Rabu, 15 Mei 2019

Salam 10 Ramadhan

TUHAN TIDAK BERJISIM

Ustaz-ustaz kita ni sebahagiannya memang melampau dalam menyesatkan orang lain. Asal tidak sama sahaja dalam pendapat tentang sesuatu perkara, terus dihukum dengan hukum yang tidak sepatutnya.

Antaranya isu Tuhan Tidak Berjisim. Sepanjang saya berceramah dan menyampaikan kuliah dalam negara, saya tidak pernah menemui wujudnya pegangan di kalangan muslim di Malaysia bahawa Tuhan itu berjisim. Jadi, kenapa perkara ini timbul dan diperbesarkan?

Antara sebab utama ialah ustaz terbabit sebenarnya tidak faham pun apa sebenarnya JISIM. Ia adalah salah satu tajuk dalam fizik. Walaupun ia juga satu tajuk dalam aqidah berkaitan sifat mustahil bagi Allah. Dalam alam ini, makhluk Allah ada yg berjisim dan ada yang tidak berjisim. Mana-mana makhluk yang bukan pepejal, bukan cecair dan bukan gas maka ia mungkin tidak berjisim seperti cahaya, bunyi, haba dan sebagainya. Oleh itu, jika kita mengatakan Tuhan Tidak Berjisim adakah bermakna Allah sama dgn cahaya atau bunyi? Tentu tidak sekali2.

Ustaz-ustaz tersebut sebilangannya hanya celup sahaja, tetapi angkuh ingin bercakap tentang Sifat Allah SWT kemudian dengan beraninya menyesatkan orang lain. Cuba masukkan ustaz ini dalam Conference on Neurology yg dihadiri oleh pakar-pakar yg membincangkan tajuk Molecular Neurodegeneration, dia faham atau tidak? Masukkan ustaz ini dalam Conference on Biology dan berbahas bersama pakar-pakar tentang tajuk Cell Biology, boleh?

Jadi, jika sekiranya, tajuk-tajuk di atas dunia pun kita tidak mampu menguasainya, malah tidak mampu bercakap tentangnya, kenapa kita dengan sebegitu berani bercakap seolah-olah kita mengetahui secara terperinci dgn penuh yakin Sifat2 Allah SWT?

Kita mempunyai 3 mazhab yg muktabar dalam isu seperti ini, Mazhab Tafwidh, Mazhab Ithbat dan Mazhab Ta'wil, jika kita berada di dalam salah satu daripadanya, hormatilah pendirian dan pendapat ulama lain yg berada dalam 2 mazhab yg berbeza.

1. Mazhab Tafwidh - tidak memberi sebarang makna, tidak mentafsir, berdiam diri dan menyerahkannya kepada Allah SWT.

2. Mazhab Ithbat - mengekalkan lafaz pada makna zahir dan menyerahkan ilmu tentang itu kepada Allah SWT.

3. Mazhab Takwil - memberikan makna lain kepada ayat-ayat Sifat sesuai dgn keagungan dan kebesaran Allah.

Malah ada ulama yg berpegang kpd Tafwidh tetapi hampir kpd Ithbat. Ada juga berpegang kpd Tafwid tetapi hampir kepada takwil dan begitulah seterusnya. Oleh itu, sebaik-baiknya, kita berpegang sahaja dgn pendapat mana-mana daripada 3 mazhab tersebut dgn menghormati 2 mazhab yg lain.

Banyakkan lah berdiam diri dalam perkara seperti ini adalah lebih baik daripada TERLALU BERANI bercakap, seolah-olah kita sangat mengerti akan ayat2 sifat.

Kepada ustaz-ustaz, belajarlah tentang sempadan dalam ilmu, supaya anda tidak terbabas ke dalam gaung yg berbahaya.

Ust Ahmad Jailani Abd Ghani

Khamis, 9 Mei 2019

CHELSEA & ASSANGE


SALUT

PADA YANG

BERANI

DUA SOSOK INI DIPENJARA
KERANA BERANI BERCAKAP BENAR
CHELSEA MEMBOCOR MAKLUMAT
 PADA ASSANGE

ASSANGE SEBAGAI WARTAWAN
MENYEBARKAN MAKLUMAT
UNTIK KITA SEMUA

APA MAKLUMAT ITU?

MAKLUMAT
 SADDAM HUSSEIN
TIDAK MEMILIKI BOM NUKLEAR

MAKLUMAT
PEMBUNUHAN ORANG BIASA
OLEH SOLDADU AMERIKA DI IRAQ


'We need to save

 his life':

 An emotional Pamela Anderson and WikiLeaks editor-in-chief Kristinn Hrafnsson opened up to reporters following the first ‘social’ visit to Julian Assange since the whistleblower was imprisoned last month.

Anderson and Hrafnsson were the first people allowed to visit Assange, aside from his lawyer, since the 47-year-old was sentenced to 50 weeks imprisonment for violating bail conditions.



After nearly 

two months in jail, 

Chelsea Manning 

submits powerful 

appeal for release

Whistleblower and political prisoner Chelsea Manning submitted an appeal Monday to the federal court in the Eastern District of Virginia asking for her release from jail.

Manning has been held in the Alexandria City Jail since March 8. She was detained for contempt of court after she refused to testify before a grand jury impaneled to bring frame-up charges against WikiLeaks publisher and journalist Julian Assange.

“The idea I hold the keys to my own cell is an absurd one, as I face the prospect of suffering either way due to this unnecessary and punitive subpoena: I can either go to jail or betray my principles,” Manning stated. “The latter exists as a much worse prison than the government can construct.

Sabtu, 4 Mei 2019

Saham

SAHAM AKHIRAT RAMADAN 2019

Bismilahirahmanirahim,

Assalamualaikum,apa khabaq, maaf ganggu, omaQ selaku Pengerusi Masjid Sirajuddin Pdg Pauh Perlis, sekali lagi seperti tahun2 sebelum ni, pada ramadan kali ini, ingin mengajak sahabat yang berminat saham akhirat utk menginfaqkan utk jemaah berbuka puasa (iftar) setiap hari di Masjid Sirajuddin,seramai 20-30 org, moreh 150 -200 org, sahur bagi iktikaf 20-30 org (10 mlm terakhir) dan lain2 berkaitan pengurusan masjid :-

Nama akaun: Masjid Sirajuddin Padang Pauh Perlis 
No. Akaun   : 159013116691
Nama Bank : Maybank Islamic Cawangan Kangar

Kepada yang tiada akaun maybank, boleh panjangkan ke  7045489684 (CIMB) atau 09010020770167 (Bank Islam) atau 0920041000089521 bsn atas nama Mohd Umar Bin Ahmad (Pengerusi Masjid SIrajuddin)

"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. " (HR. Ahmad dan At-Tirmidzl).

*Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah : 261) ( nisbah sedekah 1:700 / 1 sedekah diganda hingga 700 kali ganda)

*Terima kasih atas sumbangan tuan2 sebelum ini seperti derma karpet, sumbangan ramadan dan sebagainya

p/s : Tolong panjangkan dan sebarkan kepada rakan2 yang lain, mudahan usaha kalian semua beroleh manfaat dan dirahmati olehNya Amin

Salam hormat daripada saya,

(Mohd Umar Bin Ahmad)
Pengerusi
Masjid Sirajuddin
Padang Pauh, Kangar, Perlis
0122959037

Jumaat, 3 Mei 2019

Nasi Lemak Sambal Bilis


Resepi sambal ikan bilis

Bahan2
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/pak aji

Cara2
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dlm 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Selamat mencuba.

Resepi nasi lemak

Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)

Cara2:
Cuci beras bersih2.
Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)
Masukkan garam. Kacau rata.
Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.
Masukkan dlm periuk nasi.
Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.

SELAMAT HARI BURUH

SELAMAT HARI BURUH BUAT SEMUA YANG MEMBURUH.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...