Kelmarin baru saja balik dari tour Songkhla–Yala–Pattani–Narathiwat, Masuk keluaq ikut Durian Burung. Ronda 2 hari 1 malam. Sat sungguh tak sempat rasa lama, tapi cukup untuk isi kepala dengan kenangan. P balik semua Bentara Guru yang drive. Dari mula sampai habis, dia steady ja, tak banyak ragam, tak banyak komplen. Minggu lepas pun Bentara Guru jugak yang drive p balik JB. Ayah ni dok duduk tepi, layan jalan, layan fikir hidup apa lagi nak hadap lepas ni.
Sampai di JB, kami park reta di Stulang Laut. Lepas tu sambung naik feri pi Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indon. Rasa lain sikit bila naik feri, angin laut pukui muka, kepala rasa lapang. Di Batam, kami dok 3 hari 2 malam. Zaman la ni mudah nak p mana senang, semua buleh setel guna Grab. Tak kalut charted supir macam pernah pi dulu. Nak pi makan, nak pi jalan, nak pi mana pun, panggil Grab ja, mai cepat. Paling syok, dapat sembang dengan ramai driver Grab. Kebanyakan depa orang Acheh dan Medan. Depa cerita pasai hidup, pasai susah senang merantau, pasai belanja harian, anak sekolah. Dengar cerita depa, buat kita sedar dunia ni luas, dan setiap orang ada perjuangan masing-masing.
Balik dari Batam, kami tidoq semalam di JB. Badan memang letih, tapi hati puas. Sebelum tu, masa p tidoq di Bangi, esoknya kami singgah makan kenduri di Senawang. Gerak balik dari Muar pukui 6 petang. Sebelum tu beli nasi beriani Mar Shah Batu Pahat, Muar makan di Kedai Kopi 434 depan bas sten. Jalan malam sunyi, ilmu lipat bumi, perasan macam sat saja sampai walau jarak jauh sama p. Panjang perjalanan tu, banyak benda lalu dalam kepala. Terelap pun banyak kali. Sampai rumah pukui 3.30 pagi. Hunggah mai, hunggah p, lepas subuh juga non lab.
Perjalanan ni bukan setakat bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia pasai bonding time dengan famili, pasai cerita di jalanan, pasai wajah asing yang kita jumpa. Penat terok tu rasa takdak pun, letih biasa-biasa saja, sebab ni semua dah jadi rutin hidup. Yang betul-betul penat, bila kena menyangkui, tu baru rasa berat. Takpa lah, nanti naik sekolah buleh depa cerita kat kawan-kawan, ayah mak bawa p Indon dengan Siam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan