Isnin, 29 September 2014

Kira Bicara

Anak-anak ku, ini ayah, mahu saja ayah bicara tentang rasa,cinta,doa, tentang kehidupan kita di alam dunia.. jangan tidak kau ketahui hai anak, kita datang dari azali sana.. dan kita bermusafir untuk kembali ke halaman abadi kita.. kita datang dengan cahaya CINTA, bergaul dalam rasa dan doa, agar dapat kita menyingkap tabir2 hijab di alam dunia.. ALLAH senantiasa ber-Kalam tanpa henti.. Kalam di dalam seribu bahasa dan kisah yang menjadi corak dan warna2 kehidupan kita hamba.. 
Damailah wahai anak2 ku.. damailah rasa dan jiwa mu di dalam CINTA.. jangan terbawa adu sengketa yang lahir dari kebencian api sengketa.. kerana kehidupan di dunia ini tidak lebih dari sehari di sisiNya.
Via W.J.

Sabtu, 27 September 2014

Kelantan International Bike Week 2014

Sebagai tanda saport Event Permotoran dalam negara. Rakan - Rakan Dari Taiping, Selatan &  Sentral, yang tidak jemu mengeRIDE telah terpanggil secara sukarela untuk naik ke titik atas pantai tumur. Ia juga sebagai memenuhi  misi mencari pokok kurma, buat makluman tuan2 misi tersebut tertangguh pada Tour Malaya lewat bulan lepas.

KIBW merupakan Event anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan, bersama dengan Kelantan Bikers Committee (KBC). Event berlangsung dengan jayanya pada 26 & 27 September 2014 yang lalu.Bertempat di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu.
Bila sebut Kelantan tak banyak yang kita tahu,antaranya Al-Quran kecik,  senjata-senjata purba melayu seperti kapak kecik, lawi, sanggui pisau, pastu susuk kental TGNA,CheGu Mi Saudagar, Sabri Yunus, Budak Kelantan Movie By Wan Azli Wan Jusoh, Gedebe The Movie, Salam Pantai Timur, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah,Dikir Barat, INTORMENT dan OMENT yang main death metal,  huih banyak juga nohhhh. 
Sejarah CheGu Mi Kelantan dengan kita bermula pada Perlis Bike Jam 2013, beliau salah seorang saudagar yang support event kita kali tu. Kemudian bertemu lagi sekali di Pattaya Bike Week 2014. Yang tu amat sempoi beliau dan seorang lagi rakan beliau cuma dengan Beg Galas Belakang besar membuka booth jualan di sana. Beliau telah ke Bangkok dengan menaiki keretapi dari Sg. Golok, suatu perkara yang kita semua boleh belajar. 
Dengan sokongan beberapa rakan-rakan baru kita di sana,Brader Bob Kapcai, Insan Nul Kamil, ZMS, Safwan Gombak, Bard Ejat dan beberapa lagi yang saya tidak kenal nama telah mengadakan RAPAT UMUM KAPCAI LOVER VOL.1 D' KELANTAN, ternyata ia suatu perkembangan yang positif scene moped Malaysia. 
































Isnin, 22 September 2014

stoked mencetuskan


"stoked" - adjective - to be "stoked" is to be completely and intensely enthusiastic, exhilirated, or excited about something. those who arestoked all of the time know this; being stokedis the epitome of all being. when one is stoked, there is no limit to what one can do. 

also, "stoke" - verb - one can "stoke" oneself out by facing challenges or by revving up an engine within oneself to accomplish that which one desires. 

*being too stoked just means that you're still notstoked enough*
"Man oh man am i stoked for our upcomingsnowboarding trip!" 

"Perchance you'd like to stoke yourself out and ask that girl out!"



Bahasa Melayu

mencetuskan
" mencetuskan " - kata sifat - untuk menjadi " mencetuskan " adalah untuk benar-benar dan sangat bersemangat, exhilirated , atau teruja tentang sesuatu. mereka yang mencetuskan semua masa yang tahu ini; yang mencetuskan adalah lambang semua makhluk . apabila seseorang itu mencetuskan , tidak ada had kepada apa yang boleh lakukan.

juga , " menyemarakkan " - kata kerja - satu boleh " menyemarakkan " oleh diri menghadapi cabaran atau revving up enjin dalam diri sendiri untuk mencapai apa yang yang mahukan .

* yang terlalu mencetuskan hanya bererti bahawa anda masih tidak mencetuskan cukup *
"Manusia oh manusia am i mencetuskan untuk perjalanan snowboarding yang akan datang ! "

" Jangan-jangan anda ingin menyemarakkan diri anda dan meminta gadis itu keluar! "

Stoked - Season 1 - Episode 1 - Welcome to Paradise Dudes - Part 2

Khamis, 18 September 2014

PUTUS KAWAN


Hukum memutuskan silaturrahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” surah muhammad ayat 22&23

Isnin, 15 September 2014

LOTFI ARIFFIN



"Dari itu apakah anda akan menyerahkan dunia anda kepada mereka yang tidak beramanah dengan akhiratnya sendiri,". Lotfi Ariffin.


Khamis, 11 September 2014

05-07-2014-Ustaz Wan ji-tafsir Baqarah ayat 51

Ustaz Wan Ji Wan Husin Ambil Kursus Politik 101

KULIAH POLITIK 101
Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014.

Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan polis bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Wan Ji seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al-Bakistani. Tahun lalu laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan mengkritik raja-raja Melayu. Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan proulama dalam parti Islam itu. 


Demikian lapor Malaysiakini.

 
Menurut The Malaysian Insider, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.


Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014. Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor.
Hakim menetapkan pasport antarabangsa Wan Ji diserahkan kepada mahkamah namun peguamnya Mohd Razlan Jalal berkata pasport anak guamnya sudah hilang dan tamat tempoh.

Sehubungan itu, hakim mengarahkan timbalan pendakwaraya Mohd Azhari Harun memberi arahan kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Wan Ji keluar negara. Razlan semasa proses pembelaan hari ini memohon pengurangan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 ekoran tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, namun ia ditolak mahkamah.

Wan Ji ditahan polis awal pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali. Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu. – 10 September, 2014.
MR

Selasa, 9 September 2014

KRISIS SELANGOR 2014


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.

LOGIK AKAI ORANG BODOH

paling jelas
paling cerah
tak susah nak difahami
dewan undangan selangor
ada 56 adun
wan azizah mendapat
30 undi dalam bentuk
akuan bersumpah

yang lain 
hanya hampeh
tapi inilah
tanda kita dalam
dunia ketiga
-T.T Tukang hasuT

Isnin, 8 September 2014

ANNUAL RIDE KRABI BIKE WEEK 2014

Allah Setuju.
Fiesta sambutan hari jadi ke 4 saban tahun selepas hari jadi ikut kad pengenalan, hari jadi Phuket Bike Week, dan hari jadi Pattaya Bike Week.

Terbuka kepada semua rider born natural dan rider born belah perut. Rider lain dari tu tak di jemput. 

Event dari 6 November hingga 9 November.
Rider dari Selatan, Timur, dan Sentral Mula 6HB.
7HB jumpa di border.
8HB Free & Easy. (Island Hoping adalah pilihan)
9HB Call time 8.00 pagi. Mula awai sbb nak pi Jambatan Thale Noi Phatthalung

Tambang RM100.00(Hotel 2 


malam+Sticker+Guide)

Bank in ke Maybank 162478080348 

Muhamad Aduha Bin Rosli

Tarikh tutup sebelum 15 Oktober

2014

Sebarang perubahan akan di beritakan kelak.

Rider wilayah Sentral & Selatan sila berhubung dengan Mohd Insan Nul Kamil +60122850053
Rider wilayah Utara & Timur sila berhubung dengan Malay Regime +60123060911

Harap maklum semua. Semuanya adalah guna semula, tiada siapa yang buleh mengaku beliau pemula.




                                     







Cyling In Iran

http://thekindnessofstrangers.co/cycling-tehran-to-the-south-coast-of-iran/