Jumaat, 9 Januari 2026

KITA

Salah seorang dari kita akan kembali terlebih dahulu; demikianlah aturan takdir yang tertulis di loh mahfuz sejak azali. Seperti daun gugur sebelum kering, seperti ombak yang surut mendahului pasang, demikian jiwa berangkat dalam senyap subuh atau hingar zohor. Jangan diratapi, kerana pulang itu hakikat, tinggal itu amanat. Selagi nafas berlagu, kita junjung kasih, kita semai budi, agar bila tiba giliran berpisah, nama diseru dalam doa, bukan dalam keji. Yang benar, duniya hanyalah persinggahan, akhirat tanah asal pulang. Maka bersiaplah dengan hati yang bersih, amal yang harum, dan lidah serta hati menyebut nama-Nya. Di situ bertemu cinta abadi tanpa tirai waktu, dan duka pasti reda.- Tok Ani Noniang

Tiada ulasan:

KITA

Salah seorang dari kita akan kembali terlebih dahulu; demikianlah aturan takdir yang tertulis di loh mahfuz sejak azali. Seperti daun gugur ...