Selasa, 12 Jun 2018

Surah Ad-Dhuha

Surah Ad-Dhuha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi waktu Duha. (1) Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (2) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (3) Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). (5) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? (6) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? (8) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. (9) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. (10) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. / (11) 

Tiada ulasan:

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...