Khamis, 27 November 2014

PERANAN ISIS DAN GEOPOLITIK

Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografisejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula muculnya ISIS?

ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankanEMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan NATO – NorthAltantic Treaty Organisation – pada tahun 1949.
Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.

Justeru,  apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.

Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alatuntuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam'sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu kita  wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.

Saya ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Ingin saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negarapengekspot belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas perempuan.

Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.

Dari salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda.Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union diakhir 70'an.

Dalam geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.

Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.

Dalam masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.

Dalam strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu'untuk menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolahpersetujuan orangmanufacturing consent.Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.

Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan WTC.

Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yangTIDAK disedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.

Kini Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi perananWashington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek bantal bersama soldadu. IniTIDAK pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.

Dimana peranan ISIS sekarang?

Ingat atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas 5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.

Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAKdiyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa - boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampoh.

Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah denganh ISIS?

Al-Maunah ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.

Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media duniaTIDAK pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.

Dengan menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA– maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu dunia baru yang lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.

Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masihTIDAK faham apa itu ISIS biar saya terangkan.Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.

Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesirtelah membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?

Pada Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)

:-Sumber Lebai Google.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...