Isnin, 31 Disember 2012

POHON


Ketika laila dihalang dari berjumpa dengan majnun. Setiap saat, majnun mengingati laila. Tidurnya, tidur laila. Sedarnya, sedar laila. Makannya, makan laila. Semuanya adalah laila.

Satu ketika, dia melintasi satu kuil, dia nampak seorang sedang sembahyang dengan patung sembahan di hadapannya.

Kedengaran lelaki itu mengeluh kesusahannya, memohon dengan patung sembahan tersebut.

Lelaki itu terus di tegur oleh majnun dan bertanya, 'apa yang sedang kamu lakukan itu?'

'aku sedang sembahyang kepada tuhanku' jwb lelaki itu.

'apa yang kamu pohon?'

'aku harapkan kesukaranku menjadi senang'.

'oh, alangkah lemahnya kamu dalam beribadat kepada tuhanmu. Aku bukan 'abid, tetapi aku seorang perindu.

'aku tidak perlu melihat laila untuk mengingati laila, tetapi kamu perlu melihat patung untuk beribadat kepada tuhan.

Ujar Majnun lagi, 'aku tidak mengharapkan sesuatu pun dari laila untuk merindui laila, sedangkan kamu harapkan sesuatu untuk berabdi kepada Tuhan'

Rabu, 26 Disember 2012

Dalam



Dalam pembiakan,dalam perjalanan.
Melihat kamu berdua, Aku berasa Luas,
Dalam tingkah penyesuaian,
Seperti apa yang aku ada kini,
Cukup bermakna!
Bilamana aku bercampur dengan kamu berdua,
Bilamana aku  mengajar semua,
Dengan kamu berdua hidup aku sentiasa bagus,
Inilah hidup bebas aku yang cukup Indah,
Ini hidup kita,
Di puncak hidup kita sendiri.
Dan aku temui makna hidup;
Mengapa aku berada di sini.....

Mad Duha.Arau, Malaysia. 25 Dis 2012.

Sabtu, 15 Disember 2012

Krabi

Lokasi Krabi terletak di wilayah selatan Thailand. Lautan Andaman di pesisir dengan mungkin sejarah yang tertua di negara Thailand. Selepas bertarikh peralatan batu purba, gambar berwarna, manik, tembikar dan rangka kekal ditemui di tebing gua dan banyak wilayah, ia difikirkan bahawa Krabi telah menjadi rumah kepada Homo Sapiens sejak tempoh 25,000 - 35,000 SM Pada ketika itu ia dipanggil 'Ban Thai Samor', dan merupakan salah satu daripada dua belas bandar-bandar yang di huni manusia. Pada masa itu, c. 1200 AD, Krabi adalah jajahan Kerajaan Ligor, sebuah bandar di pantai timur Segenting Kra yang lebih dikenali hari ini sebagai Nakhon Si Thammarat.

Pada permulaan tempoh Rattanakosin atau Bangkok dalam abad lewat kelapan belas,sebuah kampung yang dipagari gajah ditubuhkan di Krabi dengan perintah Chao Phraya Nakorn (Noi), Gabenor Nakhon Si Thammarat, yang maka sebahagian daripada Kerajaan Thai. Dia menghantar wazirnya, Palad Phra, untuk menyelia tugas ini,untuk memastikan bekalan tetap gajah bagi bandar yang lebih besar. Jadi ramai pengikut berhijrah dalam langkah Palad Phra bahawa sejurus Krabi mempunyai komuniti yang besar dalam tiga pekan yang berbeza: Pakasai, Khlong Pon, dan Pak Lao. Pada tahun 1872, Raja Chulalongkorn mengangkat tempat ini kepada status bandar, dipanggil Krabi, perkataan yang mengekalkan dalam makna perlambangan monyet standard lama. Gabenor pertama bandar Luang Thep Sena, walaupun ia terus manakala sebagai pergantungan Nakhon Si Thammarat. Ini telah berubah pada tahun 1875, apabila Krabi telah dinaikkan kepada sebuah bandar peringkat keempat dalam sistem lama kerajaan Thai. Pentadbir kemudian melaporkan secara langsung kepada kerajaan pusat di Bangkok, dan sejarah Krabi sebagai entiti yang unik dipisahkan dari wilayah-wilayah lain.


Kebanyakan wilayah telah kerusi beberapa taman-taman negara. Destinasi teratas Hat Noppharat Thara, Ao Nang, Railay, Ko Phi Phi National Park. Namun, lebih 80 pulau-pulau kecil seperti Lanta pulau, atau Koh Lanta, pulau Phi Phi - dibuat terkenal sebagai lokasi yang ideal untuk pengembara, yachtsmen, selam-penyelam, snorkelers dan hari-trippers dari Phuket.
Krabi berkembang pesat, pada tahun-tahun kebelakangan Tesco, HomePro, Big C semua telah dibuka dan hospital Antarabangsa baru adalah dalam peringkat akhir pembinaan. Krabi mempunyai reputasi sebagai lokasi desa Thai benar dan dengan Krabi kini diperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa dilihat sebagai keseimbangan yang ideal antara kemudahan dan gaya hidup. Orang sedang ditarik ke Krabi dalam mencari kehidupan pantai indah bahawa Phuket dan Koh Samui ditawarkan satu dekad yang lalu tetapi adalah dalam bahaya kehilangan kerana mereka mendapat lebih besar. Penduduk antarabangsa dipenuhi, walaupun pada skala yang lebih kecil daripada Phuket, dengan mengambil kira perkhidmatan imigresen dan kakitangan berbahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan tempatan. Pilihan hiburan meningkat seperti adalah benar International Hotels standard dan tarikan. Untuk menampung lonjakan masuk penduduk yang berpotensi, banyak syarikat-syarikat hartanah telah muncul membina villa dan rumah-rumah yang berkualiti tinggi khusus untuk warga asing.
Ko Lanta Taman Negara, juga di wilayah Krabi, termasuk beberapa pulau-pulau karang yang dikelilingi dengan tapak menyelam yang terkenal. Pulau terbesar, Ko Lanta Yai, adalah tapak ibu pejabat taman, dan juga rumah kepada Chao Le, atau laut gypsies yang mengekalkan diri mereka sebahagian besarnya melalui memancing. Pulau-pulau yang terbaik melawat semasa musim bukan monsun Oktober hingga April.
Berkayak, belayar, memerhati burung, snorkeling juga antara aktiviti utama. Di kawasan pedalaman, dua kebanyakannya tanah besar taman negara, Khao Phanom Bencha dan Daripada Bokk-horani, menawarkan pedalaman indah tarikan termasuk air terjun dan gua, dan peluang untuk trekking, memerhati burung dan eko-pelancongan.
Wajah-wajah batu di Pantai Railay berhampiran Aonang telah menarik pendaki dari seluruh dunia dan setiap tahun adalah tempat untuk Festival Rock dan Kebakaran. Terdapat Rock Climbing beberapa sekolah di Railay pantai.



Mengembara Lagi

Dan sekumpulan lelaki dewasa dengan semangat bebas mengembara lagi.
Titik jumpa mula sempadan Malaysia-Thailand. Wang Prachan.
Penulis bersama teman baru dari Kota ke Krabi.Tuan-tuan boleh  rujuk www.nscbikerzclan.blogspot.com. Ini post tertunggak..

Selasa, 27 November 2012

MUHAMMAD UMAR AYDEEN

Aku berdiri di atas padang ini
Aku berdiri sendiri
Aku berdiri di atas padang tempur ini
Dikelilingi mati

Berseorangan aku
Berseorangan aku berjuang
Berseorangan aku berdiri
Aku adalah musuh pada diriku sendiri

Di sini aku berdiri hingga ke hari ini
Di sini aku berdiri sendiri
Musuh aku berjuang
Musuh aku berjuang sendiri

Di padang ini hidup kita Berdiri.

Khamis, 22 November 2012

ANDAI PALESTINE TANAH TOK NEK KITA


Bumimu telah bertukar menjadi pasir yang berwarna merah;
Di dalammu telah dikubur kanak-kanak entah berapa;
Tidak berdosa, mentah dan masih dengan mainan;

Tetapi aku tahu hati kecil kamu telah bertukar menjadi lelaki;
Begitu pantas sebelum sempat untuk dimula dengan pelancapan;

Dan hidup mereka penuh kekejaman!

Kamu budak kecil bermain dengan pasir;

Ditembak mati dari tepat ke dada di tanah  sendiri;


Harap yang lain bangun bila dengar jeritan ini!. 

Keamanan tidak lagi pada warna pelangi...

madduha arau malaysia
22 november 2012






FREE GAZA


-Gambar Ihsan dari Google oleh masyarakat peranchis.kami impikan untuk hasilkan imej ini di bumi Malaysia.

Israel mesti segera menghentikan pengeboman Gaza dan pembunuhan kejam rakyat Palestin yang tidak berdosa. Serangan yang berterusan kepada tanah air Palestin adalah pencabulan undang-undang antarabangsa dan merupakan perbuatan pembunuhan paling tidak boleh di terima akal rasional.

Walau kutukan dan kecaman dari masyarakat antarabangsa berdebin-deban namun pengeboman berterusan terus dilakukan. 

Semua batang tubuh yang cintakan keamanan mesti mengambil pendirian moral yang jelas mengenai isu ini dan tekanan kepada Israel untuk menghentikan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas terhadap rakyat Gaza.

MADDUHA ARAU MALAYSIA
13 NOVEMBER 2012

Khamis, 8 November 2012

Yang Baik Adalah Semalam

Kata Abdullah bin Umar:
"Pada waktu petang jangan tunggu sampai hari pagi. Pada waktu pagi, jangan tunggu sampai hari petang. Semasa sihat, jangan tunggu sampai sakit, dan semasa masih hidup, jangan tunggu sampai sudah mati."
Direkodkan oleh Bukhari.

Dari semua maklumat yang ada di atas, kita diajak memikirkan satu perkara penting. Perkara itu adalah:
"NOW!" atau "SEKARANG". Apa saja yang kita buat, fikirkan apa akibatnya jika tiba-tiba mati muncul di depan mata!.

Nabi suruh kita jadi seperti pengembara. Seorang pengembara tidak membawa selain dari perkara yang diperlukannya sahaja. Jika terlalu banyak barang yang dibawa, ia amat menyusahkan perjalanan. Maknanya hidup ringkas dengan membuat apa yang benar-benar mendatangkan faedah saja dan tinggal selain dari itu.

Ahad, 28 Oktober 2012

Nasihat Lukman Al-Hakim Kepada Anaknya



1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Petikan ayat2 Al-Quran
1 – “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Surah Luqman : Ayat 13

2 – “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Surah Luqman : Ayat 14 – 15

3 – “(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. ” Surah Luqman : Ayat 16

4 – “Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. “ Surah Luqman : Ayat 17 – 19

sumber:-google.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..






Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..: SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Isnin, 22 Oktober 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

BASIKAL RM 61.17



MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17).


"Semasa kami bermula (mencipta basikal tersebut) setahun setengah lalu, orang ramai ketawakan kami. Namun, kini kami menerima sebanyak 12 e-mel pada setiap hari untuk bertanyakan di mana mereka boleh membeli basikal itu," katanya.


Dia mencipta basikal itu di sebuah bengkel di sini. Gafni meramalkan bahawa pada masa depan, kadbod mungkin digunakan dalam pembuatan kereta dan pesawat. Kadbod dihasilkan daripada pulpa kayu yang dicipta pada abad ke-19. - Reuters

sumber;- lebai google.


Ahad, 7 Oktober 2012

KEMULIAAN MEREPUT





Turunlah kejutan pertempuran;
Akan dibentangkan pada pasir tenggelam,
Bukan di atas batu hitam kekal. 
Memercik titisan halus merah;
Darah kan bertukar menjadi suatu kebanggaan!
 Abu di kaki,
Pada tubuh besar dan kuat;
Demi kebenaran dan penghormatan,
Berdiri teguh dan menderita lama.
Sang pemberani manakala si penakut terbang,
Membina tiang negara mendalam,
Demi mengangkat semangat ke langit.

Sabtu, 6 Oktober 2012

SILAP JANTAN LAMBAT CABUT




Waktu saya kecik-kecik dahulu pernah saya dan kawan-kawan main 'kawen-kawen'. Saya teringat si Anu dan si Ani telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga kawan-kawan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar kebiasaannya selepas musim menuai, sehingga membina pondok jerami di tengah padang dan bermain 'rumah-rumah'.
Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kawen-kawen' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.
Kita menjadi dewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main 'kawen-kawen' menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.
Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Allen Radiation Belt'. Ini ruang  yang amat bahaya kerana di ruang ini banyak bertaburan meteorit yang mungkin melanggar Apollo.
Untuk perjalanan mendewasa, manusia juga ada "Ven Allen Belt". Ruang yang saya anggap bahaya ini ialah zaman peralihan dari main 'kawen-kawen' ke betul-betul kahwin. Kahwin betul-betul bermakna kita memberi tahu orang ramai bahawa kita meniduri si Mamat atau si Minah ini dengan persetujuan orang ramai. Kita akur kepada permintaan agama dan budayaa agar hubungan seksual kita dianggap halal atau hosher.

Ruang peralihan telah meninggalkan dunia kanak-kanak dipanggil zaman remaja. Umur belasan untuk memasuki umur puluhan boleh ditafsirkan sebagai zaman remaja. Tetapi untuk saya yang penting bukan tarikh umur yang dijadikan tanda, tetapi lejangan seksual yang sedang meronta-ronta.
Dalam negara kita ini - terbukti - dari apa yang saya baca - zaman peralihan ini dilihat sebagai zaman yang membawa banyak masalah.  Masalah yang saya maksudkan wujud hasil dari lejangan seksual dan ledakan keberahian remaja.
Godaan keberahian  seksual di zaman peralihan ini dilihat sebagai masalah. Apa yang menjadikan masalah ini besar ialah hingga kini belum ditemui ubatan yang mujarab untuk meredakan lejangan seksual ini.
Bulan lalu kita membaca bagaimana bayi yang baru lahir dicampakkan ke luar tingkap. Kita ternampak gambar sang ibu yang amat muda bergari dibawa ke mahkamah. Kita juga membaca  kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimana dari tahun 2008 hingga 2010 terdapat 152,182 bayi lahir diluar nikah.
Kalau diambil dari nisbah statistik negara, maka 60% dari bayi yang lahir diluar nikah ini pastilah 'bayi Melayu'.
Sayangnya wacana tentang anak luar nikah dan lejangan keberahian ini hanya cuba diselesaikan dengan ajaran moral dan agama.
Malah, saya perhatikan apabila berita bayi 'dicampak ke luar tingkap' dilaporkan berita ini hanya menjadi berita untuk dua hari. Kemudian ianya padam dan tenggelam. Untuk saya berita ini cukup memeranjatkan. Seharusnya berita 'bayi dicampak keluar tingkap' ini akan membangunkan seluruh umat masyarakat Malaysia terutama umat Melayu untuk bersuara.

*********
Berita bayi mati dalam longkang. Mayat bayi ditanam di belakang rumah. Bayi ditemui di ladang Felda. Bayi baru lahir mati dihurung semut. Bayi ditemui ditangga masjid dan dan dan. Berita-berita ini telah tidak lagi memeranjatkan kita semua. Media dan TV kita tidak heboh-heboh seperti Jom Heboh. TV kita tidak memaparkan berhari-hari berita ini seperti berita lawatan Tuan Bangsawan Inggeris ke Malaysia.
Berita-berita bayi mati dan bayi ditemui ini telah diterima sebagai lumrah. Berita sedemikian tidak lagi menjadi berita.
Cuba bandingkan pula berita tangkapan khalwat. Saya berani bertaruh setiap kali ada cuti panjang - Hari Tahun Baru atau Hari Merdeka - maka keesokan harinya akan ada terpapar berita jumlah penangkapan anak-anak muda yang 'dikepung' dalam hotel-hotel murah di kota besar dan kecil. Berhari-hari berita tangkapan ini dimainkan oleh media.
Saya juga berani bertaruh pada tarikh 11, 12 dan 13 Febuari yang akan datang ini pasti akan muncul berita tentang Hari Kekasih/Valentine Day. Maka para agamawan akan bersuara mengeluarkan fatwa dan fatwi yang muluk-muluk tentang bahaya pengaruh Hari Valentine. Berminggu-minggu debat ini akan dipapar media. Media laman sosial juga akan 'viral' dengan kes khalwat.
Apa maknanya semua ini? Untuk saya ini adalah tanda-tanda bahawa masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu/Islam sedang dalam kesakitan yang maha sangat. Ruang Ven Allen Belt yang dipenuhi dengan meteorite ini sedang melanggar pembudayaan Melayu.
Saya bukan sosok agamawan, saya juga bukan terlatih dalam hal kaunseling tetapi saya adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang saya anggap sedang sakit tenat. Maka untuk ini saya berhak untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan.
Pandangan saya  tidak berniat untuk mempertikai pandangan agamawan  tentang keberahian seksual. Saya juga tidak mempertikaikan  ajaran semua agama tentang larangan dan taboo seksual.
Saya memahami hujah moral sebagai cara untuk menangkis lejangan seksual. Saya memahami moral dan didikan agama untuk menjadi benteng keberahian seksual. Tetapi hanya menggunakan hujah dan pendekatan moral jelas tidak mencukupi. Buktinya - penemuan bayi yang dibuang berterusan tanpa henti-henti.
Saya tidak menolak bahawa ada anak-anak muda yang gersang dan menjadi luntur dan lembik jika mereka 'mandi air sejuk'. Ada juga anak-anak muda yang akan menjauhkan diri dari lejangan seksual kerana mereka beriman. Kepada anak-anak muda sedemikian kita wajib merayakan kejayaan mereka ini.
Tetapi rasanya telah sampai masa untuk kita semua menerima hakikat  bahawa keremajaan dan kemudaan ada zaman melejang keberahian seksual. Telah juga sampai masanya untuk kita menerima cadangan 'mandi air sejuk ketika merasa gersang' bukan satu jawapan ilmiah. Kita memerlukan lebih dari ini.
Tamadun  dan budaya kita hari ini telah mendekatkan besi berani seksual. Zaman dimana anak jantan dan anak betina hanya boleh bertemu dimalam mengemping atau di Pekan Sehari telah lama tamat. Hari ini Mamat dan Minah bersua, berkenal dan bertukar number telefon untuk membuat temujanji. Yang 'rare' dan amat asing ialah bertemu dengan Mamat atau Minah yang tidak berteman atau tidak ber-Facebook.
Jika kita telah bersedia menerima hakikat bahawa Van Allen Belt yang membawa lejangan seksual ini wujud, maka kita juga wajib bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua hubungan seksual remaja ini  dapat dipatahkan.
Orang ramai sedar bahawa nyamuk boleh membawa demam malaria, maka orang ramai tanpa sengan silu menggunakan kelambu untuk menangkis  serangan nyamuk. Orang ramai sedar - ketika hujan - jika tidak mahu basah kita boleh menggunakan payung atau baju hujan. Menggunakan kelambu, payung dan baju hujan adalah langkah rasional.
Justeru, langkah awal yang rasional untuk menghindarkan penemuan bayi mati, pembuangan bayi dan dan dan ialah menerangkan kepada remaja, bahawa jika lejangan seksual sampai dan mandi air sejuk gagal meredakan gersang, maka sila gunakan baju hujan!.
Ini kerana zaman main 'kawen-kawen' telah tamat. Kali ini  jika main 'kawen-kawen', pasti akan melahirkan anak!.

'3 tak cukup'



:-sumber dipetik dan diubahsuai dari T.T dan Lebai Google


Khamis, 4 Oktober 2012

Hasutan yang melekat di jiwa.

Kuala Lumpur-Krabi-Kuala Lumpur. Perjalanan lebih 2000km dengan mesin beroda dua bertenaga petrol. Pihak kami mengiktiraf acara ini suatu sukan yang menuntut tahap pendayaupayaan ilmu alam yang tinggi.Perjalanan bermula pada 14 september dengan pemain utama bergerak dari Taman Equine,Serdang, Selangor. Kemudian memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk bergabung dengan seorang lagi pemain di Kampung Baru.
Dari pusat bandar dua pemain ini meluncur ke Lebuhraya Utara Selatan dan seterusnya bergabung dengan pemain ke tiga di Ipoh,Perak yang menunggu di hentian rehat Gua Tempurung. Bermainlah ketiga mereka sejauh 350km sehingga ke Sempadan Malaysia Thailand dan memasuki Ban Dannok pada malam hari pukul 10 malam.
Pada 15 september seorang pemain lagi menyertai pasukan dan seterusnya menyelusuri jalan Thailand melalui Ratthapum-Pathalung-Trang, dan seterusnya tiba di Krabi pada pukul 0520 petang waktu Malaysia.
Krabi masih lagi seperti lapan belas purnama yang lalu iaitu pada kali terakhir salah seorang pemain sampai, bezanya kali ini kekurangan pelawat berkulit putih. Para pemain bermalan di Pantai Ao Nang di 2 buah bilik yang bersih dan selesa dengan penyaman udara, katil besar, kolam mandi kecil air panas, berserta kawalan keselamatan 24 jam,yang dibayar dengan harga Baht Thai 500 sahaja.
16 september pasukan berpatah balik ke Hatyai dan tiba pada pukul 0400 petang waktu Malaysia.
Akhir kata permainan ini akan diteruskan lagi sehingga 2000km sehala pada masa akan datang.
"kami dah, anda bila lagi?".



Jumaat, 21 September 2012

TOKSAH GEYBANG LEBIH,MULA DENGAN MEMBOIKOT!

MULA DENGAN BOIKOT COCA COLA,McDONALD,KFC. TOKSAH DUK GEYBANG NAK UBAH DUNIA APA BAGAI!.



SUMBER PELBAGAI :-GOOGLE.

APAKAH TUJUAN SEBENAR FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS" DI BUAT?





Samuel  P. Huntington menulis sebuah artikel berjudul 'The Clash of Civilisation' untuk majalah Foreign Affairs pada tahun 1993. Kemudiannya dia menjadikan isi tulisan ini ke sebuah buku dengan tajuk yang sama pada tahun 1996. Buku ini mengajukan teori bahawa permasalahan dunia hari ini ialah pertembungan budaya (clash of civilisations).

Globalisasi dengan keterbukaan dunia tanpa sempadan ini akan mempertemukan pelbagai budaya. Pertemuan budaya ini tidak melahirkan silatulrahim tetapi mengakibatkan pertembungan. Ajaran dan nilai agama Buddha akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Majusi. Ajaran dan nilai penganut agama Islam akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Kristian dan lain-lain. Inilah asas teori 'the clash of civilisation'.
Setelah membaca buku The Clash of Civilisation, saya tidak begitu percaya kepada teori ini. Justeru saya tidak mendaftar diri untuk menjadi penganut mazhab ini. Tetapi apa yang berlaku pada minggu ini — serangan dan kematian Pak Duta Amerika di Benghazi, Libya - menjadikan penganut teori ini melonjak yakin.
Warga Mesir, Libya, Yemen, Pakistan telah keluar menunjuk perasaan berdemonstrasi menyatakan kemarahan mereka terhadap filem 'Innocence of Muslims'. Di London warga Muslim keturunan India dan Pakistan juga telah berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika.
Di Karachi seorang penunjuk perasaan telah tewas. Manakala duta Amerika ke Libya bersama 3 warga Amerika telah terbunuh di Benghazi. Kelihatan 'kes kartun Denmark' ini berulang sekali lagi.
Saya sempat melihat klip filem yang menaikkan kemarahan penganut agama Islam ini. Ketika saya menonton klip ini di YouTube jumlah penonton masih di bawah satu ribu. Sebagai mahasiswa filem saya agak kagum dengan kebangangan pembikinan filem ini. Pembikinannya tanpa seni. Kata bualnya menjolok telinga. Tetapi filem ini tidak minta dipertandingkan ke Venice Film Festival. Seni sinema bukan tujuan filem ini digarap. Justeru apa tujuan filem ini dibuat?
Berita awal mengatakan bahawa filem ini dibuat oleh pengarah Yahudi. Bajet pembikinan juga datang dari duit  Yahudi. Berita awal melaporkan dua bulan dahulu filem ini telah ke panggung, tetapi tidak mendapat sambutan.
Sehari sebelum ulang tahun 9/11 klip pendek 13 min yang mengiklankan filem ini telah ditampal dengan bahasa Arab. Klip 'tampal suara Arab' ini telah ditayangkan oleh sebuah saluran di Mesir. Hasilnya. Dum. Dam. Semuanya meledak!
Apa sebenarnya tujuan filem ini dibuat? Saya sendiri tidak akan dapat menjawab dengan tepat. Saya hanya dapat mengagak dengan melihat apa yang tersurat. Pada tahun 2005 - juga pada bulan September - akhbar Jyllands-Posten dari Denmark telah menerbitkan 12 karikatur wajah Nabi Muhammad. Bantahan dan demonstrasi meledak diseluruh dunia. Ada kematian dan ada pembunuhan.
Ada yang berhujah mempertahankan hak menerbitkan karikatur ini. Hujah berasaskan hak bersuara dan hak kebebasan individu. Hujah ini disebar luas untuk pempertahankan lukisan wajah Nabi Muhammad. Saya penyokong kuat hak untuk bersuara. Saya penyokong kuat kebebasan untuk menerbitkan akhbar. Tetapi saya anggap bukan ini asas tujuan filem ini.
Innocence of Muslims ini bukan karikatur. Kali ini ianya bukan lukisan. Filem ini adalah lakonan dan watak Nabi Muhammad, Siti Khadijah, Saidina Hamzah dan Bilal digarap kembali. Watak-watak ini hidup bergerak dan bersuara.
Saya amat yakin klip filem ini bukan tentang hak kebebasan bersuara. Atau hak demokrasi. Saya perhatikan ada niat jahat dibelakang pembikinan filem ini. Dari ilmu semiotik yang saya gunakan untuk membaca nahu filem, saya dapati bahawa filem ini dibuat dengan tujuan untuk menaikkan kemarahan umat Islam. Filem ini dibuat dengan tujuan untuk mengapi-api kan lagi kebencian warga dunia terhadap umat Islam.
Saya perhatikan 'ledakan' ini seperti dirancang. Menaikkan kemarahan umat Islam ini bertujuan untuk memaparkan kepada dunia bahawa umat Islam ini ganas dan tidak rasional. Saya amat yakin si pembikin filem ini tahu dan sedar bentuk reaksi yang akan datang dari filem ini. Malah reaksi inilah yang ingin dipancing.
Gambar anak muda Arab menyerang  Keduatan Amerika, imej anak muda berketayap dengan mulut ternganga,  imej bendera Amerikan dibakar dan dipijak-pijak akan terus diputar untuk menjadi ingatan kolektif kepada warga dunia. Imej seperti ini menyalurkan bunyi, ayat dan nahu bahawa Arab, Islam dan keganasan itu adalah sama.
Saya menolak teori pertembungan budaya/clash of civilisation kerana  teori ini adalah teori rasis yang menganggap sesiapa sahaja yang bukan berkulit putih dan berbudaya oksidental adalah kasar, lucah, ganas dan tidak bertamadun. Saya menolak dan melawan hegemoni budaya oksidental berbentuk ini. Dalam masa yang sama juga saya memilki penilaian terhadap budaya oriental itu sendiri.
Ada satu perkara yang wajib saya ulangi sekali lagi. Perkara ini ialah kejulingan pandangan terhadap 'orang lain/the other'. Kejulingan pandangan ini tidak hanya dimonopoli oleh budaya kulit putih oksidental. Umat Islam dari orient juga memiliki kejulingan yang sama. Selagi kejulingan melihat 'orang lain/the other' tidak diperbetulkan maka kita akan terus bertelagah.
Kejulingan pandangan dua umat ini jelas sekali dalam hal seksualiti.  Budaya oksidental melihat budaya Arab dan Islam amat menekan dalam hal hubungan seksual. Warga Arab dianggap mewakili semua umat Islam - dilihat sebagai contoh dimana kebebasan perempuan dan seksualiti ditekan.
Tidak ada kebebasan dalam hal pemilihan bakal suami atau bakal isteri dalam masyarakat Islam. Hubungan seksual hanya dibenarkan sesudah berkahwin. Dan paling memeranjatkan masyarakat oksidental ialah, penganut Islam dibenarkan berkahwin empat.
Penganut Islam juga secara juling melihat agenda seksualiti dalam budaya oksidental terlalu bebas. Penganut Islam melihat seksualiti dalam masyarakat oksidental mengancam. Penganut Islam melihat seksualiti bebas ini telah mewujudkan banyak 'anak haram' dan 'anak luar nikah'. Budaya oksidental tidak melarang hubungan seksual sejenis. Semua ini dijadikan hujah oleh masyarakat Islam untuk melihat masyarakat oksidental sebagai berbudaya jahiliah.
Untuk saya kedua-dua pandangan dari Barat dan Timur - adalah pandangan juling malah hampir menjadi pandangan buta. Seksualiti dalam kedua-dua budaya ini sama sahaja. Keberahian seorang Arab-Islam dengan keberahian seorang Danish-Kristian sama sahaja. Anak luar nikah dan hubungan seksual diluar perkahwinan ada dalam pengalaman semua budaya.
Keberahian seksual untuk anak semua bangsa dalam dunia ini sama sahaja. Di Republik Islam Pakistan ada hubungan seks di luar nikah - sama sahaja nafasnya di Paris atau di New York. Homoseksualiti  wujud di Sweden. Ianya juga wujud di Kabul atau di Jakarta.
Untuk saya budaya dan tamadun itu bukan hanya tentang seksualiti. Penekanan hanya terhadap seksualiti adalah pandangan silap. Barat bukan hanya penuh dengan seksualiti bebas. Sama juga seperti Timur - budaya Timur bukan hanya ganas, kasar dan lucah.
Tamadun oksidental memiliki keutuhan perundangan yang dijaga rapi. Sistem kenegaraan yang tersusun baik. Media dan lembaga media yang boleh dicontohi. Sistem ekonomi berkebajikan wujud dalam budaya Barat. Orang tua, penganggur,  warga kurang upaya memiliki keistemewaan dalam budaya Barat - mereka mendapat semua kemudahan. Budaya Barat mengagungkan keilmuan, pencipta dan pemula.
Adalah silap yang maha besar apabila Islam dan Arab disamakan. Budaya Arab bukan budaya Islam.  Penganut Islam yang terbanyak dalam dunia ini bukan di negara Arab tetapi di Indonesia dan India.
Tamadun Islam bukan hanya  berkisar kepada seksualiti dan keganasan. Islam mengajukan falsafah dan keilmuan. Anak semua bangsa wajib sedar bahawa tanpa Baitul Hikmah/Gedung Ilmu di Baghdad yang wujud pada kurun ke-9 hingga ke kurun ke-13, dunia kita ini tidak akan ada Pencerahan (Renaissance). Keilmuan dan falsafah dari Baitul Hikmahlah yang bertanggungjawab mencerahkan dunia yang kita lihat hari ini.
Apa hubungan semua ini dengan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad?
Apa yang saya cuba huraikan disini ialah filem ini dibuat dengan niat untuk memperkukuhkan lagi jalur 'Taliban', jalur konservatif, jalur jumud atau jalur fundamentalis dalam harakah Islam.
Jalur Taliban - jalur fundamentalis - ini amat-amat diperlukan oleh kuasa imperial. Jalur ini akan melonjak dan menghambur tanpa perhitungan keilmuan sambil melaungkan 'Allah Akbar'. Imej jalur ini yang tersebar dimedia dunia. Akan terpahat dalam ingatan kolektif warga dunia bahawa Islam itu ganas.
Jalur Taliban ini dengan ganas akan memaksa orang lain menerima bahawa Islam itu adalah agama yang mengajukan keamanan. Dengan ganas, jalur Taliban akan menjerit: 'Islam is peaceful!' Justeru penganut jalur ini jika ditembak mati, dibom atau dipenjarakan ke Guantanamo Bay  akan dianggap sebagai  langkah yang 'tepat' dan adil.
Filem yang menghina Nabi Muhammad ini akan memperkukuhkan dan memperluaskan  lagi jalur Taliban ini. Filem ini akan menekan, mengganggu dan menghalang kemunculan ampuh, jalur Islamik yang rasional, berilmu dan berfalsafah dalam berhujah untuk menyampaikan dakwah agama yang telah membawa pencerahan ke dunia ini.
Islam yang rasional dan demokratik yang penganutnya memanggil diri mereka Muslim Demokrat akan menjadikan teori The Clash of Civilisation tinggal hanya sebagai teori.
Umat manusia yang berbudaya tidak akan bertembung sesuka hati. Untuk Muslim Demokrat, mereka berkeupayaan untuk merayakan kepelbagaian budaya dan kepelbagaian agama. 
sumber pelbagai: google. T.T

Rabu, 5 September 2012

SUKAN PARALIMPIK




Sukan Paralimpik adalah kejohanan yang kedua terbesar di dunia antarabangsa selepas Sukan Olimpik, ia melibatkan pelbagai acara sukan yang melibatkan atlet dengan pelbagai ketidakupayaan fizikal dan intelektual, termasuk masalah pergerakan, amputasi, buta, dan cerebral palsy.Semua Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Paralimpik telah bermula pada tahun 1948 dari perhimpunan kecil askar Britain selepas Perang Dunia II, yang melibatkan askar-askar yang telah kehilangan anggota badan,  untuk menjadi salah satu peristiwa terbesar sukan antarabangsa menjelang awal abad ke-21.

Sukan Paralimpik yang dianjurkan selari dengan Sukan Olimpik , manakala IOC diiktiraf Khas Dunia Sukan Olimpik termasuk atlet kurang upaya intelek, dan Deaflympics termasuk atlet pekak. [1] [2]
Penjelasan rasmi untuk nama "Paralimpik" adalah bahawa ia berasal dari kata depan Yunani παρά, Pará ("sebelah" atau "bersama-sama") dan dengan itu merujuk kepada pertandingan yang diadakan selari dengan Sukan Olimpik. [3] Summer Games 1988 diadakan di Seoul adalah kali pertama istilah "Paralimpik" datang ke kegunaan rasmi.

sumber; pelbagai google.




Isnin, 27 Ogos 2012

NEIL ARMSTRONG (5 AUGUST 1930 – 25 AUGUST 2012)



NEIL ARMSTRONG
KAMU CUMA!
BEBERAPA LANGKAH DI BULAN;
NAMUN!
MEMBERI MANFAAT;
KEPADA MANUSIA SEJAGAT.

;- madduha perlis,MALAYSIA.






Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...