Ahad, 26 Mac 2017

LAGI



"Banyak orang memberi gambaran yang salah tentang cinta. Bagaikan cinta itu suatu dosa. Mencintai seseorang tidak salah. Perbuatan yang menjurus pada zina itu yang salah. Bukanlah kita yang mengawal hadirnya perasaan sayang. Jika suatu hari ada seseorang datang kepada kita dan menyatakan 'saya cinta kamu'. Cakapkan padanya 'terima kasih kerana cintakan saya'. Cukup setakat itu." - Dr. MAZA.

Khamis, 23 Mac 2017

WARIS

"..ajarkan anak mu tentang Solat, agar anak mu mengenal erti menjadi seorang ummat.. ajarkan anak mu tentang adab, agar anak mu sentiasa menjunjung akhlak.. ajarkan anak mu tentang sastera, agar anak mu bersemangat waja.. ajarkan anak mu tentang CINTA, agar anak mu menjadi sebabnya segala bahagia.."

MAKANAN

Memilih pengembaraan tanpa teragak-agak.

Jumaat, 17 Mac 2017

CINTA

"..kita harus terus membangunkan keupayaan untuk berbuat kebaikan dan kebajikan walaupun kita dalam kesempitan dan kesibukan.. mencapai dan menggenggam erat tangan-tangan kebersamaan dan melepaskan tangan-tangan kepentingan peribadi.. aku hanya ingin menyatakan rasa CINTA ku, sebelum aku kembali ke halaman abadi ku.."

#SangPejalanWaktu
#AnakJawi
#BISMILLAH
#Alhamdulillah

Isnin, 13 Mac 2017

Hari 5 Tour Siam Lau X Pattaya Bike Week 2017

Aranyaprathet malam hari bukan tempat liburan. Rongkleau Market siang awal pagi baru meriah. Malam tadi menikmati juadah nasi ayam merah pedas di BigC mini. Enak sungguh baru 1st time try. Seawal 8 pagi dah keluar menyelam ada lah sikit jajan Doc Mart dan Nike habuan bawa balik Malaysia.
Lewat petang hampir Magrib kami semua bergerak ke Pattaya. Sampai tapak event hampir tengah malam. Elok sampai sama dengan Uzainy, Enal, Khairul, dan Fawwaz depa dari border 15hb. 

Ahad, 12 Mac 2017

PATTAYA BIKE WEEK 2017

Alhamdulillah buat kali ke 4 hadir tunjuk muka di Pattaya Bike Week. Event suram pada aku sebab dekoration hitam putih, depa masih dok meratap Kematian raja depa. Dari percakapan lisan aku dengan siam Pattaya. Rakyat sayang sangat pada raja dia sebab pada mula2 jadi Raja dulu, Raja Bumiphol bawa banyak kemajuan, buat jalan raya di negeri2 ulu Chiang Rai, Chiang Mai. Raja Bumiphol ni dia saintis makanan. Dia majukan bidang bioteknologi. Kacuk  pokok buah-buahan supaya banyak hasil. Tu pasal buah durian siam sepuluh kali tak sedap berbanding buah durian Malaysia. Buah siam ada sepanjang tahun dan banyak supaya rakyat siam tak kelaparan dan boleh eksport untuk pendapatan rakyat siam.
Berbalik pada event tahun ni. Kehadiran pelancong asing hampir sama banyak dengan orang siam. Mana taknya Geng kita saja dah 50orang tak termasuk dengan MC,MG lain lagi. Belum campoq dengan geng Din Langgaq 9 orang yang potong abih rekod ride sampai Boten sempadan China. Depa sampai tapak event hari sabtu pagi. Apit Bakhtiar dan bini, Own COE dan bini dan sorang lagi rider juga sampai hari sabtu.
Stunter PEKETUM asai Karzakhstan masih mengganas dengan KSR dia.
Aku dan 8 yang lain masih tidor di tapak event, manakala yang lain memilih hotel untuk ride yang berkualiti.
Rider 1st timer kayuh mai Pattaya Bike Week Ucop, Izzul, Shah, Berg, Danial, Spark, Halim Mess, Muaz, Riz GT, Tokie Mokz, Enal, Khairul, Fawwaz, Add, Paklong. Tahniah di ucapkan. Sampai jumpa lagi tahun adap.
Akhir kalam di harapkan kita semua teruih Istiqamah dalam setiap yang kita usahakan. Hiasi peribadi. Jaga setiap perkataan yang kita keluarkan. Perbuatan dan perkataan cela bukan amalan orang beradab.

Kudos,Tulos,Mulos.
#tukangkutip #daribuminafsumu #darilangithatimu

Hari 4 Tour Siam Lau X Pattaya Bike Week 2017

Sejuk gedi terok. Suhu sebelum lena 9derjah selsius. Jaga subuh embun basah khemah. Aku tidoq dengan John Pablo dia kata tak lena bunyi turbo kuat. Dia layan tumblr sampai cerah. Kami gerak hari dah cerah elok. Pakej bayaq 400baht kira pueh hati dengan sarapan penoh meja. Dari KhaoKho teruih gerak Aranyaprathet tak jauh cuma 540km ikut google map. Sampai dah pukul 10malam, merendang terok kut jalan.

Ahad, 5 Mac 2017

Hari 3 Tour Siam Lau X Pattaya Bike Week 2017

Subuh tadi baru sampai di Khao Kho Petchabun.
Sesampai di Tapak Camping grup 3 Insan, Rejab, Add, dan Paklong telah bersiap. Aku dan Syahrul buat keputusan untuk bermalam di sini. Tak sanggup untuk meninggalkan tempat yang indah begini.
Hendak dibandingkan tempat kita mungkin setanding Cameroon Highland tetapi macam yang kita pernah bincang. Siam ni depa pandai ekploitasi tempat. Teres bukit di tanam rumput karpet dan di pacak khemah, pada sekian harga akan dapat pengalaman bermalam di ladang strawberi. Best pukul 2 ptg pn sejook lg. Baru gaya berangan lena. Insan kejut aku, katanya depa nak bermalam lagi di Ladang Strawberinim Menunggu John Pablo, Along Desa Pandan, Alip Kaizer, Echam Kg. Baru, dan Awe DBW yang keluar dari Laos. Puak tu dah puas bermain dari Thousand Corner, Golden Triangle, sempadan China, Udom Sai, Luang Namtha, Luang Prabang dan keluar di Vientiene border siam Nong Khai.

Jumaat, 3 Mac 2017

Nak pi

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Haramayn

Rebranding

Jika kita perkenalkan diri sebagai Muslim tapi amal perbuatan kita sebaliknya. Siapa akan percaya pada nilai Islam lagi? Begitulah jika kita tubuh persatuan atas jenama ahlus sunnah tapi amal dan akhlak sebaliknya. Moga kerajaan haramkan manipulasi jenama agama sebegini...

Rabu, 1 Mac 2017

CINTA NEGARA

Rasuah itu buruk, tanpa wahyu pun manusia boleh faham. Ekoran itu, negara2 yang kurang rasuah adalah negara2 bukan Islam.
Terlibat dengan rasuah, boleh masuk neraka. Yang ini, manusia tak boleh faham. Maka, itu datangnya peranan wahyu.
"Perasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya dalam neraka" kata wakil Tuhan di Dunia.

OK Betong Bike Week 2.0 2017

Betong walau serelong dari Border Malaysia. Aku tak pernah jejak seumuq hidop. Sebabnya dalam fikiran aku dok bayang tempat kurang civilized...