|| Haram membunuh semut ||
Haram membunuh semut, kecuali yang membawa bahaya, itupun mestilah tidak dengan api (tak boleh dibakar).
Ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud, dari Ibn Abbas, katanya: maksudnya- "Rasulullah SAW melarang membunuh 4 haiwan iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrad" (Hadith Sahih, riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Dan juga berdasarkan ayat al-Qur'an, surah al-Naml (18), kata Allah maksudnya: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari".
Juga berdasarkan dalil hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda - maksudnya: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" (Dikeluarkan al-Bukhari dan Muslim)
Zahir hadith menunjukkan haram membunuh semua semut, kerana Nabi menyebut semut secara umum, namun para fuqaha membincangkan hadith ini dengan mengambil kira hal-hal lain termasuk maqasid syarak, antaranya menjaga nyawa dan lainnya, maka disimpulkan bahawa asal hukum membunuh semut adalah haram, kecuali spesis yang membawa bahaya kepada diri manusia maka boleh dibunuh, dengan syarat tidak digunakan api iaitu tidak dibakar. WA
*komen penulis:- pepijat adakah termasuk dalam kumpulan semut, menatang pijat ni memang bawa mudarat dan payah nak mampuih kecuali dgn api.WA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan