚💚💚💚💚❤️❤️❤️❤️❤️
صباح الخير
               

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu Daud

Kitab Taharah

Bab : Dua Jenis Orang Yang Dilaknat

Halaman : 23

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِ قَالُوا وَمَا اللَّاعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ ظِلِّهِمْ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari Al 'Ala` bin Abdurrahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Takutlah kalian menjadi dua orang yang dilaknat. Mereka (para sahabat) bertanya; Siapakah dua orang yang dilaknat itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab: iaitu orang yang buang hajat di laluan (jalan) orang ramai atau tempat berteduhnya mereka.

Selasa, 16 Julai 2019

Preorder Santai Anak Utara 7.0

1.
Mohammad Fizal Bin Jamauddin
68A-1 , Kg Puah , Batu 3 ¹/⁴ , Gombak , 53000 Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan (K.L)
RM45. 00
XL Done
Pakej A

2.

NO 120 D JALAN PAK ALANG KAMPUNG TALANG HILIR 33000 KUALA KANGSAR PERAK

MOHAMMAD ZAIDI BIN MOHAMED RUJIN

L 2

Pakej A

RM80.00

3.

Tawpix Katong MC

XS 2

Pakej A

RM70

Ahad, 14 Julai 2019

Road to Ho Chi Minh

7/2/2019-18/2/2019. Superkap Touring memang dah sukan puak kami. Jadi tawn ni, kami try perkara baru dengan mengride sampai border Aranyaprathet, parking superkap  dan jalan kaki dengan backpack ke Poipet, Cambodia. Dari Poipet Kami Naik public transport ke Phnom Penh kemudian naik public transport lagi ke Ho Chi Minh. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Banyak perkara baru di kutip sepanjang perjalanan dari pelbagai rupa dan perangai manusia, pelbagai bentuk muka bumi, sosio budaya, termasok adab masok rumah orang, Dan macam lagilah. Semoga kami tidak jemu mengembara beramai-ramai lagi. Untuk kawan2 yang dah pencen layan jalanraya ramai2. Kami ucapkan selamat maju Jaya untuk empa semua juga. Kip Pis Respek and Love Karipap 4 ever.
#kapcai_magazine #gilagilaraider #chopperrockers #peketummalaysia #zms #psd #tworingkingdom

Selasa, 9 Julai 2019

Benar

Berita sedih untuk wanita..

PBB Menerbitkan Laporan Demografi Suku Pertama 2019.

Ada 7.7 Billion orang di planet bumi ini. 

Laporan menunjukkan:

Wanita = 5.6 Billion
Lelaki = 2.1 Billion

Jadi, mereka menyarankan wanita untuk berhati-hati dalam menunjukkan sikap kepada para lelaki kerana :-

*Dari 2.2 Billon lelaki:*

• Satu billion sudah menikah.
• 130,000 berada di penjara.
• 70,000 sakit jiwa.

Itu bererti bahawa bumi ini hanya memiliki 1 billion lelaki yang ada untuk menikah, dan ratio jumlah lelaki dan wanita adalah nisbah 1 : 4.

Dan perlu diketahui dari 1 Billion lelaki itu :

• 50% menganggur
• 3% adalah gay
• 1%  duda tak nak nikah
• 10% saudara anda
• 35% berumur 66 tahun keatas

Jadi salah satu jalan keluarnya seperti yang di anjurkan dalam Islam, bagi para lelaki yang mampu silakan melakukan *POLIGAMI* hinga memiliki 4 isteri, agar tidak ada lagi wanita yang tidak memiliki pasangan hidup.

Jadi, bagi para wanita baik yang sudah menikah maupun yang masih belum bernikah, mulai sekarang anda harus menjaga lelaki sebaik baik nya.

Untuk detail, kunjungi laporan demografi PBB
http://www.worldometers.info/world-population

https://www.worldometers.info/world-population/world-population-gender-age.php

#nescafeais.com
#Poligami

Ahad, 7 Julai 2019

Pasar Malam di Kedah

SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH

SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR

1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan Putra
2 Alor Setar Selasa, Rabu 5.00 Petang - 9.00 malam Pasific
3 Kuala Kedah Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Kuala Kedah
4 Langgar Rabu 5.00 Petang - 9.00 malam Langgar
5 Alor Setar Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Radin (Mergong Jaya)
6 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Nuri
7 Alor Setar Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Aman
8 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Pantai Johor
9 Alor Setar Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Kuala Sungai
10 Alor Setar Selasa 5.00 Petang - 9.00 malam Tandop
11 Jabi Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Santap (Jabi)
12 Alor Setar Ahad 5.00 Petang - 9.00 malam Peremba (Hadapan Pasar Besar)
13 Simpang Empat Ahad 5.00 Petang - 9.00 malam Simpang Empat
14 Alor Setar Setiap Hari 5.00 Petang - 9.00 malam Simpang Kuala
15 Pokok Sena Ahad, Khamis 5.00 Petang - 9.00 malam Kedondong
16 Kuala Kedah Jumaat 5.00 Petang - 9.00 malam Taman Bersatu
17 Pokok Sena Selasa 5.00 Petang - 9.00 malam Bt. 13, Pokok Sena
18 Alor Setar Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Belakang Sime Tyre
19 Kota Sarang Semut Sabtu 5.00 Petang - 9.00 malam Kota Sarang Semut
20 Alor Setar Sabtu 5.00 Petang - 9.00 malam Uptown Stadium Darulaman

SENARAI PASAR MALAM DAERAH YAN

Pasar Malam Bukit Besar - Isnin, 4.00 Petang-10.00 Malam, Jalan Baru Bukit Besar.
Pasar Malam Sungai Limau - Selasa, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Limau Dalam.
Pasar Malam Simpang Tiga, Singkir - Rabu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Simpan Tiga Singkir.
Pasar Malam Sungai Yan - Khamis, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Yan.
Pasar Malam Guar Chempedak - Sabtu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Guar Chempedak.

SENARAI PASAR MALAM DAERAH KULIM

Ahad
1. Kelang Lama

Isnin
2. Taman LobaK
3. Lunas (desa Makmur)
4. Taman Kenari
5. Taman Sena Labu Besar
6. Selasa Taman Semarak

Rabu
1. Kulim (Market Kulim)
2. Pekan Karangan
3. Pekan Sungai Karangan
4. Padang Serai

Khamis
1. Kelang Lama
2. Jumaat Pakan Junjung
3. Taman Jati
4. Kampung Nagalilit
5. Sidam Kanan
6. Taman Semarak

Sabtu
1. kulim (Market Kulim)
2. Taman Mutiara
3. Merbau Pulas
4. Padang serai

SENARAI PASAR MALAM DAERAH LANGKAWI

1. Isnin Ulu Melaka Jalan Makam Mahsuri Lama
2. Selasa Kedawang
3. Rabu Kuah cari Baron Hotel Paling besar
4. Khamis Temonyong ini di Kampung Temonyong, Cenang
5. Jumaat Ayer Hangat Padang Lalang
6. Sabtu Kuah cari Baron Hotel Paling besar
7. Ahad Padang Mat Sirat dekat Beras Terbakar

Rabu, 3 Julai 2019

Masa

Orang muda vs orang tua.

Orang muda masih banyak masa.
Orang tua dah tak banyak masa.

Orang muda rasa masa bergerak terlalu perlahan.
Orang tua rasa masa bergerak terlalu    pantas.

Dah julai rupanya, rasa macam minggu lepas baru masuk januari.

Via Sahili

Simpan Sat

*bukan  dari aku tulisan ni.

Mana datang dalil Allah larang Isytihar harta ni.. Kononnya ada larangan menunjukkan harta sebab akan timbulkan kedengkian.. Larangan mununjuk nunjuk itu dalam perkara riya'.. sebab perkataa riya' itu sendiri berakar kata dari perkataan raâ ( راءى) yang bermakna memperlihatkan...

Jangan kata bab harta.. Riya, takabbur ini.. pada sudut pakaian hatta Ibadah pun kita dilarang memperlihatkan kepada orang lain jika ianya boleh mengundang rasa megah dan besar diri..

lepas tu katanya takut kepada ancaman..walhal tugas kita memelihara harta itu adalah dalam tujuan Maqasid " Dharuriyah al-Khams".. termasuk lah memelihara harta" Hifz Al mal"..itu melibatkan menjaga harta kita dari rampas atau diceroboh.. tidak terkait dengan pengisytiharaan harta..

berkata Imam Ghazalie tentang dharuriyyat al-khams(dharuriyat yang lima)..

هُوَ أَنْ يَحْفَظَ عَلَيْهِمْ دِينَهُمْ وَنَفْسَهُمْ وَعَقْلَهُمْ وَنَسْلَهُمْ وَمَالَهُمْ..

iaitu Memelihara mereka berkenaan dengan Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta.

Takkan lah Tuan Ibrahim begitu Naif memahami hadis Nabi.. dulu Tuan Ibrahim pernah menafsirkan fitnah di dalam hadis menyentuh huru hara dengan lafaz

" لَا تَقْرُبُوا الْفِتْنَةَ إِذَا حَمِيَتْ.."

“Jangan kamu mendekati fitnah (kekacauan) apabila ia sedang bergolak "

Tuan Ibrahim kaitkan dengan fitnah Sarawak report supaya PAS berdiam diri.. sedangkan fitnah di dalam hadis itu membawa maksud Ujian, Huru hara seumpama peperangan.. sudah lah petik hadis Dhaif.. depa tafsir salah pulak...

Sebelum pada ni aku pernah tegur salah Tafsir maksud Wizarah tanfiz dan wizarah Tafwidh dalam Kitab Al-Ahkam Al Sulthaniyah..

agaknya sebab tu depa ni takut untuk berdebat.. bukan pasal apa, takut salah tafsir Quran, hadis dan Fiqh Islam dijawab Wanji.. depa Ulama PAS ni, depan budak budak walaun, Pak aji,Mak Aji boleh lah berbohong.. Sampai kata nak masuk syurga kena ada nombor ahli PAS....Sebut Babi ngan Anjing pun puak depa Takbir..

Nak tolak usul Isytihar harta tolak jer lah.. jangan pergunakan nama Allah dan Rasul.. korang ni betul betul berbohong atas nama agama. Sebelum ni Nik Abduh pernah kata, Allah arahkan PAS bersama Pakatan ke Putrajaya.. UMNO tu musuh Allah... hari ini UMNO dan jadi kekasih Allah bila jadi kekasih haji Hadi..

Ahli parlimen ni kedudukan dia, sebagaimana Syarikat disenarai awam, bila syarikat disenarai awam..segala laporan kewangan tahunan mesti didedahkan kepada awam, mesti di Audit.. ini orang panggil accountability, Intergiti.. maksudnya ada pemilik saham, Ahli parlimen, rakyat adslah pemilik saham.. kalau pamer harta mcm scammer Vida ngan Alif Syukri tu baru orang panggil riya'...

Ini yang Sheikh ramadhan Al Bhuti kata, Kelompok Islamiyyin yang menggunakan dalil agama, hukum Syariah sebagai alat mencapai cita cita politik depa..Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..

يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.

Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."

Yang betulnya.. Depa ni takut isytihar harta bukan pasai apa, sebab takut penyokong depa tahu Ulama depa kaya.. yang depa tunjuk kan pada walaaun sebagai contoh rumah kayu, kononnya beranai anai milik Presiden PAS.. sebab Ulama depa tak tunjukkan rumah bini kedua..elaun dan pencen bulanan yang depa terima , Jumlah kereta mewah depa ada dan berapa mewah harga nombor plat kereta depa..

Kalau tahu harga nombor plat depa, lagi mahal dari harga rumah kos rendah.. dari beli Plat nombor kereta.. baik lah pergi sembur anai anai.. ganti papan lantai.. buat apa nak berlakon miskin tipu penyokong sendiri.. jadi faham tak ?

Ini yang depa takut sebenarnya.. :)

Sumber WhatsApp Ipohmali

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...