TIADA SUBSIDI PETROL & DIESEL SEKIRANYA HARGA MINYAK MENTAH TURUN DI BAWAH PARAS US$73 SE-TONG

Semalam, harga minyak mentah piawai Brent telah jatuh ke paras US$82 se-tong iaitu harga paling rendah dalam tempoh 4 tahun. Pada masa yang sama, Arab Saudi meneruskan tindakan agresifnya untuk meningkatkan dominasi pasarannya berbanding pengeluar-pengeluar lain dengan menawarkan diskaun kepada syarikat penapis minyak di Amerika Syarikat, sekaligus menyebabkan harga minyak mentah pasaran dunia kekal rendah.
Dengan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak serancak seperti sebelum ini, penganalisa komoditi minyak mentah menjangkakan bahawa harga minyak mentah dunia bagi tahun 2015 berlegar sekitar US$70 hingga US$80 se-tong.

Dalam keadaan harga minyak mentah dunia terus jatuh dan tindakan Arab Saudi yang dijangka akan cuba mengekalkan harga minyak mentah pada harga rendah, Najib perlu jawab kepada rakyat apakah beliau bercadang menghapuskan terus subsidi petrol dan diesel apabila beliau masih belum mahu menurunkan harga petrol dan diesel?
MUHAMAD ADUHA BIN ROSLI
PERSAUDARAAN KAPCAI TURING SEMALAYSIA
ENDURANCE CUB RIDER MALAYSIA
KATONG MC
5 November 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan