Aku setuju dengan statement kawan aku tu, dan aku sarankan mana-mana Organizer Malaysia yang memang pengatur acara berkaitan 2 roda supaya hadir melihat sendiri bagaimana rupa keadaannya. Nak hadir ke Daytona atau Sturgis terlalu jauh. Lagipula budaya dah lain sangat, memang tak logiklah.
Ini merupakan kali ke 2 aku masuk Thailand lebih 1000KM tungang mesin hitam kecil aku. Kali pertama februari 2013 dah jadi sejarah, aku ke utara Thailand.
Dari sempadan ke tapak acara, kami sebut aku, Uzainy My, dan Mohd Insan Nul Kamil. Telah mengorban masa selama 26 jam. Pukul 10 malam di Bukit Kayu Hitam dan tiba di tapak event hari ke dua berikutnya pukul 1 pagi.
Perjalanan buleh buat mudah dengan mengikut arah papan tanda ke Bangkok melalui lebuhraya 4 Thailand.
Memasuki jalan ke Bangkok terus hingga habis jalan ke Samut Prakan, ambil simpang kanan kemudian ikut trafik sehingga pekan ke dua. Jumpa papan tanda Phra Pradeng. Ikut trafik ke kiri. Tak tahu tanya orang bagaimana mahu melintas sungai ChaoPraya ke Chonburi.Di stesen tongkang Phra Pradeng ikut naik ke seberang sungai sana dengan harga 10baht, lumayan. Teruskan ke Chonburi kemudian ikut papan tanda ke Pattaya. Sungguh mudah bukan. Hahahaha
Sampai tapak acara, hari rabu awal pagi lepas tengah malam selasa, acara bermula hari jumaat jadinya kami ada lagi 2 hari sebelum acara. Para petugas sibuk dengan tugas masing-masing. Yang memanjat,yang memotong, yang macam-macamlah. Yang best kami disambut meriah, dan memang mereka menunggu kami, Tokey acara sendiri dan semua krew menyambut kami dengan muzik dan ucapan cakap siam di pembesar suara, kami tidak faham apa cuma ketawa bersama. hahahhaah. Ini semua sebab Uzainy MY dah telefon atan loq laq sebelum kami sampai. Elok duduk saja kami dijamu nasi goreng ayam ada kuah sup, aku memang pelahap dan aku habiskan semua, yang lagi dua orang kawan aku tu makan sedikit buat tak lapar alasan baru sampai. cuihhh!.
Tiba hari acara, kebetulan dan memang setiap tahun Team Majalah Kapcai, Chopperrocker dan Gila-Gila Rider akan turun support sejak 7 tahun lalu, aku kebetulan bersama meraka pun, maka aku jadi lah krew. Memang aku suka berkawan dan suka belajar perkara-perkara baru. Aku terima sebagai pelajaran luar kelas aku.
Takdak apa yang maha best, cuma suatu sub budaya dalam dunia 2 roda, banyak yang di lihat, banyak yang di dengar. Sungguh aku boleh layan sampai tengah malam sorang2 pi buat kawan . Ada rider siam yang dah jadi friend di FB. Harap kami berjumpa lagi tahun depan Pattaya Bike Week 2015.
"Saya itu, silakan kepada anak-anak muda itu berfikir, (walaupun) sampai tahap gila-gila kali.. tetapi satu, jangan berhenti belajar" - Kiai Mustafa Bisri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan