Rabu, 16 September 2015


Masuk sahaja 16 September 2015, genaplah 52 tahun Malaysia menjadi Malaysia. Dalam tidak sedar, telah lebih separuh dekad negara Persekutuan ini terbentuk hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Jauh daripada kebetulan, harini juga merupakan “Himpunan Baju Merah” yang berhasrat mengumpulkan segenap orang Melayu untuk ke Kuala Lumpur atas nama “perpaduan Melayu”.
Pun begitu, ada juga pihak yang terlebih dahulu mengadakan sidang media mengatakan mereka akan berhimpun untuk “mengajar Cina DAP yang kurang ajar”. Juga diikuti sidang UMNO Kota Bharu, dalam keadaan berbaju merah (sama ada kebetulan mereka UMNO atau mengikut semangat perhimpunan itu) telah berhimpun mengadakan ceramah dan membakar patung pemimpin tertinggi DAP, juga Cina.
Malah seolah-olah dirancang, tidak ramai mana Melayu menyertai Bersih 4.0 tempoh hari dan lebih kurang dua minggu kemudian, perhimpunan yang mahu mengumpul sejumlah orang Melayu pula diadakan.
Secara peribadi malah mengikut undang-undang juga, saya tiada masalah dengan perhimpunan yang bakal diadakan sebagaimana saya tiada masalah dengan Bersih 4.0 tempoh hari.
Walaupun layanan berbeza diberikan oleh Ketua Polis Negara terhadap perhimpunan 16 September ini berbanding Bersih 4.0 yang lalu, secara prinsipnya kita tidak boleh menzalimi orang lain hanya kerana orang lain menzalimi kita kerana dalam Islam sendiri pun, respons tersebut hanya menjauhkan orang daripada hidayah dan mesej kebaikan yang sebenar.
Tetapi apa yang lebih mendukacitakan ialah mesej-mesej yang dibawa menjelang perhimpunan tersebut; mesej-mesej defensif Melayu yang menyalahkan kaum lain atas kelemahan ekonomi dan status sosial dan mesej-mesej menghasut seolah-olah ada suatu kaum yang akan mahu membatalkan dominasi Melayu-Islam di Malaysia ini.
Apa yang Melayu perlu fokus?
Pernahkah kaum Melayu ini sedar walau betapa banyak tindakan defensif yang dilakukan, tindakan ini tidaklah mengubah status sosioekonomi mereka?
Malah dalam kebanyakan keadaan, sebab-sebab yang dilaungkan kebanyakannya hanyalah satu retorik responsif dan disebabkan emosi berbanding fakta.
Dalam ekonomi contohnya, mungkin benar ramai Cina yang memiliki syarikat swasta. Tetapi dalam tindakan kerajaan sendiri sebagaimana ramai maklum, mereka hanya mengayakan sebahagian kroni mereka dan jarang mengadakan tender adil menyebabkan hanya sesetengah Melayu sahaja kaya.
Lebih menyedihkan, apabila disuarakan hal sebegini, mereka katakan pula “Apa salahnya Melayu kaya? Mereka juga yang akan membantu dan banyak menderma!” Kesilapan dalam menilai kes ini menyebabkan kita kabur lalu menyalahkan orang lain berbanding melihat diri sendiri.
Dalam dominasi politik, memang benar lebih ramai Cina kini menyokong DAP berbanding MCA, Gerakan dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. Tetapi adakah ini bukti mereka mahu mengalahkan orang Melayu? Adakah hanya kerana mereka bukan MCA yang bersama UMNO mereka melawan Melayu? Sejak bila pula UMNO itu kita panggil Melayu dan Melayu itu kita panggil UMNO?
Hakikatnya Melayu telah tertipu maka mereka akhirnya ramai mengundi UMNO. Akhirnya, terjadilah pembahagian politik mengikut kaum sebagaimana terjadi sekarang dalam keadaan Melayu menyokong UMNO dan Cina menyokong DAP.
Bukanlah untuk melakukan generalisasi liar, tetapi inilah yang berlaku amnya.
Cuma malang sekali, apa yang Melayu enggan lihat ialah bagaimana kerusi untuk dipertandingkan dibahagikan dalam BN dan Pakatan. Hakikatnya, DAP mendapat bilangan kerusi paling sedikit untuk dipertandingkan manakala Pas mendapat paling banyak, malah mungkin lebih banyak daripada UMNO.
Jika semua mengundi Pas dan PKR pada PRU lalu, tidakkah Melayu yang akan menjadi majoriti dalam Parlimen dalam pakatan pembangkang (atau kerajaan, jika mereka menang)?
Malah jika benar sekali pun DAP ingin menghapuskan Perkara 153, dengan senario Melayu menyokong Pas dan Pas (serta PKR) menjadi majoriti, apakah ahli Parlimen mereka dengan sewenang-wenangnya mahu meluluskan usul tersebut tanpa rancangan ampuh untuk memastikan jurang ekonomi antara kaum kurang terjejas?
Sebagaimana kita tahu lagi, majoriti 2/3 parlimen kini hampir mustahil dan jika usul seperti di atas dan usul memansuhkan perkara yang menjamin Melayu menjadi Perdana Menteri dibawa, apakah jaminan ahli Parlimen UMNO akan menyokong mencukupkan 2/3 undi sebagai syarat pemindaan perlembagaan?
Andai Melayu sedar logik ini, mereka akan menyedari juga bahawa propaganda “Melayu terancam” dan mentaliti mangsa ini hanyalah untuk mengekalkan hegemoni satu parti politik dan bukannya menyelamatkan orang Melayu.
Jika benar mereka mahu menyelamatkan orang Melayu, mengapa usaha-usaha yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak yang bersifat mengutamakan rakyat terhenti dan usaha mengayakan kroni pula yang diperkasa?
Oh tidak, ‘pun’ di atas hanyalah kebetulan.
Apa yang lebih penting ialah Melayu perlu pandai membezakan pihak Melayu yang benar-benar mahu membantu golongan Melayu dengan pihak yang hanya memperguna sentimen Melayu untuk kekal berkuasa untuk diri sendiri.
Bangga jadi Melayu
Ya, saya bukan anti Melayu. Malah saya bangga menjadi Melayu. Jika punya anak nanti, saya ingin menamakan anak saya dengan nama-nama seperti “Tuah” dan “Melati” berbanding nama-nama Arab. Saya juga lebih gemar memakai baju Melayu pada Hari Raya berbanding jubah (walaupun saya tiada masalah orang berjubah). Tetapi ini tidak bermaksud saya suka diperbodohkan berterusan.
Banyak sebenarnya agensi yang memang benar-benar mahu membantu Melayu tanpa mempermainkan sentimen. Antaranya ialah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM). Mereka benar-benar melakukan usaha untuk mengurangkan jurang ekonomi yang menjadi faktor penting perpaduan nasional.
Akhir sekali, buat semua Melayu, silakan berdemo. Hak anda sebagai rakyat dalam negara demokrasi ini terjamin malah Ketua Polis pun kata tiada masalah.
Tapi dalam kita mengata orang Melayu dipergunakan, jangan lupa tanya diri sendiri, “Adakah aku diperguna juga?”

:dipetik dan diubahsuai dari lebai google.

R.I.P Bradah.

Mayat Kevin ditemui

 | September 16, 2015
Mayatnya ditemui disimen dalam tong dan ditemui awal pagi Rabu.
UPDATED
kevin,dead
PETALING JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais telah ditemui dalam keadaan disimen dalam sebuah tong di Subang.
Menurut laporan Sinar Harian, mayat Morais ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.
Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.
Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Susulan penemuan mayat berkenaan, di lokasi kejadian ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi.
Kevin dilaporkan hilang pada 4 September selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Berita lanjut menyusul

The crowds hailed the conquerors

Jerebu hilang malam ini kerana himpunan dapat berkat-Jamal Yunos

 | September 15, 2015
Jamal Yunos percaya keajaiban akan berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertau dengan solat hajat dan doa.







PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos yang terlibat secara langsung dalam penganjuran ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘baju merah’ yakin jerebu akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan tersebut berlangsung pada Rabu ini.
Jamal berkata, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.
“Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan tersebut disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan.


Selasa, 15 September 2015

kustomfest jogjakarta 2015


Semua bermula dalam sembang kosong lebih setahun lalu bila aku membaca dari media sosial berkenaan event masyur di tanah jawa ini. selepas beberapa kebejatan seksual jadinya hadir juga aku di sini. bukan berseorangan bukan ber duaan bukan berlima tetapi 15 orang kipas susah mati MP.KP.RIT.RTW. PEKETUM.
Aku bermula dari sempadan siam seperti biasa. manakala yang lain dari sejauh Batu Pahat. aku surahkan 1 per satu. Aku, Bini aku, Tokie, Bini Tokie, Sopyan JKKKg Malaysia, Reduan Shah Alam, Mael Siam Kensom Puyu Telaga Mas, Rejab Mee Udang Changkat Jering, John Kopisan Lumba Kuda Ipoh, Alip Kaizer Ford PJ, Zek Zidien, Rizal Phnom Penh, Wan COE BP Trat Cambodia, Along Kaki Slekoh Desa Pandan, dan Serra Wak Bro.

Disebabkan ketagihan nak explore sukan baru jalan kaki galas beg naik transport awam tu yang jadi ramai follow, di tambah pula kemasyuran nama event dan juga rindu nak jumpa Aulia Jakarta Timur. Dari epot Alor Star aku naik pesawat Air Asia pukul 8.00 pagi dan sampai KLIA2 pada pukul 9.00 pagi. Flight ke Jakarta pukul 12.00 tengahari dengan pesawat Lion Air.

Khamis, 10 September 2015

ALHAMDULILLAH.

ALHAM

DULiL LAH

JANGAN

DULAK

DALiK


PAS tak akan sertai pakatan pembangkang baharu, kata Hadi


Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tak-akan-sertai-pakatan-pembangkang-baharu-kata-hadi#sthash.v4WCCvH1.dpuf

Isnin, 7 September 2015

Selamat Hari Merdeka X Bersih 4.0 X Koh Samui

Mungkin empa pernah terfikir empa berada dalam suasana pekerjaan yang salah, empa minat kerja lain,  tetapi sebab peluang kerja yang empa minat tu tak jumpa lagi jadi empa terpaksa juga buat kerja yang depan mata demi survival  dan menghimpon duit untuk beli rim sukan rare mcm yang geng COE Utara pakai atau impian membeli helmet rare mcm geng Wave JB duk gila la nih, atau Jam Casio lip lap mcm geng LCCPK, atau juga himpun duit untuk p Japan setahun 2 kali macam Ahlong Kaki Selekoh Desa Pandan . Atau empa ada impian hidup lain yang empa takmaw kongsi dengan orang lain, atau empa pernah merasa kecewa kehidupan cinta di tinggal sidia yang sama buat kali ke 3.
Andai empa baru sedar racing long bukan sekadar Highway Minlon, Kesas, atau KL-Seremban. Tetapi tu cerita lain. Ni cerita Uzainy sudah crek lagi sekali. Masa di Phuket bulan 4 haritu. Uzainy macam biasa gebang Weih Che Doe kita bila nak p Samui. Jadi aku dengan Pyan JKKK Kg. Malaysia pun atuq tarikh sempena Merdeka X Himpunan Bersih 4.0 untuk Tour Samui 888. 888 tu jarak KiloMeter  p balik dari Border. Saat aku mula menulis ni kami telah berada di Pulau Samui dan Uzainy My seperti biasa tidak memuncul diri. Kami menginap di Pantai Lamai. Kami 10 orang dari sejauh Klang telah memula perjalanan pada 28hb malam dari ibu kota dan masuk Siam pada 29hb pagi. Hujan sepanjang perjalanan Cuma 310KM berjaya di harung untuk hari pertama. Hari ke 2 30hb kami memasuki Surat Thani dan brunch (breakfast + lunch) nasi kuning pulut ayam sungguh enak.
Dari SuratThani terus ke Don Sak Pier dan menggunakan perkhidmatan Seatran Ferry Pier. Lumayan untuk 170 baht tiket sehala (motorsikal dan rider). Ferry berlabuh beberapa kaukasian masih berpeningan berjalan turun dari ferry, badan masih berkaler lukisan dari Full Moon Party, dan aku terlepas lagi sama seperti ride lepas hadir selepas hari party demn lah. Selepas kira-kira hampir 1 jam 45 minit kami pun menjejak Pulau Samui.  Samui seperti yang aku pernah hadir kali pertama 5 tahun lalu,dan ini kali ke 4 aku di sini, masih ramai kaukasian yang menunggang skuter dan berjalan aku masih tidak faham kenapa mereka beramai di sini. Kerana pada aku ia cuma pulau biasa-biasa sahaja.  Destinasi pertama adalah kedai minum bersebelahan Mesjid di Kampung Melayu. Selepas itu kami ke Hinta Hinyai, ok pantai ini dinamakan sempena alat kelamin lelaki dan perempuan kerana terdapat batu hampir berbentuk seperti itu. Dajei pandai siam ni exploit. Aku ada dengar rumors dari kawan siam yang ada kaukasian explore outdoor sex di pantai ni tapi sepanjang 4 kali aku hadir aku tak pernah tengok lah pula perangai tu maw idak buleh amik bdeo buat modai ataih pelenggaq port CNine. Tempat lain yang menjadi pilihan pelancong adalah Big Buddha katanya cantik tempat tinggi. Serius aku tak pernah p Tokong Buddha waima patung Buddha Tidur di Songkhla sekalipun aku tak pernah berhenti bergambar. Pada orang lain mungkin takdak apa-apa, tapi pada aku jangan pi lah.
Kami menginap di 5 buah Bungalow di tepi pantai Lamai. Jiran aku kaukasian macam dah berbulan dia lepak sebab barang dah macam rumah sewa depan bilik dia. Aktiviti bebas beriadah sepanjang petang ke malam hingga ke pagi. Dan kami RTI (Round The Island) pada tengah malam dari Chaweng ke Nathon dan Ke Lamai. Jarak kira-kira 42KM sepusingan.
Ok Pelajaran kembara luar kelas 101.
Salah satu bahagian yang paling bahagia ialah keluar mengembara seperti yang telah di buat oleh orang-orang terdahulu dari kita. Pada hari aku menulis ni LC Tawau Crew  X PEKETUM BORNEO dalam rangka jelajah Sabah  24 jam.  Aku doa empa selamat. Perkara paling jelas tika keluar mengembara adalah kita keluar dari kebiasaan hakiki kita. Kita tidak ada di rumah, kita tidak ada di tempat kerja. Kita tidak melihat orang yang selalu kita lihat. Masa keluar mengembara itu adalah masa peribadi kita yang benar-benar berharga. Kita membebaskan diri dari  segala yang hakiki . Juga memberi masa untuk kita fikirkan apa yang benar-benar penting kepada kita. "Jika si dia menolak dan membenciku. Dia tidak layak mendapat perhatianku". Empa kena ingat hattu juga. Buat pedoman empa yang kecewa bercinta.

Hari ke 3 31hb kami keluar dari Samui melalui Raja Ferry Pier.  Untuk makluman empa ada 2 tempat Ferry untuk empa masuk dan keluar dari Samui. Juga dengan tiket lumayan 170baht. Selepas turun ferry pada pukul 1230 waktu malaysia kami ke kiri kiranya melengkapkan pusingan jam dari border tempohari. Kami sampai hatyai pada pukul 
1730 waktu Malaysia. 















































































OK Betong Bike Week 2.0 2017

Betong walau serelong dari Border Malaysia. Aku tak pernah jejak seumuq hidop. Sebabnya dalam fikiran aku dok bayang tempat kurang civilized...