Jumaat, 8 Februari 2013

KANCHANABURI-MAE SOT

Kanchanaburi-Mae Sot(pekan sempadan Myanmar)
Jelajah masuk hari ke 3. Menguji tahap nafsu kelaparan level baru 1/2 di Utopia. Pengembara seramai 8 orang itupun bergerak dengan penuh yakin dari penginapan ketika matahari baru muncul lagi ke pasar basah yang terdapat di Kanchaburi.Sedikit gagal tiada makanan muslim siap masak. Tuan kepala jelajah pun membuat keputusan untuk ke Sebuah masjid sejauh 1.8km dari pasar, malangnya masjid yang ditunjukkan di dalam GPS masih dalam proses pembinaan. Kepala jelajah dan di iyakan oleh semua ahli jemaah jelajah untuk ke 7-11(baca seven eleven) untuk sarapan dan mengisi GASAHOL(baca minyak petrol) untuk makluman tuan-tuan hampir kesemua stesen minyak PTT di Siam(baca Thailand) terdapat 7-11.
Semua ahli jelajah pun bersarapan sekadar perlu. Perjalanan hari ini lebih memerlukan ketelitian pada bacaan papan tanda kerana tiada papan tanda ke Mae Sot hinggalah 73KM terakhir. Dari Jalan Utama pilih Suphan Buri kemudian pilih Don Che Di ikut papan tanda ke TAK dan akan jumpa papan tanda ke Mae Sot hala ke kiri. Laluan berbukit sejuk umpama menawan Genting Highland(baca tempat judi).

Dengan perjalanan berbaki 170KM lagi.Seorang ahli jelajah yang terkenal dengan jolokan "hungry man is an angry man" membuat isyarat menunjuk jari telunjuk tangan kiri ke arah perut beliau kepada penulis. Perkara kemudiannya dimaklumkan kepada semua ahli. Makan tengah hari sekali lagi di stesen minyak PTT (mee segera,sup segera,baked bean,dan roti bekalan dari tanahair).
Pada pandangan penulis Mae Sot suatu tempat yang sedikit aneh dengan budaya penduduk duduk mencangkung dan menempek bedak sejuk di muka. Muslim kebanyakannya berasal dari Burma ini dapat dilihat pada papan tanda kedai makan malam yang enak selepas seharian tidak menjamah nasi makanan ruji.














































Tiada ulasan:

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...