PEKETUM 17 TAHUN
Ditujukan kepada yang berkenaan sahaja.
Yang telah lupa siapa anda, itu tidak mengapa.
Kerana ingatan manusia memang selemah janji yang tidak dijaga.
Kita pernah sehaluan, berkongsi tujuan dan impian,
namun waktu memilih, ada yang berpaling tanpa sepatah kata.
Ini bukan dendam, jauh sekali kebencian.
Hanya peringatan halus, bahawa asal-usul tidak pernah menipu.
Siapa kita hari ini lahir daripada siapa kita semalam.
Jika anda memilih untuk lupa, saya memilih untuk terus melangkah.
Tenang, bermaruah, dan tidak menoleh ke belakang. Ok buleh tarra tu nohhhhh!!!
Ulasan