Jumaat, 22 Februari 2013

Pai ke Mae Sai

Pai ke Mae Sai di mulai
pagi hari yang indah pada suhu 11darjah celcius. penulis dan rakan-rakan bersarapan pagi di sebuah kedai muslim berdekatan masjid. Pada pandangan pertama penulis Pai tempat yang menarik di kunjungi sekali seumur hidup tuan-tuan, ada usia penulis berminat untuk ke sini sekali lagi. Perjalanan ke Mae Sai di tempuhi lebih 8 jam. 50 KM terakhir sebelum Mae Sai kawasan bukit bukau dengan landskap indah umpama adegan dalam filem kungfu. Perjalanan mudah mengikut laluan yang ditunjukkan oleh GPS.Kumpulan pada perancangan awal sepatutnya mengikuti jalan kampung "rural route" dari Pai tetapi disebabkan masalah teknikal di awal pagi terpaksa mengikuti jalan utama. Tuan-tuan jika tiada masalah penulis syorkan mengikut laluan dari tepi lapangan terbang pai melalui taman negara dan terus ke Mae Fa Luang( tempat indah pokok bunga buleh carian google) dan terus keluar di lebuhraya ke Mae Sai. Kami tiba di Mae Sai pukul 6:00 petang waktu Malaysia dan terus ke batu sempadan yang menandakan titik paling utara negara Thailand.






































1 ulasan:

Ra1m1 berkata...

Ada aku kenai sorang dlm konvoi ni duha... tapi aku lupa nama dia.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...