Selepas menghantar 3 keping kaset ke Phatthalung dengan harga RM21.00 dari Pejabat Pos Malaysia. Pengurus Faithcraft Production En. Ahmad Raimi mendapat ilham untuk menghantar dari Negara Siam kepada Pemilik Distro di Bangkok.
Kami berdua telah ke Pejabat Pos Khlong Ngae yang terletak kira-kira 24.1KM dari Sempadan Padang Besar (mengikut jalan kampung yang selalu kami guna,jika jalan besar 32.7KM).
Hasilnya untuk 39 keping kaset, upah penghantaran ke Bangkok cuma 160Baht. Lumayan.

Tatacara penghantaran barangan di Pejabat Pos Thailand,amat mudah.Tuan-tuan tidak perlu mengisi apa-apa borang, segala yang berkaitan di urus kerani pos. Letak barangan di kaunter dan bayar jumlah di minta sahaja.
Ok selesai bab penghantaran. Biarlah saya surahkan perihal pengurus merangkap pemilik Faithcraft Production ini. Beliau seingat saya adalah pemain gitar bass generasi ke 3 dalam sejarah Band Black Metal Blackfire. Beliau menganggotai Blackfire pada tahun 2000. Blackfire adalah band Ikon Black Metal Malaysia,juga yang pertama di Asia Tenggara, di mana sejarahnya bermula seawal 1982 (ok saya masih tidak ambil port), jika saya salah perihal fakta muzik ini, jangan tanya saya lebih, muzik bukan bidang saya.
Pada saya musik sekadar untuk membunuh masa senggang sahaja. Saya tidak punya mini kompo, tidak punya speaker dum-dum, saya tidak pernah punya komputer peribadi untuk memuat turun lagu dari internet. Menaip ini cuma dari HP android, yang juga tiada lagu-lagu. Malahan speaker kereta saya cuma berbunyi sebelah kanan sahaja, sebelah kiri wayar telah tercabut oleh tukang pemasang tinted kira-kira 4 tahun lalu. Di tempat kerja pula, saya selesa dengan pendakap bunyi telinga berharga RM20.00 yang di beli lebih 3 tahun lalu ketika saya masih bertugas di pejabat lama (saya tidak gemar menganggu orang lain, dan biarlah halwa telinga saya hal peribadi saya sahaja).
En. Ahmad Raimi pada saya seorang Idealis pentaksub musik aliran keras bawah tanah yang gigih, tabah dan punya prinsip kehidupan yang jelas. Saya sebut Idealis pentaksub musik kerana tempat berlindung beliau merupakan sebuah studio musik yang dipanggil Cave oleh beliau, dan saya memanggilnya gua sang pertapa . Hampir 24 jam beliau memadan sarung ke badan yang berkaitan musik sahaja (kecuali hari bekerja, itupun masih dengan jaket berpatches band musik).

Beliau juga merupakan pengasas gerakan kayuhan basikal bawah tanah "Pedal To The Metal Malaysia" suatu aktiviti sihat berasas misi muzik, mengayuh basikal sambil beramal. PEKËTUM mendapat inspirasi dari misi PTTMM pada acara "Tour Anak Tanah Malaya 2014". Saya juga pernah bersama beliau pada May 2014 yang lalu berkayuh dari utara ke Pulau Pinang, pada kayuhan itu kami mempromosi tabung untuk Teratak Rahmat sebuah rumah anak yatim di Perlis, juga mahu menonton band metal JASAD dari Bandung,Indonesia. Oke, itu kali pertama saya menjejak kaki ke Gigs sejak kali terakhir di Paul Palace tahun 2005, pada peristiwa malam tahun baru itu, saya, Patto Atomic Death serta berpuluh lagi remaja berbaju hitam di tangkap dan di bawa ke Balai Polis Brickfield, kononnya kami pendokong ajaran sesat Black Metal. Dajei Sungguh!
Saya telah membeli 4 Album Musik beliau, Band Wreckar,Band Au Revoir, Elektro Qalbu Pendosa Ahmad Ra1m1, dan satu kaset kompilasi "Death Of Analog Psiko".
Elektro Qalbu Pendosa pada saya biasa-biasa sahaja, kerana saya sebagai pengiat teater (dahulu) persembahan sebegitu biasa di halwa telinga.
Buat makluman tuan-tuan, cuma itu album musik yang ada di dalam kereta saya.
Saya belum mendengar kaset beliau lagi. Ini kerana pemain kaset adalah sesuatu yang asing sejak 20 tahun lalu bagi saya.
Saya baru mendapat hadiah harijadi ke 35 dari isteri,berupa sebuah walkman meka/jenis Aiwa, terlalu berharga hadiah tersebut hendak di guna terasa sayang. Lagipula kedatangannya dengan pakej istimewa mengubat jiwa.
Titik!.

MadDuha 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan