Khamis, 27 Jun 2013

KENAPA AWAK BUNUH DIA?

Dalam suatu kes bunuh mati/peristiwa/kejadian isu utama adalah motif/sebab/tujuan bukan kasut/henpon canggih/spenda kaler maler  apa/siapa pakai.Kedegilan pada kepercayaan salah adalah sesuatu yang tidak boleh manusia lain tolong. Tongong/bodoh/bebal/bangang tolong diri(baca sendiri) jadi pandai. 


Sabtu, 22 Jun 2013

PERLIS BIKE WEEK #2 2013

16 jun 2013. Terima Kasih pada semua. Hanya Allah yang mampu balas.Organizer KATONG MC dapat konfirm event ni pada 11 Jun 2013, Terima Kasih pada Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis yang percaya kata kami boleh buat. Walau 5 hari tapi ku gagahkan juga Jebat. Event Motor Cantik macam biasa ketegori hat empa duk tengok perati sedia-sedia orang lain pun duk buat dah.Tapi Riding Skill Time Attack 350Meter X 2 lap memang tak penah buat kut belah sini. COE penah buat di Paroi, Negeri 9 tahun 2012. Co.organizer untuk event ni Perlis Motor Sport Club (Bang Jonz a.k.a Cip Endurance Cub Rider yang pi Golden Triangle, hat tu cerita ngan gambaq duk peram lagi tak keluaq,tunggu kut Jinx ka Ghani minta buleh la demand harga hahahhahahhaha.) Terima kasih bagi pinjam peralatan -tayar,hailer,warning tape,masking tape abih sorry Bang Jonz tak bg balik ,dan Perlis Bikers bagi pinjam handy walkie talkie (buleh lah buat bergaya, walau lagi banyak guna teknik jerkah. hahahaha). Design track sepenuhnya oleh KATONG MC, di reka tanda,angkut tayar,kon,khemah ataih bumbung keta Nissan AD RESORT gua (sib baik keta Jepun kan) pada pukul 1 pagi hari event, sebabnya malam tu ada konsert dan pelancaran SUKMA PERLIS 2014 apa bagai dan parking penuh orang guna, tu pun terpaksa angkat sebiji keta duk tengah-tengah track,nasib baik lah VIVA MALAYSIA maw 4X4 taktaw lah geyna. Grup paling awai sampai dari Azhar Motorsport Penang dan pada hemah gua depa ni yang paling Pro. Alhamdulilah walau penyertaan untuk event ni cuma 19 rider tapi mencapai matlamat (sebab apa sukan ni kan PRESTIJ bukan cari UNTUNG kan, nak UNTUNG KENA MENEGA AYAQ LIUQ lah) Up lagi satu kali lain kali kira lain. 2 kategori untuk RIDING SKILL SuperKapchai serta motor seangkatan 150cc ke bawah dan Big Bike. Pemenang 150cc ke bawah Johan dari Azhar Motorsport (KLX 150) Naib Johan dari Katong MC (E pangkah 5 standard gaban) ke tiga dari Azhar Motorsport (KLX 150).Kategori Big Bike Johan dari Supermoto Perlis (KTM DUKE 200), Naib Johan dan ke tiga dari Azhar Motorsport. Dan semua peserta lain juga pemenang sebab empa berani dari hat duk sembang pandai kut kampung dan taman permainan saja OH YEAH!!!! . SELESAI pukui 6 petang Alhamdulilah. La Organizer duk buat sibuk pulak ni. Walau ada janji dengan Jinn nak p Mesjid Kerisik, Pattani naik mutu,Janji dengan KATONG MC nak pi Samui ,janji dengan bini ride FZ dia gua ride LC pi touch Singapore, dan janji dengan anak nak pi antaq PASTI. Tapi KATONG MC dah atuq Event nak mai pulak Insyaalah SUPERKAP BIKE JAM 17 OGOS 2013 tempat sama track design lain dan duit taktaw duk tang mana lagi. info www.perlisbikejam.blogspot.com / SEKIAN KITA RIDE-RIDE JUGAK SEMBAHYANG JANGAN TINGGAI. (artikel ini di tulis khusus untuk Majalah Kapchai Malaysia sekadar hiburan semata-mata, nak buat serius muka ketat minta penyepak Tok Wan Ani Noniang p duk tang lain).
— at Stadium Utama Kangar
 
 
 

Rabu, 12 Jun 2013

PERLIS BIKE WEEK #2 2013


PERLIS BIKE WEEK #2 2013
Sempena Karnival Hari Belia Perlis 2013
Tarikh: 16 Jun 2013 / Ahad 
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Lokasi: Stadium Utama Perlis
Penaja utama Jabatan Belia & Sukan Perlis(TQ En Zul).

Acara utama
*motorsikal cantik (custom,racing look/sticker & airbrush) kategori 
"open"
*RIDING SKILL@Gymkhana Track 
-2 kategori <150/underbone & "Big Bike".
Penyertaan terbuka kepada semua pemilik motosikal warganegara Malaysia yang menunggang semua jenis motosikal.

Info: 
0123060911 Mad Duha

P/S **** Organizer dapat side event ni secara adhoc jadi empa semua yang baca di paksa untuk hadir dan join event ni. Nak race takdak permit jadi kita atuq riding skill@track gymkhana untuk empa lepas gian ada 2 kategori utk moto kecik bawah 150cc & Big Bike (superbike,chopper etc...)
Kita Rock & Ride nohhhhhhhhh!!!!




Isnin, 10 Jun 2013

al fatihah

AU REVOIR
 

HANYA INGATAN YANG BERKEKALAN
sesiapa yang dibesarkan oleh cathay keris
 pasti akan jatuh cinta dengan
pelakon wanita paling elegan 

kalau paris memiliki catherine deneuve
kalau berlin memilki  marlene dietrich
kalau stockholms memilki greta garbo
kuala klawang memilki latifah omar

Latifah Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang ini.



Menurut pelakon veteran,  Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.


“Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.



----------
sumber pelbagai lebai google.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...