BILA AYAH DAH TAKDAK
Buat anak jantan Ayah.
Andai kata Ayah dah takdak esok, ni perkara yang Ayah nak Adik dan Abang taw. Hangpa dua lah dunia Ayah, makna hidup Ayah atas muka bumi ni.
Ayah maw hangpa ikut jalan Allah. Hidup berani. Jaga damai hati sendiri.
Jangan tinggal solat. Jangan sombong bila senang, jangan putus asa bila susah. Hormat orang tua, sayang adik-beradik Ayah dan Mama, dan jangan sesekali lawan titah Mama. Titah Mama sama dengan apa yang Ayah maw
Bila hangpa berjaya nanti, jangan lupa asai usul kita. Andai kata hangpa kandas sekali pun, mangkit balik. Lelaki bukan dinilai pada berapa kali dia jatuh, tapi lagu mana dia terus bertahan.
Setiap hari Ayah minta doa hangpa dua jadi anak soleh, bijak, kuat, berjaya duniya alhirat, baik, jujur dan bagi manfaat kepada orang lain.
Bila Ayah dah takdak nanti, ketahuilah bahawa kasih sayang Ayah pada hangpa dua tak pernah kurang walau sebesaq zarah.
Jaga diri elok-elok. Doakan Ayah masuk syorga.
Salam sayang,
Ayah
Ulasan